Tuesday 19 May 2020

TEMPAHAN KUIH BAKAR, KANGAR (PERLIS)

Assalamualaikum. Bertemu kembali di blog Hayyanarz Bakery.

Hari ni dah pun 25 Ramadhan 1441H dan dah masuk fasa ke-5 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam membendung wabak virus Covid 19.

InshaaAllah, tak lama lagi kita akan merayakan Hari Raya Aidilfitri. Sambutan raya kali ni agak berbeza dari sebelumnya kerana masih belum dibenarkan pergerakan merentas sempadan negeri. Jika nak beraya pun, berhimpun di sesebuah rumah atau tempat tidak melebihi 20 orang dan langkah-langkah berjaga perlu diamalkan seperti jarak sosial, tak bersalaman dan sentiasa membasuh tangan dengan sabun atau sanitizer di samping memakai face mask ketika berada di tempat ramai orang.

Hari ni saya ingin berkongsi sebuah video tempahan kuih bakar dari pelanggan di Kangar. Tempahan ni telah dibuat sebelum PKP dijalankan bermula Mac lalu.

Sebelum ni, pelanggan selalu membeli Hayyanarz Kuih Bakar di Agrobazaar Rakyat, Seriab. Untuk kali ni, beliau nak beli dalam kuantiti yang agak banyak, maka beliau telah menempah terus di Hayyanarz Bakery.

Tempahan telah disiapkan mengikut masa yang ditetapkan dan pelanggan telah pun datang sendiri ke Hayyanarz Bakery bagi mengambil tempahan.

Jemput tonton video di bawah untuk maklumat lanjut.





Terima kasih kepada pelanggan yang menyokong Hayyanarz Bakery.

Anda juga berminat?

Jemput layari https://www.facebook.com/hayyanarzbakery untuk melihat barisan produk-produk edaran Hayyanarz Bakery dan senarai harga.

Anda juga boleh hubungi kami di http://hayyanarzbakery.wasap.my untuk maklumat lanjut.

InshaaAllah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.

Terima kasih kerana menonton video di atas.

Jemput like, share & subscribe sebagai tanda sokongan.

Akhir kata, sama-samalah kita menjaga kesihatan dan diri kita sekeluarga di musim Covid 19 ni. Jasa jarak sosial, selalu bersihkan diri dan pakai face mask bila berada di kawasan ramai orang.

Sehingga berjumpa lagi.

Assalamualaikum.

#kitajagakita #stayhome

No comments:

Post a Comment