Thursday 20 October 2016

LIFESTYLE BUSINESS

LIFESTYLE BUSINESS
.
.
.
Hujan bercurahan dengan lebat sekali pagi tu. Semenjak dari sebelum subuh lagi.
.
Pagi tu, ada kursus sehari yg akan berlangsung di MADA Ampang Jajar, Lifestyle Business anjuran MADA dan speaker jemputan adalah seorang yg amat dikenali ramai, popular dan jutawan internet muda Malaysia iaitu Saudara Irfan Khairy.
.
Alhamdulillah, saya telah mendapat undangan dari pihak MADA beberapa bulan yg lalu utk mengikuti kursus sehari ni.
.
Seawal 7.00 pagi saya keluar rumah, hantar kakak Irdina ke Sekolah, terus ke Ampang Jajar. Asalnya nak singgah la kat mana-mana utk breakfast…tapi rasa takot lewat..saya teruskan saja perjalanan ke Ampang Jajar.
.
Hujan masih bercurahan…tapi semakin reda. Jalan pun semakin banyak bila menghampiri Alor Setar. Hampir jam 8.20 pagi, Alhamdulillah saya selamat sampai MADA Ampang Jajar.
.
Inilah pertama kali saya sampai dan masuk ke perkarangan MADA Ampang Jajar. Selama ni dok ke MADA kat Kangar dan Simpang Empat saja…chop buku subsidi padi dan beli beras saja..😊
.
Selepas parkir kereta, terus saya menuju ke Dewan Syed Nahar. Ramai juga peserta. Rasanya melebihi 100 orang, anggaran saya mungkin menghampiri 200 orang.
.
Terus saya ambil tempat, agak kedepan sikit…bak kata guru-guru..dok depan ni senang ilmu masuk dan mudah faham.
.
Hampir jam 9.00 pagi baru program bermula.
.
Alhamdulillah, banyak ilmu yang dikongsi oleh Saudara Irfan Khairy, dari buat analisa produk, buat pemasaran melalui platform blog, website dan FB.
.
Program selesai hampir jam 4.30 petang dengan sesi Q&A dan bergambar bersama Irfan Khairy.
.
Terima kasih MADA yg telah offer saya program ni dan terima kasih Saudara Irfan Khairy atas segala ilmu yg dicurahkan. Minta halal ya ilmunya Sifu…😊
.
InshaaAllah..akan saya apply dan adaptasikan segala ilmu yang diberi ke dalam perjalanan Hayyanarz Bakery dan semua produk-produk Hayyanarz Bakery.
.
.
==========
.
HAYYANARZ BAHULU adalah produk makanan yg membantu seisi keluarga menikmati kualiti masa bersama keluarga sambil kudapan di waktu senggang..
.
Berbeza produk bahulu yg lain, HAYYANARZ BAHULU mempunyai rasa yg sedap, lembut dan gebu yg mampu melelehkan air liur bila dihidang...dicicah dengan air kopi O...atau minuman panas kesukaan...😍😍😍
.
HAYYANARZ BAHULU dibuat dari adunan telur gred A SAHAJA, tepung gandum dan gula tanpa penambahan bahan pengawet yg menjadikan setiap biji bahulu mempunyai rasa yg sama, tak berapa manis, saiz yg sama dan tekstur yg gebu.
.
Menjadikan HAYYANARZ BAHULU sedap, lembut dan gebu. Dari kerana itu, menghasilkan kepuasan ketika kudapan       bersama keluarga di waktu  senggang....menjadikan waktu bersama keluarga berkualiti dan paling diingati..juga menjadi kegemaran anak-anak...😊😊😊
.
.
.
"Pekena HAYYANARZ BAHULU celop ayaq kopi O kaw....kelia baq hang..." 😆😆😆

No comments:

Post a Comment