Showing posts with label rakan niaga. Show all posts
Showing posts with label rakan niaga. Show all posts

Thursday, 29 March 2018

[RAKAN NIAGA] MAMA CENDOL BIHUN SUP UTARA

Anda suka cendol? Juga suka bihun sup utara?
.
.
Cendol yg berlemak manis, dilimpahi santan yang segar, disejukkan dengan ais dan dilimpahi lelehan gula melaka @ gula gerek bak kata orang utara….
.
.
Bihun sup pula…bihunnya dicelur dalam air kunyit yg membangkitkan warna kekuningan, dilimpahi dengan daging tempatan yang segar serta lobak asin dan cabai resepi asli, kuah sup yang power tanpa campuran Pak Aji No Mutu….pergh!!!! Kelia baq hang.
.

.
Mai….saya nak ceritakan sikit pasal bihun sup utara ni.
.
.
Usai penghantaran tempahan doorgift bahulu kemboja di Mantin, saya terus ke KL untuk rehat. Keesokannya pagi saya bertolak balik ke Perlis.
.

.
Seperti yang dirancang, saya singgah di kedai MAMA CENDOL BIHUN SUP UTARA SEMPOI.
.

.
Kedai ni letaknya di antara Tol Gopeng dan Tol Simpang Pulai, di jalan utama no 1 Ipoh-KL.
.
.
Kedainya betul-betul di tepi jalan, mudah untuk singgah, tempat parkir pun mudah.
.
.
Antara menunya yang utama adalah cendol, bihun sup, kueteow sup, nasi sup dan berbagai-bagai lagi.
.
.
Beroperasi dari pagi hingga petang, setiap hari.
.
.
Selain dari menu-menunya yang ternyata sedap (antara kedai yang selalu saya singgah jika balik dari KL ke Perlis), produk HAYYANARZ REMPEYEK juga kedapatan di sini.
.
.
Saya sangat-sangat rekemen mai singgah sini untuk menjamu selera.
.
.
Untuk anda sekitar Ipoh, jemput datang sini untuk merasai menu-menu yang sedap juga boleh juga dapatkan HAYYANARZ REMPEYEK di sini.
.
.
Jemput datang dan singgah ya…
.
#HayyanarzBakery #Rempeyek #Rangup #Sedap

Wednesday, 10 May 2017

KINI PRODUK HAYYANARZ BAKERY BERADA DI THE BREAD, SHAHAB PERDANA, ALOR SETAR

Alhamdulillah...
.
Kini...produk2 Hayyanarz Bakery..antaranya Hayyanarz Bahulu, Kuih Bakar dan Rempeyek berada di The Bread, Shahab Perdana, Alor Setar...


.
Utk makluman....The Bread yg terkenal dengan kek viral 1 ringgit letaknya bersebelahan Restoran KFC, Shahab Perdana, Alor Setar.
.
Produk utama The Bread adalah kek...yg mana saya telah mencuba slice kek coklat.....eeerrmmmmmm sedapnya...


.
Sejujurnya..saya akui..kek The Bread memang sedap dan setanding dengan kek Resepi Rahsia yg terkenal tu....
.
Lagi satu....kek The Bread ni buatan dan hasil tangan Melayu Muslim....dan halal lagi..
.
Jom....mari kita support kedai Orang Kita...

Thursday, 27 April 2017

SIAP TEMPAHAN MINGGU INI...

Alhamdulillah..
.
Minggu ni..spt biasa...rutin restock Hayyanarz Bahulu, Rempeyek, Kuih Bakar dan Maruku telah dibuat di beberapa rakan niaga Hayyanarz Bakery spt di Agrobazaar Rakyat 1Malaysia PPK Mata Ayer, Taman Sena dan Seriab.
.
Juga di Pasaraya Seri Utama Kuala Perlis dan Pasaraya AMS Mutiara.




.
Selain itu, penghantaran secara pos juga telah dihantar kpd pelanggan di Ulu Kinta, Perak.....di mana Puan Pelanggan telah menempah Hayyanarz Bahulu Biasa dan Ikan Emas Dwi-rasa.





.
Penambahan kuantiti tempahan bahulu juga telah diterima dr pelanggan di Beseri, Perlis dan pelanggan dr Jerantut, Pahang.
.
Tempahan Hayyanarz Bahulu Ikan Hantaran juga telah disiapkan dan dihantar kpd pelanggan di Mata Ayer.


.
Dalam pada itu, kini Hayyanarz Kuih Bakar terdapat di Laksa Tradisi Kuala Perlis, Taman Sentua.


.
Kami di Hayyanarz Bakery juga mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas kesudian puan pelanggan dari Kuala Lumpur yg telah sudi singgah di Hayyanarz Bakery.
.
Kami amat berbesar hati atas kesudian puan singgah di Hayyanarz Bakery...
.
Terima kasih kpd para pelanggan yg sentiasa menyokong Hayyanarz Bakery.

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Monday, 17 April 2017

LAKSA TRADISI

Alhamdulillah...

Cuaca amat baik sekali..tiada hujan...dan cerah sepanjang hari..

Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat dan rezeki-Mu...

Seperti kebiasaan...perjalanan kehidupan hari ni berlangsung lagi dengan penghantaran consignment Hayyanarz Bahulu, Rempeyek dan Kuih Bakar ke beberapa kedai dan pasaraya sekitar Perlis.

Dan rezeki Allah lagi...sebuah lagi premis sudi utk menolong memasarkan produk Hayyanarz Kuih Bakar...

Terima kasih Laksa Tradisi Kuala Perlis.


Laksa Tradisi Kuala Perlis yg diuruskan oleh Mariam Mahazir Enterprise terletak di Taman Sentua..berdekatan dengan Kuaters TNB...bersebelahan Yonhin...merupakan sebuah kedai makan...dan laksa Kuala Perlis adalah menu utamanya..

Kini..Hayyanarz Kuih Bakar juga boleh didapati di situ..

Terima kasih tuan kedai yg sudi menolong utk memasarkan Hayyanarz Kuih Bakar di situ....

Jemput2 ke sana..disamping menikmati kesedapan laksa Kuala Perlis..juga boleh dapatkan Hayyanarz Kuih Bakar utk kudapan di masa senggang....

Monday, 29 February 2016

D'Kawi Chocolate Shoppe

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu lagi tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Tika dan saat artikel ni ditulis, saya baru saja selesai letakkan HAYYANARZ BAHULU di sebuah kedai Rakan Niaga HAYYANARZ BAKERY yang terbaru iaitu Rakan Niaga yang ke-15.

Alhamdulillah.

Dan, tika dan saat ini, saya ingin perkenalkan Rakan Niaga HAYYANARZ BAKERY yang ke-15 ini iaitu D'KAWI CHOCOLATE SHOPPE.


D'KAWI CHOCOLATE SHOPPE ni letaknya bersebelahan dengan Restoran Laksa Kak Su, sebuah restoran laksa beras Kuala Perlis yang sememangnya dikenali di Perlis ni.

Antara barangan yang terdapat di D'KAWI CHOCOLATE SHOPPE ni adalah barangan berasaskan coklat yang sememangnya sedap dan disukai ramai.

Ramai pengunjung yang selalu singgah di sini tatkala hendak ke Langkawi mahupun yang pulang dari Langkawi untuk mendapatkan buah tangan dari Perlis.

Jika anda sampai di Kuala Perlis, jemput datang ke D'KAWI CHOCOLATE SHOPPE kerana selain dari barangan berasaskan coklat, HAYYANARZ BAHULU juga sudah terdapat di sini.

Selain dari mendapatkan HAYYANARZ BAHULU di D'KAWI CHOCOLATE SHOPPE, anda juga boleh menempah HAYYANARZ BAHULU dengan menghubungi:

==> Suraya

>>whatsapp BAHULU ke 017.462.0775<<
>>whatsapp BAHULU ke 017.462.0775<<
>>whatsapp BAHULU ke 017.462.0775<<

==> Hasmizal

>>whatsapp BAHULU ke 019.246.3100<<
>>whatsapp BAHULU ke 019.246.3100<<
>>whatsapp BAHULU ke 019.246.3100<<

Anda dijemput untuk melawat, like dan share di Facebook fanpage HAYYANARZ BAKERY.

Inshaa ALLAH, anda BAKAL berpuas-hati dengan produk HAYYANARZ BAHULU.

Sehingga bertemu lagi.

Ingat....

"pekena BAHULU CELOP KOPI O KAW, kelia baq hang..." B-)

Wassalam

Thursday, 25 February 2016

Mardhiyyah Halal Bakery Products

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Sekali lagi berpeluang menulis dalam blog yang tak seberapa ni. Dan alhamdulillah diberi rezeki oleh ALLAH berkongsi maklumat dengan para pembaca blog ni.

Di hari nan indah ni, saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai lagi satu RAKAN NIAGA yang memberi peluang kepada saya memasarkan produk HAYYANARZ BAKERY.

Antara produk HAYYANARZ BAKERY yang diletakkan dan dipasarkan oleh MARDHIYYAH HALAL BAKERY PRODUCTS adalah HAYYANARZ BAHULU, HAYYANARZ REMPEYEK, HAYYANARZ MARUKU, HAYYANARZ KEREPEK PISANG dan SUSU KAMBING MYLO.


For info, MARDHIYYAH HALAL BAKERY PRODUCTS ni letaknya di Repoh, Perlis.

Lokasinya bersebelahan dengan Yapiem Ar-Rahnu dan Restoran Tomyam Thai.


Pelbagai produk bakery terdapat di MARDHIYYAH HALAL BAKERY PRODUCTS sebagai pilihan anda yang berminat untuk membuat sendiri pelbagai kek dan biskut.

Marilah kita sama-sama menyokong kedai-kedai Muslim kita...

Sehingga berjumpa lagi...

Wassalam

Monday, 8 February 2016

Agrobazaar Rakyat 1Malaysia, PPK Mata Ayer

بسم الله الر حمن الر حبم
اللهم  صل على محمد وعلى ال محمد
اسلامعليكم ورحمة الله وبركاته

Bertemu lagi..dan selamat bercuti sempena Tahun Baru Cina.

Hari ini saya ingin perkenalkan satu lagi rakan niaga HAYYANARZ BAKERY iaitu AGROBAZAAR RAKYAT 1MALAYSIA, PPK Mata Ayer


AGROBAZAAR RAKYAT 1MALAYSIA ni letaknya di Mata Ayer dan diuruskan oleh PPK Mata Ayer dan letaknya juga dalam kawasan PPK Mata Ayer

Anda yang berada di kawasan sekitar khususnya RPA mata Ayer II, CIMA, Markas 30 Briged, 6 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja dan kawasan berdekatan umumnya dijemput untuk dapatkan HAYYANARZ BAHULU disamping membeli-belah barangan keperluan di AGROBAZAAR RAKYAT 1MALAYSIA, PPK Mata Ayer ni

Selain dari dapatkan HAYYANARZ BAHULU di AGROBAZAAR RAKYAT 1MALAYSIA, anda juga boleh membuat tempahan terus dengan hubungi

Puan Suraya <===

>>Whatsapp BAHULU ke 017.462.0775<<
>>Whatsapp BAHULU ke 017.462.0775<<
>>Whatsapp BAHULU ke 017.462.0775<<

Hasmizal <===

>>Whatsapp BAHULU ke 019.246.3100<<
>>Whatsapp BAHULU ke 019.246.3100<<
>>Whatsapp BAHULU ke 019.246.3100<<

Marilah kita sama-sama menyokong kedai-kedai muslim bumiputera dan produk muslim

"pekena BAHULU CELOP KOPI O KAW, kelia baq hang..."

Wassalam

Wednesday, 3 February 2016

Kedai Makan Fendi, Bintong

بسم الله الر حمن الر حبم
اللهم  صل على محمد وعلى ال محمد
اسلامعليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah. Sebuah lagi rakan niaga HAYYANARZ BAHULU diperkenalkan.

Rakan niaga HAYYANARZ BAHULU kali ni letaknya di Bintong, Kangar. Sebuah kedai makan milik Tuan Fendi.


Kedai makan Fendi ni beroperasi dari pagi hinggalah petang. Sebelah paginya, terdapat sarapan berupa nasi lemak dan kuih-muih.

Tengaharinya dan petang, terdapat masakan goreng-goreng, disamping nasi daging yang begitu popular sekarang ni.
 
Bagi saya, Kedai Makan Fendi adalah salah sebuah kedai makan yang termurah harga makanannya yang ditawarkan sekitar Kangar.. :-)

Sekarang, menu tambahan disediakan. 

Menu yang saya maksudkan tu...tak lain dan tak bukan.. BAHULU. 

Jika pekena HAYYANARZ BAHULU celop air kopi, waktu-waktu santai..sambil sembang kedai kopi...pergh!!!!..sedapnya..

Antara BAHULU yang diletakkan di Kedai makan Fendi adalah HAYYANARZ BAHULU IKAN dan HAYYANARZ BAHULU CERMAI.

Anda dijemput untuk menjamu selera di Kedai Makan Fendi disamping dan merasai #kelembutan, #kesedapan dan #kegebuan HAYYANARZ BAHULU.

For info, HAYYANARZ BAHULU terdiri dari pelbagai jenis bahulu seperti bahulu cermai, ikan emas, ikan, ikan hantaran, kemboja, marble dan mini.

HAYYANARZ BAKERY sedia menerima tempahan pelbagai jenis bahulu untuk sebarang majlis seperti majlis kahwin, pertunangan, hari jadi dan sebagainya. 

Sekiranya anda ingin membuat tempahan bahulu, anda boleh hubungi:

==> Suraya

>>Whatsapp BAHULU ke 017.462.0775<<
>>Whatsapp BAHULU ke 017.462.0775<<
>>Whatsapp BAHULU ke 017.462.0775<<

==> Hasmizal

>>Whatsapp BAHULU ke 019.246.3100<<
>>Whatsapp BAHULU ke 019.246.3100<<
>>Whatsapp BAHULU ke 019.246.3100<<

Anda dijemput untuk melawat dan like Facebook Page HAYYANARZ BAKERY untuk melihat-lihat pelbagai jenis bahulu.

Sampai berjumpa lagi...

"pekena BAHULU CELOP AYAQ KOPI, kelia...apa nak kata.." :-)

Wassalam

Sunday, 31 January 2016

Agrobazaar Rakyat 1Malaysia, Taman Pertiwi Indah, Seriab

بسم الله الر حمن الر حبم
اللهم  صل على محمد وعلى ال محمد
اسلامعليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ALLAH TAALA atas limpahan rezeki yang diberi.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmat ALLAH Taala.


Alhamdulillah, atas rezeki ALLAH Taala, sebuah lagi kedai rakan niaga HAYYANARZ BAKERY bersedia membantu dalam memasarkan produk HAYYANARZ BAHULU.

Kedai rakan niaga yang dimaksudkan tu adalah AGROBAZAAR RAKYAT 1MALAYSIA yang letaknya di Taman Pertiwi Indah, Seriab.

AGROBAZAAR RAKYAT 1MALAYSIA ni diuruskan oleh Koperasi Produk Muslim Perlis Berhad. Sebelum ni, namanya adalah Kedai Produk Muslim Ad-Deen Toyyiba Mart.

AGROBAZAAR RAKYAT 1MALAYSIA ni, dari atas jalan Kangar-Alor Setar pun dah nampak, dekat jalan jer. Berdekatan juga dengan Lembaga Urusan Tabung Haji, Seriab dan UniMaP, Seriab.

Banyak barangan runcit yang boleh didapati di sini terutamanya produk keluaran muslim yang lagi HALAL.

Inilah salah satu usaha yang amat membanggakan kerana AGROBAZAAR RAKYAT 1MALAYSIA ni berusaha dalam memasarkan barangan HALAL keluaran MUSLIM.

Marilah sama-sama kita menyokong usaha ini dan sama-sama menyokong kedai-kedai MUSLIM bagi membangunkan ekonomi umat ISLAM.

ALHAMDULILLAH dan terima kasih diucapkan kepada AGROBAZAAR RAKYAT 1MALAYSIA kerana sudi membantu memasarkan produk HAYYANARZ BAHULU.

For info, HAYYANARZ BAHULU adalah produk keluaran HAYYANARZ BAKERY yang beroperasi di Kampung Sentang, tak jauh dari AGROBAZAAR RAKYAT 1MALAYSIA ni.

Antara produk-produk HAYYANARZ BAHULU adalah pelbagai jenis dan rasa bahulu, bahulu hantaran, susu kambing di bawah label Mylo, pelbagai jenis roti, kek coklat moist dan biskut raya.

Jika anda inginkan kudapan dan jamuan untuk hidangan tetamu yang bertandang ke rumah, boleh dapatkan HAYYANARZ BAHULU di AGROBAZAAR RAKYAT 1MALAYSIA ni...

HAYYANARZ BAKERY juga sedia menerima tempahan bahulu untuk majlis-majlis kenduri, doorgift dan sebagainya.

Anda boleh membuat tempahan bahulu dengan menghubungi:

--> Puan Suraya:

>>Whatsapp BAHULU ke 017.462.0775<<
>>Whatsapp BAHULU ke 017.462.0775<<
>>Whatsapp BAHULU ke 017.462.0775<<

--> En Hasmizal

>>Whatsapp BAHULU ke 019.246.3100<<
>>Whatsapp BAHULU ke 019.246.3100<<
>>Whatsapp BAHULU ke 019.246.3100<<

Anda dijemput untuk melawat Facebook Page HAYYANARZ BAKERY untuk melihat-lihat produk HAYYANARZ BAHULU dan juga menu kat atas blog ini.

InshaALLAH, anda BAKAL berpuas-hati dengan produk HAYYANARZ BAHULU.

Sama-samalah kita menyokong produk-produk keluaran MUSLIM dan kedai-kedai MUSLIM dalam membangunkan ekonomi ISLAM.

"pekena BAHALU CELOP AYAQ KOPI, kelia baq hang..." :-)

Wassalam

Sunday, 10 January 2016

Mini Mart Ismail Che Noh

بسم الله الر حمن الر حبم
اللهم  صل على محمد وعلى ال محمد
اسلامعليكم ورحمة الله وبركاته

Cuaca la ni agak terik sikit. Angin timur pun dah mula bertiup kencang. Kat Perlis ni pakat dok panggil Winter Wind Season.
.
Waktu malam sejuk gedi...siang pula panas terik. Pakat paham ke apa yang saya tulis ni... =)
.
Musim ni juga la boleh kita lihat pakat ramai yang dok main layang-layang. Golongan kanak-kanak banyak main layang-layang kecik yang banyak dijual kat tepi jalan sekarang ni.
.
Golongan pertengahan banyak main layang-layang moden yang sekarang ni boleh dilihat pakat dok main kat kawasan kosong tapak Giant Hypermarket yang bakal dibuka nanti.
.
Yang paling best adalah golongan tua dan orang kampung yang banyak main wau..wau jenis lama...main kat bendang..yg ni yang paling best. Malam-malam siap boleh dengar dengung bunyi wau. =)
.
Ok lah. Hari ni saya nak cerita sikit rakan niaga terbaru Hayyanarz Bakery yang membantu memasarkan produk Hayyanarz Bahulu.
.
Rakan niaga yang saya maksudkan tu adalah Mini Mart Ismail Che Noh.
.
Mini Mart Ismail Che Noh ni letaknya di No 1, Medaniaga Bunga Padi, Taman Bunga Padi, Kangar.
.
Mini Mart ni milik penuh 100% bumiputera yang menjadi nadi kebanyakan masyarakat di Taman Bunga Padi dan kawasan sekitar dalam membekalkan barangan keperluan seharian.
.
Tuan kedai iaitu Encik Ismail Che Noh yang amat pemurah dengan senyuman sedia menanti dan melayan pelanggan yang datang dengan amat mesra sekali.
.
Anda yang berkunjung ke Mini Mart Ismail Che Noh ni pasti akan berpuas-hati dengan layanan dan barangan yang dijual dengan harga yang amat berpatutan.
.
Selain pelbagai barangan yang dijual, Hayyanarz Bahulu yang sedap, lembut dan gebu juga boleh didapati di sini.
.
Saya dengan berbesar hati menjemput anda yang berdekatan untuk berbelanja di Mini Mart Ismail Che Noh ni.
.
Sama-sama kita menyokong kedai-kedai bumiputera muslim. 
.
Semoga ekonomi orang Islam akan terus meningkat maju dan utuh di Malaysia ni.
.
Dikesempatan ni, saya menjemput anda yang inginkan merasai keenakan, kesedapan, kelembutan dan kegebuan Hayyanarz Bahulu, boleh dapatkan di Mini Mart Ismail Che Noh.
.
Jika anda bercadang untuk membuat tempahan Hayyanarz Bahulu ni, anda boleh hubungi Puan Suraya Sulaiman dengan cara:
.
>>SMS/WHATSAPP BAHULU KE 017-4620775<<
>>SMS/WHATSPAP BAHULU KE 019-2463100<<
.
Anda boleh juga layari:
.
.
InshaAllah. Anda BAKAL berpuas-hati dengan Hayyanarz Bahulu.
.
Wassalam.

Saturday, 5 December 2015

Pasaraya AMS Mutiara Sdn Bhd

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, ibubapa, guru-guru, keluarga kami dan sekalian para muslimin dan muslimat di mana jua berada.

Ya Allah, selamatkan saudara-saudara kami di Palestin, Syria dan di mana jua berada dari perbuatan zalim puak musyrikin.

Ya Allah, lindungilah bumi Malaysia dari bala bencana. Aman dan makmurkanlah bumi Malaysia ini.

Ya Allah, limpahkan kepada kami rezeki yang melimpah-ruah, tubuh badan yang sihat, keluarga yang bahagia dan kami bersyukur dengan segala nikmat yang telah Engkau kurniakan selama ini.

Amin....

Alhamdulillah...

Di hari yang indah ini, saya ingin memperkenalkan sebuah lagi rakan niaga Hayyanarz Bakery iaitu Pasaraya AMS Mutiara Sdn Bhd.

Pasaraya AMS Mutiara Sdn Bhd, salah sebuah pasaraya yang sedang meningkat maju letaknya di Taman Sena, Kangar, Perlis.

Lokasinya amat strategik, berdekatan dengan Klinik Dr Wan Balkis, salah sebuah pasaraya yang membekalkan pelbagai barangan keperluan harian kepada ramai penduduk Taman Sena, Taman Sena Indah, Taman Guru dan kawasan sekitar.

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Pasaraya AMS Mutiara Sdn Bhd yang banyak membantu memasarkan Hayyanarz Bahulu.

Semoga Pasaraya AMS Mutiara Sdn Bhd akan terus maju dan berjaya.

Sama-samalah kita menyokong perniagaan bumiputera muslim.

Wednesday, 25 November 2015

Pasaraya Hafifah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda.

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa kami, ibubapa kami, guru-guru kami, keluarga kami dan sekalian muslimin dan muslimat di mana jua berada.

Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami di Syria, Palestin dan di mana jua berada dari musuh-musuh kami kaum musyrikin.

Ya Allah, limpahkanlah kepada kami rezeki yang melimpah-ruah, tubuh badan yang sihat.

Kami bersyukur atas nikmat-Mu kepada kami selama ini.

Hari ini, di kesempatan ini saya ingin berkongsi lagi satu rakan niaga Hayyanarz Bakery, yang telah menolong memasarkan produk Hayyanarz Bahulu iaitu Pasaraya Hafifah.

Pasaraya Hafifah, milik 100% bumiputera muslim letaknya di Arked Mara Utan Aji, Kangar.

Dulu, Pasaraya Hafifah letaknya di tapak Restoran Mc Donald sekarang ni.

Pasaraya Hafifah ni adalah salah sebuah pasaraya bumiputera yang telah lama bertapak di bumi Perlis ini. Menjadi tumpuan ramai orang terutamanya dikalangan peniaga-peniaga kecil untuk membeli secara borong.

Harga barangan yang dijual kat Pasaraya Hafifah ni amat berpatutan.

Alhamdulillah, kami bersyukur kerana Pasaraya Hafifah sudi untuk membantu memasarkan Hayyanarz Bahulu.

Selain dari Pasaraya Hafifah, Hayyanarz Bahulu juga boleh didapatkan secara tempahan terus dengan menghubungi talian 017-4620775 / 019-2463100.

Sila like dan share www.facebook.com/hayyanarbakery.

Marilah kita sama-sama menyokong dan membantu produk-produk keluaran dan edaran muslim serta kedai/pasaraya milik muslim dalam mengukuhkan ekonomi muslim.

#hayyanarzbahulu #sedap #lembut #gebu

Thursday, 12 November 2015

Pasaraya Titi Tinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, ibubapa kami, guru-guru kami, keluarga kami dan sekalian muslimin dan muslimat di mana jua berada.

Semoga Allah memberi kerahmatan ke atas kita semua.

Syukur alhamdulillah atas segala nikmat yang dilimpahkan ke atas kita semua selama ini.

Alhamdulillah, Hayyanarz Bahulu melangkah setapak lagi dengan berada di sebuah lagi pasaraya iaitu Pasaraya Titi Tinggi.

Pasaraya Titi Tinggi letaknya di kawasan UniCiti Alam, UniMaP di Titi Tinggi, tidak jauh dari Padang Besar.

Kawasan UniCiti Alam yang menempatkan kawasan asrama pelajar-pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMaP).

Juga terdapat kampus KUIPs iaitu Kolej Universiti Islam Perlis.

Pasaraya Titi Tinggi diuruskan oleh Myshop Retail Sdn Bhd dan lokasinya terletak di Lot G-1, Blok S1, Kompleks Desa Siswa, UniCity Alam.

Pelbagai barangan keperluan tersedia untuk pilihan para pelajar dan penduduk sekitar.

Semoga Pasaraya Titi Tinggi akan terus maju dan sukses.

Sila dapatkan Hayyanarz Bahulu di Pasaraya Titi Tinggi untuk kudapan.

Selain itu, tempahan Hayyanarz Bahulu juga boleh dibuat di talian 017-4620775 / 019-2463100.

Sila layari, like dan share www.facebook.com/hayyanarzbakery.

Tuesday, 10 November 2015

Kedai Runcit Aida Rabani

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda.

Ya Allah, limpahkanlah keberkatan, keampunan ke atas kami, ibubapa kami, guru-guru kami, keluarga kami serta muslimin dan muslimat di mana jua berada.

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat dan hidayah yang telah dilimpahkan Allah SWT.

Hari ini, saya dan isteri kembali meneruskan kelangsungan tugasan untuk menambahkan lagi kedai-kedai untuk dijadikan rakan niaga dalam memasarkan produk keluaran Hayyanarz Bakery iaitu Hayyanarz Bahulu.

Dari rumah, kami bertolak menuju ke Arau. Dari sekitar kawasan C-Mart, kami bergerak ke Pekan Pauh. Pekan Pauh sekarang ni semakin berkembang maju dengan naiknya beberapa kawasan taman perumahan dan rumah-rumah kedai. Rasanya setahun dua lagi, akan menjadi meriah kawasan Pekan Pauh ni.

Dari Pekan Pauh, kami berpatah balik ke Arau dan menuju ke kawasan RPA Arau. Nampaknya kawasan RPA pun semakin meriah. Ditambahi dengan adanya Matrikulasi Perlis dan UITM Arau. Malam-malam mesti meriah kerana terdapatnya banyak kedai-kedai makan sekitar.

Terus saya dan isteri menuju ke Taman Bersatu, yang letaknya berhampiran lampu isyarat dari Jalan Arau-Kangar dan jalan yang menuju ke UITM Arau.

Di Taman Bersatu ni, kami singgah di Kedai Runcit Aida Rabani.

Kedai Runcit Aida Rabani betul-betul berada di hadapan jalan masuk ke Taman Bersatu dari jalan menuju ke UITM Arau. Pelbagai barang keperluan seharian terdapat di Kedai Runcit Aida Rabani ni untuk kemudahan penduduk sekitar terutamanya penduduk Taman Bersatu.

Alhamdulillah, Hayyanarz Bahulu juga diberi peluang untuk diletakkan dan dipasarkan melalui Kedai Runcit Aida Rabani.

Disamping membeli-belah barangan keperluan, tuan-tuan dan puan-puan juga dijemput mendapatkan Hayyanarz Bahulu sebagai kudapan. Dapat juga kita naikkan kuih tradisi kita seiring dengan kek-kek moden.

Selain dari Kedai Runcit Aida Rabani, Hayyanarz Bahulu juga didapati di

1. Mama Nory Bakery PLT, Kangar
2. Rislah Bakery, Kangar
3. Pasaraya Seri Utama, Plaza Kuala Perlis
4. Agrobazaar Kedai Rakyat, Seriab
5. Agrobazaar Rakyat 1Malaysia, Kangar
6. Pasaraya Hafifah, Kangar
7. Pasaraya AMS Mutiara, Kangar
8. Pasaraya Titi Tinggi, UniCiti Alam

Untuk tempahan Hayyanarz Bahulu secara terus, boleh dibuat dengan menghubungi talian 017-4620775 / 019-2463100.

Semoga, suatu hari nanti, Hayyanarz Bahulu akan berada di pasaran dunia....inshaAllah

Friday, 6 November 2015

Pasaraya Seri Utama, Plaza Kuala Perlis

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Moga, Allah kurniakan kerahmatan kepada ibubapa, guru-guru dan sekalian muslimin dan muslimat. 

Moga diampunkan dosa-dosa kita yang lalu, sekarang dan akan datang. Moga dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah...

Alhamdulillah, atas segala nikmat yang dikurniakan ke atas kita selama ini.

Hari ni, saya nak perkenalkan salah satu pasaraya milik bumiputera Islam yang beroperasi di Kuala Perlis iaitu Pasaraya Seri Utama, Plaza Kuala Perlis. Ini adalah cawangan ke-2 selepas Pasaraya Seri Utama, Behor Pulai.

Pasaraya Seri Utama Kuala Perlis letaknya betul-betul di tangah Pekan Kuala Perlis. Membantu membekalkan pelbagai barangan keperluan penduduk Kuala Perlis khasnya dan penduduk Perlis amnya.

Alhamdulillah, Hayyanarz Bahulu juga diberi peluang oleh pihak Pasaraya Seri Utama untuk memasarkan produk muslim bahulu kepada pelanggan.

Selain dari dapatkan Hayyanarz Bahulu di Pasaraya Seri Utama, tempahan terus boleh dibuat dengan menghubungi Puan Suraya di 017-4620775 atau 019-2463100.

Jom..sokonglah perniagaan muslim...

Moga perniagaan Pasaraya Seri Utama terus berjaya dan berkembang maju.

Friday, 30 October 2015

Agrobazaar Kedai Rakyat, Seriab

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat baginda.
Semoga kita semua beroleh kerahmatan dari Allah SWT.

Alhamdulillah, atas limpahan rezeki yang dicurahkan selama ini.

Di hari yang penuh kerahmatan ini, saya hendak berkongsi sedikit info mengenai salah satu rakan niaga Hayyanarz Bakery iaitu Agrobazaar Kedai Rakyat di Taman Pertiwi, Seriab, Perlis.

Lokasinya di Seriab, kira-kira 3km dari Kangar, berdekatan dengan kawasan perumahan Polis. Seriab sekarang boleh dikatakan sudah menjadi sebuah pekan kecil yang berkembang maju  membangun seperti Arau dan Padang Besar.

Dahulunya, Agrobazaar Kedai Rakyat ni sebuah kedai runcit kecil sahaja, namun sekarang sudah semakin maju berkembang dan membekalkan pelbagai keperluan penduduk sekitar.

Sokonglah kedai milik bumiputera Islam dan majukanlah ekonomi Islam.

Hayyanarz Bakery bersyukur kerana boleh bekerjasama dengan pihak Agrobazaar Kedai Rakyat dalam memasarkan produk Hayyanarz Bahulu.

Sokonglah produk halal muslim dan perniagaan bumiputera muslim.

Sila like dan share kami di Facebook Fanpage : Hayyanarz Bakery

Saturday, 10 October 2015

Agrobazaar Rakyat, Taman Sena Indah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda.

Semoga kita sekalian sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT.

Hari ini saya ingin memperkenalkan salah sebuah kedai yang menjadi rakan niaga yang menolong memasarkan produk bahulu keluaran Hayyanarz Bakery.

Agrobazaar Rakyat ini diuruskan oleh FAMA Corporation Sdn Bhd (FAMACO) letaknya di Taman Sena Indah, Kangar, Perlis.

Agrobazaar Rakyat Taman Sena Indah ini adalah salah sebuah kedai serbaneka. Pelbagai barangan keperluan harian terdapat di sini dengan harga yang amat berpatutan.

Letaknya di kawasan yang amat strategik dengan kemudahan kawasan parkir kenderaan yang luas.

Agrobazaar Rakyat Taman Sena Indah ini juga menjadi pilihan saya sekeluarga untuk membeli-belah barangan keperluan harian.

Dengan adanya Hayyanarz Bahulu di Agrobazaar Rakyat Taman Sena Indah ini, moga dapat menambah pilihan kepada pelanggan untuk membeli makanan ringan sebagai kudapan selain menaikkan taraf kuih tradisional kita seiring dengan makanan kudapan yang lain.

Selain dari mendapatkan Hayyanarz Bahulu di Agrobazaar Rakyat Taman Sena Indah, tempahan secara terus juga boleh dibuat melalui:

Sms/whatsapp/call: 017-4620775 / 019-2463100
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Email: hayyanarz.bakery@outlook.com
Facebook: Hayyanarz Bakery (sila LIKE page kami)

Sama-samalah kita membantu membangunkan produk-produk muslim dan kedai-kedai muslim.


Saturday, 12 September 2015

Rislah Bakery

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah kerahmatan Allah SWT.

Alhamdulillah, syukur ke atas rezeki dan nikmat yang Allah SWT limpahkan kepada kita semua. Moga-moga kita akan senantiasa dilimpahi rezeki dan nikmat yang melimpah-ruah dan dapat beramal dengan rezeki dan nikmat Allah SWT itu.

Di sini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia dan berdoa agar Malaysia akan sentiasa aman makmur dan sejahtera.

Saya juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha yang bakal menjelma tak lama lagi.

Juga berdoa agar umat Islam yang berada di Tanah Haram sentiasa sihat dalam mengerjakan rukun Islam yang kelima.

Hari ini, saya ingin berkongsi info mengenai satu lagi rakan niaga Hayyanarz Bakery, iaitu Rislah Bakery.

Rislah Bakery diuruskan oleh Rislah Impian Enterprise. Lokasi Rislah Bakery terletak di No 3, Taman Indra, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar, Perlis.

Berdekatan dengan Rislah Bakery adalah Sekolah Kebangsaan Sri Indra dan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan. Jika kita datang dari Hospital Tuanku Fauziah, Rislah Bakery letaknya di sebelah kanan. Jika datang dari Taman Sena, letaknya sebelah kiri.

Produk-produk buatan dan edaran Rislah Bakery adalah pelbagai jenis roti/bun, kek dan pizza. Selain itu, banyak lagi kuih dan kerepek dari pembekal tempatan IKS yang boleh didapatkan di Rislah Bakery, termasuklah Hayyanar Bahulu yang sedap, lembut dan gebu.

Bagi yang mencari pelbagai juadah, sila berkunjung ke Rislah Bakery.

Hayyanarz Bahulu telah diletakkan di Rislah Bakery dan jualannya amat memberangsangkan.

For info, Hayyanarz Bahulu yang sedap, lembut lagi gebu terdapat dalam beberapa jenis iaitu bahulu cermai, bahulu ikan emas, marble, kemboja, dan ikan besar dalam pelbagai jenis perisa.

Selain mendapatkan Hayyanarz Bahulu di Rislah Bakery, tuan² dan puan² boleh juga hubungi..

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook page: Hayyanarz Bakery

Boleh juga berkunjung ke Mama Nory Bakery PLT, No 11, Pusat Perniagaan Sena, Kangar, Perlis untuk dapatkan Hayyanarz Bahulu.

#support #bisness #muslim

Thursday, 3 September 2015

Mama Nory Bakery

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam dan selawat ke atas junjungan Besar Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Moga anda semua berada di bawah rahmat Allah SWT.

Alhamdulillah, hujan baru saja berhenti, mudah-mudahan suasana jerubu di Perlis ni akan berkurangan.

Hari ini saya hendak berkongsi info mengenai salah satu rakan niaga Hayyanarz Bakery iaitu Mama Nory Bakery PLT.

Mama Nory Bakery PLT terletak di No 11, Pusat Perniagaan Sena, Kangar, Perlis. Berdekatan sebelah kirinya Sekolah Kebangsaan Sena, Pasar Borong Kangar tidak jauh dari situ sebelah kanannya, manakala sebelah belakangnya Taman Ira.

Mama Nory Bakery PLT diuruskan oleh Puan Norida Binti Ismail. Antara produk-produk yang terdapat di sini seperti kek, muffin dan cupcake, pelbagai jenis puding, pelbagai jenis roti dan biskut.

Mama Nory Bakery PLT juga mengelolakan kelas masakan dan 'baking' disamping menyediakan ruang sewaan untuk pelbagai majlis di bahagian tingkat atas kedainya.

Produk Hayyanarz Bahulu juga boleh didapati di sini. Dijemput tuan-tuan dan puan-puan berkunjung ke sini untuk mendapatkan produk-produk keluaran muslim.

Selain dari itu, produk Hayyanarz Bahulu juga boleh ditempah dengan cara,

Sms/whatsapp: 017-4620775/019-2463100

Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com

Twitter: @hayyanarzbakery

Instagram: @hayyanarz

Sokonglah produk-produk muslim.