Monday 8 June 2020

PENGHANTARAN STOK BAHULU KE KUALA PERLIS DAN SERIAB

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bertemu kembali di laman blog Hayyanarz Bakery di mana pelbagai aktiviti dicoretkan.


Kemarin, kami di Hayyanarz bakery telah menerima panggilan telefon dari tuan kedai kuih di Kuala Perlis. Beliau telah meminta kami hantarkan stok baharu bahulu ke kedainya yang kehabisan.


Alhamdulillah...


Pagi ni, terus persiapan dibuat bagi menyiapkan bahulu. Bahulu yang disiapkan adalah yang diisi ke dalam bekas 3000ml, 40 biji sebekas dan bahulu pek, 10 biji/pek.


Usai semuanya disiapkan, terus kami ke kedai di Kuala Perlis dan Seriab.


Lokasi pertama yang disinggah adalah Kedai Kak Noriah di Kuala Perlis dan lokasi kedua pula adalah Agrobazaar Rakyat di Seriab.


Kebetulan, kat depan Agrobazaar Rakyat, Seriab telah diadakan jualan amal durian kampung dari Batu Kurau dan Bukit Gantang. 4 kilo RM50 harganya.


Alhamdulillah. 






Anda juga berminat dengan produk-produk Hayyanarz Bakery. Anda boleh dapatkan di kedai-kedai sekitar Perlis atau datang sendiri ke Bengkel Hayyanarz Bakery.


Anda juga boleh layari https://www.facebook.com/hayyanarzbakery di mana anda boleh melihat produk-produk edaran Hayyanarz Bakery beserta harga.


Anda juga boleh hubungi http://hayyanarzbakery.wasap.my untuk maklumat lanjut.


Inshaa Allah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.


Sehingga bertemu kembali di coretan akan datang.


Jaga diri di musim Covid-19 ni....


Wassalam

No comments:

Post a Comment