Thursday 5 July 2018

DURIAN OH DURIAN

Baru-baru ni, Kakak Dina telah terpilih untuk ke Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2018, yang diadakan di SMA Maahad Al Mashoor Al Islami, Balik Pulau, Pulau Pinang.
.

.
Kakak telah terpilih bersama-sama dengan 2 lagi pelajar SMKAP Kangar serta 20 lagi pelajar-pelajar seluruh Perlis.
.
.
Pagi jumaat tu, sebelum hantar tempahan doorgift bahulu kemboja ke Kulim, saya dan isteri hantar dahulu kakak ke SK Seri Indra, Kangar di mana tempat berkumpul sebelum mereka bergerak ke Pulau Pinang.
.
.
Selepas beberapa ketika di SK Seri Indra, saya dan isteri terus ke Kulim untuk penghantaran tempahan doorgift Hayyanarz bahulu kemboja.
.
.
Kakak Dina akan hadiri program tersebut selama 3 hari 2 malam.
.
.
Keesokkannya, saya sekeluarga bergerak ke Penang, berjalan-jalan sambil nak melawat kakak yang sedang berkursus.
.
.
Kurang lebih jam 9.30 pagi, kami bergerak ke Penang.
.
.
Keadaan trafik pada hari sabtu ni, alhamdulillah agak lancar, Cuma sedikit kesesakan berlaku semasa di atas Jambatan Pulau Pinang dan semasa di Bayan Lepas ketika menuju ke Balik Pulau.
.
.
Cuaca juga agak panas hari tu.
.
.
Sebelum tu, sempat juga berhenti sebentar semasa di Seberang Jaya untuk beli nasi kandar untuk Kakak Dina nanti.
.
.
Kurang lebih jam 12.30 tengah hari, kami sekeluarga sampai di Maahad Al Manshoori, Balik Pulau.
.

.
Cari-cari, akhirnya jumpa kakak.
.
.
Kurang lebih ½ jam di situ, kami sekeluarga bergerak pula ke Balik Pulau, cadangnya nak merasa the famous durian Balik Pulau.
.
.
Pusing punya pusing, akhirnya kami sekeluarga singgah kat sebuah gerai, agak best sebab dok bawah pokok. Teduh dan berangin.
.
.
Pekena la sebiji durian, pakat merasa sorang sikit. Sekilo RM45 dan sebiji tu dibayar sebanyak RM108.
.

.
Selepas merasa durian, terus kami sekeluarga bergerak pulang ke rumah, melalui laluan Teluk Bahang, Batu Feringgi dan terus ke Jambatan Pulau Pinang.
.
.
Sampai di Seberang Jaya, singgah sekejap di Warung Cendol Casa Prima, kepunyaan salah seorang sahabat sekolah dulu.
.
.
Sedap cendolnya. Saya rekemen kepada sesiapa yg nak merasa.
.
.
Harga juga amat berpatutan. Google sahaja Cendol Casa Prima, anda akan mudah untuk sampai ke situ.
.
.
Pengunjung pun ramai yg datang. Siap beratur panjang, macam nasi kandar beratur pula.
.
.
Usai menjamu seleraq, kami sekeluarga terus pulang ke rumah.

No comments:

Post a Comment