Friday 4 September 2015

Warung Istiqamah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sarapan pagi amat penting untuk kita untuk menjana tenaga bekerja sepanjang hari. Banyak kedai makan yang menyediakan berbagai pilihan menu dari sebesar-besar restoran hinggalah sekecil-kecil gerai tepi jalan. Berbagai juga menu pilihan rakyat Malaysia seperti nasi lemak, roti canai, capati, kuih-muih dan berbagai lagi.

Hari ini, saya hendak kongsi info mengenai salah satu warung tempat saya selalu bersarapan. Warung Istiqamah diberi nama.

Letaknya warung ini berhadapan dengan Masjid Teluk Jambu, Bintong (jalan menghala ke Sungai Batu Pahat).

Warung ini seperti kebiasaan warung-warung yang lain menyediakan menu nasi lemak dan kuih-muih.

Menu yang saya selalu ambil adalah nasi lemak bilis telur dan sardin. Banyak juga kuih-muih tradisional yang ada.

Harga yang amat munasabah. Dari pemerhatian, ramai juga pengunjung warung ni.

Bagi yang mencari-cari tempat bersarapan, kat sini salah satu tempat pilihan yang berbaloi.

Untuk info tambahan, Hayyanarz Bakery juga mengeluar dan mengedar kuih tradisi iaitu bahulu selain dari roti, biskut raya dan sebagainya. Dan produk juara Hayyanarz Bakery adalah bahulu cermai dan bahulu ikan emas.

Untuk menempah bahulu sedap Hayyanarz Bakery, sila...

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100

Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com

Twitter: @hayyanarzbakery

Instagram: @hayyanarz

Facebook page: Hayyanarz Bakery

Boleh juga dapatkan Hayyanarz Bahulu di Mama Nory Bakery PLT, No 11, Pusat Perniagaan Sena, Kangar, Perlis.

Sokonglah bisness muslim.


No comments:

Post a Comment