Monday 30 April 2018

[HANTAR] KE CAMERON HIGHLAND, PAHANG KITA KALI NI

Hujung September 2017, mesej WhatsApp telah diterima dari Puan Pelanggan yg ketika itu tinggal di Johor dan akan berpindah ke Cameron Highland khabarnya.
.
Ketika itu, saya berada di Pulau Pinang kerana menghantar tempahan bahulu kpd pelanggan yg tinggal di Bayan Lepas.
.
Puan Pelanggan telah bersetuju utk menempah Hayyanarz Kuih Bakar, Maruku dan Bahulu Cermai/Ikan Emas yg akan diletakkan di atas meja majlis kenduri yg berlangsung pada Disember 2017.
.
Dalam bulan November 2017, sekali lagi Puan Pelanggan telah hubungi saya utk buat tambahan tempahan di mana beliau telah menambah kuantiti bahulu.
.
Bahulu cermai/ikan emas telah diminta dibuat 2 jenis pembungkusan iaitu sebahagian dipek 1 biji/pek dan sebahagian lagi dipek di dalam container yg mengandungi 40 biji setiap container.
.
Jadual persiapan bahulu telah pun sampai dan disiapkan.
.
Tiba hari dan ketika, segala persiapan telah selesai dan dimasukkan ke dalam pikap.
.

Tepat jam 12.30 tengah malam, dengan dimulai "Dengan nama Allah" perjalanan ke Cameron Highland dimulai.
.
Tujuan penghantaran dibuat waktu malam supaya bahulu tidak terdedah kpd panas dlm perjalanan dan dengan harapan dpt sampai ke lokasi pelanggan seawal jam 8 pagi dan selewat-lewatnya jam 10 pagi.
.
Alhamdulillah, cuaca tengah malam sejuk dan amat baik.
.
Puan Pelanggan dah pun share location Google Map 2-3 hari lepas.
.
Pikap dah pun dibasuh petang tadi. Bab kebersihan perlu diambil berat sebab bawa makanan.
.
Bergeraklah saya dan keluarga, membelahi kedinginan malam menuju ke Cameron Highland.
.
Sejam perjalanan, kami singgah di R&R Gurun utk top-up Touch & Go kerana kat Tol Alor Setar (S) tadi, lorong utk top-up dah tutup.
.
Perjalanan diteruskan dan akhirnya kami singgah di R&R Bukit Gantang, tidur sekejap sehingga azan suboh berkumandang.
.
Usai solat suboh, perjalanan diteruskan.
.
Alhamdulillah, perjalanan lancar tanpa sebarang masalah dan trafik juga agak lancar hinggalah kami sampai Simpang Pulai.
.
Terus kami berhenti sekejap di Petronas Simpang utk selesaikan beberapa hajat.
.

OK. Settle semuanya.
.
Perjalanan diteruskan, mendaki ke Cameroin Highland dan Tanah Rata tempat tujuan.
.
Trafik agak lancar. Alhamdulillah.
.
Suasana agak sejuk di Cameron Highland, memang la kan...Cameron Highland pun namanya, mestilah sejuk.

.
Hampir jam 9.30 pagi, saya sampai ke Tanah Rata, terus Puan Pelanggan dihubungi utk aturkan lokasi pertemuan dan penyerahan bahulu.
.
Akhirnya, saya bertemu dengan Puan Pelanggan dan penyerahan tempahan selesai dilaksanakan.
.
Alhamdulillah.
.
Terima kasih Puan atas sokongan kpd Hayyanarz Bakery.

Kami amat gembira dpt menunaikan hajat puan sekeluarga.
.
Jika anda juga berhajat utk dapatkan produk-produk Hayyanarz Bakery, usah segan-silu utk hubungi saya dengan klik link WhatsApp di bawah.
.
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
.
InshaAllah, anda bakal berpuas-hati dgn produk-produk Hayyanarz  Bakery.
.
Sekarang perjalanan diteruskan menuju ke Kuala Lumpur, turun melalui Tapah.

#HayyanarzBakery
#Doorgift
#Kenduri

Thursday 26 April 2018

TEMPAHAN DOORGIFT HAYYANARZ BAHULU DARI SIK, KEDAH

Tempahan kali ni datangnya dari pelanggan yang majlisnya bakal berlangsung di Sik, Kedah.
.
.
Beliau pernah menempah doorgift Hayyanarz bahulu cermai berperisa dahulu dan kali ni beliau telah menempah doorgift Hayyanarz bahulu kemboja, doorgift bahulu cermai/ikan emas dan bahulu cermai/ikan emas yang dijadikan kudapan tetamu di majlis kahwin adiknya nanti.
.
.
“Cik Mizal, saya nak 500 biji bahulu kemboja, 500 biji bahulu cermai dan ikan emas, dipek 2 biji/pek dan 50 bekas bahulu cermai/ikan emas, nak letak atas meja tetamu nanti”, antara tempahan dari pelanggan.
.
.
Yang dalam bekas tu, nak bekas kecil atau bekas besar? Bekas kecil 25 biji/container dan bekas besar 40 biji/container”, tanya saya untuk confirmation.
.
.
“Yang kecil 25 biji/container”, balas pelanggan yang bekerja di Kangar.
.
,
“Ok, saya akan siapkan", balas saya sambil tulis senarai tempahan dalam buku tempahan saya.
.
.
“Siap nanti, saya habaq”, sambung saya.
.
.
Setelah dikira, tempahan kali ni adalah 500 biji bahulu kemboja dan 2250 biji bahulu cermai dan ikan emas.
.
.
Hari berganti hari, panas berganti hujan dan panas kembali, tiba hari yang dinantikan.
.
.

Tempahan 500 biji bahulu cermai/ikan emas dibuat dahulu, siap seal dan dipekkan 2 biji/pek, kemudian baru dibuat bahulu kemboja.
.

.
Siap bahulu kemboja, dibuat pula 1750 biji bahulu cermai/ikan emas yang dipek dalam container 25 biji/container sejumlah 50 container.
.
.

Operasi bermula seawal jam 8 pagi membawa ke jam 9 malam.
.
.
Malam tu, usai solat maghrib, semua tempahan dinaikkan ke atas pikap dan terus dihantar ke lokasi pelanggan.
.

.
Terima kasih puan atas sokongan kepada Hayyanarz Bakery.
.
.
Anda juga berminat dan berhajat kepada doorgift Hayyanarz Bahulu?
.
.
Hubungi saya di link wasap di bawah:
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
.
Inshaa Allah, anda bakal berpuas-hatio dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.

#HayyanarzBakery #Doorgift #Bahulu

Monday 23 April 2018

[SIAP] LAGI HAYYANARZ BAHULU DISIAPKAN..UTK SAPA PULAK????

Untuk sapa lagi. Untuk pelanggan kesayangan Hayyanarz Bakery la...B-)
.
Alhamdulillah.. Cuaca baik hari ni. Tak terlalu panas dan tak hujan. Suhu pula dalam 20 darjah celcius…tengok kat google la..hihihi..
.
Angin timur winter wind mula terasa. Kalau mandi pagi-pagi sebelum subuh tu…sejuk gedi rasanya. Tambahan pula dok kat kampung ni…mana la ada water heater bagai…
.
Bekalan telur gred A dah pun dibeli kelmarin. Harga masih lagi ditakok RM3.60 utk 10 biji. Nampaknya kos semakin menaik sekarang dengan harga gula RM70 utk sebundle 24 bungkus dan tepung gandum RM19.00 sekotak.
.
Namun..kami di Hayyanarz Bakery masih lagi cuba bertahan dengan harga bahulu yg belum pernah lagi dinaikkan semenjak 4 tahun yg lalu.
.
Hari ni…tempahan Hayyanarz Bahulu disiapkan untuk 3 pelanggan yg akan adakan majlis kenduri esok lusa.
.
Sejumlah 24 container yg memuatkan 40 biji/container disiapkan…yg berjumlah hampir 1,000 biji bahulu cermai dan ikan emas disiapkan…yg bermula seawal jam 8:00 pagi…alhamdulillah menjelang zohor berjaya disiapkan.

.
Yg buat kelmarin, pelanggan dah datang ambil. Sebelah malam pula..lagi sorang datang ambil. Lagi dua tuan akan dihantar keesokan harinya.
.
Terima kasih diucapkan kpd para pelanggan Hayyanarz Bakery yg selalu menyokong selama ni. Tanpa anda…siapalah kami….
.
Untuk anda yg berhajat utk merasai Hayyanarz Bahulu…mahupun jadikan Hayyanarz Bahulu sebagai doorgift di majlis kenduri…usah segan-silu  utk hubungi kami di Hayyanarz Bakery.
.
Anda boleh hubungi saya dengan KLIK link whatsapp di bawah. Senang jer…
.
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
.
InshaaAllah…saya akan syorkan kpd anda beberapa pakej yg ada dengan harga yg amat berpatutan.

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Thursday 19 April 2018

[HANTAR] TEMPAHAN HAYYANARZ BAHULU KE KEPALA BATAS

Alhamdulillah. Kelmarin telah siap pembikinan doorgift Hayyanarz bahulu tempahan dari MADA.
.
.
Hari ini, bermula pula pembikinan Hayyanarz bahulu untuk 2 pelanggan dari Kepala Batas, Kedah.
.
.
Pelanggan pertama berhajat kepada doorgift bahulu cermai/ikan emas yang dipek 1 biji/pek sebanyak 1,000 set.
.
.
Manakala pelanggan ke-2 berhajat kepada 1 set hantaran dan 500 biji bahulu cermai/ikan emas.
.

.
Untuk info, set hantaran Hayyanarz bahulu terdiri daripada 2 ekor bahulu ikan besar dan 6 ekor bahulu ikan emas dwi-rasa.
.
.
Kesemua bahulu ikan hantaran dibuat berperisa cappucino, pandan dan strawberry.
.
.
Sedang dalam pembikinan, ada seorang pelanggan yang telah datang ke Hayyanarz Bakery yang berhajatkan bahulu, jadi berikan dulu 2 container sejumlah 80 biji bahulu cermai/ikan emas kepada beliau.
.
.
Sehari suntuk juga masa diambil untuk siapkan 1,500 biji bahulu dan akhirnya jam 9 malam, pembikinan telah siap.
.
.
Keesokkannya, seawal jam 7 pagi, saya telah bertolak ke Kepala Batas, Kedah untuk buat penghantaran ke rumah kedua-dua pelanggan.
.
.
Terima kasih kepada pelanggan yang menyokong Hayyanarz Bakery.
.
.
Jika anda berminat dan berhajat kepada Hayyanarz bahulu, usah segan-silu untuk hubungi saya di link wasap di bawah.
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
.
InshaaAllah, anda bakal berpuas-hati dengan p[roduk-produk Hayyanarz Bakery.

#HayyanarzBakery #DoorGift #Hantaran #Bahulu

Monday 16 April 2018

[SERAH] KE KOTA SARANG SEMUT PULA HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA

September 2017 yg lepas, saya telah terima tempahan ni. Pelanggan kali ni datangnya dari Kota Sarang Semut, Kedah.
.
Majlis beliau bakal berlangsung dalam bulan Disember 2017 nanti.
.
Selepas beberapa penerangan produk, puan pelanggan telah bersetuju utk menempah 150 biji Hayyanarz Bahulu Kemboja.
.
Persetujuan telah dicapai di mana pelanggan akan dtg sendiri utk ambil tempahan.
.
Tiba minggu tempahan, ikut jadual, tempahan telah dibuat dan disiapkan.
.
Puan pelanggan telah memberitahu yg saudara beliau yg bekerja di Kangar akan dtg ambil tempahan.
.
Di hari yg dijanjikan, jam 7 pagi, saudara kpd puan pelanggan telah datang ke Hayyanarz Bakery.
.
"Laaa...Syafiq ka", bila nampak kenalan saya yg keluar dari kereta biru tua di depan pintu.
.
Tak sangka pula, kenalan saya ni saudara kpd puan pelanggan.
.
3 kotak yg telah diisi Hayyanarz bahulu Kemboja telah berpindah tangan.

.
Terima kasih puan atas sokongan kpd Hayyanarz Bakery.
.
Utk anda yg berhajat utk mencari doorgift dan berhajat utk jadikan Hayyanarz bahulu sebagai doorgift, juga ingin merasa Hayyanarz Bahulu di masa lapang, usah segan-silu utk hubungi saya dengan klik link WhatsApp di bawah:
.
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
.
InshaaAllah, anda bakal berpuashati dgn produk-produk Hayyanarz Bakery.

#HayyanarzBakery
#Doorgift
#HayyanarzBahuluKemboja
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

.

Thursday 12 April 2018

PENGHANTARAN TEMPAHAN DOORGIFT BAHULU KE SG ARA, PULAU PINANG

Cuaca panas sedang melanda Perlis (semasa posting ni ditulis). Panas yang terik ni, selang-seli disejukkan oleh angin monsun timur laut yang lebih dikenali sebagai winter wind season, agak membantu meredakan sedikit kepanasan.
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
Namun kehangatan hawa panas dari oven tetap membahang.
.
.
Walaupun kepanasan, hajat pelanggan yang kali ni dari Sungai Ara, Pulau Pinang tetap ditunaikan.
.
.
Tempahan yang berupa 1,500 biji bahulu kemboja doorgift dan 30 container yang mengisikan 25 biji bahulu cermai dan ikan emas untuk setiap container telah diterima ketika saya buat penghantaran tempahan bahulu ke Ipoh, disember 2017 yang lepas.
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
Persiapan dimulakan dengan menyiapkan 750 biji bahulu cermai dan ikan emas yang diisi ke dalam 30 container yang setiap container terdiri dari 25 biji bahulu.
.
.

Selesai 750 biji bahulu cermai dan ikan emas, pembikinan bahulu kemboja doorgift pula dimulakan sebanyak 1,500 biji.
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.

Pembikinan ambil masa 3 hari, operasi bermula dari jam 9.00 pagi, non-stop kecuali masa solat dan makan sehingga jam 10 malam.
.
.
Alhamdulillah, pembikinan siap pada khamis malam jumaat.
.
.
Usai solat isyak, semua kotak-kotak yang berisi bahulu doorgift dinaikkan ke atas pikap dan terus bertolak ke Sungai Ara, Pulau Pinang, menempuh jarak perjalanan kurang lebih 170 km.
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.

2 ½ jam perjalanan diambil dari Perlis ke Sungai Ara, Pulau Pinang. Alhamdulillah, jam 12.30 tengah malam saya sampai ke lokasi pelanggan.
.
.
Semua tempahan bahulu diserahkan kepada pelanggan.
.
.
Terima kasih kepada pelanggan atas sokongan kepada Hayyanarz Bakery.
.
.
Usai penyerahan bahulu kepada pelanggan, saya bertolak pulang ke Perlis dan sampai Perlis jam 3.30 pagi.
.
.
https://youtu.be/xg9wOKUQRwQ

Anda juga berhajat kepada Hayyanarz Bahulu, mahupun produk-produk lain Hayyanarz Bakery?
.
.
Usah segan-silu untuk hubungi saya di link wasap.
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
.
InshaaAllah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.
.
.
Selepas ni, tempahan pelanggan dari Sik, Kedah pila akan disiapkan.
.
.
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang #Doorgift #Bahulu #PulauPinang

Monday 9 April 2018

[SIAP] TEMPAHAN TERGEMPAQ DARI CUSTOMER

Hujan masih lagi dok turun membasahi bumi Perlis ni. Tak tau sampai bila. Tak la lebat..sat-sat lebat...sat-sat renyai.
.
Minggu ni agak lapang sikit berbanding beberapa minggu yg lepas..yg penuh kekalutan nak siapkan tempahan Hayyanarz Bahulu Kemboja, tempahan pelanggan utk dibuat doorgift majlis kenduri.
.
Bermula esok..akan kembali kekalutan utk siapkan tempahan pelanggan yg berhajat utk jadikan Hayyanarz bahulu biasa sebagai kudapan @ jajan di majlis kenduri beliau.
.
Namun...hari ni...kelapangan yg ada diambil utk siapkan sedikit tempahan yg dihajati pelanggan yg buat majlis kenduri bersunat anak beliau.
.
Beliau berhajat kpd Hayyanarz Bahulu biasa sebanyak 200 biji.
.
Semua persediaan dibuat...diisikan ke dalam container yg boleh memuatkan 40 biji/container...menghasilkan 5 container.

.
InshaaAllah...esok akan diserahkan kpd pelanggan.
.
Jika anda juga berhajat dengan Hayyanarz Bahulu, usah segan-silu utk hubungi saya di link whatsapp di bawah:
.
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
.
InshaaAllah..saya akan cuba penuhi hajat anda...

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Thursday 5 April 2018

[REPEAT ORDER] MADA BEHOR LATEH

Minggu ni ada 2 customer berhajat kepada Hayyanarz bahulu yang kedua-duanya dari Kepala Batas, Kedah.
.
.
Customer pertama berhajat kepada doorgift Hayyanarz bahulu cermai/ikan emas yang dipek 1 biji/pek.
.
.
Lagi seorang customer berhajat kepada Hayyanarz bahulu hantaran dan bahulu cermai/ikan emas.
.
.
Dalam membuat persiapan untuk pembikinan bahulu untuk kedua-dua customer ni, telah datang panggilan telefon dari MADA Behor Lateh yang juga berhajat kepada doorgift Hayyanarz bahulu cermai/ikan emas untuk majlis yang akan dibuat keesokkan harinya.
.
.
Pihak MADA berhajat doorgift bahulu cermai/ikan emas yang diisikan ke dalam kotak seperti yang pernah ditempah sebelum ni, juga turut menempah sejumlah 10 pek Hayyanarz rempeyek untuk kudapan staf.
.
.
Alhamdulillah, atas repeat order ni.
.
.
Sejumlah telur ayam gred A telah pun dibeli serta tepung gandum dan gula.
.
.
Selepas semua bahan mentah dah ada, pembikinan dimulakan dan dibuat.
.
.
Pembikinan berjalan hingga ke malam.
.
.
Alhamdulillah, pembikinan doorgift bahulu yang dimasukkan ke dalam kotak siap dalam jam 10.30 malam.
.

.
Keesokkannya, kesemua doorgift bahulu tempahan dari MADA telah dihantar.
.
.
Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak MADA yang menyokong Hayyanarz Bakery.
.
.
Anda juga berminat dan berhajat kepada doorgift Hayyanarz bahulu?
.
.
Usah segan-silu untuk hubungi saya di link wasap di bawah.
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
.
InshaaAllah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.

#HayyanarzBakery #DoorGift #Bahulu

Monday 2 April 2018

[HANTAR] KE MANA PULA? KE ALOR SETAR LAGI...ANDA JUGA BERHAJAT?

Hujan masih lagi membasahi bumi Perlis. Mlm ni agak sejuk dek hujan lebat petang tadi.
.
Kat TV sedang berlangsung filem P. Ramlee bertajuk Masam-Masam Manis.
.
Sambil² menonton, peluang diambil menulis sedikit coretan aktiviti minggu lepas sambil dilayan gelak ketawa anak² menonton gelagat komedi P. Ramlee.
.
Minggu lepas, persiapan tempahan Hayyanarz Bahulu Kemboja berjalan.
.
Kali ni tempahan yg disiapkan sebanyak 1,350 biji yg datangnya dari pelanggan di Alor Setar dan Langkawi.
.
150 biji Hayyanarz Bahulu Kemboja dari pelanggan yg berada di Teluk Kumbar, Alor Setar dan 1,200 biji dari pelanggan di Langkawi yg majlisnya berlangsung di Hotel Regency, Alor Setar.
.
Kedua²nya dihantar pada hari yg sama kerana kedua²nya, majlis kenduri berlangsung pd hari yg sama.
.
Persiapan pertama dibuat utk 1,200 biji dan kemudiannya disiapkan 150 biji utk pelanggan ke-2.
.


Usai solat Jumaat, kesemua tempahan yg telah dimasukkan ke dalam kotak diangkut ke dalam pikap dan lokasi pertama dihantar ke Teluk Kumbar.
.
Alhamdulillah, pada hari penghantaran, cuaca amat baik sekali, langit cerah dan kedinginan hawa sejuk angin timur mula terasa.

.
Selesai penghantaran ke Teluk Kumbar, destinasi ke-2 iaitu Hotel Regency dituju.
.
Sampai saja di hotel, dgn bantuan staf hotel, 1,200 biji bahulu kemboja yg telah dimasukkan ke dalam 28 kotak diangkut ke dalam dewan di mana majlis kenduri bakal berlangsung yg letaknya di tingkat 1, Hotel Regency.
.
Alhamdulillah, selesai semuanya. Terima kasih kpd staf hotel yg menolong saya mengangkut bahulu.
.
Ok, selesai sudah penghantaran. Sekarang, jom balik.
.
Hari masih lagi awal, perjalanan balik terus ke Perlis, sebelum tu singgah dulu makan² kat Arau.
.
Saya telah singgah sekejap di Arau dan sempat merasa bihun sup siam di Kedai Capati Arau.
.
Alhamdulillah....
.
Utk anda yg bercadang mengadakan majlis dan berhajat menjadikan bahulu sebagai doorgift, jemput hubungi saya di link WhatsApp di bawah:
.
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
.
InshaaAllah, kita boleh berbincang mengenai beberapa pakej yg tersedia.
.
InshaaAllah, anda bakal berpuas-hati dgn produk² Hayyanarz Bakery.

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahuluKemboja
#BahuluCelopAyaqKopiKeliabaqhang