Sunday, 2 July 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1438H

Alhamdulillah...hari ni telah pun 8 syawal 1438...bermakna dah seminggu kita meninggalkan Ramadhan...semoga kita semua beroleh keberkatan segala amalan di bulan Ramadhan...dan semiga beroleh rezeki utk bertemu Ramadhan 1439 nanti pula..
.
Tentu ramai yg telah pulang ke tempat masing²...menunaikan tugasan harian setelah seminggu bercuti beraya bersama sanak-saudara.
.
Kami di Hayyanarz Bakery mengucapkan Selamat Hari Raya dan Selamat bertugas semula kepada semua pelanggan, rakan taulan dan sanak-saudara.
.
Apa yg terkurang..mohon maafkan
.
Kmai juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan Hayyanarz Bakery...yg telah menempah produk² Hayyanarz Bakery spt bahulu, kuih bakar, rempeyek, maruku dan beberapa jenis biskut raya..sama ada menempah secara terus dari kami atau mendapatkannya melalui kedai² dan pasaraya..
.
Terima kasih banyak²...

video


#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#HayyanarzKuihBakar
#HayyanarzRempeyek
#HayyanarzMaruku
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Wednesday, 31 May 2017

[TESTIMONI] BAHULU SEDAP

Alhamdulillah.
.
Tempahan ni juga telah diterima awal sebelum penghantaran Hayyanarz Bahulu Kemboja ke Kelantan yg lalu.
.
Dek kerana agak kalut dengan tempahan yg telah diterima yg kebanyakannya tempahan utk kenduri...saya telah meminta persetujuan Puan Pelanggan utk menunda penghantaran tempahan ni...dan telah dipersetujui.
.
Sebaik balik dari Kelantan...dan selepas siap pembikinan bahulu repeat order dari Shah Alam...saya terus siapkan Hayyanarz Bahulu Kemboja..tempahan pelanggan ni yg dari Bandar Baru Bangi.
.
.
Bahulu disiapkan...tak banyak pun..dalam 20 biji jer...terus dihantar menggunakan perkhidmatan Poslaju Kangar.
.
.
Parcel Hayyanarz Bahulu Kemboja telah diterima puan pelanggan keesokan harinya iaitu hari rabu...alhamdulillah feedback positif turut diterima.
.
"Bahulu sedap..", komen puan pelanggan..
.
.
Dan...alhamdulillah..Puan Pelanggan juga telah buat repeat order utk majlis kesyukuran beliau...
.
Terima kasih Puan atas sokongan Puan kpd Hayyanarz Bakery...
.
Kami di Hayyanarz Bakery akan terus berusaha utk memasti produk2 Hayyanarz Bakery dlm keadaan yg memuaskan dan berbaloi pada harga yg berpatutan.


Wednesday, 24 May 2017

REPEAT ORDER DARI SHAH ALAM

Alhamdulillah...
.
Tempahan repeat order ni diterima dari Puan Pelanggan semenjak sebelum buat penghantaran Hayyanarz Bahulu Kemboja ke Kelantan lagi.
.
Disebabkan agak kalut sikit dengan tempahan kenduri yg agak banyak...saya telah meminta persetujuan dari Puan Pelanggan utk tundakan tarikh penghantaran...dan alhamdulillah telah dipersetujui.
.
Tempahan dari Puan Pelanggan ni berupa Hayyanarz Bahulu Ikan Emas Dwi-rasa dan Hayyanarz Bahulu Inti...campur semua variasi inti yg ada...😊
.
.
Sebaik balik dari penghantaran Hayyanarz Bahulu Kemboja ke Kelantan..persiapan tempahan ni disiapkan segera.
.
Kebetulan...hari tu hari ahad..Poslaju Kangar tutup dek cuti hujung minggu..lalu saya bergegas ke Poslaju Jitra untuk poskan segera tempahan ni...
.
.
Alhamdulillah...segalanya selesai dan parcel telah pun sampai ke tangan Puan Pelanggan pada hari selasa.
.
Terima kasih Puan Pelanggan yg sentiasa menyokong Hayyanarz Bakery.

Sunday, 21 May 2017

POS HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA KE AMPANG DAN KAJANG, SELANGOR SERTA JAWI, PULAU PINANG

Alhamdulillah.
.
Sekembali dari buat penghantaran tempahan Hayyanarz Bahulu Kemboja ke Kampung Telok Gong, Klang dan Kelana Jaya...persiapan tempahan utk diposkan ke Ampang dan Kajang, Selangor serta Jawi, Pulau Pinang bermula.
.


Tempahan kali ni diposkan menggunakan perkhidmatan Poslaju, diposkan...dipos kerana kuantitinya yg kecil dan lebih murah berbanding saya hantar sendiri ke lokasi pelanggan.
.
Tempahan yg diposkan ke Ampang cuma 2 biji, ke Kajang 200 biji dan Jawi, Pulau Pinang pula sebanyak 10 biji.




.
Alhamdulillah, tempahan telah diterima pelanggan pada keesokan harinya.
.
Terima kasih kpd para pelanggan yg sentiasa menyokong Hayyanarz Bakery.
.
P/s: untuk anda yg berminat utk mengetahui lebih lanjut mengenai Hayyanarz Bahulu dan berhajat utk menempah Hayyanarz Bahulu, sila tinggalkan pesanan di ruang KOMEN di bawah utk saya hubungi.

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahuluKemboja
#BahuluCelooAyaqKopiKeliaBaqHang

Sunday, 14 May 2017

PENGHANTARAN TEMPAHAN KE KELANA JAYA, SELANGOR

Alhamdulillah...
.
Seusai penghantaran Hayyanarz Bahulu Kemboja ke Telok Gong, Klang...perjalanan saya diteruskan ke Kelana Jaya pula bagi penghantaran tempahan Hayyanarz Kuih Bakar, Bahulu Ikan Emas Dwi-Rasa, Maruku dan Kuih Siput....tempahan pelanggan di Kelana Jaya.
.

Tempahan ni adalah repeat order dari Puan Pelanggan yg pernah order dan dihantar semasa saya buat penghantaran ke Dengkil yg lalu....


.
Perjalanan agak lancar dari Telok Gong ke Kelana Jaya agak lancar walaupun perlu menempuh beberapa kesesakan lalu-lintas di beberapa tempat....


.
Kurang lebih 45 minit perjalanan dari Telok Gong..saya sampai ke lokasi pelanggan.
.
Alhamdulillah....tempahan selamat diserahkan kpd pelanggan..
.
Terima kasih Puan Pelanggan atas sokongan kpd Hayyanarz Bakery..
.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk Hayyanarz Bakery dan ingin membuat tempahan...sila tinggalkan pesanan anda di ruang komen di bawah utk saya hubungi nanti...inshaaAllah

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#HayyanarzKuihBakar
#GebuGebarz
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Saturday, 13 May 2017

PENGHANTARAN HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA KE KAMPUNG TELOK GONG, KLANG, SELANGOR

Persiapan tempahan terus dibuat seperti yg dijadualkan. Senarai tempahan yg tertulis di dalam buku tempahan....di pindahkan ke bentuk jadual ikut bulan yg ditampal ke dinding depan oven utk rujukan...😊😊😊


.
Dlm masa 2 hari 2 malam...beroperasi dari 9 pagi hingga 9 malam...tempahan sebanyak 1,000 biji Hayyanarz Bahulu Kemboja diusahakan utk disiapkan.


.
Alhamdulillah...tiba ke hari yg diijadualkan utk penghantaran.


.
Perjalanan sejauh 544km bakal ditempuh utk penghantaran kali ni....ke Kampong Telok Gong, Klang, Selangor bagi memenuhi hajat Puan Pelanggan yg akan jadikan Hayyanarz Bahulu Kemboja sebagai doorgift di majlis perkahwinan anak beliau.
.

Seusai solat isyak...semua kotak yg berisi Hayyanarz Bahulu Kemboja dinaikkan ke atas pikap...check semua barang tak tertinggal...dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...saya mula bergerak ke Klang..
.
Kenderaan agak banyak sepanjang perjalanan...dan dilanda hujan yg agak lebat bermula dari Gunung Semanggol sehingga Ulu Bernam...
.
Sempat juga berhenti lelapkan masa kejap kat Gunung Semanggol, Simpang Pulai dan Tapah...
.
Akhirnya....kurang lebih jam 8.00 pagi...selamat sampai ke lokasi Puan Pelanggan di Kampung Telok Gong, Klang, Selangor.


.
Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah yg telah memudahkan perjalanan ni....
.
Parcel Hayyanarz Bahulu Kemboja selamat diserahkan kpd Puan Pelanggan.
.
Kami di Hayyanarz Bakery mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan Puan Pelanggan dan diucapkan selamat menerima menantu kpd Puan Pelanggan.
.
Anda juga inginkan Hayyanarz Bahulu Kemboja utk dibuat doorgift..
.
Usah segan-silu..tinggalkan pesanan di ruang komen di bawah utk saya hubungi...

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Wednesday, 10 May 2017

PESANAN ORANG LAMA

KINI PRODUK HAYYANARZ BAKERY BERADA DI THE BREAD, SHAHAB PERDANA, ALOR SETAR

Alhamdulillah...
.
Kini...produk2 Hayyanarz Bakery..antaranya Hayyanarz Bahulu, Kuih Bakar dan Rempeyek berada di The Bread, Shahab Perdana, Alor Setar...


.
Utk makluman....The Bread yg terkenal dengan kek viral 1 ringgit letaknya bersebelahan Restoran KFC, Shahab Perdana, Alor Setar.
.
Produk utama The Bread adalah kek...yg mana saya telah mencuba slice kek coklat.....eeerrmmmmmm sedapnya...


.
Sejujurnya..saya akui..kek The Bread memang sedap dan setanding dengan kek Resepi Rahsia yg terkenal tu....
.
Lagi satu....kek The Bread ni buatan dan hasil tangan Melayu Muslim....dan halal lagi..
.
Jom....mari kita support kedai Orang Kita...

Monday, 8 May 2017

PENGHANTARAN HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA KE SEGARI, PERAK

Alhamdulillah...
.
Minggu ni...minggu yg agak sibuk dgn beberapa tempahan antaranya tempahan Hayyanarz Bahulu Hantaran dan Hayyanarz Bahulu Kemboja yg akan dihantar ke Segari, Perak.
.
Persiapan tempahan Hayyanarz Bahulu Kemboja ni dibuat dulu disebabkan kuantiti yg banyak iaitu 1,500 biji yg akan dihantar ke Segari, Perak.


.
Dlm pada itu, diselitkan juga dgn persiapan Hayyanarz Bahulu Ikan Hantaran di mana terdapat 2 tempahan dari 2 pelanggan.


.
Persiapan pembuatan semua bahulu bermula seawal 9 pagi sehingga 9 malam bagi memastikan tempahan disiapkan ikut masa yg telah ditetapkan.


.
Seawal jam 2.30 pagi...tempahan Hayyanarz Bahulu Kemboja yg telah disiapkan...dimasukkan ke dalam pikap....dan terus bergerak ke Segari, Perak.
.

Dan sememangnya..setiap penghantaran...saya akan bergerak waktu malam dan awal pagi bagi memasti kualiti Hayyanarz Bahulu dlm keadaan baik.
.
Alhamdulillah...seawal jam 7.30 pagi keesokkannya saya selamat sampai ke lokasi pelanggan di Segari, Perak dan alhamdulillah...selamat diserahkan kpd pelanggan.


.
Terima kasih puan pelanggan atas sokongan kpd Hayyanarz Bakery.
.
.
P/S: Bagi ANDA yg berminat dengan Hayyanarz Bahulu..usah segan-silu utk tinggalkan pesanan di ruangan KOMEN utk saya hubungi.

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Sunday, 7 May 2017

[TESTIMONI] IBU IKAN TU CNTIK SGT

Alhamdulillah...
.
Terima kasih puan..
.
Tempahan kali ni diterima dari pelanggan di Kota Tinggi, Johor utk dijadikan set hantaran perkahwinan anakk saudara beliau di Johor Bahru.


.
Tempahan telah disiapkan dan diposkan ke Kota Tinggi  menggunakan perkhidmatan Poslaju...dan telah diterima pd keesokan harinya.


.
"Ibu ikan tu cntik sgt..", antara komen puan pelanggan.


.
Terima kasih puan atas sokongan kpd Hayyanarz Bakery.

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBanqHang

Saturday, 6 May 2017

[TESTIMONI ALHAMDULILLAH...MMG CNTIK SGT

Ya ka...?
.
Alhamdulillah... Terima kasih Puan..
.
Jumaat lepas, tempahan Hayyanarz Bahulu Ikan Hantaran...tempahan pelanggan dari Sintok, Kedah telah disiapkan dan dihantar ke Jitra atas permintaan pelanggan.


.
Bahulu Ikan Hantaran ini dijadikan salah satu set hantaran utk majlis perkahwinan kawan puan pelanggan...yg mana puan pelanggan telah menghadiahkan set hantaran ini kpd kawannya.
.
"Alhamdulillah mmg cntik sgt", antara komen puan pelanggan.


.
Terima kasih puan atas sokongan kpd Hayyanarz Bakery.

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahuluIkanHantaran
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Friday, 5 May 2017

[TESTIMONI] SEDAP BAHULUNYA...DAH TRY MAKAN

Alhamdulillah..
.
.
Tempahan telah diterima dari pelanggan di Jerantut, Pahang...menempah Hayyanarz Bahulu Ikan Emas Dwi-rasa.


.
Hayyanarz Ikan Emas Dwi-rasa ni...adalah bahulu ikan emas dan dicampur perisa strawberry, pandan dan cappucino.
.
Diadun dan dibuat dengan 2 kombinasi perisa iaitu....strawberry/pandan, strawberry/cappucino dan pandan/cappucino.
.
Selalunya...tempahan pos akan dihantar menggunakan perkhidmatan Poslaju di Kangar...tapi dek Perlis/Kedah bercuti sempena Pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Israk Mikraj...maka saya telah pergi ke Pejabat Pos Kepala Batas, Pulau Pinang utk settlekan bab pos ni..


.
Alhamdulillah..pelanggan telah dapat parcel bahulu keesokan harinya.
.
"Sedap bahulunya..dah try makan....", ujar Puan Pelanggan..


.
Alhamdulillah...terima kasih puan...
.
Terima kasih puan atas sokongan kpd Hayyanarz Bakery.

#Testimoni
#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Wednesday, 3 May 2017

SIAP PERSIAPAN DOORGIFT KUIH BAKAR

SIAP DUA TEMPAHAN HAYYANARZ BAHULU IKAN HANTARAN

Alhamdulillah...
.
Tempahan telah diterima dari 2 pelanggan...iaitu seorang dari Sintok dan seorang lagi dari Kangar.
.
Masing2 berhajat kpd Hayyanarz Bahulu Ikan Hantaran...
.
Malam sebelum hari penghantaran...persiapan dibuat dan tempahan siap..
.
Pagi esoknya...penghantaran dibuat kpd Puan Pelanggan di Kangar...


.
Selesai penghantaran di Kangar...penghantaran terus dihantar kpd pelanggan di Jitra..


.
Terima kasih diucapkan atas sokongan berterusan kpd Hayyanarz Bakery.
.
Tanpa anda...siapalah kami...

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahuluIkanHantaran
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Saturday, 29 April 2017

SIAP PENGHANTARAN HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA KPD PELANGGAN DI BESERI

Alhamdulillah...
.
Pada mulanya, puan pelanggan menempah Hayyanarz Bahulu Kemboja ni sebanyak 600 biji.
.
Hayyanarz Bahulu Kemboja ni nak dibawa Puan Pelanggan utk majlis kenduri di Shah Alam.
.
Kira2 seminggu sebelum persiapan bahulu kemboja ni...Puan Pelanggan telah hubungi saya dan minta ditambah lagi 200 bj menjadikan 800 bj.
.
Persiapan Hayyanarz Bahulu Kemboja ni dibuat 2 hari sebelum penghantaran.
.
Hari pertama....pengeluaran berjalan bermula dari 8 pagi hinggalah 10 malam.
.

Di hari kedua...pengeluaran berjalan sebelah malam..bermula dari pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam... ini adalah kerana..siangnya saya telah ke Poslaju Kepala Batas, Pulau Pinang utk poskan tempahan pelanggan dari Jerantut dan Benta, Pahang...dan dari Kota tinggi, Johor. Kebetulan...pada hari tu..Perlis/Kedah telah cuti sempena Israk Mikraj...
.
Keesokan paginya..pengeluaran Hayyanarz Bahulu Kemboja berjaya disiapkan dan dihantar kpd Puan Pelanggan di Beseri, Perlis.
.

Alhamdulillah...selesai persiapan dan penghantaran utk kali ni...
.
Terima kasih Puan Pelanggan atas aokongan kpd Hayyanarz Bakery.

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahuluKemboja
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Friday, 28 April 2017

SIAP TEMPAHAN UTK PELANGGAN DI BENTA & JERANTUT, PAHANG DAN KOTA TINGGI, JOHOR

Alhamdulillah....
.
Selepas berhempas-pulas...siap sudah tempahan Hayyanarz Bahulu Kemboja utk pelanggan di Jerantut, Pahang....Hayyanarz Ikan Emas Dwi-rasa utk pelanggan di Benta, Pahang....dan Hayyanarz Ikan Hantaran utk pelanggan di Kota Tinggi, Johor..
.






Asalnya...ikut perancangan..semuanya akan diposkan menggunakan perkhidmatan Poslaju Kangar....ditakdirkan Allah Taala hari Isnin dan Selasa...Perlis dan Kedah cuti umum kerana Pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada isnin 24/4/17...dan cuti ganti Isra Mikraj pada selasa 25/4/17.
.
Namun bagi memenuhi hajat pelanggan...saya ambil keputusan utk poskan bahulu2 tempahan ni kat Kepala Batas, Pulau Pinang..
.
Seusai semuanya siap...saya terus ke Pejabat Pos Kepala Batas, Pulau Pinang...
.
Alhamdulillah....jam 12 pm....saya sampai Pejabat Pos Kepala Batas...dan semua parcel selamat diserahkan kpd pihak Poslaju.
.
Terima kasih Puan Pelanggan yg terus menerus memberi sokongan kpd Hayyanarz Bakery.
.
Saya di Hayyanarz Bakery akan terus berusaha memenuhi hajat para pelanggan...

#HayyanarzBahulu
#HayyanarzBakery
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Thursday, 27 April 2017

SIAP TEMPAHAN MINGGU INI...

Alhamdulillah..
.
Minggu ni..spt biasa...rutin restock Hayyanarz Bahulu, Rempeyek, Kuih Bakar dan Maruku telah dibuat di beberapa rakan niaga Hayyanarz Bakery spt di Agrobazaar Rakyat 1Malaysia PPK Mata Ayer, Taman Sena dan Seriab.
.
Juga di Pasaraya Seri Utama Kuala Perlis dan Pasaraya AMS Mutiara.




.
Selain itu, penghantaran secara pos juga telah dihantar kpd pelanggan di Ulu Kinta, Perak.....di mana Puan Pelanggan telah menempah Hayyanarz Bahulu Biasa dan Ikan Emas Dwi-rasa.





.
Penambahan kuantiti tempahan bahulu juga telah diterima dr pelanggan di Beseri, Perlis dan pelanggan dr Jerantut, Pahang.
.
Tempahan Hayyanarz Bahulu Ikan Hantaran juga telah disiapkan dan dihantar kpd pelanggan di Mata Ayer.


.
Dalam pada itu, kini Hayyanarz Kuih Bakar terdapat di Laksa Tradisi Kuala Perlis, Taman Sentua.


.
Kami di Hayyanarz Bakery juga mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas kesudian puan pelanggan dari Kuala Lumpur yg telah sudi singgah di Hayyanarz Bakery.
.
Kami amat berbesar hati atas kesudian puan singgah di Hayyanarz Bakery...
.
Terima kasih kpd para pelanggan yg sentiasa menyokong Hayyanarz Bakery.

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang