Monday, 19 March 2018
TERIMA KASIH CIKGU
.
Tak lupa juga SKJRSA. Utk kesekian kalinya, Hayyanarz Bakery turut meraikan anak2 pelajar serta ibubapa yg hadir ke majlis anugerah ni.
.
Hayyanarz Bakery juga mengucapkan tahniah kpd semua anak2 pelajar dan ibubapa yg mendapat anugerah.
.
Tak lupa ucapan ribuan terima kasih kpd semya guru2 yg bertungkus-lumus mendidik anak2 pelajar sepanjang tahun.
.
Hanya Allah sahaja yg mampu membalas semua jasa2 dan pengorbanan para guru.
.
Semoga kita diberikan rezeki utk bertemu lagi di tahun hadapan.
.
Selamat bercuti hujung tahun kpd semua anak2 pelajar dan guru2.
Thursday, 25 January 2018
JALAN-JALAN KUALA KANGSAR
Biasalah, bila ada penghantaran tempahan bahulu kepada pelanggan dlm musim cuti sekolah, saya akan bawa sekali famili.
Usai penghantaran tempahan bahulu kpd pelanggan, saya bergerak utk mencari sarapan. Sambil-sambil tu gugel juga, ke mana nak jalan-jalan sebelum pulang ke Perlis.
Minggu lepas, sewaktu hantar tempahan bahulu di Ipoh, dah bawa famili jalan-jalan sekitar Ipoh dan Taiping.
Kali ni, nak pusing-pusing sekitar Kuala Kangsar pula la...tengok-tengok tempat orang.
Usai sarapan di kedai mamak berhampiran lokasi pelanggan tadi, saya tuju ke Kuala Kangsar ikut jalan dalam.
Tumpuan pertama adalah Istana Kenangan, juga dikenali sebagai Istana Lembah @ Istana Tepas.
Lokasinya berhampiran dengan Istana Iskandariah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Istana ni telah dibina pada tahun 1926 dan uniknya dibina tanpa menggunakan paku logam walaupun sebatang.
Cuma sayangnya saya tak dapat masuk utk tengok lebih mendalam ke istana ni kerana sedang dlm baik-pulih.
Selepas sesi bergambar kenangan, saya terus ke Masjid Ubudiah pula, juga berdekatan dengan Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Sampai sana, kami order laksa dan saya telah order laksa special.
Apa yg saya boleh lihat, laksa special Pak Ngah ni, laksanya dibuat dari tepung ubi kot sebab tengok dari rupa laksa tu (laksa Kuala Perlis dibuat dari tepung beras).
Kuahnya tak selikat kuah laksa Kuala Perlis dan ditambah telur goreng, fish cake dan fish ball.
Rasanya boleh tahan, ditambah pula dgn perahan limau, marbeles.
Kalau ada sesiapa yg ingin mencuba, boleh gugel laksa Pak Ngah, boleh ke sana utk mencuba.
Makan dah...ke mana lagi ya..???
Baru-baru ni saya ada nonton kat tv yg menyiarkan Victoria Bridge. Rasa nak lihat sendiri Victoria Bridge ni.
Search kat Google Maps, dapat...terus ke sana.
Victoria Bridge ni berada di Kampung Enggor, landasan keretapi yg menghubungkan dua tepian melintasi Sungai Perak.
Mula dibina pd tahun 1897 dan dirasmikan pd tahun 1900 oleh DYMM Sultan Idris Murshidulazam Shah.
Sekarang, Victoria Bridge dah tak digunakan lagi, dah dibina landasan baru oleh KTM bersebelahannya.
Tinggallah jambatan ni sebagai tinggalan sejarah utk ditatap generasi akan datang.
Jam dah pun meniti ke tengah hari, kewajipan solat Jumaat perlu dilaksanakan.
Jadi, saya dan famili bergerak ke Gerik dan singgah solat kat sebuah masjid dlm perjalanan ke Gerik.
Selesai solat, perjalanan pulang ke Perlis diteruskan dan Alhamdulillah sampai rumah sekitar jam 8 malam.
Alhamdulillah, banyak pengalaman yg saya dapat sepanjang perjalanan hantar tempahan bahulu kali ni.
InshaaAllah, ada peluang nanti, saya akan explore lagi mana-mana tempat jika berkesempatan.
Sampai berjumpa lagi.
SINGGAH DI MUZIUM PERAK, TAIPING
Dalam perjalanan pulang ke Perlis, saya dan famili singgah sebentar di Taiping.
Berhenti sebentar di Pasar Malam Changkat Jering, beli durian yg harganya RM15 sekilo, kami terus ke Muzium Perak yg letaknya bersebelahan Penjara Taiping.
Berkebetulan waktu tu, ada pameran lebah.
Bayaran masuk kami sekeluarga seramai 5 orang sejumlah RM10.
Selain drp pameran lebah, ada ditunjukkan artifek-artifek binatang, pasu-pasu, barangan tembaga dan perak.
Ada juga ditunjukkan peralatan yg digunakan oleh orang asli dan penduduk tempatan.
Selesai pusing-pusing sekitar Muzium Perak, kami bergerak ke Medan Selera yg letaknya belakang balai bomba Taiping utk menjamu selera.
Alhamdulillah, dlm perjalanan ke Medan Selera, saya telah mendapat 2 panggilan telefon dari bakal pelanggan yg bertanyakan Hayyanarz Bahulu.
Dan salah seorangnya dari Pulau Pinang dan seorang lagi akan datang ke Hayyanarz Bakery utk melihat bahulu dulu sebelum membuat tempahan.
Medan selera yg kami singgah ni, banyak gerai-gerai yg menjual yong tau fu.
Sedap yong tau funya.
Petang pun dah lewat, perjalanan pulang ke Perlis perlu disegerakan.
Alhamdulillah, selesai lawatan ke Ipoh dan Taiping dlm sesi penghantaran bahulu kali ni.
Thursday, 18 January 2018
JALAN-JALAN SEKITAR IPOH
Tapi....nak balik pun awal lagi, apalagi sarapan dulu la.
Jadi saya hubungi kawan saya di Ipoh ni...dan salah seorang kawan saya napi sudi menunjukkan salah satu lokasi sarapan di Ipoh ni.
Napi telah bawa saya sekeluarga bersarapan di kedai bersebelahan stesen bas Ipoh.
Kedai makan masakan Cina, yg chefnya seorang Cina Muslim.
Sedap masakannya, saya order mee wantan kicap dan sup...sedap supnya.
Walaupun kedainya kecil, tapi menjadi tumpuan ramai pelanggan.
Seusai sarapan, borak-borak dengan Napi, saya dan famili berjalan-jalan sekitar Ipoh.
Antaranya, kami telah melawat Stesen Keretapi Ipoh, antara stesen keretapi terawal di Tanah Melayu.
Alhamdulillah, anak-anak gembira.
Selepas pusing-pusing sekitar Ipoh, kami bergerak balik Perlis.
Thursday, 11 January 2018
BIG BAD WOLF 2017
Di hari ke-2, hantar Bangcik ke Seminar Tapow A dan di hari ke-3 ni dah nak balik Perlis.
Kebetulan, waktu sedang berlangsung Pesta Buku besar-besaran di MIECC, Seri Kembangan iaitu Big Bad Wolf 2017 yg telah berlangsung dari 8-18 Disember 2017.
Jadi sebelum pulang ke Perlis, saya dan famili ambil keputusan utk singgah sebentar di sini.
Alhamdulillah, seusai solat subuh,saya dan famili telah keluar dan menuju ke Subang Bestari utk bersarapan.
Trafik pagi-pagi ahad ni, Alhamdulillah. Lancar menuju ke Subang Bestari.
Selesai sarapan, terus kami menuju ke Seri Kembangan.
Berpandukan arahan peta dari Google Map, terus kami membelah jalan-jalan di KL ni menuju ke The Mines, Seri Kembangan di mana Big Bad Wolf 2017 berlangsung.
Hampir 45 minit, Alhamdulillah kami sampai MIECC, terus parkirkan kenderaan di ruang parkir basement MIECC.
Tiket masuk ke kawasan parkir dalam RM5.00
Terus saya dan famili ke dewan MIECC di mana Big Bad Wolf berlangsung.
Pagi-pagi ni tak ramai orang yg datang.
Bagi ulat-ulat buku, inilah surga buku, berbagai-bagai genre buku boleh didapati.
Pusing....pusing...pusing...dapatlah beberapa buku yg saya dan anak-anak pilih.
Diskaun yg dapat pun agak banyak, cukup murah dari harga asal.
Hampir 2 jam di sini, akhirnya saya dan famili beransur-ansur utk pulang ke Perlis.
InshaaAllah, next BBW saya dan famili akan datang lagi.
Thursday, 4 January 2018
SEKITAR TAPOW A
Indah sungguh pagi ni di KL. Alhamdulillah, hilang sudah letih selepas seharian memandu, selepas hantar tempahan bahulu ke Tanah Rata, Cameron Highland, terus ke KL dan melawat ke Tugu Negara.
Hari ni, Bangcik akan hadir ke Seminar Tapow A yg diadakan di Cheras. Mulanya, terfikir juga macam mana nak ke sana, saya ni bukannya pandai jalan-jalan di KL ni.
Alhamdulillah, pihak Alaf Training telah hantar emel dan telah share location Google Map utk ke sana, di mana seminar diadakan di Menara PGRM, Cheras.
Seusai solat subuh, terus kami bergerak ke Cheras.
Alhamdulillah, keadaan trafik agak bagus dan Google Map banyak membantu dalam menunjukkan arah ke sana.
Seawal jam 8 pagi, kami sampai sana selepas sarapan sarapan di Subang, sarapan kat belakang pikap jer, beli nasi lemak kat tepi jalan.
Ramai yg dah sampai sana, penuh dgn peserta dan ibubapa. Khabarnya peserta edisi KL ni mencecah 2000++ perserta.
Alhamdulillah, pendaftaran berjalan lancar dan Bangcik dimasukkan ke dewan.
Inilah kali pertama Bangcik menghadiri seminar sebesar ni. Bukan apa, nak melatih Bangcik agar boleh berdikari, bergerak sendiri dlm crowd yg besar dan yakin kpd diri sendiri.
Seminar motivasi ni juga utk membentuk siasah diri Bangcik ke arah pelajar cemerlang dan anak yg soleh.
Seminar telah berlangsung dari jam 9 pagi hingga 5 ptg.
Saya sekeluarga telah tinggalkan Bangcik selepas pendaftaran dan akan datang semula petang nanti.
Harap-harap Bangcik dpt menyesuaikan diri dlm crowd yg besar ni.
Lepas ni saya akan ke KLIA pula utk ambil adik yg balik bercuti di Turki.
Sampai jumpa lagi.
Thursday, 28 December 2017
FIRST TIME SAMPAI TUGU NEGARA
Durian kampung ni telah dibeli semasa turun dari Tanah Rata selepas hantar tempahan bahulu kpd pelanggan.
Selesai penyerahan, saya dan keluarga terus ke KL, turun melalui Tapah.
Jalan masih macam tu, bengkang-bengkok dan berlubang.
Sampai saja di Tapah, ternampak pula gerai jual durian kat tepi jalan. Apalagi, singgah dulu la utk sebiji dua.
Harga sekilo RM18.00
Sampai saja KL, rehat sekejap, jam dah pun menunjukkan pukul 5 petang.
Kudap sikit durian, terus gerak ke Taman Tasik Perdana.
Ingat lagi, dulu semasa belajar di Jalan Semarak, KL..saya selalu ke Taman Tasik Perdana, jogging.
Di sana, anak pula teringin nak ke Tugu Negara. Terus kami gerak ke sana.
Saya sendiri pun belum pernah sampai ke Tugu Negara ni. Inilah pertama kali.
Tugu Negara ni dibina sebagai memperingati pahlawan yg gugur dlm peperangan mempertahankan negara dan dibina dlm tahun 1963.
Seronok anak-anak berlegar-legar dan bergambar dlm kawasan sekitar.
Kawasan Tugu Negara ni dibuka utk lawatan antara jam 8 pagi hingga 6 petang.
Seusai lawatan sekitar Tugu Negara, saya bawa famili pusing-pusing KL, lihat pemandangan KL dlm kesesakan lalu-lintas.
Hampir jam 10 malam, kami sampai ke rumah adik saya di mana kami akan inap selama di KL.
Malam ni rehat, esok kena bangun awal utk ke Cheras, hantar anak saya, Bangcik utk hadir Seminar Tapow A.
Thursday, 14 December 2017
ALHAMDULILLAH…SYUKUR KE HADRAT ALLAH ATAS KURNIAAN
.
Sekali tercatat dlm hari ini dalam sejarah keluarga Hayyanarz Bakery.
.
3 tahun berlalu…sewaktu datang daftar dulu kemasukkan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Perlis, ramai yg datang mendaftar.
.
Waktu tu..selalu pesan kat Kakak, “belajaq betoi-betoi Kakak…Kakak dah masuk ke sekolah ni..antara sekolah yg terbaik kat Perlis ni…kena pulun..buat latihan”
.
3 tahun juga berlalu dengan pelbagai kenangan pahit manis…memberi kata2 semangat..itu jer la yg termampu beri kat Kakak dlm memperjuangkan dlm peperiksaan PT3 yg bakal diduduki.
.
Pejam celik..pejam celik..Okt 2017 sampai…di samping menyiapkan tempahan bahulu…kata2 semangat terus diberikan dlm mengharungi peperiksaan yg berlangsung.
.
Kini…3 bulan berlalu…disember 2017 menjelma.
.
Sejarah telah tercatat pada 14/12/2017…selepas tidur yg tak berapa lelap semalaman….nak kata cuaca panas..tak juga. Nak kata cuaca sejuk pun tak juga walaupun sekarang ni musim angin timur kat perlis ni..
.
Seusai solat subuh…minum kopi O…kerja sealkan Hayyanarz Kuih Bakar terus disiapkan utk penghantaran ke Cameron Highland nanti.
.
Ada customer nak dtg ambil nanti…kotak2 utk yg tu dah disiapkan semalam lagi.
.
Cuaca juga agak baik..dan mula menampakkan cahaya. Indah ciptaan Allah.
.
Tak lama..sampai Pelanggan yg dtg ambil bahulu… Alhamdulillah, selesai penyerahan dibuat.
.
Selepas semuanya siap…mula kami sekeluarga bergerak ke sekolah.
.
Sebelum ke sekolah, kami singgah sebentar di Bernas Utan Aji utk beli beras, Alhamdulillah murah sikit beli beras kat Bernas ni…dpt rate Pak Tani..
.
Jap saja beli..terus singgah kat Market Kangar utk sarapan. Jam menunjukkan jam 9.30 pg. Masih awal rasanya utk ke sekolah. Khabarnya result keluar jam 10.
.
Jadi…kat Market Kangar ni…sarapan dulu kue teow goreng Pak Mat yg femes tu…dan Nasi Kandar Hameed yg power tu.
.
Tak ramai org kat Market..mungkin sebab tengah minggu kot..selalunya hujung minggu..ramai org dtg sarapan kat Market ni.
.
Kue Teow goreng, nasi kandar dan roti telur…selesai. Licin pinggan. Alhamdulillah.
.
Mula bergerak ke sekolah..yg jaraknya tak lah jauh sangat.
.
Perkarangan Masjid Alwi dah penuh dengan kereta ibubapa yg dtg. Masjid Alwi ni..letaknya bersebelahan saja dengan sekolah.
.
Terus Kakak dan Ibu ke dalam sekolah..manakala saya, Bangcik dan Adik tunggu dlm kereta saja.
.
Jam terus berdetik…tik tok…tik tok…masa berlalu.
.
Makin ramai nampaknya pelajar dan ibubapa masuk keluar perkarangan sekolah. Sabar…sabar…jap lagi keluarlah tu.
.
Hampir setengah jam menunggu..akhirnya Kakak dan Ibu sampai balik ke kereta.
.
Jeng…jeng…jeng…
.
Alhamdulillah…
.
Keputusan cemerlang telah diterima.. Alhamdulillah. Teruskan kecemerlangan Kakak…. Dah terbayar segala penat-lelah selama 3 tahun kebelakangan ni.
.
Lepas ni teruskan lagi usaha utk menempuh SPM pula.
.
Bangcik pula..tahun depan UPSR pula. Kena pulun sikit tau…
.
Terima kasih kepada semua sanak saudara dan rakan taulan yg selalu mendoakan kami sekeluarga. Hanya Allah sahaja yg mampu membayar jasa kalian…
.
Alhamdulillah…
Thursday, 7 December 2017
SELAMAT PENGANTIN BARU JAN DAN ISTERI
.
Kebanyakannya..semuanya menempah Hayyanarz Bahulu Kemboja yg dijadikan doorgift di majlis masing-masing.
.
Berkebetulan pula..hujung minggu berlangsungnya majlis kenduri perkahwinan Jan dan isteri. Dek kekalutan dengan menyiapkan tempahan, di hari akad nikah, kami sekeluarga tak dapat bersama ke Taiping di mana majlis pihak pengantin perempuan berlangsung.
.
Bagi menyantuni anak menakan, kami telah ke Taiping keesokan harinya.
.
Perjalanan ke Taiping dimulai agak awal. Ye la kan….dari Perlis akan akan ambil masa kurang lebih 3 jam.
.
Alhamdulillah..suasana pagi sesudah solat subuh agak dingin. Jangan la hujan. Perjalanan agak jauh juga ni.
.
Anak-anak semuanya dah siap. Pagi masih lagi gelap dan sejuk. Ye la kan…malam tadi hujan.
.
Jam dah pun menunjukkan 6.30 pagi. Kereta dah pun dihidupkan tadi sebelum solat subuh. Kereta enjin diesel ni…kena perangat awai sikit..lambat panas katanya.
.
OK…semua dah siap..jom kita mulakan perjalanan ke Taiping dengan Nama Allah dan selawat atas Nabi.
.
Jalan masih lagi basah dek hujan yg agak lebat semalam . Tapi pepagi ni…jalan agak lengang…agak lancar. Lagi pun musim cuti sekolah sekarang ni.
.
Sampai Gurun…pagi dah pun mula cerah. Sejuk…ggrrrrr…. Terasa nak shhhhh pulak. Henti rehat la dulu..selesaikan apa yg patut.
.
Selesai segala urusan, perjalanan diteruskan. Selepas dalam sejam…rehat kejap di Tol Sungai Dua. Dah tua-tua ni…dah tak berapa nak tahan lama memandu..tak macam dulu, boleh memandu non-stop.
.
Perut mula rasa lapar. Nak sarapan kat mana ya??? Kat Taiping la nanti sarapan…tak jauh mana dah rasaanya nak sampai.
.
Akhirnya..selepas rehat sekejap kat Gunung Semanggol, kami sampai Taiping..terus berhenti kat sebuah kedai yg letaknya kat Pekan Simpang..yg tak jauh dari simpang empat trafik light yg boleh ke Kuala Sepetang.
.
Alhamdulillah…cuaca agak cerah. Tak menunjukkan akan hujan.
.
Boleh tahan juga makanan kat kedai ni. Saya telah order bubur nasi, Bang Cik makan nasi ayam hainan, Adik roti canai, Kakak dan Ibu kongsi mee bandung.
.
Kena la lapik perut sikit sebelum makan nasi kenduri kejap lagi. Lagi pun jam baru ja menunjukkan 10.30 pagi. Makan kenduri tengahari nanti, selepas zohor.
.
Seusai makan, kami terus menuju ke homestay di mana rombongan pengantin berhimpun sebelum bergerak ke rumah pengantin perempuan.
.
Rombongan pengantin lelaki datang sehari sebelumnya…di mana majlis akad nikah berlangsung.
.
Sampai ja di sana, saya terus ambil peluang untuk rehat dan tidur sekejap…supaya nanti tak la mengantuk ketika memandu balik petang nanti.
.
Seusai solat zohor berjemaah di masjid berdekatan, kami semua termasuk pengantin bergerak menuju ke rumah pengantin perempuan.
.
Kami disambut dengan paluan alunan kompang. Agak meriah suasana.
.
Sampai ja ke khemah..terus kami di bawa ke meja yg dikhaskan untuk rombongan pengantin. Perut pun dah mula berkeroncong..bahkan muzik rock pun dah berbunyi ni.
.
Apa lagi..santap la… Menu sedap dengan nasi beriani, ayam masak ros, daging masak hitam, sayur pisang masak lemak cili api, acar buah…wahhhh..sedap.
.
Air pula sirap lengkong dan air asam…perghhh…sejuk tekak baq hang..
.
Selesai sesi bergambar dan makan beradab..kami sekeluarga mula bergerak pulang ke Perlis.
.
Tapi..teringin pula nak merasa durian kat Taiping ni. Moga-moga ada rezeki jumpa durian. Jadi kami tak ikut rombongan yg terus balik ke utara.
.
Saya terus hubungi kawan yg berada di Taiping ni…bertanyakan lokasi-lokasi sekitar…kat mana ada jual durian.
.
Nampaknya….tiada rezeki…kat belakang Hospital Taiping tak ada…kat Kemunting juga tak ada. Tak pa la…try cari kot-kot ada jual kat tepi jalan sepanjang balik ke Perlis.
.
Namun tiada terjumpa peniaga yg jual durian. Yang banyak…menjual cempedak. Tak pa…dah tiada rezeki doyan.
.
Hujan mula lebat kat Taiping ni. Perjalanan pulang kami ikut jalan dalam sehinggalah Bukit Merah..dan masuk ke lebuhraya melalui Tol Bukit Merah.
.
Hujan amat lebat sekali. Pemanduan juga agak perlahan…malah terjadinya kesesakan jalan sebelum exit Jawi dek kemalangan antara sebuah van, MPV dan sebuah kereta.
.
Sampai ja kat Juru…hujan mulai seriat….teruskan perjalanan sehingga R&R Gurun untuk solat maghrib.
.
Alhamdulillah…hampir jam 9.30 malam…kami sekeluarga sampai rumah.
.
Dikesempatan ini…Pak Ndak dan Mak Ndak sekeluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Jan dan isteri. Semoga berbahagia hingga Jannah.
.
Selamat menimang menantu juga diiucapkan kpd Kak Yam dan Bang Syed.
.
Esok….start balik ke tugasan..siapkan tempahan bahulu..
Tuesday, 16 May 2017
BELANGKASUWA ALLAHYARHAMAH MAK CIK TEH
Mak Cik telah meninggal pada petang rabu kira-kira jam 5.00 petang di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
Pemergian Allahyarhamah Mak Cik amat dirasai oleh aku kerana aku membesar bersama-sama Mak Cik yang tinggal bersama keluarga kami sekian lama.
Setelah Tok dan Tok Wan tiada, ayah aku mengambil alih tugas sebagai ibubapa...membesar Mak Cik sehinggalah ayah berkahwin.
Mak Cik tinggal bersama ayah aku dari kecil sehinggalah ayah berkahwin...aku dan adik-adik aku dilahirkan sehinggalah ayah aku meninggal dunia pada tahun 2000 yang lepas.
Kemudian Mak Cik mendirikan rumah bersebelahan dengan rumah ayah selepas pencen Cikgu Tadika Kemas dek kerana keinginan untuk memiliki rumah sendiri.
Masih lagi di ingatan aku, ketika kecil aku selalu ikut Mak Cik dengan membonceng basikal ke Tadika Kemas Kampung Binjal dan kemudiannya membonceng motorsikal ke Tadika Kemas Kampung Surau.
Dengan motorsikal Mak Cik juga aku belajar menunggang motorsikal disamping mencuri-curi tunggang motorsikal ayah.
Ingat lagi..motorsikal Mak Cik pernah digunakan di dalam sebuah drama yg dilakonkan oleh Shuib Sepahtu...sekarang ni tak tahu lah..ke mana dah motorsikal tu setelah Mak Cik jual.
Begitu banyak kenangan indah terpahat di hati semenjak kecil sehingga sekarang.
Teringat baru-baru ni....sebelum pemergian Mak Cik, beliau telah meminta aku dan isteri belikan kain dan cadar semasa kami ke Kelantan menghantar tempahan bahulu. Katanya nak pakai semasa raya nanti...namun kain tu tak sempat lagi dijahit... Cadar baru pun tak sempat lagi digunakan.
Allahyarhamah juga meminta dicatkan baru rumahnya...katanya kalau orang datang ziarah nanti...rumah nampak elok sikit.
Cuma katil baru yg aku belikan tu yg sempat digunakan...
Semoga roh Mak Cik tenang di sana dan sentiasa di bawah rahmat Allah.
Al-Fatihah
Saturday, 8 April 2017
HAPPY BIRTHDAY IBU
Monday, 7 December 2015
Meniti Usia
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, ibubapa kami, guru-guru kami, keluarga dan para muslimin dan muslimat di mana sahaja berada.
Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin, Syria dan di mana jua berada dari perbuatan khianat kaum musyrikin.
Ya Allah, lindungilah bumi Malaysia dari bala bencana.
Ya Allah, limpahkan kepada kami rezeki yang melimpah-ruah, tubuh badan yang sihat, keluarga yang bahagia dan kami bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan oleh-Mu, ya Allah.
Sekejap sahaja masa berlalu. Teramat benar ingatan Allah SWT di dalam Al-Quran.
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar" (Surah Al-Asr 1-3)
Dulu, kecil-kecil ditimang-timang, kemudian masuk Pusat Asuhan Tadika, belajar di sekolah dan sekarang dah sampai masa untuk berkhatan.
"Bius tu macam mana, Ibu?" Itulah soalan pertama yang ditanya Adik Iman ketika berada di dalam kereta dalam perjalanan ke Putra Medical Centre (PMC), Alor Setar.
"Ubat bagi tidur, Adik. Jadi waktu khatan tu Adik dengan Bangcik tidurlah. Taklah rasa sakit". Terang saya bagi menyedapkan hati Adik dan Bangcik.
Hampir jam 8.15 pagi, kami selamat sampai PMC, parkirkan kereta dan terus menuju ke kaunter pendaftaran.
Kadar berkhatan di PMC pada kali ni berharga RM850 seorang untuk bius sepenuhnya.
Kemudiannya, Bangcik dan Adik ditempatkan di Wad Tingkat 6. Waktu ni sudah dapat lihat Adik dan Bangcik dalam keadaan agak cuak dan bimbang.
Selepas tukar baju, lebih kurang jam 10 pagi, Adik dan Bangcik dimasukkan ke dalam dewan bedah.
Sangkaan pertama, Bangcik yang akan alirkan airmata, namun terbalik pula. Bangcik masih boleh tersenyum berbanding Adik yang mengalir airmatanya semasa dibawa masuk ke dewan bedah.
Alhamdulillah, selepas sejam Bangcik selesai dikhatankan dan Adik sejam selepas Bangcik.
Ketika keluar dari dewan bedah, kedua-dua Bangcik dan Adik tersenyum seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Jam 3 petang, Adik dan Bangcik dibenarkan keluar dari wad untuk balik ke rumah.
Terima kasih kepada semua petugas PMC dan Dr Syed Junaidy yang bertanggungjawab mengkhatankan Bangcik dan Adik.
Terima kasih juga diucapkan kepada Cik Pah yang turut hadir menunggu Adik dan Bangcik.
InshaAllah, minggu depan kami sekeluarga akan adakan sedikit kenduri kesyukuran sempena Bangcik dan Adik berkhatan.
Dikesempatan ini juga saya menjemput para pembaca untuk melawat, like dan share facebook page Hayyanarz Bakery di www.facebook.com/hayyanarzbakery dan melihat beberapa produk Hayyanarz Bakery antaranya Hayyanarz Bahulu, susu kambing Mylo, Hayyanarz Kek Coklat Moist dan Hayyanarz Semperit.
Sama-samalah kita menyokong #muslimproduct #halal #malaysianfoods #malaysianproduct #kuihtradisional


































