Thursday 3 May 2018

PENGHANTARAN TEMPAHAN DOORGIFT BAHULU KE PERMATANG DAMAR LAUT, PULAU PINANG

Siap sudah pembikinan tempahan doorgift bahulu untuk pelanggan di Sik, Kedah.
.
.
Kali ni, persiapan doorgift bahulu kemboja diteruskan lagi untuk pelanggan di Permatang Damar Laut, Pulau Pinang.
.
.
Pelanggan telah menempah doorgift 1000 biji Hayyanarz Bahulu kemboja beserta kotak iaitu Doorgift Hayyanarz Bahulu Kemboja Pakej B.
.
.
Pelanggan telah pun confirm dengan tempahan sejak beberapa bulan yang lalu dan majlisnya telah berlangsung pada pertengahan Mac yg lalu.
.
.
3 hari sebelum majlis berlangsung, kami di Hayyanarz Bakery sudah bersedia untuk pembikinan bahulu.
.
.
2 minggu sebelum tu, kotak-kotak doorgift Hayyanarz Bakery edisi 2018 telah pun siap dan dihantar oleh pihak pembekal kepada saya.
.
.
Sticker-sticker atas nama pengantin yg diberikan secara percuma kepada pelanggan juga telah siap dihantar oleh pembekal.
.
.
Untuk makluman, bagi tempahan pakej B yg kuantitinya 600 set dan ke atas, Hayyanarz Bakery dengan berbesar hati menaja sticker-sticker yang akan dilekatkan di kotak doorgift secara percuma.
.
.
Semua persiapan sticker dan kotak telah siap, kini persiapan bahulu pun bermula.
.
.
Proses penyediaan bahulu kemboja sebanyak 1000 biji mengambil masa 2 hari disiapkan, bermula dari jam 8 pagi hingga jam 10 malam.
.
.
Dari proses pembakaran, proses seal dalam plastik dan dimasukkan ke dalam kotak.
.
.
Dalam dok siapkan tempahan dari Pulau Pinang ni, juga saya siapkan tempahan yg diterima dari pelanggan di Kerpan, yg juga memilih doorgift Hayyanarz Bahulu kemboja pakej kotak (Pakej B).
.
.
Pelanggan dari Kerpan ni telah menempah sebanyak 100 biji doorgift Hayyanarz bahulu kemboja, yg mana saya serahkan dahulu pada petang sebelum ke Pulau Pinang.
.
.
Dalam dok siapkan tempahan, tiba-tiba pihak Agrobazaar Rakyat, Taman Pertiwi Indah, Seriab telah menelefon saya dan meminta saya ke Agrobazaar Rakyat untuk ditemuramah oleh pihak RTM.
.
.
Jadi, untuk sementara, proses pembikinan direhatkan sekejap dan saya telah ke Agrobazaar Rakyat di mana, di sana saya telah ditemuramah mengenai jualan produk-produk Hayyanarz Bakery sepanjuang tahun di Agrobazaar Rakyat. Terima kasih RTM atas kesudian menemuramah Hayyanarz Bakery.
.
.
Alhamdulillah, akhirnya malam sebelum bertolak ke Pulau Pinang, semua doorgift Hayyanarz Bahulu kemboja berkotak telah siap.
.
.
Keesokkannya jam 4 pagi, semua doorgift bahulu kemboja dinaikkan ke atas pikap.
.
.
Jam 4.30 pagi, saya terus bertolak ke lokasi pelanggan di Permatang Damar Laut, Pulau Pinang.
.
.
Jam 6 pagi, saya sampai R&R Gurun, rehat sekejap dan tunaikan kewajipan solat suboh.
.
.
Usai solat suboh, saya bergerak ke lokasi pelanggan di Permatang Damar Laut yg telah dikongsi lokasinya oleh pelanggan sebelum ni.
.
.
Setelah membelah sedikit kesesakan lalu lintas di Seberang Jaya dam Jambatan Pulau Pinang, saya sampai di lokasi pelanggan seawal jam 9 pagi.
.
.
Alhamdulillah.
.
.
Kesemua 1000 set doorgift Hayyanarz bahulu kemboja beserta extra bahulu sebanyak 5 biji diserahkan kepada pelanggan.
.
.
Terima kasih Puan Pelanggan kerana berurusan dan menyokong Hayyanarz Bakery.
.
.
Kami di Hayyanarz Bakery mengucapkan selamat menyambut menantu kepada puan.
.
.
Anda berminat dan berhajat kepada doorgift Hayyanarz bahulu?
.
.
Kami ada sediakan beberapa pakej doorgift untuk p[ilihan anda.
.
.
Sila hubungi saya di link wassap di bawah:
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
.
Inshaa Allah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.

No comments:

Post a Comment