Sunday 14 June 2020

HANTAR KUIH BAKAR KE NAPOH DAN SUNGAI KOROK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bertemu kembali di laman blog Hayyanarz Bakery, di mana aktiviti-aktiviti Hayyanarz Bakery dicoretkan.


Apa khabar tuan-tuan dan puan-puan sekalian.


Saya berdoa semoga tuan-tuan dan puan-puan sihat-sihat sahaja.


Alhamdulillah. Kini di fasa PKPP, pemerintah dah membenarkan kita untuk merentas sempadan negeri. Agak lama juga saya tak merentas sempadan negeri semenjak PKP yang lepas. Customer rakan niaga juga selalu hubungi saya untuk hantarkan stok kuih bakar ke kedai mereka.


Hari ni baru berpeluang untuk ke sana. Sebelum ni, saya hanya hantar stok ke kedai-kedai rakan niaga sekitar Perlis sahaja.


Kurang lebih jam 11 pagi, selepas semua stok kuih bakar siap, terus saya bersiap dan bertolak untuk penghantaran stok.


Lokasi pertama yang saya tuju adalah Agrobazaar K Shoppe di Napoh. Alhamdulillah, perjalanan agak lancar. Dari rumah, saya ke Napoh melalui Lebuhraya Kuala Perlis - Changlun.


Selesai di Napoh, saya terus pula ke Sungai Korok untuk penghantaran ke Kedai Dangai Kemboja.


Selesai kedua-dua penghantaran, saya terus balik ke Bengkel untuk persiapan dan penghantaran esok pula. Esok, inshaaAllah akan hantar kepada customer baru di Arau.





Anda juga berminat dengan produk-produk Hayyanarz Bakery?


Jemput layari https://www.facebook.com/hayyanarzbakery untuk melihat barisan produk-produk edaran Hayyanarz Bakery dan senarai harga.


Anda juga dijemput untuk hubungi http://hayyanarzbakery.wasap.my untuk maklumat lanjut.


InshaaAllah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.


Sehingga bertemu lagi di coretan akan datang.


Salam sayang dari kami di Hayyanarz Bakery...


Assalamualaikum....

No comments:

Post a Comment