Friday 12 June 2020

DAH SIAP KER UNTUK HANTAR KE KEDAI..?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bertemu kembali di laman blog Hayyanarz Bakery.


Ramai yang gembira kan....selepas diumumkan PKPP oleh YAB PM beberapa hari lalu.


Sempadan negeri dah dibuka untuk direntas....


Alhamdulillah. Saya juga bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sudah boleh untuk merentas sempadan negeri. Boleh la bersiap untuk penghantaran produk-produk Hayyanarz Bakery ke Alor Setar, Jitra, Napoh, Kerpan dan beberapa lokasi lagi.


Ramai ambil peluang balik kampung kan.... Lagu-lagu raya pun dah mula balik berkumandang di corong-corong radio. Terasa macam baru nak raya...


Hari ni, saya nak berkongsi mengenai persiapan muruku untuk penghantaran ke kedai-kedai.


Untuk info, Hayyanarz muruku ni, 1 pek beratnya 200g. Sedap, rangup....boleh cuba tengok.


Setiap pek berharga RM7.00 jika dibeli di Bengkel Hayyanarz Bakery.




Anda berminat dengan produk-produk Hayyanarz Bakery?


Jemput layari https://www.facebook.com/hayyanarzbakery untuk melihat barisan produk-produk edaran Hayyanarz Bakery beserta dengan harga.


Anda juga boleh hubungi saya di http://hayyanarzbakery.wasap.my untuk maklumat lanjut.


InshaaAllah....anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.


Sehingga berjumpa lagi di coretan akan datang. Untuk anda yang bakal memandu balik kampung, pandulah kenderaan dengan selamat. Jaga diri dan keluarga dari Covid-19 ni. Follow lah beberapa SOP yang ditetapkan oleh pemerintah.


Wassalam.

No comments:

Post a Comment