Monday 11 June 2018

[HANTAR] BAHULU KEMBOJA KE TITI GAJAH PULA

Untuk kali ni, tempahan telah diterima dari pelanggan yang tinggal di Titi Gajah, Alor Setar.
.
.
Semasa penghantaran tempahan HAYYANARZ bahulu kemboja di Ipoh yang lalu, ketika pulang balik ke Perlis, saya telah singgah sebentar, jalan-jalan di Taiping.
.
Sempat singgah kat Muzium Perak, jalan-jalan bawa famili melihat artifek-artifek bersejarah yang dipamerkan.
.
Petang tu, semasa dalam perjalanan dari Muzium Perak menuju ke medan selera (belakang balai bomba Taiping), saya telah terima panggilan telefon dari pelanggan ni, yang tinggal di Titi Gajah.
.
Beliau bertanyakan mengenai HAYYANARZ bahulu dan berhajat untuk jadikan HAYYANARZ bahulu sebagai doorgift di majlis perkahwinan anak beliau.
.
Sebelum tu, beliau ingin datang ke HAYYANARZ Bakery dahulu untuk melihat HAYYANARZ bahulu kemboja.
.
Jadi temujanji dibuat. Sehari sebelum kedatangan beliau, saya telah siapkan 10 biji HAYYANARZ bahulu kemboja sebagai sample untuk beliau lihat.
.
Seperti yang dijanjikan, pelanggan telah datang ke HAYYANARZ Bakery.
.
Saya telah share location Google Maps bagi memudahkan beliau sampai ke HAYYANARZ Bakery.
.
Alhamdulillah, beliau selamat sampai ke HAYYANARZ Bakery.
.
Setelah melihat-lihat dan merasa bahulu dan rempeyek, beliau telah bersetuju untuk menempah 1,000 biji HAYYANARZ bahulu kemboja untuk dijadikan doorgift di majlis anaknya yang akan berlangsung 2 minggu lagi.
.
Semasa hendak pulang, beliau turut membeli beberapa pek rempeyek dan kuih bakar.
.
“Sedap rempeyek ni, Kak. Pandai Kak buat”, komen anak pelanggan yang turut sekali datang selain isteri beliau.
.
Alhamdulillah.
.
.
Selepas perancangan dibuat, sampai pada harinya, sekitar 2 hari sebelum penghantaran, saya mulakan kerja-kerja untuk siapkan tempahan.
.
Petangnya, Pelanggan telah hubungi saya dan telah minta untuk dibuat penambahan lagi 300 biji HAYYANARZ bahulu kemboja yang menjadikan tempahan sejumlah 1,300 biji.
.
“InshaaAllah, akan saya cuba sedaya upaya untuk siapkan”, balas saya sambil mengangkat tangan ke langit, syukur ke hadrat Allah Taala yang kurniakan segala rezeki kepada hamba-Nya.
.
Operasi membuat bahulu berjalan lancar selama 2 ½ hari tanpa ada sebarang masalah.
.
Alhamdulillah. Semuanya siap.
.
.
Usai solat Jumaat pada hari yang dijanjikan untuk dibuat penghantaran, mulanya penghantaran nak dibuat awal pagi Jumaat namun terpaksa dianjak ke lepas solat Jumaat dek penambahan 300 biji bahulu kemboja, kesemua 26 kotak yang mengisikan 1,300 biji HAYYANARZ bahulu kemboja serta 11 biji extra yang diberikan percuma diangkat ke atas pikap.

.
Melalui Kodiang, Jitra dan terus ke Titi Gajah, kurang lebih jam 4 petang saya sampai ke lokasi pelanggan.
.
Alhamdulillah, kesemua 1,300++ biji bahulu diserahkan kepada pelanggan yang ketika itu sedangkan siapkan pelamin pengantin. Cantik pelamin yang disediakan.
.
.
Terima kasih kepada pelanggan atas sokongan kepada HAYYANARZ Bakery.
.
.
Adakah anda juga berhajat untuk jadikan HAYYANARZ bahulu sebagai doorgift di majlis anda?
.
Mahupun jadikan kudapan di waktu senggang?
.
Usah segan-silu untuk hubungi saya di link WhatsApp di bawah:
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
http://hayyanarzbakery.wasap.my
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
InshaaAllah anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk HAYYANARZ Bakery.
.
.
#HayyanarzBakery
#BahuluKemboja
#Doorgift

No comments:

Post a Comment