Showing posts with label rempeyek. Show all posts
Showing posts with label rempeyek. Show all posts

Saturday, 6 June 2020

PENGHANTARAN STOK BARU KE KEDAI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu kembali di laman blog Hayyanarz Bakery. Apa khabar anda semua pembaca sekalian. Saya harap dan berdoa agar anda sentiasa di bawah rahmat Allah.

Alhamdulillah, Syawal dah pun di pertengahan bulan. Banyak kedai, Agrobazaar Rakyat dan Pasaraya menelefon kami di Hayyanarz Bakery untuk tambah stok kerana stok yang ada dah agak berkurangan.

Hari ni, seawal jam 10 pagi, kami keluar ronda sambil tambah stok ke kedai-kedai.

Lokasi pertama yang kami singgah adalah Pasaraya Seri Utama, Kuala Perlis. Kemudian ke Agrobazaar Rakyat di Seriab dan Kangar.

Untuk info, hari ni ada jualan amal durian di hadapan Agrobazaar Rakyat, Seriab yang bermula jam 5 petang sehingga buah habis. Durian-durian tu dari Kuala Kurau, Perak.

Kemudian, kami singgah dan re-stok di Pasaraya Hafifah, Kangar.

Antara produk yang ditambah stok adalah kuih bakar dan rempeyek.






Anda berminat untuk merasai kesedapan kuih bakar yang gebu dan cair di mulut? Rempeyek yang rangup?

Anda boleh dapatkan di beberapa kedai di Perlis dan anda juga boleh dapatkan terus di Bengkel Hayyanarz Bakery. Bagi yang jauh, boleh juga dihantar dengan pos.

Anda boleh layari https://www.facebook.com/hayyanarzbakery untuk melihat beberapa produk edaran Hayyanarz Bakery beserta harga.

Anda boleh juga hubungi http://hayyanarzbakery.wasap.my untuk maklumat lanjut.

InshaaAllah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.

Terima kasih kerana menyokong Hayyanarz Bakery.

Sehingga bertemu lagi di coretan akan datang.

Wassalam...

Tuesday, 5 May 2020

TEMPAHAN DARI ALOR SETAR (KEDAH)

Assalamualaikum. Bertemu kembali di Hayyanarz Bakery.

Diharap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan di bawah rahmat Allah.

Moga kita juga dilindungi Allah dari wabak Covid 19 yang melanda Malaysia dan dunia sekarang ni. 

Terimakasih kepada semua anggota barisan hadapan yg bertungkus lumus membendung penyebaran wabak ini.

Alhamdulillah. Tempahan telah diterima dari pelanggan di Alor Setar, Kedah.

Beliau telah menempah Bahulu pakej A, Bahulu pakej B, bahulu biasa (cermai dan ikan emas), rempeyek dan kuih bakar.

Kesemua tempahan telah disiapkan dan dihantar kepada pelanggan di Alor Setar.


Jemput tonton video di bawah utk maklumat lanjut.



Terima kasih kepada pelanggan atas sokongan kepada Hayyanarz Bakery.

Anda berminat?


Jemput layari https://www.facebook.com/hayyanarzbakery utk melihat barisan produk-produk edaran Hayyanarz Bakery.


Anda juga boleh hubungi Hayyanarz Bakery di http://hayyanarzbakery.wasap.my utk maklumat lanjut.

InshaaAllah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.


Sehingga berjumpa kembali,

Assalamualaikum.

Monday, 4 June 2018

[TESTIMONI] KAMI SELALU BLI REMPEYEK DI AGRO BZAR TAMAN SENA…SDP!!!.

Antara produk2 HAYYANARZ Bakery selain bahulu, terdapat juga rempeyek, maruku, kuih bakar dan kuih siput.
.
Produk2 ni ada terdapat di beberapa kedai dan pasaraya antaranya Agrobazaar Rakyat Mata Ayer, Taman Sena dan Seriab; Pasaraya Hafifah, Kangar dan Pasaraya Seri Utama Kuala Perlis.
.
Alhamdulillah…lagi testimoni telah diberikan oleh pelanggan.

.
“Kami selalu bli rempeyek di Agro Bzar Taman Sena..sdp!!!”, antara komen yg diberikan oleh pelanggan.
.
Terima kasih kpd para pelanggan yg sentiasa menyokong produk2 HAYYANARZ Bakery.
.
InshaaAllah…kami di HAYYANARZ Bakery akan terus berusahautk menjaga kualiti produk2 HAYYANARZ Bakery.
.
#HayyanarzBakery
#Rempeyek
#Rangup
#Testimoni

Monday, 28 May 2018

[TESTIMONI] TETAMU SUKA SGT MKN BAHULU…

“Tetamu suka sgt makan bahulu yg akk buat goodies tu..”
.
“Rempeyek, kuih siput dan kuih bakar mmg sedap fmly akk suka sgt..”
.
Kuih bakar cair di mulut..”
.
“menantu akk siap nk bwk blik ke lbuan..”


.
Alhamdulillah, 28 Disember 2017 yg lepas, sy telah hantar tempahan bahulu kemboja, rempeyek, kuih bakar dan kuih siput kpd pelanggan di Chemor, Perak.
.
Dan baru2 ni sy telah terima maklum balas dari pelanggan sendiri mengenai produk2 HAYYANARZ Bakery.
.
HAYYANARZ Bahulu dibuat dari adunan tepung gandum, gula dan telur gred A, tanpa penambahan bahan pengawet.
.
Bahulu dibuat hanya bila ada tempahan sahaja, dibuat dan terus dihantar tanpa simpan stok.
.
Penghantaran kpd pelanggan pula selalu dibuat di waktu malam agar kualiti bahulu terpelihara dari panas matahari.
.
HAYYANARZ bahulu ni..inshaaAllah lembut, sedap dan gebu.
.
Kuih bakar pul;a dibuat agar cair di mulut, tak terlalu manis dan yg terutama….sedap, inshaaAllah.
.
Rempeyek mini kecil dan rangup…bila dimakan..tak sedar, tengok2 dah habis….;-)
.
Terima kasih Puan Pelanggan atas sokongan kpd HAYYANARZ Bakery selama ni.
.
Anda juga berminat utk mengetahui lebih lanjut mengenai produk2 HAYYANARZ Bakery?
.
Anda ingin jadikan produk2 HAYYANARZ Bakery sebagai doorgift di majlis anda?
.
Mahupun jadikan sebagai jajan di masa lapang?
.
Usah segan silu utk hubungi saya di link WhatsApp di bawah:
.
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
.
InshaaAllah, anda bakal berpuas-hati dgn produk2 HAYYANARZ Bakery.
.
#Doorgift
#Testimoni
#HayyanarzBakery
#Bahulu
#Rempeyek
#KuihBakar
#KuihSiput

Monday, 21 May 2018

[HANTAR] HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA KE CHEMOR, PERAK PULA

Alhamdulillah, minggu ni kali ke-2 berturut-turut saya ke Ipoh, Perak menghantar tempahan bahulu.
.
Minggu lepas, saya hantar tempahan bahulu ke Manjoi, Perak manakala minggu ni ke Chemor pula.
.
Tempahan telah diterima dari pelanggan seawal Julai 2017 yg lalu dan majlisnya diadakan pada Disember 2017.
.
Selepas beberapa keterangan mengenai produk dan Puan Pelanggan telah datang sendiri ke Hayyanarz Bakery untuk mengetahui lebih lanjut, Puan Pelanggan telah memilih untuk menempah 900 biji bahulu kemboja, 100 biji bahulu ikan emas, 3 kotak kuih bakar, 4 bekas kuih siput dan 3 pek rempeyek.



.
"Saya gugel bahulu rata dan tengok dalam fb, semua tak berkenan."
.
"Last-last, jumpa Hayyanarz Bahulu, terus berkenan", ujar Puan Pelanggan sebelum ni.
.
"Alhamdulillah, terima kasih puan kerana memilih produk-produk Hayyanarz Bakery".
.
Pejam celik, pejam celik, jadual untuk siapkan tempahan dah sampai.
.
Semua persiapan dari plastik pembungkusan sehingga kotak penghantaran dah pun disiapkan.
.
2 hari sebelum penghantaran, saya bertungkus-lumus siapkan tempahan.
.
Bermula seawal jam 8.00 pagi, membawa ke malam, saya sedaya upaya siapkan tempahan seperti yg telah dijanjikan.
.
Malam penghantaran, semua bahulu dah pun siap dimasukkan ke dalam 18 kotak dan dimasukkan ke dalam pikap.

.
Hujan renyai-renyai mula membasahi bumi.
.
"Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku", doa saya sebelum memulakan perjalanan.
.
Tepat jam 12.30 tengah malam, saya dan famili membelah kedinginan dan kegelapan malam menuju ke Chemor, Perak.
.
Tujuan penghantaran di waktu malam adalah untuk menjaga kualiti bahulu agar tak terkena kepanasan matahari jika dihantar waktu siang.
.
Alhamdulillah, hujan renyai-renyai tadi telah berhenti, keadaan trafik juga agak lancar.
.
Dalam 4.30 pagi, saya sampai R&R Gunung Semanggol.
.
Masih lagi awal, jadi saya berhenti untuk rehat dan tunggu waktu subuh.
.
Usai solat subuh, saya terus bergerak ke Chemor, berbekalkan location yg telah dikongsi oleh pelanggan sebelum ni.
.
Kenderaan mulai banyak atas jalan.
.
Alhamdulillah, kurang lebih jam 8.15 pagi, saya sampai ke lokasi pelanggan.
.
Nasib baik ada khemah depan rumah pelanggan. Agak senang untuk jumpa lokasi pelanggan.
.
Kesemua tempahan telah berpindah tangan.
.
Terima kasih puan atas sokongan kpd Hayyanarz Bakery.
.
Anda juga seperti pelanggan di atas? Masih mencari-cari doorgift utk majlis mahupun utk kudapan di waktu senggang?
.
Usah segan-silu utk hubungi saya.
.
Senang jer....klik jer link di bawah.
.
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
.
InshaaAllah saya akan balas balik mesej anda dan InshaaAllah anda akan berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.
.
#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#HayyanarzRempeyek
#HayyanarzKuihSiput
#HayyanarzKuihBakar
#Doorgift

Thursday, 27 April 2017

SIAP TEMPAHAN MINGGU INI...

Alhamdulillah..
.
Minggu ni..spt biasa...rutin restock Hayyanarz Bahulu, Rempeyek, Kuih Bakar dan Maruku telah dibuat di beberapa rakan niaga Hayyanarz Bakery spt di Agrobazaar Rakyat 1Malaysia PPK Mata Ayer, Taman Sena dan Seriab.
.
Juga di Pasaraya Seri Utama Kuala Perlis dan Pasaraya AMS Mutiara.




.
Selain itu, penghantaran secara pos juga telah dihantar kpd pelanggan di Ulu Kinta, Perak.....di mana Puan Pelanggan telah menempah Hayyanarz Bahulu Biasa dan Ikan Emas Dwi-rasa.





.
Penambahan kuantiti tempahan bahulu juga telah diterima dr pelanggan di Beseri, Perlis dan pelanggan dr Jerantut, Pahang.
.
Tempahan Hayyanarz Bahulu Ikan Hantaran juga telah disiapkan dan dihantar kpd pelanggan di Mata Ayer.


.
Dalam pada itu, kini Hayyanarz Kuih Bakar terdapat di Laksa Tradisi Kuala Perlis, Taman Sentua.


.
Kami di Hayyanarz Bakery juga mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas kesudian puan pelanggan dari Kuala Lumpur yg telah sudi singgah di Hayyanarz Bakery.
.
Kami amat berbesar hati atas kesudian puan singgah di Hayyanarz Bakery...
.
Terima kasih kpd para pelanggan yg sentiasa menyokong Hayyanarz Bakery.

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Saturday, 1 April 2017

KINI HAYYANARZ REMPEYEK DI RESTORAN MEE SHAM ROTI DOLL,

Alhamdulillah..

Hujan rahmat dari Allah..membuka lagi rezeki buat Hayyanarz Bakery.

Seusai penyelenggaraan Pikap kat Isuzu Alor Setar, azan asar terdengar berkumandang di udara.

Hujan renyai2 mula membasahi bumi Alor Setar. Tanpa berlengah...saya terus bergerak ke masjid berdekatan utk tunaikan tanggungjawab.

Walau apa hal sekali pun..solat mesti diutamakan...dan harus berusaha diselesaikan di awal waktu.

Namun dek tersangkut sekejap dlm jem...saya cuma sempat berjemaah pada rakaat terakhir saja..

Selesai solat...saya terus bergerak balik...namun dek perut yg berkeroncong dan mula membunyikan irama rock...saya singgah sebentar di Restoran Mee Sham...yg terkenal dengan roti dollnya...roti canai yg disaluti telur separuh masak...ditaburi serbuk lada putih...dan disimbahi dengan kuah roti canai....sslluurrpppp...😋

Selain roti doll..menu yg sedap ikut tekak saya adalah bihun hailam...yg agak sedikit berbeza dengan tempat lain...di mana kebanyakan tempat yg saya makan..kuahnya agak likat dan sikit..tapi kat sini....marbeles..


Ok lah...dalam dok makan tu...saya sempat bertanyakan tokey kedai...nak tak kalau saya letakkan Hayyanarz Rempeyek kat sini..yg kebetulan kat belakang Pikap pun masih ada baki dari penghantaran restock produk2 Hayyanarz Bakery di beberapa kedai.

Alhamdulillah...

Tokey kedai bersetuju dan membenarkan Hayyanarz Rempeyek utk diletakkan di Restoran Mee Sham Roti Doll..


Kini...Hayyanarz Rempeyek sudah berada di Restoran Mee Sham...dan semoga selepas ni...inshaaAllah akan bertapak di Alor Setar pula...

Jika anda singgah di Restoran Mee Sham Roti Doll..dan ternampak pek hijau rempeyek..itulah Hayyanarz Rempeyek...

Jemputlah utk merasai Hayyanarz Rempeyek..yg rangup dan sedap..kkrruuuppp kkrraappp...sekali cuba, nak sediaaa..

Terima kasih kepada pihak pengurusan Restoran Mee Sham Roti Doll yg memberi peluang kpd Hayyanarz Rempeyek utk dipamer dan dijual di situ...

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah SWT.

Sunday, 4 September 2016

CEPATNYA HABIS!!! ALHAMDULILLAH...

CEPATNYA HABIS!! ALHAMDULILLAH...
.
.
.
Baru-baru ni, kami seperti biasa akan menghantar consignment terdiri dari bahulu, kuih bangkit, maruku dan rempeyek ke kedai-kedai, agrobazaar dan pasaraya sekitar Perlis.
.
Ketika memunggah kuih bangkit dari pikap untuk dihantar ke salah sebuah kedai di Kuala Perlis, seorang wanita separuh umur berhenti kat tepi pikap sambil melihat-lihat barangan produk Hayyanarz Bakery.
.
"Comel rempeyek....kecik dan kiut..😀", kata makcik tu...
.
Apa-apa ja la makcik....😁😁
.
Kemudian, kami masuk ke PASARAYA SERI UTAMA untuk beli barang² keperluan harian.
.
Jadi...sementelah berada di PASARAYA SERI UTAMA, lajak tengok la PRODUK HAYYANARZ BAKERY...
.
Alamak..!!!!!!😱😱😱😱
.
HAYYANARZ REMPEYEK habis!!!! 😨. Baru ja mai topap beberapa hari lepas...
.
Nasib baik ada stok lebih kat dalam pikap...😚😚😚
.
.
.
====================
.
CEPAT!! HAYYANARZ REMPEYEK DAH RESTOCK DI PASARAYA SERI UTAMA KUALA PERLIS
.
(+) Sedapnya balik dari kerja, rehat-rehat sambil makan rempeyek...krupp..kruuppp..rangupnya.. :-)
.
Dah RESTOCK...
.
✔ HAYYANARZ REMPEYEK
.
untuk pilihan anda bila anda membeli-belah barangan keperluan seharian di PASARAYA SERI UTAMA KUALA PERLIS.
.
=======================
NAK BUAT TEMPAHAN, BOLEH KER?
=======================
.
Boleh aih... ☺☺☺
.
Untuk tempahan sama ada COD, mahupun postage, anda boleh hubungi:
.
---> #Suraya
.
>>Whatsapp ke 017.462.0775<<
>>Whatsapp ke 017.462.0775<<
>>Whatsapp ke 017.462.0775<<
.
---> #Hasmizal
.
>>Whatsapp ke 019.246.3100<<
>>Whatsapp ke 019.246.3100<<
>>Whatsapp ke 019.246.3100<<
.
Whatsapp SEKARANG!!!!
.
Anda dijemput untuk melayari, like dan share
.
www.facebook.com/hayyanarzbakery
.
www.hayyanarzbakery.blogspot.com
.
InshaALLAH. Anda BAKAL berpuas-hati dengan produk HAYYANARZ BAKERY.
.
"pekena BAHULU CELOP AYAQ KOPI, kelia baq hang"...
.
☺ ☺ ☺
.
#muslimproduct #halal #malaysianfoods #kuihtradisional #kualaperlis