Saturday 29 April 2017

SIAP PENGHANTARAN HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA KPD PELANGGAN DI BESERI

Alhamdulillah...
.
Pada mulanya, puan pelanggan menempah Hayyanarz Bahulu Kemboja ni sebanyak 600 biji.
.
Hayyanarz Bahulu Kemboja ni nak dibawa Puan Pelanggan utk majlis kenduri di Shah Alam.
.
Kira2 seminggu sebelum persiapan bahulu kemboja ni...Puan Pelanggan telah hubungi saya dan minta ditambah lagi 200 bj menjadikan 800 bj.
.
Persiapan Hayyanarz Bahulu Kemboja ni dibuat 2 hari sebelum penghantaran.
.
Hari pertama....pengeluaran berjalan bermula dari 8 pagi hinggalah 10 malam.
.

Di hari kedua...pengeluaran berjalan sebelah malam..bermula dari pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam... ini adalah kerana..siangnya saya telah ke Poslaju Kepala Batas, Pulau Pinang utk poskan tempahan pelanggan dari Jerantut dan Benta, Pahang...dan dari Kota tinggi, Johor. Kebetulan...pada hari tu..Perlis/Kedah telah cuti sempena Israk Mikraj...
.
Keesokan paginya..pengeluaran Hayyanarz Bahulu Kemboja berjaya disiapkan dan dihantar kpd Puan Pelanggan di Beseri, Perlis.
.

Alhamdulillah...selesai persiapan dan penghantaran utk kali ni...
.
Terima kasih Puan Pelanggan atas aokongan kpd Hayyanarz Bakery.

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahuluKemboja
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

No comments:

Post a Comment