Tuesday 7 July 2020

TEMPAHAN DARI PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu kembali di laman blog Hayyanarz Bakery. Laman blog yang mencoretkan aktiviti-aktiviti Hayyanarz Bakery.

Sekarang kita berada di pertengahan bulan Zulkaedah 1411H. Tak lama lagi, kita akan memasuki bulan Zulhijjah, bulan kebesaran, bulan haji.

Hari ni juga adalah Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown. Bila bercakap pasal Georgetown, teringat saya, Ramadhan yang lalu saya telah menerima tempahan dari pelanggan di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Beliau telah menempah bahulu, kuih bakar dan muruku untuk juadah di hari raya Aidil Fitri.

Disebabkan PKPB dan ada masalah untuk pengeposan, persiapan juadah telah ditunda ke minggu ke-2 Syawal.

Seperti yang telah dijanjikan, kami di Hayyanarz Bakery telah siapkan tempahan seperti yang dikehendaki oleh pelanggan.



Kurang lebih jam 12 pm, saya telah hantar parcel yang mengandungi bahulu, kuih bakar dan muruku ke pihak courier service.



Seperti biasa, dengan norma baharu kehidupan di pasca Covid-19 ni, beratur dengan jarak sosial 1 meter telah menjadi kebiasaan.

Alhamdulillah, waktu tu tak ramai sangat orang yang berurusan di pejabat courier service tu. Kurang lebih 10 minit, selesai semua urusan.

Selepas 2 hari, pelanggan telah menghubungi saya dan memberitahu yang parcel telah sampai dan dalam keadaan yang elok.



Alhamdulillah.

Anda berminat dengan produk-produk Hayyanarz Bakery?

Jemput layari Page Hayyanarz Bakery di https://www.facebook.com/hayyanarzbakery untuk melihat barisan produk-produk edaran Hayyanarz Bakery beserta dengan harga.

Anda juga boleh hubungi http://hayyanarzbakery.wasap.my untuk maklumat lanjut.

InshaaAllah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk edaran Hayyanarz Bakery.

Akhir kata, saya doakan semoga anda semua di bawah rahmat Allah.

Sehingga bertemu lagi di coretan Hayyanarz Bakery.

Wassalam. 

No comments:

Post a Comment