Wednesday 10 May 2017

MARATHON LA PULAK

Rasanya tahun ni adalah tahun ke-3 Perlis Marathon diadakan.

Adanya Perlis Marathon ni..tahun lepas baru aku tahu...dan tahun ni...teringin pula nak sertainya.

Perlis Marathon ni ada beberapa kategori iaitu 42km, 21km, 10km dan 5km.

Aku dan famili sertai acara 5km sahaja...mana larat nak lari. Lagi pun aku rasa dapat spend quality time bersama famili dlm acara marathon ni..

Event ni berlangsung pada 30 April 2017 yg lalu.

Aku dpt tahu mengenai marathon ni pun dari facebook beberapa bulan yg lalu...selepas berbincang dgn famili..kami terus daftar secara online.

2 hari sebelum acara, aku dan wifey telah ke stadium utk ambil t-shirt...tu pun dpt tahu dari kawan....kalau tak, melepas t-shirt tu..

Ramai juga yg ambil t-shirt hari tu...kira pagi tu beri nama...malam baru dpt t-shirt tu.

Pagi ahad...30 April 2017..kami sekeluarga keluar seawal 6.45 pagi..menuju ke stadium di mana acara akan bermula.


Banyak juga jalan yg ditutup..akhirnya kurang lebih 7.15 pagi...aku sampai. Tu pun tak boleh rapat ke stadium..aku parkir kereta kat Taman Dato Jaafar...berjalan kaki menuju ke stadium.

Waktu tu, ramai juga orang yg ambil bahagian...acara 42km dan 21km dah lama berlangsung...cuma 10km dan 5km akan bermula jam 7.30 pagi.

Kurang lebih jam 7.35 pagi..acara 5km dilepaskan oleh Raja Muda Perlis.

Ramai yg berlari berjogging..cuma kami sekeluarga dan beberapa keluarga lagi saja yg berjalan sambil berseronok bersama family..


Laluan 5km bermula dari stadium..keluar ke Jalan Kaki Bukit ke arah bulatan Taman Sena...masuk ke Jalan Kangar-Arau sampai simpang trafik light Jalan Santan...kemudian masuk Jalan Masjid Putra...terus ke stadium balik.




Hampir jam 9.15 pagi kami sampai balik stadium setelah berjalan hampir 1 jam 30 minit sejauh 5km...


Seronok....dapatlah medal sorang satu...



InshaaAllah tahun depan..kalau ada lagi..nak masuk lagi...

Balik dari stadium..lapar pulak, pekena koeteow goreng dan nasi rendang kat Pak Mat di Pasar Kangar..😋😋😋


InshaaAllah...jumpa lagi di Perlis Marathon 2018..

No comments:

Post a Comment