Tuesday 7 July 2020

TEMPAHAN DARI PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu kembali di laman blog Hayyanarz Bakery. Laman blog yang mencoretkan aktiviti-aktiviti Hayyanarz Bakery.

Sekarang kita berada di pertengahan bulan Zulkaedah 1411H. Tak lama lagi, kita akan memasuki bulan Zulhijjah, bulan kebesaran, bulan haji.

Hari ni juga adalah Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown. Bila bercakap pasal Georgetown, teringat saya, Ramadhan yang lalu saya telah menerima tempahan dari pelanggan di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Beliau telah menempah bahulu, kuih bakar dan muruku untuk juadah di hari raya Aidil Fitri.

Disebabkan PKPB dan ada masalah untuk pengeposan, persiapan juadah telah ditunda ke minggu ke-2 Syawal.

Seperti yang telah dijanjikan, kami di Hayyanarz Bakery telah siapkan tempahan seperti yang dikehendaki oleh pelanggan.



Kurang lebih jam 12 pm, saya telah hantar parcel yang mengandungi bahulu, kuih bakar dan muruku ke pihak courier service.



Seperti biasa, dengan norma baharu kehidupan di pasca Covid-19 ni, beratur dengan jarak sosial 1 meter telah menjadi kebiasaan.

Alhamdulillah, waktu tu tak ramai sangat orang yang berurusan di pejabat courier service tu. Kurang lebih 10 minit, selesai semua urusan.

Selepas 2 hari, pelanggan telah menghubungi saya dan memberitahu yang parcel telah sampai dan dalam keadaan yang elok.



Alhamdulillah.

Anda berminat dengan produk-produk Hayyanarz Bakery?

Jemput layari Page Hayyanarz Bakery di https://www.facebook.com/hayyanarzbakery untuk melihat barisan produk-produk edaran Hayyanarz Bakery beserta dengan harga.

Anda juga boleh hubungi http://hayyanarzbakery.wasap.my untuk maklumat lanjut.

InshaaAllah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk edaran Hayyanarz Bakery.

Akhir kata, saya doakan semoga anda semua di bawah rahmat Allah.

Sehingga bertemu lagi di coretan Hayyanarz Bakery.

Wassalam. 

Tuesday 30 June 2020

TEMPAHAN KUIH BAKAR, ALOR SETAR (KEDAH)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu kembali di laman blog Hayyanarz Bakery. Laman blog yang mencoretkan aktiviti-aktiviti Hayyanarz Bakery.

Tak lama lagi, kita bakal memasuki bulan Zulhijjah. Bulan di mana kita merayakan Aidil Adha. 

Bagaimana agaknya kita bakal merayakan Aidil Adha kali ni?

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sebelum perlaksanaan PKP yang lalu, saya telah menerima tempahan kuih bakar dari pelanggan di Alor Setar, Kedah.

Pelanggan ni adalah antara pelanggan yang selalu menempah kuih bakar. Kali ni untuk dijadikan kudapan di majlis akad nikah dan kenduri anaknya.

Tempahan telah disiapkan dan dihantar terus kepada pelanggan di Alor Setar.

Jemput tonton video di bawah.






Anda berminat dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.

Jemput layari Page Hayyanarz Bakery di https://www.facebook.com/hayyanarzbakery untuk melihat produk-produk edaran Hayyanarz Bakery beserta senarai harga.

Anda juga boleh hubungi http://hayyanarzbakery.wasap.my untuk maklumat lanjut.

InshaaAllah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk edaran Hayyanarz Bakery.

Akhir kata, saya doakan tuan-tuan dan puan-puan di dalam keadaan sihat sejahtera.

Sehingga bertemu kembali di coretan akan datang.

Wassalam.

Tuesday 23 June 2020

BAHULU DAN MURUKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu kembali di laman blog Hayyanarz Bakery. Laman di mana mencoretkan aktiviti-aktiviti Hayyanarz Bakery sepanjang masa.

Kita dah pun memasuki bulan Zulkaedah dan lagi sebulan, kita akan menyambut hari raya Aidil Adha. 

Namun, raya kita kali ni agak berbeza dari kebiasaan kerana kita perlu menjalani norma-norma baharu kehidupan dan perlu ikuti SOP-SOP yang ditetapkan oleh pemerintah.

Hari ni, saya ingin berkongsi produk-produk edaran Hayyanarz Bakery dengan tuan-tuan dan puan-puan.

Untuk pengetahuan anda, ada beberapa produk edaran Hayyanarz Bakery antaranya bahulu, kuih bakar, rempeyek dan muruku.

Dalam video di bawah, ada saya kongsikan info mengenai bahulu dan muruku.

Jemput tonton video di bawah. 





Produk-produk edaran Hayyanarz Bakery ada dipasarkan di kedai-kedai, pasaraya dan Agrobazaar Rakyat sekitar Perlis.

Anda berminat dengan produk-produk Hayyanarz Bakery?

Jemput layari laman Page Hayyanarz Bakery di https://www.facebook.com/hayyanarzbakery di mana anda boleh melihat barisan produk edaran Hayyanarz bakery beserta senarai harga.

Anda juga boleh hubungi http://hayyanarzbakery.wasap.my untuk maklumat lanjut.

InshaaAllah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.

Terima kasih kepada semua pelanggan Hayyanarz Bakery atas sokongan anda.

Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah, dijauhi dari wabak Covid-19 dan sentiasa sihat sejahtera.

Sehingga bertemu lagi di coretan akan datang.

Wassalam

Tuesday 16 June 2020

PERSIAPAN KUIH BAKAR UNTUK JUADAH HARI RAYA

Asalamualaikum.

Bertemu kembali di laman blog Hayyanarz Bakery di mana laman blog yang mencoretkan aktiviti-aktiviti Hayyanarz Bakery.

Kita dah pun berada di pertengahan bulan Syawal. Namun raya kali ni agak berlainan dari kebiasaan. Kita merayakan Aidil Fitri kali ni dalam norma baharu di era berperang dengan wabak Covid-19.

Tiada lagi majlis-majlis rumah terbuka seperti kebiasaan. Masing-masing merayakan Aidil Fitri bersama keluarga di rumah. 

Takpalah. Kita bersabar buat sementara waktu. InshaaAllah, mudah-mudahan wabak pandemik Covid-19 ni akan hilang dari bumi Malaysia yang bertuah ni.

Seperti biasa, kami di Hayyanarz Bakery saban masa sentiasa menyiapkan juadah kuih tradisional untuk para pelanggan.

Selain bahulu, produk lain edaran Hayyanarz Bakery adalah kuih bakar atau kuih bangkit.

Kuih Bakar Hayyanarz Bakery ni....inshaaAllah sedap, gebu dan cair di mulut.

Kuih bakar ni, dipekkan dalam container bersaiz 1000ml dan kuantitinya +/- 50 biji.

Ketahanannya....inshaaAllah sehingga 3 bulan dari tarikh dibuat.

Kuih bakar ni dipasarkan sekitar kedai-kedai, pasaraya dan Agrobazaar di Perlis.

Jemput tonton video di bawah untuk maklumat lanjut.






Selain dipasarkan di kedai-kedai, ada juga pelanggan yang datang sendiri ke bengkel Hayyanarz Bakery untuk dapatkan kuih bakar ni.

Alhamdulillah....

Anda juga berminat?

Jemput layari laman Page Hayyanarz Bakery di https://www.facebook.com/hayyanarzbakery untuk melihat produk-produk Hayyanarz Bakery beserta senarai harga.

Anda juga boleh hubungi http://hayyanarzbakery.wasap.my untuk maklumat lanjut.

InshaaAllah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.

Terima kasih kepada para pelanggan Hayyanarz Bakery atas sokongan yang diberikan.

Sehingga berjumpa lagi dan Selamat Hari Raya.

Wassalam...

Sunday 14 June 2020

HANTAR KUIH BAKAR KE NAPOH DAN SUNGAI KOROK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bertemu kembali di laman blog Hayyanarz Bakery, di mana aktiviti-aktiviti Hayyanarz Bakery dicoretkan.


Apa khabar tuan-tuan dan puan-puan sekalian.


Saya berdoa semoga tuan-tuan dan puan-puan sihat-sihat sahaja.


Alhamdulillah. Kini di fasa PKPP, pemerintah dah membenarkan kita untuk merentas sempadan negeri. Agak lama juga saya tak merentas sempadan negeri semenjak PKP yang lepas. Customer rakan niaga juga selalu hubungi saya untuk hantarkan stok kuih bakar ke kedai mereka.


Hari ni baru berpeluang untuk ke sana. Sebelum ni, saya hanya hantar stok ke kedai-kedai rakan niaga sekitar Perlis sahaja.


Kurang lebih jam 11 pagi, selepas semua stok kuih bakar siap, terus saya bersiap dan bertolak untuk penghantaran stok.


Lokasi pertama yang saya tuju adalah Agrobazaar K Shoppe di Napoh. Alhamdulillah, perjalanan agak lancar. Dari rumah, saya ke Napoh melalui Lebuhraya Kuala Perlis - Changlun.


Selesai di Napoh, saya terus pula ke Sungai Korok untuk penghantaran ke Kedai Dangai Kemboja.


Selesai kedua-dua penghantaran, saya terus balik ke Bengkel untuk persiapan dan penghantaran esok pula. Esok, inshaaAllah akan hantar kepada customer baru di Arau.





Anda juga berminat dengan produk-produk Hayyanarz Bakery?


Jemput layari https://www.facebook.com/hayyanarzbakery untuk melihat barisan produk-produk edaran Hayyanarz Bakery dan senarai harga.


Anda juga dijemput untuk hubungi http://hayyanarzbakery.wasap.my untuk maklumat lanjut.


InshaaAllah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.


Sehingga bertemu lagi di coretan akan datang.


Salam sayang dari kami di Hayyanarz Bakery...


Assalamualaikum....

Saturday 13 June 2020

ALAMAK........!!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bertemu kembali di laman blog Hayyanarz Bakery di mana berbagai-bagai aktiviti Hayyanarz Bakery dicoretkan.


Mungkin tak terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua. Bermula 2 hari lepas, tentu ramai yang mula balik kampung selepas pengisytiharan PKPP di mana sempadan negeri sudah boleh direntas.


"Boleh hantar mai kuih bakar dak? Ramai orang mai kedai ni nak beli..", petang tadi saya telah terima satu panggilan telefon dari salah seorang tuan kedai di Kuala Perlis. Beliau adalah salah seorang rakan niaga Hayyanarz Bakery. 


"InshaaAllah, Kak...satgi saya hantarkan..", balas saya sambil terus menyiapkan kuih bakar. Sememangnya hari ni, kami di Hayyanarz Bakery menyiapkan kuih bakar untuk penghantaran ke kedai-kedai sekitar Perlis, Napoh dan Jitra. 


Esok, cadangnya nak buat penghantaran tu.


Selepas selesai siapkan kuih bakar ni, terus saya ke Kuala Perlis untuk hantarkan kuih bakar ni. 







Anda berminat dengan produk-produk Hayyanarz Bakery?


Jemput layari https://www.facebook.com/hayyanarzbakery untuk melihat-lihat beberapa produk edaran Hayyanarz Bakery dan senarai harga.


Anda juga boleh hubungi http://hayyanarzbakery.wasap.my untuk maklumat lanjut.


InshaaAllah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.


Sehingga bertemu lagi di coretan akan datang. Saya doakan agar anda semua di bawah rahmat Allah dan sihat selalu.


Wassalam.

Friday 12 June 2020

DAH SIAP KER UNTUK HANTAR KE KEDAI..?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bertemu kembali di laman blog Hayyanarz Bakery.


Ramai yang gembira kan....selepas diumumkan PKPP oleh YAB PM beberapa hari lalu.


Sempadan negeri dah dibuka untuk direntas....


Alhamdulillah. Saya juga bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sudah boleh untuk merentas sempadan negeri. Boleh la bersiap untuk penghantaran produk-produk Hayyanarz Bakery ke Alor Setar, Jitra, Napoh, Kerpan dan beberapa lokasi lagi.


Ramai ambil peluang balik kampung kan.... Lagu-lagu raya pun dah mula balik berkumandang di corong-corong radio. Terasa macam baru nak raya...


Hari ni, saya nak berkongsi mengenai persiapan muruku untuk penghantaran ke kedai-kedai.


Untuk info, Hayyanarz muruku ni, 1 pek beratnya 200g. Sedap, rangup....boleh cuba tengok.


Setiap pek berharga RM7.00 jika dibeli di Bengkel Hayyanarz Bakery.




Anda berminat dengan produk-produk Hayyanarz Bakery?


Jemput layari https://www.facebook.com/hayyanarzbakery untuk melihat barisan produk-produk edaran Hayyanarz Bakery beserta dengan harga.


Anda juga boleh hubungi saya di http://hayyanarzbakery.wasap.my untuk maklumat lanjut.


InshaaAllah....anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.


Sehingga berjumpa lagi di coretan akan datang. Untuk anda yang bakal memandu balik kampung, pandulah kenderaan dengan selamat. Jaga diri dan keluarga dari Covid-19 ni. Follow lah beberapa SOP yang ditetapkan oleh pemerintah.


Wassalam.