Saturday 13 June 2020

ALAMAK........!!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bertemu kembali di laman blog Hayyanarz Bakery di mana berbagai-bagai aktiviti Hayyanarz Bakery dicoretkan.


Mungkin tak terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua. Bermula 2 hari lepas, tentu ramai yang mula balik kampung selepas pengisytiharan PKPP di mana sempadan negeri sudah boleh direntas.


"Boleh hantar mai kuih bakar dak? Ramai orang mai kedai ni nak beli..", petang tadi saya telah terima satu panggilan telefon dari salah seorang tuan kedai di Kuala Perlis. Beliau adalah salah seorang rakan niaga Hayyanarz Bakery. 


"InshaaAllah, Kak...satgi saya hantarkan..", balas saya sambil terus menyiapkan kuih bakar. Sememangnya hari ni, kami di Hayyanarz Bakery menyiapkan kuih bakar untuk penghantaran ke kedai-kedai sekitar Perlis, Napoh dan Jitra. 


Esok, cadangnya nak buat penghantaran tu.


Selepas selesai siapkan kuih bakar ni, terus saya ke Kuala Perlis untuk hantarkan kuih bakar ni. 







Anda berminat dengan produk-produk Hayyanarz Bakery?


Jemput layari https://www.facebook.com/hayyanarzbakery untuk melihat-lihat beberapa produk edaran Hayyanarz Bakery dan senarai harga.


Anda juga boleh hubungi http://hayyanarzbakery.wasap.my untuk maklumat lanjut.


InshaaAllah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.


Sehingga bertemu lagi di coretan akan datang. Saya doakan agar anda semua di bawah rahmat Allah dan sihat selalu.


Wassalam.

No comments:

Post a Comment