Saturday 6 June 2020

PENGHANTARAN STOK BARU KE KEDAI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu kembali di laman blog Hayyanarz Bakery. Apa khabar anda semua pembaca sekalian. Saya harap dan berdoa agar anda sentiasa di bawah rahmat Allah.

Alhamdulillah, Syawal dah pun di pertengahan bulan. Banyak kedai, Agrobazaar Rakyat dan Pasaraya menelefon kami di Hayyanarz Bakery untuk tambah stok kerana stok yang ada dah agak berkurangan.

Hari ni, seawal jam 10 pagi, kami keluar ronda sambil tambah stok ke kedai-kedai.

Lokasi pertama yang kami singgah adalah Pasaraya Seri Utama, Kuala Perlis. Kemudian ke Agrobazaar Rakyat di Seriab dan Kangar.

Untuk info, hari ni ada jualan amal durian di hadapan Agrobazaar Rakyat, Seriab yang bermula jam 5 petang sehingga buah habis. Durian-durian tu dari Kuala Kurau, Perak.

Kemudian, kami singgah dan re-stok di Pasaraya Hafifah, Kangar.

Antara produk yang ditambah stok adalah kuih bakar dan rempeyek.






Anda berminat untuk merasai kesedapan kuih bakar yang gebu dan cair di mulut? Rempeyek yang rangup?

Anda boleh dapatkan di beberapa kedai di Perlis dan anda juga boleh dapatkan terus di Bengkel Hayyanarz Bakery. Bagi yang jauh, boleh juga dihantar dengan pos.

Anda boleh layari https://www.facebook.com/hayyanarzbakery untuk melihat beberapa produk edaran Hayyanarz Bakery beserta harga.

Anda boleh juga hubungi http://hayyanarzbakery.wasap.my untuk maklumat lanjut.

InshaaAllah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.

Terima kasih kerana menyokong Hayyanarz Bakery.

Sehingga bertemu lagi di coretan akan datang.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment