Monday 7 September 2015

Rimle Kitchen

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam dan selawat ke atas Baginda Nabi SAW, ahli keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua berada di dalam rahmat Allah SWT.

Banyak kisah-kisah berkaitan Pak Bara, Thailand yang saya coretkan di dalam blog saya yang lalu iaitu http://irdinailham.blogspot.com

Sekali lagi saya nak kongsi mengenai Pak Bara tapi kali ni salah satu kedai makan yang saya pernah singgah. Kedai makan tersebut adalah Rimle Kitchen.

Lokasi kedai makan ni letaknya betul² di tepi pantai. Pemiliknya warga melayu Thailand dan boleh berbahasa melayu. Jadi agak senang untuk memesan makanan.

Berbagai menu tersedia dan boleh dipesan. Antara pilihan saya dan kawan² pada masa tu adalah kerabu belangkas, kerapu tiga rasa, siakap steam lemon, daging bakar, ulam-ulaman, siput masak kicap dan tomyam.

Memang cukup 'marbeles'.

Jika anda ingin sikit kelainan dan rasa original masakan siam, boleh berkunjung ke Pak Bara, yang jaraknya tidak berapa jauh dari Perlis, melalui Wang Kelian.

Juga, jika anda inginkan sedikit kelainan kuih tradisi melayu bahulu sedap dan gebu, sila cuba Hayyanarz Bahulu. Anda akan terasa teruja.

Untuk tempahan pelbagai jenis, inti dan rasa bahulu cermai, bahulu ikan emas, bahulu marble, bahulu kemboja dan sebagainya, sila...

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook page: Hayyanarz Bakery

Selain itu, boleh juga dapatkan Hayyanarz Bahulu sedap gebu di Mama Nory Bakery PLT, No 11 Pusat Perniagaan Sena,Kangar, Perlis.

#support #bisness #muslim

No comments:

Post a Comment