Thursday 25 January 2018

JALAN-JALAN KUALA KANGSAR

Alhamdulillah, penghantaran tempahan Hayyanarz Bahulu kali ni ke Chemor, Perak telah selesai.

Biasalah, bila ada penghantaran tempahan bahulu kepada pelanggan dlm musim cuti sekolah, saya akan bawa sekali famili.

Usai penghantaran tempahan bahulu kpd pelanggan, saya bergerak utk mencari sarapan. Sambil-sambil tu gugel juga, ke mana nak jalan-jalan sebelum pulang ke Perlis.

Minggu lepas, sewaktu hantar tempahan bahulu di Ipoh, dah bawa famili jalan-jalan sekitar Ipoh dan Taiping.

Kali ni, nak pusing-pusing sekitar Kuala Kangsar pula la...tengok-tengok tempat orang.

Usai sarapan di kedai mamak berhampiran lokasi pelanggan tadi, saya tuju ke Kuala Kangsar ikut jalan dalam.

Tumpuan pertama adalah Istana Kenangan, juga dikenali sebagai Istana Lembah @ Istana Tepas.


Lokasinya berhampiran dengan Istana Iskandariah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Istana ni telah dibina pada tahun 1926 dan uniknya dibina tanpa menggunakan paku logam walaupun sebatang.


Cuma sayangnya saya tak dapat masuk utk tengok lebih mendalam ke istana ni kerana sedang dlm baik-pulih.

Selepas sesi bergambar kenangan, saya terus ke Masjid Ubudiah pula, juga berdekatan dengan Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.


Masjid ni dibina pada 1913 selepas DYMM Sultan Idris Murshiduladzam Shah bernazar utk bina sebuah masjid di Bukit Chandan.


Selepas melihat sekitar masjid, jam dah pun menunjukkan 11 pagi.

Terasa teringin nak merasa makanan istimewa Kuala Kangsar pula.

Dari sembang-sembang dgn rakan-rakan, ramai mengsyorkan kpd saya utk merasai laksa Kuala Kangsar.

Godek-godek dlm gugel, keluar Laksa Pak Ngah. Setkan dlm Google maps, saya dan famili terus ke Restoran Laksa Pak Ngah.



Khabarnya, Laksa Pak Ngah dah ada semenjak 1955. Lama betul tu.

Sampai sana, kami order laksa dan saya telah order laksa special.


Apa yg saya boleh lihat, laksa special Pak Ngah ni, laksanya dibuat dari tepung ubi kot sebab tengok dari rupa laksa tu (laksa Kuala Perlis dibuat dari tepung beras).


Kuahnya tak selikat kuah laksa Kuala Perlis dan ditambah telur goreng, fish cake dan fish ball.

Rasanya boleh tahan, ditambah pula dgn perahan limau, marbeles.

Kalau ada sesiapa yg ingin mencuba, boleh gugel laksa Pak Ngah, boleh ke sana utk mencuba.

Makan dah...ke mana lagi ya..???

Baru-baru ni saya ada nonton kat tv yg menyiarkan Victoria Bridge. Rasa nak lihat sendiri Victoria Bridge ni.

Search kat Google Maps, dapat...terus ke sana.


Victoria Bridge ni berada di Kampung Enggor, landasan keretapi yg menghubungkan dua tepian melintasi Sungai Perak.


Mula dibina pd tahun 1897 dan dirasmikan pd tahun 1900 oleh DYMM Sultan Idris Murshidulazam Shah.


Sekarang, Victoria Bridge dah tak digunakan lagi, dah dibina landasan baru oleh KTM bersebelahannya.


Tinggallah jambatan ni sebagai tinggalan sejarah utk ditatap generasi akan datang.

Jam dah pun meniti ke tengah hari, kewajipan solat Jumaat perlu dilaksanakan.

Jadi, saya dan famili bergerak ke Gerik dan singgah solat kat sebuah masjid dlm perjalanan ke Gerik.

Selesai solat, perjalanan pulang ke Perlis diteruskan dan Alhamdulillah sampai rumah sekitar jam 8 malam.

Alhamdulillah, banyak pengalaman yg saya dapat sepanjang perjalanan hantar tempahan bahulu kali ni.

InshaaAllah, ada peluang nanti, saya akan explore lagi mana-mana tempat jika berkesempatan.

Sampai berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment