Monday, 31 August 2015

#sehatisejiwa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tiba lagi tarikh keramat. Tanggal 31 Ogos 2015, genap ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-58.

Tema hari kemerdekaan kali ke-58 ni adalah #sehatisejiwa.

Teringat suatu ketika dulu semasa zaman kanak², mesti akan terpaku di hadapan tv hitam putih menunggu siaran langsung perbarisan hari kemerdekaan.

Kini, giliran anak² pula. Siap pesan suruh kejutkan awal pagi untuk menonton siaran langsung perbarisan.

Begitulah kehidupan, bak roda berputar.

Sempena hari kemerdekaan ini, kami dari Hayyanarz Bakery mengucapkan selamat hari kebangsaan 2015, hari kemerdekaan ke-58 kepada semua pelanggan, saudara-mara, sahabat dan semua rakyat Malaysia.

Semoga, Malaysia akan berada dalam keamanan, kemakmuran dan keberkatan Allah SWT.

Saturday, 29 August 2015

Teguran

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari nan indah, moga terus indah dan aman bumi Malaysia ni, inshaAllah.

Saya nak bercerita sedikit kisah yang berlaku di suatu pagi selepas menghantar anak ke kelasnya.

Sewaktu keluar dari kelas, saya disapa dari belakang.

"Assalamualaikum", tegur Ustazah.

"Waalaikumsalam Ustazah. Nak ke kelas ke?", saya membalas teguran mesra Ustazah.

Alhamdulillah, ramai juga guru² kat SK Jalan Syed Alwi mengenali saya. Apa tidaknya, selalu berada di sekolah semenjak dari Kakak Dina darjah 1 dan sekarang Kakak Dina pun dah Tingkatan 1. Sekarang bersambung Bangcik dalam darjah 3 dan Adik dalam darjah 1.

"On the way ke kelas la ni", ujar Ustazah.

"Ni, nak bagi tau. Sedap bahulu yang bawa hari tu. Habis budak² tu makan...cicah air teh semasa program motivasi hari tu", sambung Ustazah.

Wah!!!...seronok dengar pengakuan Ustazah.

"Alhamdulillah Ustazah." Ucap saya, tanda bersyukur dan berterima kasih atas pujian Ustazah. Namun segala puji-pujian dipulangkan kepada Allah Yang Maha Esa.

Itulah antara maklumbalas² yang diterima dari pelanggan, dan itulah misi kami di Hayyanarz Bakery yang berazam untuk menjaga kualiti produk² edaran kami terutamanya bahulu yang menjadi produk juara.

Alhamdulillah, sebaik sampai rumah, tempahan terus diterima.

Tempahan terbaru yang merupakan bahulu original dan bahulu berperisa cappucino (antara produk bahulu berperisa popular yg ditempah).

Tempahan kali ni untuk juadah sambutan ulangtahun kelahiran. Tempahan terus disiapkan.

Bagi yang ingin menempah pelbagai jenis bahulu sama ada original atau berperisa, boleh hubungi melalui talian:

017-4620775 @ 019-2463100

Boleh juga emel ke hayyanarz.bakery@outlook.com

Hayyanarz Bahulu juga boleh didapatkan di Mama Nory Bakery, Taman Perniagaan Sena, Kangar, Perlis.

Like facebook page kami: hayyanarz-bahulu

Sokonglah produk² muslim.

Friday, 28 August 2015

Sejarah Penubuhan Hayyanarz Bakery

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya nak bercerita mengenai serba sedikit sejarah penubuhan Hayyanarz Bakery.

Mari kita berkenalan dengan pemilik Hayyanarz Bakery dahulu iaitu Puan Suraya. Berasal dari Jitra, Kedah. Puteri kepada En Sulaiman dan Puan Zainab.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Pernah bekerja di Kilang Roti Suria dan Najwa Maju Sdn Bhd dalam menimba ilmu dan mencari pengalaman kerja.

Sekarang, beliau merupakan surirumahtangga sepenuh masa yang menumpukan sepenuh perhatian kepada 3 orang cahaya mata disamping menumpukan sepenuh perhatian dalam menguruskan Hayyanarz Bakery. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Syed Alwi, Kangar, Perlis.

Pembabitan beliau dalam bidang industri makanan ni, seawal 5-6 tahun yang lalu. Beliau mula membuat dan memasarkan kuih siput sekitar Kangar, Sanglang, Air Hitam dan Jitra.

Selain itu, beliau juga mula menerima tempahan tapai secara kecil-kecilan disamping membantu pembikinan biskut raya bersama rakan² sekampung untuk tempahan hari raya.

Selepas itu, beliau mula membuat dan memasarkan sendiri produk bahulu untuk tempahan hari raya dan kenduri kahwin, selain menerima tempahan kek coklat moist dan semperit serta beberapa jenis lagi biskut.

Beliau juga pernah mengikuti kursus pendek pembuatan kek dan roti di Kolej Komuniti Arau, kursus pembuatan bahulu di Bahulu Shoppe dan Kursus Pengendali Makanan. Beliau juga akan mengikuti Konvensyen Usahawan Muslim 2015 yang bakal berlangsung di Dewan Warisan, Kangar, Perlis tak lama lagi.

Hayyanarz Bakery telah didaftarkan di SSM untuk melebarkan sayap dalam memasarkan produk² makanan tradisionalnya seperti pelbagai jenis bahulu pelbagai rasa, biskut² raya, kek dan minuman susu kambing jenama Mylo serta coklat malt jenama Mosha.

Visi Hayyanarz Bakery adalah untuk menjadi pembuat dan pengedar makanan tradisional hingga ke peringkat antarabangsa. Manakala misi Hayyanarz Bakery adalah sentiasa meningkatkan kualiti produk² edarannya.

Produk² edaran Hayyanarz Bakery boleh ditempah melalui:

Sms/whatsapp/panggilan ke 017-462 0775 atau 019-246 3100. Boleh juga emel ke hayyanarz.bakery@outlook.com.

Selain itu, produk Hayyanarz Bahulu boleh juga didapati di kedai Mama Nory Bakery yang terletak di Taman Perniagaan Sena, Kangar, Perlis.

Moga Puan Suraya akan terus sukses dalam bidang yang diceburi ini bagi mempelbagaikan lagi produk² bumiputera muslim dalam pasaran.

Sokonglah Hayyanarz Bakery.

Thursday, 27 August 2015

Bertemu kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Agak lama saya berhenti menulis blog ni, hari ni terasa hendak kembali sambung menulis di kala masa yang kelapangan.

Blog ini adalah kesinambungan dari blog lama saya yang terdahulu, iaitu irdinailham.blogspot.com yang mungkin dah bersawang rasanya....hehehe..

Blog terdahulu, kisah² yg dipaparkan banyak berkisar penjelajahan saya bermotorsikal dan perjalanan kami sekeluarga, menikmati keindahan alam sekitar serta berkongsi pengalaman baru sekitar Malaysia. Sama ada bermotorsikal, berkereta, berkongsi tempat² makan yg best dan pelbagai lagi.

Blog ini juga mungkin akan ada perkongsian pengalaman yg sama disamping memperkenalkan produk² keluaran dan edaran Hayyanarz Bakery.

Semoga, perkongsian pengalaman di sini mendapat kerahmatan Allah SWT.

Like kami di facebook page: Hayyanarz Bakery.

Sampai berjumpa lagi...