Thursday 28 June 2018

[TESTIMONI] SAMA2. SEDAP BAHULU.


Alhamdulillah.
.
.
Selesai sudah penghantaran tempahan doorgift Hayyanarz bahulu kemboja pakej F kepada pelanggan di Kulim, Kedah.
.

.
"Sama2. Sedap bahulu", antara komen yg telah diterima dari pelanggan.
.
.
Alhamdulillah. Terima atas sokongan kepada Hayyanarz Bakery.
.
.
InshaaAllah, kami di Hayyanarz Bakery akan terus berusaha utk meningkatkan mutu dan perkhidmatan kpd pelanggan.
.
.
Anda juga berminat?
.
.
Hubungi kami di
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
#HayyanarzBakery #Doorgift #Bahulu

Monday 25 June 2018

[POS] HAYYANARZ BAHULU KE SKUDAI, JOHOR.

Hujan lebat sekali kat luar. Hampir ½ jam mencurah-curah ke bumi Perlis ni.
.
.
Suasana agak bising bunyi atap zink yang ditimpa hujan lebat. Kiranya suara dari TV langsung tak kedengaran.
.
.
.
Namun begitu, tempahan bahulu tetap diteruskan pembuatannya.
.
.
Sementara esok nak start buat tempahan kenduri yang akan dihantar ke Ipoh, hari ni dibuat tempahan untuk pelanggan dari Skudai, Johor yang telah hubungi saya sebulan yang lalu.
.
.
Pelanggan ingin merasa HAYYANARZ bahulu inti dan kemboja.
.
.
Antara tempahan beliau, bahulu inti coklat, inti blueberry dan kemboja.
.

.
.
Dalam menyiapkan tempahan, seorang lagi pelanggan dari Sungai Siput, Perak telah hubungi saya.
.
.
Beliau ada bertanyakan mengenai bahulu kemboja beberapa bulan yang lalu dan telah mendapat sebutharga dari saya yang saya cadangkan untuk perhatian beliau.
.
.
Alhamdulillah, hari ni beliau telah confirm untuk menempah sejumlah 600 biji untuk dijadikan doorgift di majlis beliau yang akan berlangsung 2 bulan lagi.
.
.
Alhamdulillah, terima kasih puan kerana memilih HAYYANARZ Bakery.
.
.
.
Hampir 4 jam, pembakaran bahulu tempahan pelanggan dari Skudai siap.
.
.
Terus dipek dan dimasukkan ke dalam kotak untuk diposkan pagi keesokannya menggunakan perkhidmatan Poslaju.
.

.
Terima kasih puan atas sokongan kepada HAYYANARZ Bakery.
.
.
.
Nampaknya, hujan telah pun reda.
.
.
InshaaAllah, esok pagi-pagi saya akan ke Poslaju untuk serahkan bungkusan bahulu bagi penghantaran ke Skudai, Johor.
.
.
.
Anda juga berhajat untuk merasai HAYYANARZ bahulu?
.
.
Usah segan-silu untuk hubungi saya di link WhatsApp di bawah:
.
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
http://hayyanarzbakery.wasap.my
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
.
InshaaAllah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk HAYYANARZ Bakery.
.
#BahuluInti
#HayyanarzBakery
#BahuluKemboja

Thursday 21 June 2018

[HANTAR] HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA DOORGIFT KE KULIM, KEDAH

Selesai penghantaran tempahan doorgift Hayyanarz bahulu kemboja ke Pulau Pinang. Kini tempahan doorgift Hayyanarz bahulu kemboja pakej F (beg plastic) pula dibuat.
.
.
Tempahan telah diterima beberapa bulan yang lalu.
.
.
Pelanggan dari Kulim, Kedah ni telah memilih pakej F di mana bahulu kemboja akan dipek dan seal serta dimasukkan ke dalam beg plastic.
.
.
Pelanggan juga telah menempah sejumlah 1,000 biji Hayyanarz bahulu kemboja dan beberapa minggu sebelum majlis berlangsung  telah meminta dihantar beberapa biji, diposkan kepada beliau untuk rasa sebelum tempahan dibuat.
.
.
 Untuk info, bagi tempahan 600 set ke atas, kami di Hayyanarz Bakery berbesar hati untuk berikan sticker secara percuma kepada pelanggan di mana sticker tersebut akan dilekatkan di beg plastic.
.
.
2 hari masa telah diambil untuk siapkan 1,000 biji bahulu kemboja yang siap dimasukkan ke dalam beg plastic.
.

.
.
.
Selepas selesai persiapan 1,000 biji bahulu dimasukkan ke dalam 22 kotak, dinaikkan ke atas pikap, di pagi jumaat yang hening, saya bergerak menuju ke Kulim.
.

.
Location telah pun dikongsi oleh pelanggan.
.

.
Suasana sejuk pagi ditempuh sejauh lebih 150km menuju ke Kulim bagi memenuhi hajat pelanggan.
.
.
Kurang lebih jam 10 pagi, saya sampai ke Kulim seperti yang telah dirancang.
.
.
Usai sampai di lokasi, doorgift Hayyanarz bahulu kemboja pakej F diserahkan kepada pelanggan.
.
.
Terima kasih atas sokongan kepada Hayyanarz Bakery.
.

.
Anda berminat untuk merasai Hayyanarz bahulu?
.
.
Anda berhajat untuk jadikan Hayyanarz bahulu sebagai doorgift di majlis anda?
.
.
Usah segan-silu untuk hubungi saya di link wasap di bawah.
.
.
.
.
.
InshaAllah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.


#HayyanarzBakery #DoorGift  #Bahulu 

Monday 18 June 2018

[TESTIMONI] SAYA DAH RASA DPT DR JMPUTN PNGNTIN MMNG SDAP…

Cuaca agak mendung hari ni. Persiapan bahulu untuk consignment ke kedai-kedai dan pasaraya sekitar Kangar sedang dibuat.
.
.
2 bowl adunan tepung, gula dan telur telah pun siap. Lagi 2 bowl sedang dikisar. Kejap lagi boleh diangkat untuk proses pembakaran bahulu.
.
.
Sambil-sambil membakar, sekali-sekala tengok juga handphone, mana tau ada mesej masuk sama ada melalui WhatsApp, messenger mahu pun komen di dalam Page HAYYANARZ Bakery.
.
.
Dalam dok belek-belek komen yang masuk, ternampak satu mesej di ruang komen.
.
.

“Saya dah rasa dpt dr jmptn pngntin mmng sdap”, petikan dari komen tersebut.
.
.
“Alhamdulillah, terima kasih puan atas komen”, balas saya. Terasa seronok di hati bila produk HAYYANARZ bahulu mendapat maklumbalas positif dari pelanggan.
.
.
.
Terima kasih juga kepada semua pelanggan yang sentiasa menyokong HAYYANARZ Bakery.
.
.
.
Anda juga berhajat dengan HAYYANARZ bahulu untuk dijadikan doorgift mahupun kudapan di waktu senggang?
.
.
Usah segan-silu untuk hubungi saya di link WhatsApp di bawah.
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
http://hayyanarzbakery.wasap.my
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
.
.
InshaaAllah anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk HAYYANARZ Bakery.
.
#HayyanarzBakery
#Doorgift
#BahuluKemboja

Thursday 14 June 2018

[POS] TEMPAHAN HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA DAN KUIH BAKAR KE GEBENG, PAHANG

Alhamdulillah, tempahan terus dan telah diterima daripada pelanggan di Gebeng, Pahang.
.
.
Puan pelanggan telah meminta untuk dihantarkan 20 biji Hayyanarz bahulu dan 1 container kuih bakar untuk kudapan.
.
.
Persiapan dibuat untuk 20 biji Hayyanarz bahulu kemboja dan sekotak yg mengandungi 50 biji Hayyanarz kuih bakar seperti dipinta.
.

.
Selesai, dimasukkan ke dalam kotak seeloknya dan diserahkan kpd Poslaju Kangar untuk pengeposan.
.

.
Keesokkannya, pelanggan telah menerima parcel.
.
.
Terima kasih puan atas sokongan kepada Hayyanarz Bakery.
.
.
Anda juga berminat untuk merasai produk-produk Hayyanarz Bakery?
.
.
Usah segan-silu untuk hubungi saya di link wasap di bawah.
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
.
InshaaAllah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.

#HayyanarzBakery #Bahulu #KuihBakar

Monday 11 June 2018

[HANTAR] BAHULU KEMBOJA KE TITI GAJAH PULA

Untuk kali ni, tempahan telah diterima dari pelanggan yang tinggal di Titi Gajah, Alor Setar.
.
.
Semasa penghantaran tempahan HAYYANARZ bahulu kemboja di Ipoh yang lalu, ketika pulang balik ke Perlis, saya telah singgah sebentar, jalan-jalan di Taiping.
.
Sempat singgah kat Muzium Perak, jalan-jalan bawa famili melihat artifek-artifek bersejarah yang dipamerkan.
.
Petang tu, semasa dalam perjalanan dari Muzium Perak menuju ke medan selera (belakang balai bomba Taiping), saya telah terima panggilan telefon dari pelanggan ni, yang tinggal di Titi Gajah.
.
Beliau bertanyakan mengenai HAYYANARZ bahulu dan berhajat untuk jadikan HAYYANARZ bahulu sebagai doorgift di majlis perkahwinan anak beliau.
.
Sebelum tu, beliau ingin datang ke HAYYANARZ Bakery dahulu untuk melihat HAYYANARZ bahulu kemboja.
.
Jadi temujanji dibuat. Sehari sebelum kedatangan beliau, saya telah siapkan 10 biji HAYYANARZ bahulu kemboja sebagai sample untuk beliau lihat.
.
Seperti yang dijanjikan, pelanggan telah datang ke HAYYANARZ Bakery.
.
Saya telah share location Google Maps bagi memudahkan beliau sampai ke HAYYANARZ Bakery.
.
Alhamdulillah, beliau selamat sampai ke HAYYANARZ Bakery.
.
Setelah melihat-lihat dan merasa bahulu dan rempeyek, beliau telah bersetuju untuk menempah 1,000 biji HAYYANARZ bahulu kemboja untuk dijadikan doorgift di majlis anaknya yang akan berlangsung 2 minggu lagi.
.
Semasa hendak pulang, beliau turut membeli beberapa pek rempeyek dan kuih bakar.
.
“Sedap rempeyek ni, Kak. Pandai Kak buat”, komen anak pelanggan yang turut sekali datang selain isteri beliau.
.
Alhamdulillah.
.
.
Selepas perancangan dibuat, sampai pada harinya, sekitar 2 hari sebelum penghantaran, saya mulakan kerja-kerja untuk siapkan tempahan.
.
Petangnya, Pelanggan telah hubungi saya dan telah minta untuk dibuat penambahan lagi 300 biji HAYYANARZ bahulu kemboja yang menjadikan tempahan sejumlah 1,300 biji.
.
“InshaaAllah, akan saya cuba sedaya upaya untuk siapkan”, balas saya sambil mengangkat tangan ke langit, syukur ke hadrat Allah Taala yang kurniakan segala rezeki kepada hamba-Nya.
.
Operasi membuat bahulu berjalan lancar selama 2 ½ hari tanpa ada sebarang masalah.
.
Alhamdulillah. Semuanya siap.
.
.
Usai solat Jumaat pada hari yang dijanjikan untuk dibuat penghantaran, mulanya penghantaran nak dibuat awal pagi Jumaat namun terpaksa dianjak ke lepas solat Jumaat dek penambahan 300 biji bahulu kemboja, kesemua 26 kotak yang mengisikan 1,300 biji HAYYANARZ bahulu kemboja serta 11 biji extra yang diberikan percuma diangkat ke atas pikap.

.
Melalui Kodiang, Jitra dan terus ke Titi Gajah, kurang lebih jam 4 petang saya sampai ke lokasi pelanggan.
.
Alhamdulillah, kesemua 1,300++ biji bahulu diserahkan kepada pelanggan yang ketika itu sedangkan siapkan pelamin pengantin. Cantik pelamin yang disediakan.
.
.
Terima kasih kepada pelanggan atas sokongan kepada HAYYANARZ Bakery.
.
.
Adakah anda juga berhajat untuk jadikan HAYYANARZ bahulu sebagai doorgift di majlis anda?
.
Mahupun jadikan kudapan di waktu senggang?
.
Usah segan-silu untuk hubungi saya di link WhatsApp di bawah:
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
http://hayyanarzbakery.wasap.my
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
InshaaAllah anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk HAYYANARZ Bakery.
.
.
#HayyanarzBakery
#BahuluKemboja
#Doorgift

Thursday 7 June 2018

DITEMURAMAH RTM

Alhamdulillah.
.
.
Waktu tu, kami di Hayyanarz Bakery sedang siapkan tempahan doorgift Hayyanarz bahulu kemboja yang telah ditempah pelanggan dari Permatang Damar Laut, Pulau Pinang.
.
.
Dalam dok kalut membakar bahulu, panggilan telefon telah diterima dari Agrobazaar Rakyat 1Malaysia, Seriab.
.
.
“Mai sat ke kedai, boleh dak?”
.
.
“Ya, ada apa?”
.
.
“Pihak RTM nak interview, mai dalam pukul 2.45 ptg na.”
.
.
Tudia. Betul ke RTM nak interview ni?
.
.
Dalam pukul 3 pm, saya dan isteri terus ke Agrobazaar Rakyat 1Malaysia, Seriab seperti yg diminta.
.
.
Di sana, dah ada beberapa orang staff RTM sedang menjalankan penggambaran sekitar Agrobazaar Rakyat 1Malaysia.
.
.
Selepas diperkenalkan oleh boss Agrobazaar Rakyat 1Malaysia, Seriab kpd staff RTM, terus penggambaran rakaman temuramah dibuat.
.


.
Sat ja temuramah tu.
.
.
Dan alhamdulillah, temuramah tersebut telah disiarkan dalam segmen #Negaraku, Berita TV1 RTM, 30 Mac 2018 yang lalu.
.


.
Terima kasih Agrobazaar Rakyat 1Malaysia, Seriab dan RTM yang sudi menemuramah Hayyanarz Bakery.

#HayyanarzBakery

Monday 4 June 2018

[TESTIMONI] KAMI SELALU BLI REMPEYEK DI AGRO BZAR TAMAN SENA…SDP!!!.

Antara produk2 HAYYANARZ Bakery selain bahulu, terdapat juga rempeyek, maruku, kuih bakar dan kuih siput.
.
Produk2 ni ada terdapat di beberapa kedai dan pasaraya antaranya Agrobazaar Rakyat Mata Ayer, Taman Sena dan Seriab; Pasaraya Hafifah, Kangar dan Pasaraya Seri Utama Kuala Perlis.
.
Alhamdulillah…lagi testimoni telah diberikan oleh pelanggan.

.
“Kami selalu bli rempeyek di Agro Bzar Taman Sena..sdp!!!”, antara komen yg diberikan oleh pelanggan.
.
Terima kasih kpd para pelanggan yg sentiasa menyokong produk2 HAYYANARZ Bakery.
.
InshaaAllah…kami di HAYYANARZ Bakery akan terus berusahautk menjaga kualiti produk2 HAYYANARZ Bakery.
.
#HayyanarzBakery
#Rempeyek
#Rangup
#Testimoni