Tuesday 16 June 2020

PERSIAPAN KUIH BAKAR UNTUK JUADAH HARI RAYA

Asalamualaikum.

Bertemu kembali di laman blog Hayyanarz Bakery di mana laman blog yang mencoretkan aktiviti-aktiviti Hayyanarz Bakery.

Kita dah pun berada di pertengahan bulan Syawal. Namun raya kali ni agak berlainan dari kebiasaan. Kita merayakan Aidil Fitri kali ni dalam norma baharu di era berperang dengan wabak Covid-19.

Tiada lagi majlis-majlis rumah terbuka seperti kebiasaan. Masing-masing merayakan Aidil Fitri bersama keluarga di rumah. 

Takpalah. Kita bersabar buat sementara waktu. InshaaAllah, mudah-mudahan wabak pandemik Covid-19 ni akan hilang dari bumi Malaysia yang bertuah ni.

Seperti biasa, kami di Hayyanarz Bakery saban masa sentiasa menyiapkan juadah kuih tradisional untuk para pelanggan.

Selain bahulu, produk lain edaran Hayyanarz Bakery adalah kuih bakar atau kuih bangkit.

Kuih Bakar Hayyanarz Bakery ni....inshaaAllah sedap, gebu dan cair di mulut.

Kuih bakar ni, dipekkan dalam container bersaiz 1000ml dan kuantitinya +/- 50 biji.

Ketahanannya....inshaaAllah sehingga 3 bulan dari tarikh dibuat.

Kuih bakar ni dipasarkan sekitar kedai-kedai, pasaraya dan Agrobazaar di Perlis.

Jemput tonton video di bawah untuk maklumat lanjut.






Selain dipasarkan di kedai-kedai, ada juga pelanggan yang datang sendiri ke bengkel Hayyanarz Bakery untuk dapatkan kuih bakar ni.

Alhamdulillah....

Anda juga berminat?

Jemput layari laman Page Hayyanarz Bakery di https://www.facebook.com/hayyanarzbakery untuk melihat produk-produk Hayyanarz Bakery beserta senarai harga.

Anda juga boleh hubungi http://hayyanarzbakery.wasap.my untuk maklumat lanjut.

InshaaAllah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.

Terima kasih kepada para pelanggan Hayyanarz Bakery atas sokongan yang diberikan.

Sehingga berjumpa lagi dan Selamat Hari Raya.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment