Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts

Tuesday, 13 October 2015

Menarik di Perlis

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Syukur alhamdulillah dengan rezeki dan nikmat yang Allah SWT limpahkan. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT.

Syukur alhamdulillah ke atas hadrat Allah SWT. Baru-baru ini Hayyanarz Bakery telah mendapat tempahan bahulu biasa untuk dijadikan doorgift daripada Galeri Seni Piring Hitam Perlis yang dimiliki oleh En Mushtari Mohamad.

Tempahan bahulu yang dijadikan doorgift kepada ahli-ahli peminat keretapi yang datang melawat Perlis menggunakan perkhidmatan ETS dari KL Sentral ke Padang Besar seramai lebih 50 orang.

Selamat datang ke Perlis dan selamat datang ke Galeri Seni Piring Hitam Perlis diucapkan.

Sebagai informasi, Galeri Seni Piring Hitam Perlis terletak di Taman Sena Indah, Kangar merupakan satu-satunya Galeri Piring Hitam di Perlis dan menjadi salah satu tarikan perlancongan di Perlis.

Selain dari piring hitam yang mencecah 3000 keping dalam simpanan, terdapat juga koleksi kaset-kaset, CD dan LD.

Boleh dikatakan ramai dari generasi muda tidak mengetahui dan tidak pernah mendengar muzik dari kaset, piring hitam (LP) dan menonton filem dari laser disc (LD). Jadi, di sinilah salah satu tempat untuk melihat, mendengar dan mempelajari kegemilangan seni muzik era tahun 90-an dan ke bawah.

Ramai juga pelawat yang datang mendengar lagu-lagu hits dan evergreen di zamannya sambil mengimbau kenangan silam.

Bagi yang berminat untuk melihat, mendengar dan mengimbau kenangan silam, boleh datang melawat ke Galeri Seni Piring Hitam Perlis.

Boleh hubungi pemilik Galeri Seni Piring Hitam Perlis iaitu En Mushtari Mohamad untuk menempah slot lawatan.

Untuk informasi, boleh melawat facebook.com/mushtari mohamad.

Begitu juga Hayyanarz Bahulu, merupakan salah satu hidangan tradisi yang diangkat untuk menyaingi hidangan-hidangan moden sekarang ini. Hayyanarz Bahulu terdiri dari bahulu asli, bahulu pelbagai rasa dan inti serta bentuk.

Untuk tempahan Hayyanarz Bahulu, sila

Sms/whatsapp/call: 017-4620775 / 019-2463100
Emel: hayyanar.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery (sila LIKE page kami)

Semoga En Mushtari Mohamad dan Galeri Seni Piring Hitam Perlis terus berjaya.

Friday, 25 September 2015

Mu Tunggu Ku Datang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi SAW, keluarga dan para sahabat Baginda.

Moga kita semua sentiasa mendapat rahmat Allah SWT.

Allah Akbar...Allah Akbar..Allah Akbar..Laailahaillallah wallahu akbar..Allah akbar..Walillahil Hamd..

Selamat hari raya Aidil Adha kepada semua yang sedang membaca coretan ini.

Jam kat tangan dah menunjukkan tepat 12 tengahari. Jalan Alor Setar-Kangar sesak tadi kat Kerpan.

"Hangpa ada lagi ka kat kedai atau nak balik dah", saya hantar sms kepada salah seorang kawan.

"Kami tak lama dah, satgi nak balik dah", balas kawan saya.

"Ok..ok..satgi aku sampai. Tunggu sat na..tak jauh dah...", balas saya.

Saya dan kawan² SMTAS 88/89 ada buat perancangan untuk berjumpa setelah sekian lama berpisah. Kami merancang untuk bertemu di Mee Sham Roti Doll, yang letaknya berdekatan Petronas Pantai Johor dalam jam 10 pagi. Sekarang dah jam 12 tengahari.

Punca kelewatan saya ni, kerana saya perlu untuk buat penghantaran bahulu dulu yang ditempah oleh beberapa pelanggan.

Seawal jam 8 pagi, saya keluar rumah dan hantar bahulu kepada beberapa orang sekitar kampung, kemudian kepada beberapa pelanggan sekitar Kangar.

Selesai buat penghantaran sekitar Kangar, saya terus ke PIDA 8 pula di Sanglang, Kedah untuk buat penghantaran bahulu. Seusai buat penghantaran di PIDA 8, terus saya ke Alor Setar. Cuma tinggal untuk penghantaran sekitar Jitra sahaja.

Telefon berdering....

"Hang kat mana dah? Kami nak balik dah ni...", suara kawan saya kedengaran corong telefon.

"Sat..sat..dekat dah..nak sampai dah...", balas saya.

"Ok..ok..", sambut kawan saya.

Alhamdulillah, akhirnya saya sampai ke destinasi. Ternampak Jalil, Mail, Fida, Cikgu Yan, Zarina dan Nurul di meja, di tepi Kedai Mee Sham.

Selepas parkir kereta, terus dapatkan mereka. Alhamdulillah sempat juga bertemu setelah sekian lama terpisah.

Alhamdulillah, semuanya sihat² belaka dan sudah berjaya dalam karier masing².

Setelah sekian lama bersembang, kami pun bersurai dan saya terus pula ke Jitra untuk buat penghantaran bahulu pula.

Alhamdulillah, semua penghantaran selesai ketika jam hampir 5 petang.

2 tugasan berjaya, selesai penghantaran bahulu dan kesempatan bertemu sahabat lama.

Alhamdulillah juga, bahulu jadi asbab musabab yang diizinkan Allah boleh berjumpa dengan kawan² lama. Insha Allah, ada rezeki, kita akan berjumpa lagi.

Selain tempahan bahulu secara terus dan khidmat tambahan penghantaran sekitar Perlis, Alor Setar, Jitra dan Changlun, Hayyanarz Bahulu juga boleh didapati di

Mama Nory Bakery PLT
No 11 Pusat Perniagaan Sena
01000 Kangar, Perlis

Rislah Bakery
No 3 Taman Indra
Jalan Sekolah Derma
01000 Kangar, Perlis

Tempahan Hayyanarz Bahulu boleh dibuat melalui

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery (sila LIKE page kami)

Semoga kita bersua kembali....

Sunday, 20 September 2015

Selepas 26 Tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi SAW, keluarga dan sahabat Baginda.

Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan dan kerahmatan Allah SWT.

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan selama ini.

Sekarang, masing-masing sudah dimamah usia dan beranak-pinak. Begitu cepat masa berlalu.

Alhamdulillah, bahulu telah menjadi sebab musabab ketentuan Allah menemukan kami.

Dapat bertemu Solleh ketika menghantar tempahan bahulu di Pida 8 sebelah paginya. Bertemu dengan Mairag sebelah petangnya ketika meninjau bekalan bahulu yang diletakkan di gerai niaga Mama Nory Bakery di Festival Konvo UniMaP 2015.

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat dan aturan Allah SWT.

26 tahun. Satu tempoh yang agak lama. Dari usia remaja belasan tahun, dan sekarang usia menghampiri setengah abad, diizinkan Allah SWT untuk bertemu kembali.

Itulah kehendak Allah. Syukur alhamdulillah. Selepas 26 tahun, saya berpeluang berjumpa dengan sahabat lama dari Sekolah Menengah Teknik Alor Setar sesi 88/89. Gerangan sahabat itu ialah Solleh dan Mairag.

Solleh, sahabat sekelas Mekanikal 2 dan sahabat seasrama. Berasal dari Pida 8, Sanglang, Kedah. Kini menetap di Kluang, Johor.

Teringat suatu ketika dulu, pernah berbasikal dari Perlis ke rumahnya di Pida 8.

Mairag, sahabat seasrama dan sama-sama aktif dalam kelab taekwondo SMTAS dulu. Sekarang menetap di Seberang Jaya dan merupakan seorang peniaga yang berjaya.

Sama-sama menyertai pertandingan taekwondo sekitar Kedah dulu dan sama-sama geng rock kapak. Itulah serba sedikit kisah diusia muda.

Semoga persahabatan yang terjalin berpanjangan hingga ke jannah.

Dengan izin Allah, bahulu menjadi sebab musabab pertemuan ini. Alhamdulillah....

Untuk membuat tempahan Hayyanarz Bahulu yang sedap, gebu dan lembut, sila:

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery

Boleh juga dapatkan Hayyanarz Bahulu di

1. Mama Nory Bakery PLT, No 11, Pusat Perniagaan Sena, Kangar, Perlis

2. Rislah Bakery, No 3, Taman Indra, Jalan Sekolah Derma, Kangar, Perlis

Saturday, 5 September 2015

Galeri Seni Piring Hitam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam dan selawat ke atas Baginda Nasi SAW, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.

Dan moga kita semua sentiasa di bawah kerahmatan Allah SWT.

Alhamdulillah, cuaca yang amat baik hari ni, suasana agak cerah, jerubu pun nampaknya sudah agak berkurangan.

Mudah-mudahan, suasana begini akan terus berpanjangan.

Setiap orang, masing-masing ada minat tersendiri bagi mengisi masa lapang yang terluang, bahkan ada orang jadikan minatnya sebagai satu sumber pendapatan.

Hari ini saya perkenalkan salah seorang sahabat saya, En Mushtari Mohamad. Sahabat baik saya semenjak dari darjah 1 lagi semasa kami belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Putra, Kangar.


Beliau seorang yang ceria, simple dan baik hati orangnya. Suka memberi pertolongan dikala memerlukan juga seorang yang peramah.

Beliau mempunyai minat yang agak unik. Minatnya amat mendalam ke arah memiliki dan menyimpan barang-barang antik, lama dan 'rare' terutama peranti muzik. Hinggakan beliau mempunyai galeri sendiri dalam mempamerkan koleksi simpanan peribadi beliau.

Menurut En Mushtari, beliau mempunyai simpanan piring hitam sejumlah sehingga lebih 3000 keping selain kaset, CD dan LD. Selain itu, peralatan pemain muzik untuk piring hitam dan kaset turut berfungsi dengan baik. Memang betul-betul kategori 'rare'.

Selain melawat ke Galeri Seni Piring Hitam, koleksi beliau boleh juga dilihat melalui facebook beliau, Mushtari Mohamad.

Sebagai info tambahan, Galeri Seni Piring Hitam beliau letaknya di Taman Sena, Kangar, Perlis.

Akhir kata, satu perasaan yang terkata bila berpeluang mendengar lagu-lagu lama nostalgia piring hitam di Galeri Seni Piring Hitam.

Lagi best sambil mendengar lagu nostalgia, minum kopi 'o' dan cicah bahulu sedap gebu.

Jika ingin menempah Hayyanarz Bahulu sedap gebu, sila...

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook page: Hayyanarz Bakery

Boleh juga dapatkan Hayyanarz Bahulu di Mama Nory Bakery, No 11, Pusat Perniagaan Sena, Kangar, Perlis.

#support #bisness #muslim