Showing posts with label kuih tadisional. Show all posts
Showing posts with label kuih tadisional. Show all posts

Tuesday, 5 May 2020

TEMPAHAN DARI ALOR SETAR (KEDAH)

Assalamualaikum. Bertemu kembali di Hayyanarz Bakery.

Diharap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan di bawah rahmat Allah.

Moga kita juga dilindungi Allah dari wabak Covid 19 yang melanda Malaysia dan dunia sekarang ni. 

Terimakasih kepada semua anggota barisan hadapan yg bertungkus lumus membendung penyebaran wabak ini.

Alhamdulillah. Tempahan telah diterima dari pelanggan di Alor Setar, Kedah.

Beliau telah menempah Bahulu pakej A, Bahulu pakej B, bahulu biasa (cermai dan ikan emas), rempeyek dan kuih bakar.

Kesemua tempahan telah disiapkan dan dihantar kepada pelanggan di Alor Setar.


Jemput tonton video di bawah utk maklumat lanjut.



Terima kasih kepada pelanggan atas sokongan kepada Hayyanarz Bakery.

Anda berminat?


Jemput layari https://www.facebook.com/hayyanarzbakery utk melihat barisan produk-produk edaran Hayyanarz Bakery.


Anda juga boleh hubungi Hayyanarz Bakery di http://hayyanarzbakery.wasap.my utk maklumat lanjut.

InshaaAllah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.


Sehingga berjumpa kembali,

Assalamualaikum.

Tuesday, 10 March 2020

TEMPAHAN KUIH BAKAR (PULAU PINANG)

Alhamdulillah. Tempahan kali ni diterima dari pelanggan di Pulau Pinang.

Beliau telah menempah Hayyanarz Kuih Bakar @ Kuih Bangkit yang gebu-gebarz dan cair di mulut.

Kuih bakar disiapkan seperti yang diminta.




Segala maklumat ada dinyatakan di dalam video di atas.

Anda berminat?

Jemput layari https://www.facebook.com/hayyanarzbakery untuk melihat produk-produk Hayyanarz Bakery dan senarai harga.

Anda juga boleh hubungi http://hayyanarzbakery.wasap.my untuk maklumat lanjut.

Inshaa Allah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.

#kuihbakar #kuihbangkit #gebugebarz #goodies #doorgift #kudapan

Monday, 21 May 2018

[HANTAR] HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA KE CHEMOR, PERAK PULA

Alhamdulillah, minggu ni kali ke-2 berturut-turut saya ke Ipoh, Perak menghantar tempahan bahulu.
.
Minggu lepas, saya hantar tempahan bahulu ke Manjoi, Perak manakala minggu ni ke Chemor pula.
.
Tempahan telah diterima dari pelanggan seawal Julai 2017 yg lalu dan majlisnya diadakan pada Disember 2017.
.
Selepas beberapa keterangan mengenai produk dan Puan Pelanggan telah datang sendiri ke Hayyanarz Bakery untuk mengetahui lebih lanjut, Puan Pelanggan telah memilih untuk menempah 900 biji bahulu kemboja, 100 biji bahulu ikan emas, 3 kotak kuih bakar, 4 bekas kuih siput dan 3 pek rempeyek.



.
"Saya gugel bahulu rata dan tengok dalam fb, semua tak berkenan."
.
"Last-last, jumpa Hayyanarz Bahulu, terus berkenan", ujar Puan Pelanggan sebelum ni.
.
"Alhamdulillah, terima kasih puan kerana memilih produk-produk Hayyanarz Bakery".
.
Pejam celik, pejam celik, jadual untuk siapkan tempahan dah sampai.
.
Semua persiapan dari plastik pembungkusan sehingga kotak penghantaran dah pun disiapkan.
.
2 hari sebelum penghantaran, saya bertungkus-lumus siapkan tempahan.
.
Bermula seawal jam 8.00 pagi, membawa ke malam, saya sedaya upaya siapkan tempahan seperti yg telah dijanjikan.
.
Malam penghantaran, semua bahulu dah pun siap dimasukkan ke dalam 18 kotak dan dimasukkan ke dalam pikap.

.
Hujan renyai-renyai mula membasahi bumi.
.
"Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku", doa saya sebelum memulakan perjalanan.
.
Tepat jam 12.30 tengah malam, saya dan famili membelah kedinginan dan kegelapan malam menuju ke Chemor, Perak.
.
Tujuan penghantaran di waktu malam adalah untuk menjaga kualiti bahulu agar tak terkena kepanasan matahari jika dihantar waktu siang.
.
Alhamdulillah, hujan renyai-renyai tadi telah berhenti, keadaan trafik juga agak lancar.
.
Dalam 4.30 pagi, saya sampai R&R Gunung Semanggol.
.
Masih lagi awal, jadi saya berhenti untuk rehat dan tunggu waktu subuh.
.
Usai solat subuh, saya terus bergerak ke Chemor, berbekalkan location yg telah dikongsi oleh pelanggan sebelum ni.
.
Kenderaan mulai banyak atas jalan.
.
Alhamdulillah, kurang lebih jam 8.15 pagi, saya sampai ke lokasi pelanggan.
.
Nasib baik ada khemah depan rumah pelanggan. Agak senang untuk jumpa lokasi pelanggan.
.
Kesemua tempahan telah berpindah tangan.
.
Terima kasih puan atas sokongan kpd Hayyanarz Bakery.
.
Anda juga seperti pelanggan di atas? Masih mencari-cari doorgift utk majlis mahupun utk kudapan di waktu senggang?
.
Usah segan-silu utk hubungi saya.
.
Senang jer....klik jer link di bawah.
.
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
.
InshaaAllah saya akan balas balik mesej anda dan InshaaAllah anda akan berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.
.
#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#HayyanarzRempeyek
#HayyanarzKuihSiput
#HayyanarzKuihBakar
#Doorgift