Showing posts with label usaha murni. Show all posts
Showing posts with label usaha murni. Show all posts

Thursday, 15 February 2018

BARU TADI ANAK-ANAK HABAQ, DEPA LAPAQ BAHULU.

“Baru tadi anak-anak habaq, depa lapaq bahulu…Alhamdulillah, Allah atoq elok dah, bahulu mai sini”, ujar Ustaz Razif.
.
.
Ustaz Razif adalah salah seorang penjaga di rumah Tahfiz di Sungai Petani.
.
.
Hati mana tak tersentuh…..
.
.
Baru-baru ni, saya telah mendapat mesej daripada pelanggan dari Shah Alam. Beliau telah beberapa kali menempah bahulu dari HAYYANARZ Bakery.
.
.
Untuk kali ni, beliau telah menempah 500 biji HAYYANARZ bahulu biasa dan telah meminta saya hantarkan ke salah sebuah Pusat Tahfiz di Sungai Petani.
.
.
Beliau telah minta dihantarkan pada hari khamis kerana para pelajar tahfiz situ selalu berpuasa sunat setiap isnin dan khamis, jadi bahulu yang dihantar boleh dibuat untuk juadah berbuka puasa.
.

.
Sehari sebelum penghantaran, kami di HAYYANARZ Bakery siapkan tempahan sebanyak 500 biji bahulu biasa, dimasukkan ke dalam 2 kotak untuk penghantaran.
.

.
Usai solat zohor, semuanya dimasukkan ke dalam pikap, terus bergerak ke Sungai Petani.
.
.

Alamat dan nombor telefon Ustaz Razif telah pun diberikan oleh pelanggan beberapa hari yang lalu.
.
.,
Perjalanan lancar, kurang lebih jam 4.30 petang, saya sampai ke Pusat tahfiz berkenaan.
.
.
Terus Ustaz Razif, saya hubungi.
.
.
Alhamdulillah. Allah permudahkan semua urusan dari perjalanan hingga sampai ke Pusat Tahfiz.
.
.
Tempahan diserahkan kepada Ustaz Razif seperti yang diamanahkan oleh pelanggan.
.
.
Terima kasih Puan Pelanggan yang bermurah hati bersedekah makanan berupa bahulu untuk dibuat juadah berbuka puasa sunat oleh para pelajar tahfiz.
.
.
Terima kasih juga atas sokongan berterusan kepada HAYYANARZ Bakery.
.
.
Semoga rezeki puan terus melimpah-ruah.
.
.
Saya amat  berbesar hati dapat menyempurnakan hajat Puan Pelanggan.
.
.
.
Anda juga berhajat kepada HAYYANARZ bahulu?
.
.
Usah segan-silu untuk hubungi saya di link wassap di bawah.
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
http://hayyanarzbakery.wasap.my
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
Inshaa Allah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk HAYYANARZ Bakery.
.
#Sedekah
#HayyanarzBahulu
#HayyanarzBakery
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Sunday, 8 November 2015

Tiada Hak Untuk Lapar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda.

Ya Allah, limpahkan kerahmatan ke atas kami, Ibubapa kami, guru-guru kami, keluarga kami dan sekalian umat muslimin dan muslimat di mana sahaja berada.

Alhamdulillah atas segala nikmat rezeki yang telah dilimpahkan kepada kami semua.

"Tiada siapa yang berhak untuk berlapar. Rezeki Allah kita kongsi bersama"

Itulah kata-kata yang terpampang di pintu peti sejuk yang diletakkan di hadapan berdekatan pintu masuk ke Masjid Alwi, Kangar.

Peti sejuk yang disediakan oleh Jawatankuasa Masjid Alwi, Kangar tersedia untuk para umat Islam yang ingin bersedekah dengan meletakkan makanan dan minuman bagi memberi kemudahan kepada sesiapa sahaja yang berhajat kepada makanan.

Tidak kira sesiapa pun yang berhajat kepada makanan, dijemput untuk mengambil sedikit makanan yang tersedia.

Moga usaha yang dilakukan okeh Jawatankuasa Masjid Alwi ini mendapat kerahmatan Allah SWT.

Begitu juga kepada para penyumbang makanan, semoga rezeki anda sentiasa murah dan melimpah-ruah.

Satu contoh yang amat baik dari Masjid Alwi. Semoga usaha ini akan dapat dikembangkan lagi oleh masjid-masjid lain di Perlis dan di Malaysia.

Semoga usaha ini juga termasuk dalam usaha-usaha dakwah.

Iklan

Untuk tuan-tuan dan puan-puan yang ingin menempah Hayyanarz Bahulu keluaran dan edaran Hayyanarz Bakery, sila hubungi 017-4620775 / 019-2463100.

Selain itu, boleh juga layari instagram @hayyanarz dan twitter @hayyanarzbakery.

Sila lawati, like dan share www.facebook.com/hayyanarzbakery