Saturday 19 September 2015

Festival Konvo UniMaP 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam dan selawat ke atas junjungan besar Baginda Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah kerahmatan Allah SWT.

Syukur alhamdulillah atas segala nikmat Allah yang dikurniakan ke atas kita.

Sedikit ruang masa diberi Allah, saya berkesempatan membawa keluarga mengunjungi Fiesta Konvokesyen ke-10 UniMaP yang berlangsung di UniMap, kampus utama Pauh.

Selain dari membawa keluarga beriadah melawat gerai-gerai pameran dan jualan, juga memberi pengalaman baru buat anak-anak merasa berada di kampus universiti dan sebagai suntikan semangat  untuk belajar bersungguh-sungguh dengan melihat para graduan memakai jubah graduasi.

Banyak juga gerai-gerai pameran dan jualan kedapatan. Alhamdulillah cuaca juga elok.

Fiesta Konvokesyen UniMap ni berlangsung dari 16 hingga 21 September 2015.

Dalam banyak-banyak gerai, Hayyanarz Bahulu juga turut serta dalam jualan di gerai Mama Nory Bakery.

Dijemput tuan-tuan dan puan-puan di luar sana untuk turut sama memeriahkan pelbagai acara yang diadakan di Fiesta Konvo ini.

Selain berada di gerai jualan Mama Nory Bakery, Hayyanarz Bahulu juga boleh didapatkan di kedai Mama Nory Bakery PLT (Pusat Perniagaan Sena, Kangar) dan Rislah Bakery (Taman Indra, Kangar).

Selain itu, tempahan Hayyanarz Bahulu boleh dibuat melalui:

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery

Selamat bercuti....

#support #bisness #muslim

No comments:

Post a Comment