Showing posts with label tapai. Show all posts
Showing posts with label tapai. Show all posts

Tuesday, 9 June 2020

PERSIAPAN BAHULU UNTUK HARI RAYA

Assalamualaikum. Bertemu kembali di laman blog Hayyanarz Bakery. Laman blog yang mencoretkan aktiviti-aktiviti Hayyanarz Bakery.

Bagaimana dengan anda dalam mengharungi cabaran wabak pandemik Covid-19 ni? Barbagai-bagai SOP yang perlu kita ikut. Apa-apa pun, semuanya untuk kebaikan kita bersama...

Syawal pun dah masuk ke pertengahan bulan. Tak lama lagi, kita akan masuk ke bulan haji pula dan akan merayai Aidil Adha pula, inshaaAllah.

Mudah-mudahan, Allah akan hilangkan wabak Covid-19 ni di bumi Malaysia.

Di penghujung Ramadhan yang lepas, seperti biasa Hayyanarz Bakery telah membuat persiapan untuk para pelanggan. Antara persiapan yang dibuat adalah membekalkan bahulu kepada pelanggan yang telah menempah dan stok-stok untuk diletakkan di kedai-kedai, pasaraya dan Agrobazaar sekitar Perlis.

Antara produk yang dipasarkan pada Aidil Fitri kali ni adalah bahulu seperti video di bawah.




Terima kasih kepada semua pelanggan Hayyanarz Bakery yang sentiasa menyokong.

Anda berminat..?

Jemput lawat Page Hayyanarz Bakery di https://www.facebook.com/hayyanarzbakery di mana anda boleh melihat produk-produk edaran Hayyanarz Bakery beserta senarai harga.

Anda juga boleh hubungi kami di http://hayyanarzbakery.wasap.my untuk maklumat lanjut.

InshaaAllah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.

Sehingga bertemu lagi di coretan akan datang.

Selamat hari raya dan jaga diri dari wabak Covid-19 ni.

Wassalam

Monday, 14 December 2015

Tapai pulut

بسم الله الر حمن الر حيم

اللهم صل على محمد وال محمد

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته

Alhamdulillah, selesai majlis kenduri kesyukuran sempena berkhatan 2 orang anak lelaki saya kelmarin.

Pertama-tama kali, saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada saudara-mara, jiran-jiran, kawan-kawan dan customer Hayyanarz Bakery yang turut hadir memeriahkan majlis.

Antara menu yang dihidangkan kelmarin adalah nasi, ayam masak ros, gulai ikan nyok-nyok dan ulam-ulaman seperti jantung pisang, ulam raja dan timun.

Dessert pula terdiri daripada rojak, kuih-muih seperti pulut sekaya, agar-agar, kuih lapis, bengkang dan tapai pulut susu.

Bercakap mengenai tapai pulut susu ni, memang sedap dan manis tapai ni. Pulutnya menggunakan beras pulut susu dari Thailand.

Dan mendapat banyak pujian dari pengunjung yang berkesempatan menikmatinya.

Tambahan pula keadaan cuaca di Perlis sekarang ni yang agak panas, kena pula tapai, perghhhh.....!!!!!

Tak sedar, sebungkus demi sebungkus...

InshaAllah di lain kali, diberi rezeki oleh Allah Taala, kita buat lain majlis makan-makan ni...kita sediakan lagi tapai ni....

Jumpa lagi next posting...

Wassalam

Hasmizal / Suraya
Hayyanarz Bakery
FB : Hayyanarz Bakery
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Blog: hayyanarzbakery.blogspot.com