Wednesday, 24 May 2017

REPEAT ORDER DARI SHAH ALAM

Alhamdulillah...
.
Tempahan repeat order ni diterima dari Puan Pelanggan semenjak sebelum buat penghantaran Hayyanarz Bahulu Kemboja ke Kelantan lagi.
.
Disebabkan agak kalut sikit dengan tempahan kenduri yg agak banyak...saya telah meminta persetujuan dari Puan Pelanggan utk tundakan tarikh penghantaran...dan alhamdulillah telah dipersetujui.
.
Tempahan dari Puan Pelanggan ni berupa Hayyanarz Bahulu Ikan Emas Dwi-rasa dan Hayyanarz Bahulu Inti...campur semua variasi inti yg ada...😊
.
.
Sebaik balik dari penghantaran Hayyanarz Bahulu Kemboja ke Kelantan..persiapan tempahan ni disiapkan segera.
.
Kebetulan...hari tu hari ahad..Poslaju Kangar tutup dek cuti hujung minggu..lalu saya bergegas ke Poslaju Jitra untuk poskan segera tempahan ni...
.
.
Alhamdulillah...segalanya selesai dan parcel telah pun sampai ke tangan Puan Pelanggan pada hari selasa.
.
Terima kasih Puan Pelanggan yg sentiasa menyokong Hayyanarz Bakery.

Sunday, 21 May 2017

POS HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA KE AMPANG DAN KAJANG, SELANGOR SERTA JAWI, PULAU PINANG

Alhamdulillah.
.
Sekembali dari buat penghantaran tempahan Hayyanarz Bahulu Kemboja ke Kampung Telok Gong, Klang dan Kelana Jaya...persiapan tempahan utk diposkan ke Ampang dan Kajang, Selangor serta Jawi, Pulau Pinang bermula.
.


Tempahan kali ni diposkan menggunakan perkhidmatan Poslaju, diposkan...dipos kerana kuantitinya yg kecil dan lebih murah berbanding saya hantar sendiri ke lokasi pelanggan.
.
Tempahan yg diposkan ke Ampang cuma 2 biji, ke Kajang 200 biji dan Jawi, Pulau Pinang pula sebanyak 10 biji.




.
Alhamdulillah, tempahan telah diterima pelanggan pada keesokan harinya.
.
Terima kasih kpd para pelanggan yg sentiasa menyokong Hayyanarz Bakery.
.
P/s: untuk anda yg berminat utk mengetahui lebih lanjut mengenai Hayyanarz Bahulu dan berhajat utk menempah Hayyanarz Bahulu, sila tinggalkan pesanan di ruang KOMEN di bawah utk saya hubungi.

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahuluKemboja
#BahuluCelooAyaqKopiKeliaBaqHang

Sunday, 14 May 2017

PENGHANTARAN TEMPAHAN KE KELANA JAYA, SELANGOR

Alhamdulillah...
.
Seusai penghantaran Hayyanarz Bahulu Kemboja ke Telok Gong, Klang...perjalanan saya diteruskan ke Kelana Jaya pula bagi penghantaran tempahan Hayyanarz Kuih Bakar, Bahulu Ikan Emas Dwi-Rasa, Maruku dan Kuih Siput....tempahan pelanggan di Kelana Jaya.
.

Tempahan ni adalah repeat order dari Puan Pelanggan yg pernah order dan dihantar semasa saya buat penghantaran ke Dengkil yg lalu....


.
Perjalanan agak lancar dari Telok Gong ke Kelana Jaya agak lancar walaupun perlu menempuh beberapa kesesakan lalu-lintas di beberapa tempat....


.
Kurang lebih 45 minit perjalanan dari Telok Gong..saya sampai ke lokasi pelanggan.
.
Alhamdulillah....tempahan selamat diserahkan kpd pelanggan..
.
Terima kasih Puan Pelanggan atas sokongan kpd Hayyanarz Bakery..
.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk Hayyanarz Bakery dan ingin membuat tempahan...sila tinggalkan pesanan anda di ruang komen di bawah utk saya hubungi nanti...inshaaAllah

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#HayyanarzKuihBakar
#GebuGebarz
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Saturday, 13 May 2017

PENGHANTARAN HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA KE KAMPUNG TELOK GONG, KLANG, SELANGOR

Persiapan tempahan terus dibuat seperti yg dijadualkan. Senarai tempahan yg tertulis di dalam buku tempahan....di pindahkan ke bentuk jadual ikut bulan yg ditampal ke dinding depan oven utk rujukan...😊😊😊


.
Dlm masa 2 hari 2 malam...beroperasi dari 9 pagi hingga 9 malam...tempahan sebanyak 1,000 biji Hayyanarz Bahulu Kemboja diusahakan utk disiapkan.


.
Alhamdulillah...tiba ke hari yg diijadualkan utk penghantaran.


.
Perjalanan sejauh 544km bakal ditempuh utk penghantaran kali ni....ke Kampong Telok Gong, Klang, Selangor bagi memenuhi hajat Puan Pelanggan yg akan jadikan Hayyanarz Bahulu Kemboja sebagai doorgift di majlis perkahwinan anak beliau.
.

Seusai solat isyak...semua kotak yg berisi Hayyanarz Bahulu Kemboja dinaikkan ke atas pikap...check semua barang tak tertinggal...dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...saya mula bergerak ke Klang..
.
Kenderaan agak banyak sepanjang perjalanan...dan dilanda hujan yg agak lebat bermula dari Gunung Semanggol sehingga Ulu Bernam...
.
Sempat juga berhenti lelapkan masa kejap kat Gunung Semanggol, Simpang Pulai dan Tapah...
.
Akhirnya....kurang lebih jam 8.00 pagi...selamat sampai ke lokasi Puan Pelanggan di Kampung Telok Gong, Klang, Selangor.


.
Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah yg telah memudahkan perjalanan ni....
.
Parcel Hayyanarz Bahulu Kemboja selamat diserahkan kpd Puan Pelanggan.
.
Kami di Hayyanarz Bakery mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan Puan Pelanggan dan diucapkan selamat menerima menantu kpd Puan Pelanggan.
.
Anda juga inginkan Hayyanarz Bahulu Kemboja utk dibuat doorgift..
.
Usah segan-silu..tinggalkan pesanan di ruang komen di bawah utk saya hubungi...

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Wednesday, 10 May 2017

PESANAN ORANG LAMA

KINI PRODUK HAYYANARZ BAKERY BERADA DI THE BREAD, SHAHAB PERDANA, ALOR SETAR

Alhamdulillah...
.
Kini...produk2 Hayyanarz Bakery..antaranya Hayyanarz Bahulu, Kuih Bakar dan Rempeyek berada di The Bread, Shahab Perdana, Alor Setar...


.
Utk makluman....The Bread yg terkenal dengan kek viral 1 ringgit letaknya bersebelahan Restoran KFC, Shahab Perdana, Alor Setar.
.
Produk utama The Bread adalah kek...yg mana saya telah mencuba slice kek coklat.....eeerrmmmmmm sedapnya...


.
Sejujurnya..saya akui..kek The Bread memang sedap dan setanding dengan kek Resepi Rahsia yg terkenal tu....
.
Lagi satu....kek The Bread ni buatan dan hasil tangan Melayu Muslim....dan halal lagi..
.
Jom....mari kita support kedai Orang Kita...