Showing posts with label peristiwa. Show all posts
Showing posts with label peristiwa. Show all posts

Wednesday, 10 May 2017

MARATHON LA PULAK

Rasanya tahun ni adalah tahun ke-3 Perlis Marathon diadakan.

Adanya Perlis Marathon ni..tahun lepas baru aku tahu...dan tahun ni...teringin pula nak sertainya.

Perlis Marathon ni ada beberapa kategori iaitu 42km, 21km, 10km dan 5km.

Aku dan famili sertai acara 5km sahaja...mana larat nak lari. Lagi pun aku rasa dapat spend quality time bersama famili dlm acara marathon ni..

Event ni berlangsung pada 30 April 2017 yg lalu.

Aku dpt tahu mengenai marathon ni pun dari facebook beberapa bulan yg lalu...selepas berbincang dgn famili..kami terus daftar secara online.

2 hari sebelum acara, aku dan wifey telah ke stadium utk ambil t-shirt...tu pun dpt tahu dari kawan....kalau tak, melepas t-shirt tu..

Ramai juga yg ambil t-shirt hari tu...kira pagi tu beri nama...malam baru dpt t-shirt tu.

Pagi ahad...30 April 2017..kami sekeluarga keluar seawal 6.45 pagi..menuju ke stadium di mana acara akan bermula.


Banyak juga jalan yg ditutup..akhirnya kurang lebih 7.15 pagi...aku sampai. Tu pun tak boleh rapat ke stadium..aku parkir kereta kat Taman Dato Jaafar...berjalan kaki menuju ke stadium.

Waktu tu, ramai juga orang yg ambil bahagian...acara 42km dan 21km dah lama berlangsung...cuma 10km dan 5km akan bermula jam 7.30 pagi.

Kurang lebih jam 7.35 pagi..acara 5km dilepaskan oleh Raja Muda Perlis.

Ramai yg berlari berjogging..cuma kami sekeluarga dan beberapa keluarga lagi saja yg berjalan sambil berseronok bersama family..


Laluan 5km bermula dari stadium..keluar ke Jalan Kaki Bukit ke arah bulatan Taman Sena...masuk ke Jalan Kangar-Arau sampai simpang trafik light Jalan Santan...kemudian masuk Jalan Masjid Putra...terus ke stadium balik.




Hampir jam 9.15 pagi kami sampai balik stadium setelah berjalan hampir 1 jam 30 minit sejauh 5km...


Seronok....dapatlah medal sorang satu...



InshaaAllah tahun depan..kalau ada lagi..nak masuk lagi...

Balik dari stadium..lapar pulak, pekena koeteow goreng dan nasi rendang kat Pak Mat di Pasar Kangar..😋😋😋


InshaaAllah...jumpa lagi di Perlis Marathon 2018..

Saturday, 8 April 2017

HAPPY BIRTHDAY IBU

Suasana sejuk pagi..menggigit hingga ke tulang sum-sum. Tambahan pulak sekarang ni....musim hujan baru bermula selepas berakhirnya musim angin timur.

Seperti kebiasaan...pepagi ni..menjadi rutin, seusai solat subuh...bersiap utk hantar Kakak Dina ke sekolah.

Pagi..sekarang ni cepat cerah..namun kereta agak banyak di atas jalan..masing2 bergegas utk hantar anak ke sekolah...dan ke tempat kerja...ligan nak punch card.

Sebaik sampai di hadapan sekolah...Kakak Dina hulurkan duit..

"Ayah beli kek kat Ibu..."

Rupa2nya...Kakak dah share dengan Bang Cik dan Adik utk belikan kek birthday buat Ibu...ada la dlm RM15.00

"Ok...", balas aku...

Hari tu...adalah hari ulang tahun Ibu. Anak2 nak buat suprise kat Ibu....😊

Takpa la....nanti akan aku order kek...dan akan aku top up sikit..beli kek yg special sikit...

Tengah hari..seusai solat Jumaat...aku terus ke Resepi Rahsia...😎

Melihat-lihat kek....

Inilah kali ke-2 aku dtg ke Resepi Rahsia...1st time dulu masa bawak Adik naik motor dari Kangar ke Jitra..singgah jap kat Resepi Rahsia, Jitra...merasa kek dan air coklat...

Boleh tahan harganya...bagi org kampung macam aku la..

Takpa la...bukan selalu..sekali-sekala..bagi meraikan keluarga..terutama isteri yg sambut birthday...dan pengharapan anak2 yg minta belikan kek utk raikan birthday ibu kesayangan mereka.

Setelah pilih dan buat pembayaran...aku bagitau staf Resepi Rahsia tu..petang nanti aku dtg ambil kek tu...

Jam 5 petang....ambil Kakak Dina kat sekolah...terus aku ke Resepi Rahsia utk ambil kek...

Sampai rumah..anak2 panggil Ibu...

"Supprise....Happy Birthday Ibu...."


Moga2..menjadi kenangan terindah utk diingati anak-cucu nanti....