Thursday 28 December 2017

FIRST TIME SAMPAI TUGU NEGARA

Sedap betul durian. Semua isinya cantik, putih, wangi.

Durian kampung ni telah dibeli semasa turun dari Tanah Rata selepas hantar tempahan bahulu kpd pelanggan.

Selesai penyerahan, saya dan keluarga terus ke KL, turun melalui Tapah.

Jalan masih macam tu, bengkang-bengkok dan berlubang.

Sampai saja di Tapah, ternampak pula gerai jual durian kat tepi jalan. Apalagi, singgah dulu la utk sebiji dua.

Harga sekilo RM18.00

Sampai saja KL, rehat sekejap, jam dah pun menunjukkan pukul 5 petang.

Kudap sikit durian, terus gerak ke Taman Tasik Perdana.

Ingat lagi, dulu semasa belajar di Jalan Semarak, KL..saya selalu ke Taman Tasik Perdana, jogging.

Di sana, anak pula teringin nak ke Tugu Negara. Terus kami gerak ke sana.

Saya sendiri pun belum pernah sampai ke Tugu Negara ni. Inilah pertama kali.



Tugu Negara ni dibina sebagai memperingati pahlawan yg gugur dlm peperangan mempertahankan negara dan dibina dlm tahun 1963.



Seronok anak-anak berlegar-legar dan bergambar dlm kawasan sekitar.



Kawasan Tugu Negara ni dibuka utk lawatan antara jam 8 pagi hingga 6 petang.

Seusai lawatan sekitar Tugu Negara, saya bawa famili pusing-pusing KL, lihat pemandangan KL dlm kesesakan lalu-lintas.

Hampir jam 10 malam, kami sampai ke rumah adik saya di mana kami akan inap selama di KL.

Malam ni rehat, esok kena bangun awal utk ke Cheras, hantar anak saya, Bangcik utk hadir Seminar Tapow A.

Monday 25 December 2017

[POS] REPEAT ORDER HAYYANARZ BAHULU DARI SHAH ALAM

Alhamdulillah.
.
Kali ni..adalah repeat order dr Puan Pelanggan yg menetap di Shah Alam.
.
Utk kali ni..Puan Pelanggan tlh tempah Hayyanarz Bahulu Inti pula.
.
Antara pilihan inti yg dipilih adalah pandan, strawberry dan coklat.


.
Selain tu...Puan Pelanggan juga telah menempah Hayyanarz Bahulu Kemboja..yg semuanya utk santapan bersama keluarga..


.
Petang sebelum pengeposan dibuat...kesemua tempahan tadi dibuat...dipek dan disiapkan ke dlm kotak.
.
Keesokannya....tempahan telah dihantar kpd pihak Poslaju Kangar.
.
Alhamdulillah...keesokan harinya selepas dihantar kpd Poslaju...Puan Pelanggan telah terima parcel tempahan. Terima kasih Poslaju...


.
Terima kasih juga Puan Pelanggan atas sokongan kpd Hayyanarz Bakery dan Hayyanarz Bahulu.
.
Utk makluman anda...terdapat beberapa jenis Hayyanarz Bahulu Inti..antaranya pandan, strawberry, coklat dan blueberry. Semuanya sedap² belaka...
.
Tak caya..???
.
Cuba lah try test tengok...😊😊😊😊😊
.
Pakej pengeposan Hayyanarz Bahulu Inti ni ada beberapa pakej, antaranya..
.
Berikut adalah harga *HAYYANARZ BAHULU CERMAI INTI* dan *IKAN EMAS DWI-RASA* ...

1. 20 biji = RM17.00                 
2. 40 biji = RM23.00                 
3. 60 biji = RM33.00
4. 120 biji = RM59.00
5. 200 biji = RM93.00

Ikut pilihan pelanggan...☺
.
Harga² di atas..semuanya dah termasuk kos pos.
.
Andai anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Hayyanarz Bahulu, produk² Hayyanarz Bakery...mahupun berhajat utk menempah Hayyanarz Bahulu..usah segan-silu utk tinggalkan pesanan di ruang komen kat bawah utk saya hubungi.
.
Selain tu..anda juga boleh KLIK link WhatsApp di bawah:
.
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
.
InshaaAllah akan saya hubungi balik anda secepat mungkin.

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Monday 18 December 2017

[POS] HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA KE JB LG

Alhamdulillah.
.
Tmpahan kali ni telah ditrima dari Puan Pelanggan yg datangnya dari Johor Bahru.
.
Beliau ingin sekali utk merasai Hayyanarz Bahulu Kemboja yg datangnya dari Perlis ni....
.
Di hari yg telah dirancang, Hayyanarz Bahulu disiapkan, dipek dan dihantar ke Poslaju, Kangar.


.
Alhamdulillah..
.
Parcel yg telah dihantar, telah diterima Puan Pelanggan. Terima kasih Poslaju atas penghantaran yg telah dilakukan.


.
Alhamdulillah, maklumbalas yg diterima dari Puan Pelanggan juga memberansangkan.
.
"Lembut, sedap...", mesej yg diterima dari Puan Pelanggan.
.

Terima kasih Puan atas sokongan kpd Hayyanarz Bakery amnya....dan Hayyanarz Bahulu khasnya.
.
Untuk makluman anda, terdapat 4 pakej Hayyanarz Bahulu Kemboja yg ditawarkan untuk pilihan.
.
HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA
.
1. Hayyanarz Bahulu Kemboja dibuat dengan menggunakan acuan no. 2.
2. Saiz Hayyarnarz Bahulu Kemboja adalah lebar +/- 12cm, tebal +/- 1.5cm dan berat +/- 60g.

HARGA HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA

Harga di bawah adalah harga COD (tidak termasuk kos penghantaran)

1. PAKEJ HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA SAHAJA
1.1   1~500 biji: sebiji RM1.00
1.2   501~1000 biji: sebiji 97sen
1.3   1001~1500 biji: sebiji 95sen

2. PAKEJ HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA + KOTAK (12.5cm x 12.5cm x 5cm)
2.1   1~500 biji: sebiji RM1.80
2.2   501~1000 biji: sebiji RM1.77
2.3  1001~1500 biji: sebiji RM1.75

3. PAKEJ HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA + BEG KERTAS (13.5cm x 16.5cm x 6cm)
3.1  1~500 biji: sebiji RM1.60
3.2  501~1000 biji: sebiji RM1.57
3.3  1001~1500 biji: RM1.55

4. PAKEJ HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA + BEG PLASTIK (15.5cm x 21.5cm)
4.1  1~500 biji: sebiji RM1.40
4.2  501~1000 biji: sebiji RM1.37
4.3  1001~1500 biji: sebiji RM1.35

Pakej Kotak, Beg Kertas dan Beg Plastik, PERCUMA sticker "Terima Kasih daripada (nama)" bagi tempahan 600 biji ke atas.

Penghantaran boleh dibuat ke seluruh Semenanjung Malaysia...inshaaAllah. Kos penghantaran bergantung kepada lokasi di mana majlis pelanggan bakal diadakan.

.
Anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Hayyanarz Bahulu..?
.
Anda ingin merasai Hayyanarz Bahulu..?
.
Anda berhajat utk jadikan Hayyanarz Bahulu sebagai doorgift di majlis anda..dan ingin menempah Hayyanarz Bahulu..?
.
Usah segan-silu utk hubungi saya dengan tinggalkan pesanan di ruang komen di bawah.
.
Juga anda boleh KLIK link WhatsApp di bawah:
.
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
.
InshaaAllah..anda akan dihubungi kembali secepat mungkin..

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Thursday 14 December 2017

ALHAMDULILLAH…SYUKUR KE HADRAT ALLAH ATAS KURNIAAN

Alhamdulillah.
.
Sekali tercatat dlm hari ini dalam sejarah keluarga Hayyanarz Bakery.
.
3 tahun berlalu…sewaktu datang daftar dulu kemasukkan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Perlis, ramai yg datang mendaftar.
.
Waktu tu..selalu pesan kat Kakak, “belajaq betoi-betoi Kakak…Kakak dah masuk ke sekolah ni..antara sekolah yg terbaik kat Perlis ni…kena pulun..buat latihan”
.
3 tahun juga berlalu dengan pelbagai kenangan pahit manis…memberi kata2 semangat..itu jer la yg termampu beri kat Kakak dlm memperjuangkan dlm peperiksaan PT3 yg bakal diduduki.
.
Pejam celik..pejam celik..Okt 2017 sampai…di samping menyiapkan tempahan bahulu…kata2 semangat terus diberikan dlm mengharungi peperiksaan yg berlangsung.
.
Kini…3 bulan berlalu…disember 2017 menjelma.
.
Sejarah telah tercatat pada 14/12/2017…selepas tidur yg tak berapa lelap semalaman….nak kata cuaca panas..tak juga. Nak kata cuaca sejuk pun tak juga walaupun sekarang ni musim angin timur kat perlis ni..
.
Seusai solat subuh…minum kopi O…kerja sealkan Hayyanarz Kuih Bakar terus disiapkan utk penghantaran ke Cameron Highland nanti.
.
Ada customer nak dtg ambil nanti…kotak2 utk yg tu dah disiapkan semalam lagi.
.
Cuaca juga agak baik..dan mula menampakkan cahaya. Indah ciptaan Allah.
.
Tak lama..sampai Pelanggan yg dtg ambil bahulu… Alhamdulillah, selesai penyerahan dibuat.
.
Selepas semuanya siap…mula kami sekeluarga bergerak ke sekolah.
.
Sebelum ke sekolah, kami singgah sebentar di Bernas Utan Aji utk beli beras, Alhamdulillah murah sikit beli beras kat Bernas ni…dpt rate Pak Tani..
.
Jap saja beli..terus singgah kat Market Kangar utk sarapan. Jam menunjukkan jam 9.30 pg. Masih awal rasanya utk ke sekolah. Khabarnya result keluar jam 10.
.
Jadi…kat Market Kangar ni…sarapan dulu kue teow goreng Pak Mat yg femes tu…dan Nasi Kandar Hameed yg power tu.
.
Tak ramai org kat Market..mungkin sebab tengah minggu kot..selalunya hujung minggu..ramai org dtg sarapan kat Market ni.
.
Kue Teow goreng, nasi kandar dan roti telur…selesai. Licin pinggan. Alhamdulillah.
.
Mula bergerak ke sekolah..yg jaraknya tak lah jauh sangat.
.
Perkarangan Masjid Alwi dah penuh dengan kereta ibubapa yg dtg. Masjid Alwi ni..letaknya bersebelahan saja dengan sekolah.
.
Terus Kakak dan Ibu ke dalam sekolah..manakala saya, Bangcik dan Adik tunggu dlm kereta saja.


.
Jam terus berdetik…tik tok…tik tok…masa berlalu.
.
Makin ramai nampaknya pelajar dan ibubapa masuk keluar perkarangan sekolah. Sabar…sabar…jap lagi keluarlah tu.
.
Hampir setengah jam menunggu..akhirnya Kakak dan Ibu sampai balik ke kereta.
.
Jeng…jeng…jeng…


.
Alhamdulillah…
.
Keputusan cemerlang telah diterima.. Alhamdulillah. Teruskan kecemerlangan Kakak…. Dah terbayar segala penat-lelah selama 3 tahun kebelakangan ni.
.
Lepas ni teruskan lagi usaha utk menempuh SPM pula.
.
Bangcik pula..tahun depan UPSR pula. Kena pulun sikit tau…
.
Terima kasih kepada semua sanak saudara dan rakan taulan yg selalu mendoakan kami sekeluarga. Hanya Allah sahaja yg mampu membayar jasa kalian…
.
Alhamdulillah…

Monday 11 December 2017

[SERAH] SIAP PENYERAHAN TEMPAHAN HAYYANARZ BAHULU IKAN EMAS

Alhamdulillah.
.
Tempahan kali adalah repeat order dari Puan Pelanggan.
.
Puan pelanggan inginkan Hayyanarz Bahulu Ikan Emas, yg dipekkan 6 biji/pek sebanyak 60 pek.
.
Setelah pek plastik pembungkusan disiapkan, sehari sebelum penyerahan, persiapan Hayyanarz Bahulu dibuat.
.

Alhamdulillah, baru tadi Puan Pelanggan telah datang sendiri ke Hayyanarz Bakery utk ambil tempahan Hayyanarz Bahulu Ikan Emas.
.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa pakej pengeposan Hayyanarz Bahulu Cermai dan Ikan Emas ni, antaranya:
.

Ini adalah harga *HAYYANARZ BAHULU CERMAI BIASA dan BAHULU IKAN EMAS BIASA* pakej pengeposan kami, terdapat
                                             
1. 20 biji = RM15.00         
2. 40 biji = RM21.00         
3. 60 biji = RM30.00
4. 120 biji = RM53.00
5. 200 biji = RM83.00
.
Harga yg tertera di atas dah termasuk kos pos utk Semenanjung Malaysia.
.
Anda ingin merasai Hayyanarz Bahulu?
.
Usah segan silu untuk hubungi saya sama ada tinggalkan pesanan di ruang komen di bawah.... ataupun KLIK link WhatsApp di bawah:
.
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
.
InshaaAllah...anda akan dihubungi kembali seberapa segera.
.
#HayyanarzBahulu
#HayyanarzBakery
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Thursday 7 December 2017

SELAMAT PENGANTIN BARU JAN DAN ISTERI

Agak kalut jugak minggu ni dengan tempahan bahulu yg diterima.
.
Kebanyakannya..semuanya menempah Hayyanarz Bahulu Kemboja yg dijadikan doorgift di majlis masing-masing.
.
Berkebetulan pula..hujung minggu berlangsungnya majlis kenduri perkahwinan Jan dan isteri. Dek kekalutan dengan menyiapkan tempahan, di hari akad nikah, kami sekeluarga tak dapat bersama ke Taiping di mana majlis pihak pengantin perempuan berlangsung.
.
Bagi menyantuni anak menakan, kami telah ke Taiping keesokan harinya.
.
Perjalanan ke Taiping dimulai agak awal. Ye la kan….dari Perlis akan akan ambil masa kurang lebih 3 jam.
.
Alhamdulillah..suasana pagi sesudah solat subuh agak dingin. Jangan la hujan. Perjalanan agak jauh juga ni.
.
Anak-anak semuanya dah siap. Pagi masih lagi gelap dan sejuk. Ye la kan…malam tadi hujan.
.
Jam dah pun menunjukkan 6.30 pagi. Kereta dah pun dihidupkan tadi sebelum solat subuh. Kereta enjin diesel ni…kena perangat awai sikit..lambat panas katanya.
.
OK…semua dah siap..jom kita mulakan perjalanan ke Taiping dengan Nama Allah dan selawat atas Nabi.
.
Jalan masih lagi basah dek hujan yg agak lebat semalam . Tapi pepagi ni…jalan agak lengang…agak lancar. Lagi pun musim cuti sekolah sekarang ni.
.
Sampai Gurun…pagi dah pun mula cerah. Sejuk…ggrrrrr…. Terasa nak shhhhh pulak. Henti rehat la dulu..selesaikan apa yg patut.
.
Selesai segala urusan, perjalanan diteruskan. Selepas dalam sejam…rehat kejap di Tol Sungai Dua. Dah tua-tua ni…dah tak berapa nak tahan lama memandu..tak macam dulu, boleh memandu non-stop.
.
Perut mula rasa lapar. Nak sarapan kat mana ya??? Kat Taiping la nanti sarapan…tak jauh mana dah rasaanya nak sampai.
.


Akhirnya..selepas rehat sekejap kat Gunung Semanggol, kami sampai Taiping..terus berhenti kat sebuah kedai yg letaknya kat Pekan Simpang..yg tak jauh dari simpang empat trafik light yg boleh ke Kuala Sepetang.
.
Alhamdulillah…cuaca agak cerah. Tak menunjukkan akan hujan.
.
Boleh tahan juga makanan kat kedai ni. Saya telah order bubur nasi, Bang Cik makan nasi ayam hainan, Adik roti canai, Kakak dan Ibu kongsi mee bandung.
.
Kena la lapik perut sikit sebelum makan nasi kenduri kejap lagi. Lagi pun jam baru ja menunjukkan 10.30 pagi. Makan kenduri tengahari nanti, selepas zohor.
.
Seusai makan, kami terus menuju ke homestay di mana rombongan pengantin berhimpun sebelum bergerak ke rumah pengantin perempuan.
.
Rombongan pengantin lelaki datang sehari sebelumnya…di mana majlis akad nikah berlangsung.
.
Sampai ja di sana, saya terus ambil peluang untuk rehat dan tidur sekejap…supaya nanti tak la mengantuk ketika memandu balik petang nanti.
.
Seusai solat zohor berjemaah di masjid berdekatan, kami semua termasuk pengantin bergerak menuju ke rumah pengantin perempuan.
.
Kami disambut dengan paluan alunan kompang. Agak meriah suasana.
.
Sampai ja ke khemah..terus kami di bawa ke meja yg dikhaskan untuk rombongan pengantin. Perut pun dah mula berkeroncong..bahkan muzik rock pun dah berbunyi ni.
.
Apa lagi..santap la… Menu sedap dengan nasi beriani, ayam masak ros, daging masak hitam, sayur pisang masak lemak cili api, acar buah…wahhhh..sedap.
.
Air pula sirap lengkong dan air asam…perghhh…sejuk tekak baq hang..
.


Selesai sesi bergambar dan makan beradab..kami sekeluarga mula bergerak pulang ke Perlis.
.
Tapi..teringin pula nak merasa durian kat Taiping ni. Moga-moga ada rezeki jumpa durian. Jadi kami tak ikut rombongan yg terus balik ke utara.
.
Saya terus hubungi kawan yg berada di Taiping ni…bertanyakan lokasi-lokasi sekitar…kat mana ada jual durian.
.
Nampaknya….tiada rezeki…kat belakang Hospital Taiping tak ada…kat Kemunting juga tak ada. Tak pa la…try cari kot-kot ada jual kat tepi jalan sepanjang balik ke Perlis.
.
Namun tiada terjumpa peniaga yg jual durian. Yang banyak…menjual cempedak. Tak pa…dah tiada rezeki doyan.
.
Hujan mula lebat kat Taiping ni. Perjalanan pulang kami ikut jalan dalam sehinggalah Bukit Merah..dan masuk ke lebuhraya melalui Tol Bukit Merah.
.
Hujan amat lebat sekali. Pemanduan juga agak perlahan…malah terjadinya kesesakan jalan sebelum exit Jawi dek kemalangan antara sebuah van, MPV dan sebuah kereta.
.
Sampai ja kat Juru…hujan mulai seriat….teruskan perjalanan sehingga R&R Gurun untuk solat maghrib.
.
Alhamdulillah…hampir jam 9.30 malam…kami sekeluarga sampai rumah.
.
Dikesempatan ini…Pak Ndak dan Mak Ndak sekeluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Jan dan isteri. Semoga berbahagia hingga Jannah.
.
Selamat menimang menantu juga diiucapkan kpd Kak Yam dan Bang Syed.
.
Esok….start balik ke tugasan..siapkan tempahan bahulu..

Wednesday 6 December 2017

HAYYANARZ BAHULUKEMBOJA DI KUALA PERLIS

Alhamdulillah.
.
Tempahan Hayyanarz Bahulu Kemboja kali ni yg berjumlah 700 biji datangnya dari Puan Pelanggan di Kuala Perlis.
.
Tempahan telah diterima seawal April yg lalu...dan majlisnya berlangsung hujung Ogos yg lalu.
.
Puan Pelanggan telah memilih pakej Hayyanarz Bahulu Kemboja + Beg Plastik yg telah dibuat doorgift utk diberikan kepada jemputan yg hadir ke majlis beliau.
.
Dengan tempahan yg lebih dari 600 biji ke atas, kami di Hayyanarz Bakery dengan berbesar hati telah menyediakan sticker "Terima Kasih Daripada Pengantin Dan Keluarga" yg dilekatkan pada beg plastik secara PERCUMA.
.

Setelah sticker disiapkan oleh pihak pembekal, proses-proses melekatkan sticker ke beg plastik telah dibuat dan plastik pembungkus bahulu kemboja yg bersaiz 6" x 7" disiapkan. Di mana Hayyanarz Bahulu Kemboja akan di-seal di dalamnya sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik.


.
Saat dan ketikanya telah sampai...tempahan Hayyanarz Bahulu Kemboja disiapkan.


.
Seusai disiapkan, tempahan dihantar terus ke lokasi majlis Puan Pelanggan yg bakal berlangsung keesokan harinya.
.
Terima kasih Puan atas sokongan kepada Hayyanarz Bakery khasnya dan Hayyanarz Bahulu amnya.
.
Untuk anda yg berminat dan berhajat kepada Hayyanarz Bahulu..usah segan-silu untuk hubungi kami:
.
>>>WhatsApp ke 019-2463100<<<
>>>WhatsApp ke 019-2463100<<<
>>>WhatsApp ke 019-2463100<<<
.
Juga boleh tinggalkan pesanan di ruang komen utk saya hubungi.
.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa pakej Hayyanarz Bahulu Kemboja sebagai pilihan seperti yg tertera di bawah.
.
HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA

1. Utk makluman puan, HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA dibuat dgn menggunakan acuan no 2.

2. Saiz HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA adalah lebar +/- 12cm, tebal +/- 1.5cm dan berat +/- 60g.

HARGA HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA

Untuk HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA BIASA, harga COD (tidak termasuk penghantaran) untuk:

PAKEJ BAHULU SAHAJA

1. 1~500 biji: sebiji RM1.00
2. 501~1000 biji: sebiji 97sen
3. 1001 ~ 1500 biji: sebiji 95sen ☺

HARGA HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA

Untuk HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA BIASA, harga COD (tidak termasuk penghantaran) untuk:

PAKEJ BAHULU + KOTAK

1. 1~500 biji: sebiji RM1.80
2. 501~1000 biji: sebiji RM1.77
3. 1001 ~ 1500 biji: sebiji RM1.75 ☺

HARGA HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA

Untuk HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA BIASA, harga COD (tidak termasuk penghantaran) untuk:

PAKEJ BAHULU + PAPER BAG

1. 1~500 biji: sebiji RM1.60
2. 501~1000 biji: sebiji RM1.57
3. 1001 ~ 1500 biji: sebiji RM1.55 ☺

HARGA HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA

Untuk HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA BIASA, harga COD (tidak termasuk penghantaran) untuk:

PAKEJ BAHULU + PLASTIC BAG

1. 1~500 biji: sebiji RM1.40
2. 501~1000 biji: sebiji RM1.37
3. 1001 ~ 1500 biji: sebiji RM1.35 ☺

Pakej KOTAK, PAPER BAG dan PLASTIC BAG, PERCUMA sticker  "Terima kasih daripada (nama)" bagi tempahan 600 biji ke atas..
.
Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia dan kos penghantaran bergantung kepada lokasi di mana majlis akan diadakan.

#HayyanarzBahulu
#HayyanarzBakery
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang