Saturday, 29 April 2017

SIAP PENGHANTARAN HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA KPD PELANGGAN DI BESERI

Alhamdulillah...
.
Pada mulanya, puan pelanggan menempah Hayyanarz Bahulu Kemboja ni sebanyak 600 biji.
.
Hayyanarz Bahulu Kemboja ni nak dibawa Puan Pelanggan utk majlis kenduri di Shah Alam.
.
Kira2 seminggu sebelum persiapan bahulu kemboja ni...Puan Pelanggan telah hubungi saya dan minta ditambah lagi 200 bj menjadikan 800 bj.
.
Persiapan Hayyanarz Bahulu Kemboja ni dibuat 2 hari sebelum penghantaran.
.
Hari pertama....pengeluaran berjalan bermula dari 8 pagi hinggalah 10 malam.
.

Di hari kedua...pengeluaran berjalan sebelah malam..bermula dari pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam... ini adalah kerana..siangnya saya telah ke Poslaju Kepala Batas, Pulau Pinang utk poskan tempahan pelanggan dari Jerantut dan Benta, Pahang...dan dari Kota tinggi, Johor. Kebetulan...pada hari tu..Perlis/Kedah telah cuti sempena Israk Mikraj...
.
Keesokan paginya..pengeluaran Hayyanarz Bahulu Kemboja berjaya disiapkan dan dihantar kpd Puan Pelanggan di Beseri, Perlis.
.

Alhamdulillah...selesai persiapan dan penghantaran utk kali ni...
.
Terima kasih Puan Pelanggan atas aokongan kpd Hayyanarz Bakery.

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahuluKemboja
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Friday, 28 April 2017

SIAP TEMPAHAN UTK PELANGGAN DI BENTA & JERANTUT, PAHANG DAN KOTA TINGGI, JOHOR

Alhamdulillah....
.
Selepas berhempas-pulas...siap sudah tempahan Hayyanarz Bahulu Kemboja utk pelanggan di Jerantut, Pahang....Hayyanarz Ikan Emas Dwi-rasa utk pelanggan di Benta, Pahang....dan Hayyanarz Ikan Hantaran utk pelanggan di Kota Tinggi, Johor..
.






Asalnya...ikut perancangan..semuanya akan diposkan menggunakan perkhidmatan Poslaju Kangar....ditakdirkan Allah Taala hari Isnin dan Selasa...Perlis dan Kedah cuti umum kerana Pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada isnin 24/4/17...dan cuti ganti Isra Mikraj pada selasa 25/4/17.
.
Namun bagi memenuhi hajat pelanggan...saya ambil keputusan utk poskan bahulu2 tempahan ni kat Kepala Batas, Pulau Pinang..
.
Seusai semuanya siap...saya terus ke Pejabat Pos Kepala Batas, Pulau Pinang...
.
Alhamdulillah....jam 12 pm....saya sampai Pejabat Pos Kepala Batas...dan semua parcel selamat diserahkan kpd pihak Poslaju.
.
Terima kasih Puan Pelanggan yg terus menerus memberi sokongan kpd Hayyanarz Bakery.
.
Saya di Hayyanarz Bakery akan terus berusaha memenuhi hajat para pelanggan...

#HayyanarzBahulu
#HayyanarzBakery
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Thursday, 27 April 2017

SIAP TEMPAHAN MINGGU INI...

Alhamdulillah..
.
Minggu ni..spt biasa...rutin restock Hayyanarz Bahulu, Rempeyek, Kuih Bakar dan Maruku telah dibuat di beberapa rakan niaga Hayyanarz Bakery spt di Agrobazaar Rakyat 1Malaysia PPK Mata Ayer, Taman Sena dan Seriab.
.
Juga di Pasaraya Seri Utama Kuala Perlis dan Pasaraya AMS Mutiara.




.
Selain itu, penghantaran secara pos juga telah dihantar kpd pelanggan di Ulu Kinta, Perak.....di mana Puan Pelanggan telah menempah Hayyanarz Bahulu Biasa dan Ikan Emas Dwi-rasa.





.
Penambahan kuantiti tempahan bahulu juga telah diterima dr pelanggan di Beseri, Perlis dan pelanggan dr Jerantut, Pahang.
.
Tempahan Hayyanarz Bahulu Ikan Hantaran juga telah disiapkan dan dihantar kpd pelanggan di Mata Ayer.


.
Dalam pada itu, kini Hayyanarz Kuih Bakar terdapat di Laksa Tradisi Kuala Perlis, Taman Sentua.


.
Kami di Hayyanarz Bakery juga mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas kesudian puan pelanggan dari Kuala Lumpur yg telah sudi singgah di Hayyanarz Bakery.
.
Kami amat berbesar hati atas kesudian puan singgah di Hayyanarz Bakery...
.
Terima kasih kpd para pelanggan yg sentiasa menyokong Hayyanarz Bakery.

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Monday, 24 April 2017

LAGI REPEAT ORDER HAYYANARZ BAHULU IKAN HANTARAN DARI PELANGGAN

Alhamdulillah
.
Siap lagi Hayyanarz Bahulu Ikan Hantaran...repeat order dari pelanggan di Mata Ayer..
.

Order Hayyanarz Bahulu Ikan Hantaran kali ni...katanya utk dihadiahkan kpd rakannya..
.
Terima kasih Puan Pelanggan atas sokongan kpd Hayyanarz Bakery dan Hayyanarz Bahulu Ikan Hantaran.

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahuluIkanHantaran
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Thursday, 20 April 2017

REPEAT ORDER DARI PELANGGAN DI ULU KINTA, PERAK

Alhamdulilah...
.
.
Minggu lepas, dpt wassap dari puan pelanggan...dari Ulu Kinta.


.
Beliau pernah order Hayyanarz Bahulu utk kudapan di masa senggang....dan sekali lagi, beliau order Hayyanarz Bahulu.
.
Kena dengan selera...katanya....Alhamdulillah
.
Untuk kali ni...Puan Pelanggan telah order Hayyanarz Bahulu Cermai Biasa, Hayyanarz Bahulu Cermai Pandan dan Hayyanarz Bahulu Ikan Emas Dwi-rasa.
.


Untuk makluman...Hayyanarz Bahulu Ikan Dwi-rasa ni adalah bahulu ikan emas yg diadun dengan kombinasi perisa strawberry/pandan, strawberry/cappucino dan pandan/cappucino.


.
Semua persiapan dibuat...diadun, dibakar, dipek dan akhirnya dihantar ke Poslaju utk penghantaran ke lokasi Puan Pelanggan di Ulu Kinta.


.
Terima kasih puan pelanggan yg sentiasa menyokong Hayyanarz Bakery.

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#HayyanarzBahuluIkanEmasDwiRasa
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Monday, 17 April 2017

LAKSA TRADISI

Alhamdulillah...

Cuaca amat baik sekali..tiada hujan...dan cerah sepanjang hari..

Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat dan rezeki-Mu...

Seperti kebiasaan...perjalanan kehidupan hari ni berlangsung lagi dengan penghantaran consignment Hayyanarz Bahulu, Rempeyek dan Kuih Bakar ke beberapa kedai dan pasaraya sekitar Perlis.

Dan rezeki Allah lagi...sebuah lagi premis sudi utk menolong memasarkan produk Hayyanarz Kuih Bakar...

Terima kasih Laksa Tradisi Kuala Perlis.


Laksa Tradisi Kuala Perlis yg diuruskan oleh Mariam Mahazir Enterprise terletak di Taman Sentua..berdekatan dengan Kuaters TNB...bersebelahan Yonhin...merupakan sebuah kedai makan...dan laksa Kuala Perlis adalah menu utamanya..

Kini..Hayyanarz Kuih Bakar juga boleh didapati di situ..

Terima kasih tuan kedai yg sudi menolong utk memasarkan Hayyanarz Kuih Bakar di situ....

Jemput2 ke sana..disamping menikmati kesedapan laksa Kuala Perlis..juga boleh dapatkan Hayyanarz Kuih Bakar utk kudapan di masa senggang....

Sunday, 16 April 2017

TEMPAHAN MINGGU NI...DONE

Alhamdulillah.
.
Siap lagi tempahan minggu ni dengan jayanya.
.
Awal minggu dimulakan dengan penghantaran consignment Hayyanarz Bahulu, Rempeyek, Maruku dan Kuih Bakar ke beberapa rakan niaga Hayyanarz Bakery...antaranya Ageobazaar Rakyat 1Malaysia di Mata Ayer, Kangar dan Seriab, Pasaraya Hafifah dan AMS Mutiara di Kangar, Pasaraya Seri Utama di Kuala Perlis....dan rakan niaga Hayyanarz Bakery yg baru iaitu Restoran Mee Sham Roti Doll di Alor Setar.


.
Selesai bab penghantaran....persiapan utk Hayyanarz Bahulu Kemboja tempahan pēlanggan yg kenduri dibuat pd hari sabtu juga selesai dan dibuat penghantaran.
.

Alhamdulillah...pelanggan yg menempah Hayyanarz Bahulu Kemboja telah menambah kuantiti pesanan sebelum penghantaran dibuat.
.


Semuanya siap mengikut jadual yg telah diatur.
.
Minggu depan..selain persiapan consignment..beberapa tempahan juga perlu disiapkan...antaranya
.
Hayyanarz Bahulu Kemboja tempahan pelanggan dari Beseri, Perlis; Bangi, Selangor dan Benta, Pahang..
.
Hayyanarz Bahulu Ikan Emas-dwi rasa tempahan pelanggan dari Ulu Kinta, Perak dan Jerantut, Pahang...
.
Dan Hayyanarz Bahulu Ikan Hantaran tempahan pelanggan dari Pokok Sena dan Changlun, Kedah...dan akan diposkan ke Johor..
.
Alhamdulillah...atas rezeki Allah..dan kepercayaan pelanggan kpd Hayyanarz Bakery.
.
Kami di Hayyanarz Bakery akan berusaha sedaya upaya utk memuaskan hati para pelanggan...inshaaAllah..
.
Terima kasih juga kpd para pelanggan yg sentiasa menyokong Hayyanarz Bakerg selama ni..

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Sunday, 9 April 2017

PERCUMA DARI HAYYANARZ BAKERY

Panggilan telefon dari salah satu pembekal sticker utk Hayyanarz Bakery telah diterima.

"Cik...sticker dah siap.."

"Ok..baik...nanti saya pi ambik na...."

Sebelum ni...saya telah menempah sejumlah sticker utk 3 org customer yg telah membuat tempahan Hayyanarz Bahulu Kemboja pakej kotak, beg kertas dan beg plastik.

Seorang customer dari Johol, Negeri Sembilan, seorang dari Jitra...dan seorang lagi dari Kuala Perlis.

Stok kotak, beg kertas dan beg plastik..semuanya dah tersedia awal. Dan sekarang ni...sticker pula dah siap...

Sekarang cuma tunggu sampai tarikh utk disiapkan bahulu kemboja..dimasukkan ke dalam bekas masing2..dan akan dihantar ke lokasi pelanggan.

Utk makluman...bagi tempahan Hayyanarz Bahulu Kemboja pakej kotak, beg kertas dan beg plastik sejumlah minima 600 biji dan ke atas, Hayyanarz Bakery inshaaAllah sediakan dan beri sticker PERCUMA yg akan dilekat pada kotak, beg kertas dan beg plastik.

Seusai solat zohor, saya terus ke Alor Setar..utk ke kedai pembekal sticker untuk ambil yg telah siap.

Inilah sticker yg telah siap tu..yg nanti akan saya lekatkan ke bekas masing2.




Terima kasih kpd para pelanggan yg menyokong Hayyanarz Bakery selama ni..

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#BahuluCelopAyaqKopiKeluaBaqHang

Saturday, 8 April 2017

TEMPAHAN DAN PERSIAPAN MINGGU NI

Alhamdulillah...
.
Minggu ni agak relax..tak kalut sangat..
.
Persiapan minggu ni hanya tertumpu kpd consignment ke kedai2 dan pasaraya sekitar Perlis sahaja...dan penambahan kedai di Alor Setar.
.
Selain itu...ada satu tempahan ke Johor Bahru..iaitu tempahan Hayyanarz Bahulu Ikan Emas Dwi-rasa..



.
Selain tu...kelmarin juga telah disiapkan tempahan pelanggan dari Kangar yg telah menempah Hayyanarz Bahulu Cermai biasa dan  Ikan Emas...yang dipek 5 biji/pek.


.
Tempahan disiapkan seperti yg dipinta dan dihantar ke lokasi pelanggan.
.
Alhamdulillah.
.
Terima kasih para pelanggan yg menyokong Hayyanarz Bakery selama ni.

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Wednesday, 5 April 2017

SIAP TEMPAHAN DARI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT, PERLIS

LAGI HAYYANARZ BAHULU KE JOHOR

Assalamualaikum..

Sekali lagi..Hayyanarz Bahulu ke Johor.

Kali ni..giliran Hayyanarz Bahulu Ikan Emas Dwi-rasa pula mengembara ke Kampung Melayu Majidee..dulu dah sampai ke Pasir Gudang.


Tempahan diterima dari Puan Pelanggan dari Kampung Melayu Majidee...yg ingin merasai Hayyanarz Bahulu Ikan Emas Dwi-rasa.

Hayyanarz Bahulu Ikan Emas Dwi-rasa ni...dibuat dari adunan tepung gandum, telur ayam gred A dan gula pasir TANPA penambahan sebarang bahan pengawet.

Manakala perisanya pula adalah kombinasi perisa strawberry/pandan, strawberry/cappucino dan pandan/cappucino.

Saya TIDAK menggunakan sebarang pewarna utk menjadikan Hayyanarz Bahulu Ikan Emas ni berwarna-warni....sebaliknya HANYA menggunakan perisa strawberry (menghasilkan warna merah), pandan (menghasilkan warna hijau) dan cappucino (menghasilkan warna gelap).

Tempahan yg dah siap dibikin...dipek dan dihantar ke Poslaju Kangar utk pengeposan kpd pelanggan.


Terima kasih kpd Puan Pelanggan yg telah menempah dan menyokong Hayyanarz Bakery.



Saturday, 1 April 2017

KINI HAYYANARZ REMPEYEK DI RESTORAN MEE SHAM ROTI DOLL,

Alhamdulillah..

Hujan rahmat dari Allah..membuka lagi rezeki buat Hayyanarz Bakery.

Seusai penyelenggaraan Pikap kat Isuzu Alor Setar, azan asar terdengar berkumandang di udara.

Hujan renyai2 mula membasahi bumi Alor Setar. Tanpa berlengah...saya terus bergerak ke masjid berdekatan utk tunaikan tanggungjawab.

Walau apa hal sekali pun..solat mesti diutamakan...dan harus berusaha diselesaikan di awal waktu.

Namun dek tersangkut sekejap dlm jem...saya cuma sempat berjemaah pada rakaat terakhir saja..

Selesai solat...saya terus bergerak balik...namun dek perut yg berkeroncong dan mula membunyikan irama rock...saya singgah sebentar di Restoran Mee Sham...yg terkenal dengan roti dollnya...roti canai yg disaluti telur separuh masak...ditaburi serbuk lada putih...dan disimbahi dengan kuah roti canai....sslluurrpppp...😋

Selain roti doll..menu yg sedap ikut tekak saya adalah bihun hailam...yg agak sedikit berbeza dengan tempat lain...di mana kebanyakan tempat yg saya makan..kuahnya agak likat dan sikit..tapi kat sini....marbeles..


Ok lah...dalam dok makan tu...saya sempat bertanyakan tokey kedai...nak tak kalau saya letakkan Hayyanarz Rempeyek kat sini..yg kebetulan kat belakang Pikap pun masih ada baki dari penghantaran restock produk2 Hayyanarz Bakery di beberapa kedai.

Alhamdulillah...

Tokey kedai bersetuju dan membenarkan Hayyanarz Rempeyek utk diletakkan di Restoran Mee Sham Roti Doll..


Kini...Hayyanarz Rempeyek sudah berada di Restoran Mee Sham...dan semoga selepas ni...inshaaAllah akan bertapak di Alor Setar pula...

Jika anda singgah di Restoran Mee Sham Roti Doll..dan ternampak pek hijau rempeyek..itulah Hayyanarz Rempeyek...

Jemputlah utk merasai Hayyanarz Rempeyek..yg rangup dan sedap..kkrruuuppp kkrraappp...sekali cuba, nak sediaaa..

Terima kasih kepada pihak pengurusan Restoran Mee Sham Roti Doll yg memberi peluang kpd Hayyanarz Rempeyek utk dipamer dan dijual di situ...

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah SWT.