Showing posts with label kedai makan. Show all posts
Showing posts with label kedai makan. Show all posts

Thursday, 29 March 2018

[RAKAN NIAGA] MAMA CENDOL BIHUN SUP UTARA

Anda suka cendol? Juga suka bihun sup utara?
.
.
Cendol yg berlemak manis, dilimpahi santan yang segar, disejukkan dengan ais dan dilimpahi lelehan gula melaka @ gula gerek bak kata orang utara….
.
.
Bihun sup pula…bihunnya dicelur dalam air kunyit yg membangkitkan warna kekuningan, dilimpahi dengan daging tempatan yang segar serta lobak asin dan cabai resepi asli, kuah sup yang power tanpa campuran Pak Aji No Mutu….pergh!!!! Kelia baq hang.
.

.
Mai….saya nak ceritakan sikit pasal bihun sup utara ni.
.
.
Usai penghantaran tempahan doorgift bahulu kemboja di Mantin, saya terus ke KL untuk rehat. Keesokannya pagi saya bertolak balik ke Perlis.
.

.
Seperti yang dirancang, saya singgah di kedai MAMA CENDOL BIHUN SUP UTARA SEMPOI.
.

.
Kedai ni letaknya di antara Tol Gopeng dan Tol Simpang Pulai, di jalan utama no 1 Ipoh-KL.
.
.
Kedainya betul-betul di tepi jalan, mudah untuk singgah, tempat parkir pun mudah.
.
.
Antara menunya yang utama adalah cendol, bihun sup, kueteow sup, nasi sup dan berbagai-bagai lagi.
.
.
Beroperasi dari pagi hingga petang, setiap hari.
.
.
Selain dari menu-menunya yang ternyata sedap (antara kedai yang selalu saya singgah jika balik dari KL ke Perlis), produk HAYYANARZ REMPEYEK juga kedapatan di sini.
.
.
Saya sangat-sangat rekemen mai singgah sini untuk menjamu selera.
.
.
Untuk anda sekitar Ipoh, jemput datang sini untuk merasai menu-menu yang sedap juga boleh juga dapatkan HAYYANARZ REMPEYEK di sini.
.
.
Jemput datang dan singgah ya…
.
#HayyanarzBakery #Rempeyek #Rangup #Sedap

Thursday, 27 April 2017

SIAP TEMPAHAN MINGGU INI...

Alhamdulillah..
.
Minggu ni..spt biasa...rutin restock Hayyanarz Bahulu, Rempeyek, Kuih Bakar dan Maruku telah dibuat di beberapa rakan niaga Hayyanarz Bakery spt di Agrobazaar Rakyat 1Malaysia PPK Mata Ayer, Taman Sena dan Seriab.
.
Juga di Pasaraya Seri Utama Kuala Perlis dan Pasaraya AMS Mutiara.




.
Selain itu, penghantaran secara pos juga telah dihantar kpd pelanggan di Ulu Kinta, Perak.....di mana Puan Pelanggan telah menempah Hayyanarz Bahulu Biasa dan Ikan Emas Dwi-rasa.





.
Penambahan kuantiti tempahan bahulu juga telah diterima dr pelanggan di Beseri, Perlis dan pelanggan dr Jerantut, Pahang.
.
Tempahan Hayyanarz Bahulu Ikan Hantaran juga telah disiapkan dan dihantar kpd pelanggan di Mata Ayer.


.
Dalam pada itu, kini Hayyanarz Kuih Bakar terdapat di Laksa Tradisi Kuala Perlis, Taman Sentua.


.
Kami di Hayyanarz Bakery juga mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas kesudian puan pelanggan dari Kuala Lumpur yg telah sudi singgah di Hayyanarz Bakery.
.
Kami amat berbesar hati atas kesudian puan singgah di Hayyanarz Bakery...
.
Terima kasih kpd para pelanggan yg sentiasa menyokong Hayyanarz Bakery.

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Monday, 17 April 2017

LAKSA TRADISI

Alhamdulillah...

Cuaca amat baik sekali..tiada hujan...dan cerah sepanjang hari..

Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat dan rezeki-Mu...

Seperti kebiasaan...perjalanan kehidupan hari ni berlangsung lagi dengan penghantaran consignment Hayyanarz Bahulu, Rempeyek dan Kuih Bakar ke beberapa kedai dan pasaraya sekitar Perlis.

Dan rezeki Allah lagi...sebuah lagi premis sudi utk menolong memasarkan produk Hayyanarz Kuih Bakar...

Terima kasih Laksa Tradisi Kuala Perlis.


Laksa Tradisi Kuala Perlis yg diuruskan oleh Mariam Mahazir Enterprise terletak di Taman Sentua..berdekatan dengan Kuaters TNB...bersebelahan Yonhin...merupakan sebuah kedai makan...dan laksa Kuala Perlis adalah menu utamanya..

Kini..Hayyanarz Kuih Bakar juga boleh didapati di situ..

Terima kasih tuan kedai yg sudi menolong utk memasarkan Hayyanarz Kuih Bakar di situ....

Jemput2 ke sana..disamping menikmati kesedapan laksa Kuala Perlis..juga boleh dapatkan Hayyanarz Kuih Bakar utk kudapan di masa senggang....

Wednesday, 3 February 2016

Kedai Makan Fendi, Bintong

بسم الله الر حمن الر حبم
اللهم  صل على محمد وعلى ال محمد
اسلامعليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah. Sebuah lagi rakan niaga HAYYANARZ BAHULU diperkenalkan.

Rakan niaga HAYYANARZ BAHULU kali ni letaknya di Bintong, Kangar. Sebuah kedai makan milik Tuan Fendi.


Kedai makan Fendi ni beroperasi dari pagi hinggalah petang. Sebelah paginya, terdapat sarapan berupa nasi lemak dan kuih-muih.

Tengaharinya dan petang, terdapat masakan goreng-goreng, disamping nasi daging yang begitu popular sekarang ni.
 
Bagi saya, Kedai Makan Fendi adalah salah sebuah kedai makan yang termurah harga makanannya yang ditawarkan sekitar Kangar.. :-)

Sekarang, menu tambahan disediakan. 

Menu yang saya maksudkan tu...tak lain dan tak bukan.. BAHULU. 

Jika pekena HAYYANARZ BAHULU celop air kopi, waktu-waktu santai..sambil sembang kedai kopi...pergh!!!!..sedapnya..

Antara BAHULU yang diletakkan di Kedai makan Fendi adalah HAYYANARZ BAHULU IKAN dan HAYYANARZ BAHULU CERMAI.

Anda dijemput untuk menjamu selera di Kedai Makan Fendi disamping dan merasai #kelembutan, #kesedapan dan #kegebuan HAYYANARZ BAHULU.

For info, HAYYANARZ BAHULU terdiri dari pelbagai jenis bahulu seperti bahulu cermai, ikan emas, ikan, ikan hantaran, kemboja, marble dan mini.

HAYYANARZ BAKERY sedia menerima tempahan pelbagai jenis bahulu untuk sebarang majlis seperti majlis kahwin, pertunangan, hari jadi dan sebagainya. 

Sekiranya anda ingin membuat tempahan bahulu, anda boleh hubungi:

==> Suraya

>>Whatsapp BAHULU ke 017.462.0775<<
>>Whatsapp BAHULU ke 017.462.0775<<
>>Whatsapp BAHULU ke 017.462.0775<<

==> Hasmizal

>>Whatsapp BAHULU ke 019.246.3100<<
>>Whatsapp BAHULU ke 019.246.3100<<
>>Whatsapp BAHULU ke 019.246.3100<<

Anda dijemput untuk melawat dan like Facebook Page HAYYANARZ BAKERY untuk melihat-lihat pelbagai jenis bahulu.

Sampai berjumpa lagi...

"pekena BAHULU CELOP AYAQ KOPI, kelia...apa nak kata.." :-)

Wassalam

Monday, 4 January 2016

AF Mee Kuah Tulang


Assalamualaikum...

Lama dah dok nampak kedai makan AF MEE KUAH TULANG ni yang letaknya di Kuala Sungai, Alor Setar.

Kedai ni letaknya sebelah kiri, di tepi jalan menuju ke Alor Setar dari Kangar sebelum traffic light.

Lama dah saya dok tagak untuk singgah makan namun hari ni baru terlaksana...dalam perjalanan pulang dari Alor Setar.

Sesampai sahaja di dalam kedai dan diberi menu, apa yang tertera adalah masakan berkuah seperti masakan kuah tulang, udang dan sup.

Selain itu, terdapat juga nasi daging bakar harimau menangis dan batang pinang.

Menu tambahan yang tersedia adalah nasi ayam goreng, western dan roti bakaq teloq meleleh.

Menu yang saya cuba adalah bihun kuah tulang.

Komen saya - SEDAP. Boleh bagi 4/5 bintang.

Selain dari sedap, boleh dikatakan banyak juga dan harga berpatutan.

Saya rekomen kepada kawan-kawan untuk datang merasai masakan di AF MEE KUAH TULANG ni.

[IKLAN]

Begitu juga dengan HAYYANARZ BAHULU yang sedap, lembut dan gebu.

Anda dipelawa untuk merasai HAYYANARZ BAHULU yang boleh didapati di:

Kangar
1. Mama Nory Bakery
2. Rislah Bakery
3. Agrobazaar Rakyat 1Malaysia
4. Pasaraya AMS Mutiara
5. Pasaraya Hafifah
6. Mini Mart Ismail Che Noh, Taman Bunga Padi

Seriab
1. Agrobazaar Kedai Rakyat, Taman Pertiwi

Kuala Perlis
1. Pasaraya Seri Utama Kuala Perlis

Arau
1. Kedai Runcit Aida Rabani

Padang Besar
1. Pasaraya Titi Tinggi, UniCiti Alam

Selain itu, anda boleh juga membuat tempahan terus dan COD dengan hubungi Puan Suraya Sulaiman dengan cara:

>>SMS/WHATSAPP BAHULU KE 017-4620775<<
>>SMS/WHATSAPP BAHULU KE 019-2463100<<

InshaAllah. Anda BAKAL berpuas-hati dengan produk HAYYANARZ BAHULU.

Anda dijemput melayari www.facebook.com/hayyanarzbakery.

Sokonglah produk muslim....

Wassalam

Thursday, 1 October 2015

Restoran Desa Utara

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi SAW, keluarga dan sahabat Baginda.

Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah SWT.

Alhamdulillah, atas rezeki kurniaan Allah SWT kepada kita selama ini.

Alhamdulillah, hujan bercurahan melimpahi negeri Perlis, mengurangkan sedikit jerebu yang melanda.

Hari ini saya hendak berkongsi salah satu kedai yang selalu saya singgah untuk bersarapan.

Ianya terletak di Seriab, kira² 3 km dari Kangar. Agak kebelakang sikit lokasinya iaitu sebelah belakang Pasaraya K-Ceria.

Restoran yang dimaksudkan adalah Restoran Desa Utara.

Pelbagai menu tersedia seperti nasi lemak pelbagai lauk, kuih-muih, roti canai dan capati.

Ramai pelanggan yang selalu datang bersarapan di sini. Harga pun munasabah.

Bagi yang berkunjung ke Perlis dan mencari-cari tempat untuk bersarapan, boleh ke sini.

Dan bagi yang ingin merasai kesedapan, kegebuan dan kelembutan Hayyanarz Bahulu, yang dibuat dari adunan tepung gandum dan telur ayam gred A yang dibasuh dan dibakar dengan suhu yang sekata, sila:

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery (sila LIKE page kami)
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com

Hayyanarz Bahulu juga boleh didapatkan di:

Mama Nory Bakery PLT
No 11, Pusat Perniagaan Sena
01000 Kangar, Perlis

Rislah Bakery
No 3, Taman Indra
Jalan Sekolah Derma
01000 Kangar, Perlis

Agrobazaar Rakyat
Taman Sena Indah
01000 Kangar, Perlis

Sama² kita menyokong #muslimproduct.

Tuesday, 22 September 2015

Restoran Kak Jah



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas Baginda Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah SWT dan sentiasa dimurahi rezeki yang melimpah-ruah.
Syukur alhamdulillah atas nikmat Allah SWT yang terhingga selama ini.

Bila sebut bab makan, saya pasti ramai yang meminati masakan ala-thai. Di mana-mana sahaja pasti akan kedapatan kedai-kedai makanan mahupun gerai yang menyediakan masakan ala-thai. Bahkan banyak kedai yang menggunakan tukang masak warga Thai.

Kali ini, saya hendak bercerita sedikit salah sebuah masakan Thai yang sedap dan agak popular di utara ini.

Lokasi kedai makan ini pun letaknya di sempadan Malaysia-Thai iaitu di Dannok.

Kedai makan yang saya maksud itu adalah Restoran Mak Jah.

Letaknya tidak jauh dari Pos Kastam Thailand di Dannok.

Boleh dikatakan semua masakan yang disediakan sedap seperti tomyam, kengsom, bawal goreng, sayur petola goreng dan bermacam-macam lagi. Air pegaga juga ada.

Bagi yang berpeluang sampai utara, cubalah untuk merasai menu yang tersedia di situ. Tapi kenalah bawa passport sekali.

Sebagai mana sedapnya tomyam dan kengsom, begitu jugalah sedapnya Hayyanarz Bahulu keluaran dan edaran Hayyanarz Bakery.

Bahulu yang diadun dengan tepung gandum terpilih, telur ayam gred A yang dibasuh dan gula secukup rasa, dibakar dengan suhu yang tepat telah menghasilkan bahulu yang sedap, gebu dan lembut.

Untuk tempahan Hayyanarz Bahulu, sila:

Sms/whatsapp/call: 017-4620775 atau 019-2463100
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery. (Sila lawat dan LIKE page Hayyanarz Bakery)

Selain itu, boleh juga dapatkan Hayyanarz Bahulu di:

1.  Mama Nory Bakery PLT
No 11, Pusat Perniagaan Sena
01000 Kangar, Perlis

2.       Rislah Bakery
No 3, Taman Indra
Jalan Sekolah Derma
01000 Kangar, Perlis

Friday, 18 September 2015

Kafe Qaseh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam dan selawat ke atas junjungan besar Baginda Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua mendapat kerahmatan dan semoga hidup kita sentiasa mendapat keberkatan Allah SWT.

Nampaknya, sesetengah tempat di Perlis mula dinaiki air. Bukan setakat hujan yang agak lebat sepanjang dua hari lepas, tapi air limpahan dari Empangan Tasoh yang telah dilepaskan.

Moga, mangsa-mangsa banjir (walaupun tak berapa serius) dalam keadaan selamat.

Hari ini saya nak kongsi maklumat salah sebuah kedai makan milik muslim yang berada tak jauh dari rumah saya.

Kedai makan yang saya maksudkan itu adalah Kafe Qaseh. Lokasinya di Behor Gandin, berhadapan dengan Taman Sri Sentua dan Petronas Behor Gandin. Sebelahnya adalah rumah kediaman Dr Sedhu.

Kafe Qaseh ni beroperasi sebelah malam. Antara menu yang selalu saya makan bihun sup sayur seafood, nasi rendang daging, mee yee wantan, nasi goreng kambing, kueteow goreng dan bihun tomyam seafood. Banyak lagi menu yang boleh dipilih dari masakan ala-thai mahupun masakan western.

Kafe ini juga menyediakan kemudahan surau dan tandas di luar premis tapi masih dalam kawasan kedai. Tempat parkir kenderaan juga agak luas. Kedudukannya di tepi jalan besar amat mudah diketahui lokasi kedai.

Lokasi kedai pun agak berdekatan dengan Hotel Seri Malaysia.

Kafe Qaseh pun sekarang sudah mulai dikenali penduduk sekitar setelah beberapa tahun beroperasi.

Begitu juga dengan Hayyanarz Bahulu yang mula dikenali dengan kegebuan, kelembutan dan kesedapannya. Dibuat dengan adunan telur, gula dan tepung yang secukup rasa serta dibakar seeloknya yang terdapat dalam pelbagai perisa dan inti.

Untuk dapatkan Hayyanarz Bahulu, sila buat tempahan di:

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery

Hayyanarz Bahulu juga terdapat di:

1. Mama Nory Bakery PLT, No 11, Pusat Perniagaan Sena, 01000 Kangar, Perlis

2. Rislah Bakery, No 3, Taman Indra, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar

#sokong #bisness #muslim

Saturday, 12 September 2015

Bihun Sup Abang Dan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah kerahmatan Allah SWT.

Saya rasa, ramai antara kita penggemar bihun sup. Sama ada bihun sup ala thai ataupun bihun sup tempatan.

Salah satu tempat tumpuan kebanyakan warga Perlis untuk menikmati bihun sup adalah kedai bihun sup Abang Dan.

Kedai bihun sup Abang Dan kini letaknya di Arked MARA Simpang Empat. Jika anda datang dari arah Alor Setar (jalan Alor Setar-Kangar), kedai bihun sup Abang Dan letaknya di sebelah kiri jalan sebelum lampu isyarat.

Bihun sup Abang Dan ni memang dah terkenal semenjak dulu sebelum bertapak di kedai Arked MARA ni lagi.

Bagi yang berkunjung ke Perlis, silalah ke sini untuk merasai kesedapan bihun sup Abang Dan.

Selain itu, anda juga dijemput untuk merasai kesedapan Hayyanarz Bahulu yang lembut, gebu dan sedap.

Dibuat dengan adunan telur, gula dan tepung gandum yang secukup rasa, pasti anda akan terpesona.

Ditambah lagi dengan pelbagai pilihan rasa dan inti.

Untuk dapatkan Hayyanarz Bahulu, sila:

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook page: Hayyanarz Bakery

Boleh juga dapatkan Hayyanarz Bahulu di:

1. Mama Nory Bakery, No 11, Pusat Perniagaan Sena, 01000 Kangar, Perlis

2. Rislah Bakery, No 3, Taman Indra, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar, Perlis

#support #bisness #muslim

Wednesday, 9 September 2015

Mee Sham

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT.

Pasti ramai yang tahu bila disebut Roti Doll. Memang dah terkenal sekarang. Tapi jika disebut Restoran Mee Sham, agak² ramai tak yang tahu?

Di sinilah, antara menu terkenalnya iaitu roti doll. Roti canai, dibasahi dengan kuah banjir, dilitup dengan telur goreng separuh masak dan disirami sedikit serbuk lada.

Memang terkenal menu ini. Selain itu, roti benggali doll juga mula dikenali. Kepingan roti benggali yang dibakar, disirami kuah roti canai, diletakkan pula telur rebus separuh masak dan ditabur sedikit serbuk lada.

Menu lain yang juga terkenal, telur ayam kampung separuh masak.

Inilah dia Restoran Mee Sham. Letaknya berhampiran Stesen Minyak Petronas Pantai Johor, Alor Setar.

Boleh cuba menu di sini.

Begitu juga dengan Hayyanarz Bahulu. Yang memang dah agak terkenal dengan bahulu yang sedap serta gebu. Dengan adunan tepung, telur dan gula yang secukup rasa, rasailah keenakan bahulu dari pelbagai jenis dan perisa.

Untuk tempahan, sila...

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook page: Hayyanarz Bakery

Boleh juga dapatkan Hayyanarz Bahulu di Mama Nory Bakery, Pusat Perniagaan Sena, Kangar, Perlis.

Sama²lah kita menyokong produk dan kedai Muslim

#sokong #bisness #muslim

Monday, 7 September 2015

Rimle Kitchen

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam dan selawat ke atas Baginda Nabi SAW, ahli keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua berada di dalam rahmat Allah SWT.

Banyak kisah-kisah berkaitan Pak Bara, Thailand yang saya coretkan di dalam blog saya yang lalu iaitu http://irdinailham.blogspot.com

Sekali lagi saya nak kongsi mengenai Pak Bara tapi kali ni salah satu kedai makan yang saya pernah singgah. Kedai makan tersebut adalah Rimle Kitchen.

Lokasi kedai makan ni letaknya betul² di tepi pantai. Pemiliknya warga melayu Thailand dan boleh berbahasa melayu. Jadi agak senang untuk memesan makanan.

Berbagai menu tersedia dan boleh dipesan. Antara pilihan saya dan kawan² pada masa tu adalah kerabu belangkas, kerapu tiga rasa, siakap steam lemon, daging bakar, ulam-ulaman, siput masak kicap dan tomyam.

Memang cukup 'marbeles'.

Jika anda ingin sikit kelainan dan rasa original masakan siam, boleh berkunjung ke Pak Bara, yang jaraknya tidak berapa jauh dari Perlis, melalui Wang Kelian.

Juga, jika anda inginkan sedikit kelainan kuih tradisi melayu bahulu sedap dan gebu, sila cuba Hayyanarz Bahulu. Anda akan terasa teruja.

Untuk tempahan pelbagai jenis, inti dan rasa bahulu cermai, bahulu ikan emas, bahulu marble, bahulu kemboja dan sebagainya, sila...

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook page: Hayyanarz Bakery

Selain itu, boleh juga dapatkan Hayyanarz Bahulu sedap gebu di Mama Nory Bakery PLT, No 11 Pusat Perniagaan Sena,Kangar, Perlis.

#support #bisness #muslim

Friday, 4 September 2015

Warung Istiqamah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sarapan pagi amat penting untuk kita untuk menjana tenaga bekerja sepanjang hari. Banyak kedai makan yang menyediakan berbagai pilihan menu dari sebesar-besar restoran hinggalah sekecil-kecil gerai tepi jalan. Berbagai juga menu pilihan rakyat Malaysia seperti nasi lemak, roti canai, capati, kuih-muih dan berbagai lagi.

Hari ini, saya hendak kongsi info mengenai salah satu warung tempat saya selalu bersarapan. Warung Istiqamah diberi nama.

Letaknya warung ini berhadapan dengan Masjid Teluk Jambu, Bintong (jalan menghala ke Sungai Batu Pahat).

Warung ini seperti kebiasaan warung-warung yang lain menyediakan menu nasi lemak dan kuih-muih.

Menu yang saya selalu ambil adalah nasi lemak bilis telur dan sardin. Banyak juga kuih-muih tradisional yang ada.

Harga yang amat munasabah. Dari pemerhatian, ramai juga pengunjung warung ni.

Bagi yang mencari-cari tempat bersarapan, kat sini salah satu tempat pilihan yang berbaloi.

Untuk info tambahan, Hayyanarz Bakery juga mengeluar dan mengedar kuih tradisi iaitu bahulu selain dari roti, biskut raya dan sebagainya. Dan produk juara Hayyanarz Bakery adalah bahulu cermai dan bahulu ikan emas.

Untuk menempah bahulu sedap Hayyanarz Bakery, sila...

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100

Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com

Twitter: @hayyanarzbakery

Instagram: @hayyanarz

Facebook page: Hayyanarz Bakery

Boleh juga dapatkan Hayyanarz Bahulu di Mama Nory Bakery PLT, No 11, Pusat Perniagaan Sena, Kangar, Perlis.

Sokonglah bisness muslim.


Wednesday, 2 September 2015

Mee Z' Din

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, cuaca agak bagus sekarang di bumi Perlis cuma agak berjerubu sejak kebelakangan ini.

Hari ini, saya hendak berkongsi salah satu kedai makan di Perlis. Kedai yang saya maksudkan di sini adalah Kedai Makan Z' Din.

Kedai makan Z' Din ini letaknya berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Kayang, Titi Serong. Iaitu jalan menuju ke Kuala Perlis dari Behor Lateh.

Kalau menggunakan GPS, cari saja pedoman dengan menaip Sekolah Kebangsaan Kayang. InshaAllah boleh sampai ke situ.

Menu utama di sini adalah pelbagai jenis masakan stail mamak. Antaranya mee, bihun dan koewteow goreng mamak stail, sup mamak dan pelbagai lagi.

Lokasinya yang terletak berhampiran bendang turut memberi keselesaan pelanggan disamping keadaan kedai yang bersih.

Harga makanan agak berpatutan jika dibandingkan makan masakan mamak di kedai² mamak. Kat sini, tukang masaknya adalah orang melayu tapi masak masakan mamak.

Bagi rakan² yang berkunjung ke Perlis, boleh berkunjung ke sini untuk mencuba masakannya.

Di samping itu, jika anda ingin membuat tempahan bahulu sedap keluaran dan edaran Hayyanarz Bakery, sila:

Sms/whatsapp: 017-4620775/019-2463100

Facebook page: Hayyanarz Bakery

Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com

Twitter: @hayyanarzbakery

Instagram: @hayyanarz

Sokonglah kedai² dan produk² keluaran muslim.