Monday 30 April 2018

[HANTAR] KE CAMERON HIGHLAND, PAHANG KITA KALI NI

Hujung September 2017, mesej WhatsApp telah diterima dari Puan Pelanggan yg ketika itu tinggal di Johor dan akan berpindah ke Cameron Highland khabarnya.
.
Ketika itu, saya berada di Pulau Pinang kerana menghantar tempahan bahulu kpd pelanggan yg tinggal di Bayan Lepas.
.
Puan Pelanggan telah bersetuju utk menempah Hayyanarz Kuih Bakar, Maruku dan Bahulu Cermai/Ikan Emas yg akan diletakkan di atas meja majlis kenduri yg berlangsung pada Disember 2017.
.
Dalam bulan November 2017, sekali lagi Puan Pelanggan telah hubungi saya utk buat tambahan tempahan di mana beliau telah menambah kuantiti bahulu.
.
Bahulu cermai/ikan emas telah diminta dibuat 2 jenis pembungkusan iaitu sebahagian dipek 1 biji/pek dan sebahagian lagi dipek di dalam container yg mengandungi 40 biji setiap container.
.
Jadual persiapan bahulu telah pun sampai dan disiapkan.
.
Tiba hari dan ketika, segala persiapan telah selesai dan dimasukkan ke dalam pikap.
.

Tepat jam 12.30 tengah malam, dengan dimulai "Dengan nama Allah" perjalanan ke Cameron Highland dimulai.
.
Tujuan penghantaran dibuat waktu malam supaya bahulu tidak terdedah kpd panas dlm perjalanan dan dengan harapan dpt sampai ke lokasi pelanggan seawal jam 8 pagi dan selewat-lewatnya jam 10 pagi.
.
Alhamdulillah, cuaca tengah malam sejuk dan amat baik.
.
Puan Pelanggan dah pun share location Google Map 2-3 hari lepas.
.
Pikap dah pun dibasuh petang tadi. Bab kebersihan perlu diambil berat sebab bawa makanan.
.
Bergeraklah saya dan keluarga, membelahi kedinginan malam menuju ke Cameron Highland.
.
Sejam perjalanan, kami singgah di R&R Gurun utk top-up Touch & Go kerana kat Tol Alor Setar (S) tadi, lorong utk top-up dah tutup.
.
Perjalanan diteruskan dan akhirnya kami singgah di R&R Bukit Gantang, tidur sekejap sehingga azan suboh berkumandang.
.
Usai solat suboh, perjalanan diteruskan.
.
Alhamdulillah, perjalanan lancar tanpa sebarang masalah dan trafik juga agak lancar hinggalah kami sampai Simpang Pulai.
.
Terus kami berhenti sekejap di Petronas Simpang utk selesaikan beberapa hajat.
.

OK. Settle semuanya.
.
Perjalanan diteruskan, mendaki ke Cameroin Highland dan Tanah Rata tempat tujuan.
.
Trafik agak lancar. Alhamdulillah.
.
Suasana agak sejuk di Cameron Highland, memang la kan...Cameron Highland pun namanya, mestilah sejuk.

.
Hampir jam 9.30 pagi, saya sampai ke Tanah Rata, terus Puan Pelanggan dihubungi utk aturkan lokasi pertemuan dan penyerahan bahulu.
.
Akhirnya, saya bertemu dengan Puan Pelanggan dan penyerahan tempahan selesai dilaksanakan.
.
Alhamdulillah.
.
Terima kasih Puan atas sokongan kpd Hayyanarz Bakery.

Kami amat gembira dpt menunaikan hajat puan sekeluarga.
.
Jika anda juga berhajat utk dapatkan produk-produk Hayyanarz Bakery, usah segan-silu utk hubungi saya dengan klik link WhatsApp di bawah.
.
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
.
InshaAllah, anda bakal berpuas-hati dgn produk-produk Hayyanarz  Bakery.
.
Sekarang perjalanan diteruskan menuju ke Kuala Lumpur, turun melalui Tapah.

#HayyanarzBakery
#Doorgift
#Kenduri

No comments:

Post a Comment