Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Thursday, 25 January 2018

JALAN-JALAN KUALA KANGSAR

Alhamdulillah, penghantaran tempahan Hayyanarz Bahulu kali ni ke Chemor, Perak telah selesai.

Biasalah, bila ada penghantaran tempahan bahulu kepada pelanggan dlm musim cuti sekolah, saya akan bawa sekali famili.

Usai penghantaran tempahan bahulu kpd pelanggan, saya bergerak utk mencari sarapan. Sambil-sambil tu gugel juga, ke mana nak jalan-jalan sebelum pulang ke Perlis.

Minggu lepas, sewaktu hantar tempahan bahulu di Ipoh, dah bawa famili jalan-jalan sekitar Ipoh dan Taiping.

Kali ni, nak pusing-pusing sekitar Kuala Kangsar pula la...tengok-tengok tempat orang.

Usai sarapan di kedai mamak berhampiran lokasi pelanggan tadi, saya tuju ke Kuala Kangsar ikut jalan dalam.

Tumpuan pertama adalah Istana Kenangan, juga dikenali sebagai Istana Lembah @ Istana Tepas.


Lokasinya berhampiran dengan Istana Iskandariah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Istana ni telah dibina pada tahun 1926 dan uniknya dibina tanpa menggunakan paku logam walaupun sebatang.


Cuma sayangnya saya tak dapat masuk utk tengok lebih mendalam ke istana ni kerana sedang dlm baik-pulih.

Selepas sesi bergambar kenangan, saya terus ke Masjid Ubudiah pula, juga berdekatan dengan Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.


Masjid ni dibina pada 1913 selepas DYMM Sultan Idris Murshiduladzam Shah bernazar utk bina sebuah masjid di Bukit Chandan.


Selepas melihat sekitar masjid, jam dah pun menunjukkan 11 pagi.

Terasa teringin nak merasa makanan istimewa Kuala Kangsar pula.

Dari sembang-sembang dgn rakan-rakan, ramai mengsyorkan kpd saya utk merasai laksa Kuala Kangsar.

Godek-godek dlm gugel, keluar Laksa Pak Ngah. Setkan dlm Google maps, saya dan famili terus ke Restoran Laksa Pak Ngah.



Khabarnya, Laksa Pak Ngah dah ada semenjak 1955. Lama betul tu.

Sampai sana, kami order laksa dan saya telah order laksa special.


Apa yg saya boleh lihat, laksa special Pak Ngah ni, laksanya dibuat dari tepung ubi kot sebab tengok dari rupa laksa tu (laksa Kuala Perlis dibuat dari tepung beras).


Kuahnya tak selikat kuah laksa Kuala Perlis dan ditambah telur goreng, fish cake dan fish ball.

Rasanya boleh tahan, ditambah pula dgn perahan limau, marbeles.

Kalau ada sesiapa yg ingin mencuba, boleh gugel laksa Pak Ngah, boleh ke sana utk mencuba.

Makan dah...ke mana lagi ya..???

Baru-baru ni saya ada nonton kat tv yg menyiarkan Victoria Bridge. Rasa nak lihat sendiri Victoria Bridge ni.

Search kat Google Maps, dapat...terus ke sana.


Victoria Bridge ni berada di Kampung Enggor, landasan keretapi yg menghubungkan dua tepian melintasi Sungai Perak.


Mula dibina pd tahun 1897 dan dirasmikan pd tahun 1900 oleh DYMM Sultan Idris Murshidulazam Shah.


Sekarang, Victoria Bridge dah tak digunakan lagi, dah dibina landasan baru oleh KTM bersebelahannya.


Tinggallah jambatan ni sebagai tinggalan sejarah utk ditatap generasi akan datang.

Jam dah pun meniti ke tengah hari, kewajipan solat Jumaat perlu dilaksanakan.

Jadi, saya dan famili bergerak ke Gerik dan singgah solat kat sebuah masjid dlm perjalanan ke Gerik.

Selesai solat, perjalanan pulang ke Perlis diteruskan dan Alhamdulillah sampai rumah sekitar jam 8 malam.

Alhamdulillah, banyak pengalaman yg saya dapat sepanjang perjalanan hantar tempahan bahulu kali ni.

InshaaAllah, ada peluang nanti, saya akan explore lagi mana-mana tempat jika berkesempatan.

Sampai berjumpa lagi.

Thursday, 14 December 2017

ALHAMDULILLAH…SYUKUR KE HADRAT ALLAH ATAS KURNIAAN

Alhamdulillah.
.
Sekali tercatat dlm hari ini dalam sejarah keluarga Hayyanarz Bakery.
.
3 tahun berlalu…sewaktu datang daftar dulu kemasukkan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Perlis, ramai yg datang mendaftar.
.
Waktu tu..selalu pesan kat Kakak, “belajaq betoi-betoi Kakak…Kakak dah masuk ke sekolah ni..antara sekolah yg terbaik kat Perlis ni…kena pulun..buat latihan”
.
3 tahun juga berlalu dengan pelbagai kenangan pahit manis…memberi kata2 semangat..itu jer la yg termampu beri kat Kakak dlm memperjuangkan dlm peperiksaan PT3 yg bakal diduduki.
.
Pejam celik..pejam celik..Okt 2017 sampai…di samping menyiapkan tempahan bahulu…kata2 semangat terus diberikan dlm mengharungi peperiksaan yg berlangsung.
.
Kini…3 bulan berlalu…disember 2017 menjelma.
.
Sejarah telah tercatat pada 14/12/2017…selepas tidur yg tak berapa lelap semalaman….nak kata cuaca panas..tak juga. Nak kata cuaca sejuk pun tak juga walaupun sekarang ni musim angin timur kat perlis ni..
.
Seusai solat subuh…minum kopi O…kerja sealkan Hayyanarz Kuih Bakar terus disiapkan utk penghantaran ke Cameron Highland nanti.
.
Ada customer nak dtg ambil nanti…kotak2 utk yg tu dah disiapkan semalam lagi.
.
Cuaca juga agak baik..dan mula menampakkan cahaya. Indah ciptaan Allah.
.
Tak lama..sampai Pelanggan yg dtg ambil bahulu… Alhamdulillah, selesai penyerahan dibuat.
.
Selepas semuanya siap…mula kami sekeluarga bergerak ke sekolah.
.
Sebelum ke sekolah, kami singgah sebentar di Bernas Utan Aji utk beli beras, Alhamdulillah murah sikit beli beras kat Bernas ni…dpt rate Pak Tani..
.
Jap saja beli..terus singgah kat Market Kangar utk sarapan. Jam menunjukkan jam 9.30 pg. Masih awal rasanya utk ke sekolah. Khabarnya result keluar jam 10.
.
Jadi…kat Market Kangar ni…sarapan dulu kue teow goreng Pak Mat yg femes tu…dan Nasi Kandar Hameed yg power tu.
.
Tak ramai org kat Market..mungkin sebab tengah minggu kot..selalunya hujung minggu..ramai org dtg sarapan kat Market ni.
.
Kue Teow goreng, nasi kandar dan roti telur…selesai. Licin pinggan. Alhamdulillah.
.
Mula bergerak ke sekolah..yg jaraknya tak lah jauh sangat.
.
Perkarangan Masjid Alwi dah penuh dengan kereta ibubapa yg dtg. Masjid Alwi ni..letaknya bersebelahan saja dengan sekolah.
.
Terus Kakak dan Ibu ke dalam sekolah..manakala saya, Bangcik dan Adik tunggu dlm kereta saja.


.
Jam terus berdetik…tik tok…tik tok…masa berlalu.
.
Makin ramai nampaknya pelajar dan ibubapa masuk keluar perkarangan sekolah. Sabar…sabar…jap lagi keluarlah tu.
.
Hampir setengah jam menunggu..akhirnya Kakak dan Ibu sampai balik ke kereta.
.
Jeng…jeng…jeng…


.
Alhamdulillah…
.
Keputusan cemerlang telah diterima.. Alhamdulillah. Teruskan kecemerlangan Kakak…. Dah terbayar segala penat-lelah selama 3 tahun kebelakangan ni.
.
Lepas ni teruskan lagi usaha utk menempuh SPM pula.
.
Bangcik pula..tahun depan UPSR pula. Kena pulun sikit tau…
.
Terima kasih kepada semua sanak saudara dan rakan taulan yg selalu mendoakan kami sekeluarga. Hanya Allah sahaja yg mampu membayar jasa kalian…
.
Alhamdulillah…

Thursday, 7 December 2017

SELAMAT PENGANTIN BARU JAN DAN ISTERI

Agak kalut jugak minggu ni dengan tempahan bahulu yg diterima.
.
Kebanyakannya..semuanya menempah Hayyanarz Bahulu Kemboja yg dijadikan doorgift di majlis masing-masing.
.
Berkebetulan pula..hujung minggu berlangsungnya majlis kenduri perkahwinan Jan dan isteri. Dek kekalutan dengan menyiapkan tempahan, di hari akad nikah, kami sekeluarga tak dapat bersama ke Taiping di mana majlis pihak pengantin perempuan berlangsung.
.
Bagi menyantuni anak menakan, kami telah ke Taiping keesokan harinya.
.
Perjalanan ke Taiping dimulai agak awal. Ye la kan….dari Perlis akan akan ambil masa kurang lebih 3 jam.
.
Alhamdulillah..suasana pagi sesudah solat subuh agak dingin. Jangan la hujan. Perjalanan agak jauh juga ni.
.
Anak-anak semuanya dah siap. Pagi masih lagi gelap dan sejuk. Ye la kan…malam tadi hujan.
.
Jam dah pun menunjukkan 6.30 pagi. Kereta dah pun dihidupkan tadi sebelum solat subuh. Kereta enjin diesel ni…kena perangat awai sikit..lambat panas katanya.
.
OK…semua dah siap..jom kita mulakan perjalanan ke Taiping dengan Nama Allah dan selawat atas Nabi.
.
Jalan masih lagi basah dek hujan yg agak lebat semalam . Tapi pepagi ni…jalan agak lengang…agak lancar. Lagi pun musim cuti sekolah sekarang ni.
.
Sampai Gurun…pagi dah pun mula cerah. Sejuk…ggrrrrr…. Terasa nak shhhhh pulak. Henti rehat la dulu..selesaikan apa yg patut.
.
Selesai segala urusan, perjalanan diteruskan. Selepas dalam sejam…rehat kejap di Tol Sungai Dua. Dah tua-tua ni…dah tak berapa nak tahan lama memandu..tak macam dulu, boleh memandu non-stop.
.
Perut mula rasa lapar. Nak sarapan kat mana ya??? Kat Taiping la nanti sarapan…tak jauh mana dah rasaanya nak sampai.
.


Akhirnya..selepas rehat sekejap kat Gunung Semanggol, kami sampai Taiping..terus berhenti kat sebuah kedai yg letaknya kat Pekan Simpang..yg tak jauh dari simpang empat trafik light yg boleh ke Kuala Sepetang.
.
Alhamdulillah…cuaca agak cerah. Tak menunjukkan akan hujan.
.
Boleh tahan juga makanan kat kedai ni. Saya telah order bubur nasi, Bang Cik makan nasi ayam hainan, Adik roti canai, Kakak dan Ibu kongsi mee bandung.
.
Kena la lapik perut sikit sebelum makan nasi kenduri kejap lagi. Lagi pun jam baru ja menunjukkan 10.30 pagi. Makan kenduri tengahari nanti, selepas zohor.
.
Seusai makan, kami terus menuju ke homestay di mana rombongan pengantin berhimpun sebelum bergerak ke rumah pengantin perempuan.
.
Rombongan pengantin lelaki datang sehari sebelumnya…di mana majlis akad nikah berlangsung.
.
Sampai ja di sana, saya terus ambil peluang untuk rehat dan tidur sekejap…supaya nanti tak la mengantuk ketika memandu balik petang nanti.
.
Seusai solat zohor berjemaah di masjid berdekatan, kami semua termasuk pengantin bergerak menuju ke rumah pengantin perempuan.
.
Kami disambut dengan paluan alunan kompang. Agak meriah suasana.
.
Sampai ja ke khemah..terus kami di bawa ke meja yg dikhaskan untuk rombongan pengantin. Perut pun dah mula berkeroncong..bahkan muzik rock pun dah berbunyi ni.
.
Apa lagi..santap la… Menu sedap dengan nasi beriani, ayam masak ros, daging masak hitam, sayur pisang masak lemak cili api, acar buah…wahhhh..sedap.
.
Air pula sirap lengkong dan air asam…perghhh…sejuk tekak baq hang..
.


Selesai sesi bergambar dan makan beradab..kami sekeluarga mula bergerak pulang ke Perlis.
.
Tapi..teringin pula nak merasa durian kat Taiping ni. Moga-moga ada rezeki jumpa durian. Jadi kami tak ikut rombongan yg terus balik ke utara.
.
Saya terus hubungi kawan yg berada di Taiping ni…bertanyakan lokasi-lokasi sekitar…kat mana ada jual durian.
.
Nampaknya….tiada rezeki…kat belakang Hospital Taiping tak ada…kat Kemunting juga tak ada. Tak pa la…try cari kot-kot ada jual kat tepi jalan sepanjang balik ke Perlis.
.
Namun tiada terjumpa peniaga yg jual durian. Yang banyak…menjual cempedak. Tak pa…dah tiada rezeki doyan.
.
Hujan mula lebat kat Taiping ni. Perjalanan pulang kami ikut jalan dalam sehinggalah Bukit Merah..dan masuk ke lebuhraya melalui Tol Bukit Merah.
.
Hujan amat lebat sekali. Pemanduan juga agak perlahan…malah terjadinya kesesakan jalan sebelum exit Jawi dek kemalangan antara sebuah van, MPV dan sebuah kereta.
.
Sampai ja kat Juru…hujan mulai seriat….teruskan perjalanan sehingga R&R Gurun untuk solat maghrib.
.
Alhamdulillah…hampir jam 9.30 malam…kami sekeluarga sampai rumah.
.
Dikesempatan ini…Pak Ndak dan Mak Ndak sekeluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Jan dan isteri. Semoga berbahagia hingga Jannah.
.
Selamat menimang menantu juga diiucapkan kpd Kak Yam dan Bang Syed.
.
Esok….start balik ke tugasan..siapkan tempahan bahulu..

Monday, 7 December 2015

Meniti Usia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, ibubapa kami, guru-guru kami, keluarga dan para muslimin dan muslimat di mana sahaja berada.

Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin, Syria dan di mana jua berada dari perbuatan khianat kaum musyrikin.

Ya Allah, lindungilah bumi Malaysia dari bala bencana.

Ya Allah, limpahkan kepada kami rezeki yang melimpah-ruah, tubuh badan yang sihat, keluarga yang bahagia dan kami bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan oleh-Mu, ya Allah.

Sekejap sahaja masa berlalu. Teramat benar ingatan Allah SWT di dalam Al-Quran.

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar" (Surah Al-Asr 1-3)

Dulu, kecil-kecil ditimang-timang, kemudian masuk Pusat Asuhan Tadika, belajar di sekolah dan sekarang dah sampai masa untuk berkhatan.

"Bius tu macam mana, Ibu?" Itulah soalan pertama yang ditanya Adik Iman ketika berada di dalam kereta dalam perjalanan ke Putra Medical Centre (PMC), Alor Setar.

"Ubat bagi tidur, Adik. Jadi waktu khatan tu Adik dengan Bangcik tidurlah. Taklah rasa sakit". Terang saya bagi menyedapkan hati Adik dan Bangcik.

Hampir jam 8.15 pagi, kami selamat sampai PMC, parkirkan kereta dan terus menuju ke kaunter pendaftaran.

Kadar berkhatan di PMC pada kali ni berharga RM850 seorang untuk bius sepenuhnya.

Kemudiannya, Bangcik dan Adik ditempatkan di Wad Tingkat 6. Waktu ni sudah dapat lihat Adik dan Bangcik dalam keadaan agak cuak dan bimbang.

Selepas tukar baju, lebih kurang jam 10 pagi, Adik dan Bangcik dimasukkan ke dalam dewan bedah.

Sangkaan pertama, Bangcik yang akan alirkan airmata, namun terbalik pula. Bangcik masih boleh tersenyum berbanding Adik yang mengalir airmatanya semasa dibawa masuk ke dewan bedah.

Alhamdulillah, selepas sejam Bangcik selesai dikhatankan dan Adik sejam selepas Bangcik.

Ketika keluar dari dewan bedah, kedua-dua Bangcik dan Adik tersenyum seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Jam 3 petang, Adik dan Bangcik dibenarkan keluar dari wad untuk balik ke rumah.

Terima kasih kepada semua petugas PMC dan Dr Syed Junaidy yang bertanggungjawab mengkhatankan Bangcik dan Adik.

Terima kasih juga diucapkan kepada Cik Pah yang turut hadir menunggu Adik dan Bangcik.

InshaAllah, minggu depan kami sekeluarga akan adakan sedikit kenduri kesyukuran sempena Bangcik dan Adik berkhatan.

Dikesempatan ini juga saya menjemput para pembaca untuk melawat, like dan share facebook page Hayyanarz Bakery di www.facebook.com/hayyanarzbakery dan melihat beberapa produk Hayyanarz Bakery antaranya Hayyanarz Bahulu, susu kambing Mylo, Hayyanarz Kek Coklat Moist dan Hayyanarz Semperit.

Sama-samalah kita menyokong #muslimproduct #halal #malaysianfoods #malaysianproduct #kuihtradisional