Monday 9 April 2018

[SIAP] TEMPAHAN TERGEMPAQ DARI CUSTOMER

Hujan masih lagi dok turun membasahi bumi Perlis ni. Tak tau sampai bila. Tak la lebat..sat-sat lebat...sat-sat renyai.
.
Minggu ni agak lapang sikit berbanding beberapa minggu yg lepas..yg penuh kekalutan nak siapkan tempahan Hayyanarz Bahulu Kemboja, tempahan pelanggan utk dibuat doorgift majlis kenduri.
.
Bermula esok..akan kembali kekalutan utk siapkan tempahan pelanggan yg berhajat utk jadikan Hayyanarz bahulu biasa sebagai kudapan @ jajan di majlis kenduri beliau.
.
Namun...hari ni...kelapangan yg ada diambil utk siapkan sedikit tempahan yg dihajati pelanggan yg buat majlis kenduri bersunat anak beliau.
.
Beliau berhajat kpd Hayyanarz Bahulu biasa sebanyak 200 biji.
.
Semua persediaan dibuat...diisikan ke dalam container yg boleh memuatkan 40 biji/container...menghasilkan 5 container.

.
InshaaAllah...esok akan diserahkan kpd pelanggan.
.
Jika anda juga berhajat dengan Hayyanarz Bahulu, usah segan-silu utk hubungi saya di link whatsapp di bawah:
.
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
.
InshaaAllah..saya akan cuba penuhi hajat anda...

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

No comments:

Post a Comment