Monday 2 April 2018

[HANTAR] KE MANA PULA? KE ALOR SETAR LAGI...ANDA JUGA BERHAJAT?

Hujan masih lagi membasahi bumi Perlis. Mlm ni agak sejuk dek hujan lebat petang tadi.
.
Kat TV sedang berlangsung filem P. Ramlee bertajuk Masam-Masam Manis.
.
Sambil² menonton, peluang diambil menulis sedikit coretan aktiviti minggu lepas sambil dilayan gelak ketawa anak² menonton gelagat komedi P. Ramlee.
.
Minggu lepas, persiapan tempahan Hayyanarz Bahulu Kemboja berjalan.
.
Kali ni tempahan yg disiapkan sebanyak 1,350 biji yg datangnya dari pelanggan di Alor Setar dan Langkawi.
.
150 biji Hayyanarz Bahulu Kemboja dari pelanggan yg berada di Teluk Kumbar, Alor Setar dan 1,200 biji dari pelanggan di Langkawi yg majlisnya berlangsung di Hotel Regency, Alor Setar.
.
Kedua²nya dihantar pada hari yg sama kerana kedua²nya, majlis kenduri berlangsung pd hari yg sama.
.
Persiapan pertama dibuat utk 1,200 biji dan kemudiannya disiapkan 150 biji utk pelanggan ke-2.
.


Usai solat Jumaat, kesemua tempahan yg telah dimasukkan ke dalam kotak diangkut ke dalam pikap dan lokasi pertama dihantar ke Teluk Kumbar.
.
Alhamdulillah, pada hari penghantaran, cuaca amat baik sekali, langit cerah dan kedinginan hawa sejuk angin timur mula terasa.

.
Selesai penghantaran ke Teluk Kumbar, destinasi ke-2 iaitu Hotel Regency dituju.
.
Sampai saja di hotel, dgn bantuan staf hotel, 1,200 biji bahulu kemboja yg telah dimasukkan ke dalam 28 kotak diangkut ke dalam dewan di mana majlis kenduri bakal berlangsung yg letaknya di tingkat 1, Hotel Regency.
.
Alhamdulillah, selesai semuanya. Terima kasih kpd staf hotel yg menolong saya mengangkut bahulu.
.
Ok, selesai sudah penghantaran. Sekarang, jom balik.
.
Hari masih lagi awal, perjalanan balik terus ke Perlis, sebelum tu singgah dulu makan² kat Arau.
.
Saya telah singgah sekejap di Arau dan sempat merasa bihun sup siam di Kedai Capati Arau.
.
Alhamdulillah....
.
Utk anda yg bercadang mengadakan majlis dan berhajat menjadikan bahulu sebagai doorgift, jemput hubungi saya di link WhatsApp di bawah:
.
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
.
InshaaAllah, kita boleh berbincang mengenai beberapa pakej yg tersedia.
.
InshaaAllah, anda bakal berpuas-hati dgn produk² Hayyanarz Bakery.

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahuluKemboja
#BahuluCelopAyaqKopiKeliabaqhang

No comments:

Post a Comment