Thursday 22 March 2018

[HANTAR] DOORGIFT HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA PAKEJ KOTAK KE MATIN, NEGERI SEMBILAN.

Ini adalah kali ke 2 tempahan doorgift Hayyanarz Bahulu Kemboja pakej kotak diterima daripada pelanggan di Negeri Sembilan.
.
.
Pelanggan dari Mantin, Negeri Sembilan ni telah membuat tempahan sejak beberapa bulan yg lalu, yg mana beliau telah menempah 400 biji doorgift Hayyanarz Bahulu Kemboja pakej kotak.
.
.
Tiba saat dan ketikanya pembuatan bahulu bahulu dan kotak dibuat.
.
.
Alhamdulillah, jumlah 400 biji tu disiapkan dalam 1 hari saja.
.

.
Cuma, 2-3 hari sebelum penghantaran, saya demam sikit. Syukur alhamdulillah, isteri yang bertungkus-lumus siapkan tempahan doorgift bahulu kemboja ni.
.
.

Cuaca malam agak sejuk dek angin timur yang melanda Perlis sekarang ni.
.
.
Bulan di awan nampaknya sudah tinggal separuh kelihatan. Lepas solat isyak semua kotak-kotak yang mengisikan doorgift bahulu kemboja pakej kotak tempahan pelanggan dimuatkan di belakang pikap.
.
.
Alhamdulillah, pikap baru saja dihantar service minggu lepas yang dah clocked 60,000 km.
.
.
Di kala ramai orang mula masuk tidur, saya mulakan perjalanan dengan doa semoga musafir ini mendapat keberkatan dan kerahmatan Allah Taala bagi memenuhi hajat pelanggan.
.
.
Perjalanan agak lancar, namun bila masuk highway kenderaan mula banyak dengan lori-lori dan peminat bolasepak yang baru balik dari menonton perlawanan bolasepak antara Kedah dan Perak di Alor Setar.
.
.
Saya nonton sikit ja tadi kat TV sebelum bertolak.
.
.
Sampai Hentian Sebelah Alor Pongsu, mata rasa tak tertahan. Saya berhenti sekejap untuk lelapkan mata barang seketika. Lagi pun banyak juga lori yang berhenti kat situ.
.
.
Alhamdulillah, terlelap dalam ½ jam. Rasa segar sikit, saya teruskan pemanduan.
.
.
Sebaik saja sampai R&R Sungai Perak, sekali lagi saya berhenti untuk rehatkan badan.
.
.
Alhamdulillah, badan rasanya dah kebah sikit dari demam. Lagi pun tadi dah telan 2 biji paracetamol.
.
.
Selepas basuh muka dan rasa segar, saya teruskan perjalanan musafir ni.
.
.
Kenderaan atas highway masih banyak dengan lori-lori dan bas.
.
.
Akhirnya dalam jam 6 pagi, saya sampai R&R Tapah.
.
.
Sekali lagi saya berhenti untuk tunaikan kewajipan solat Subuh.
.
.
Usai solat subuh, saya sambung lagi  perjalanan. Dari google maps, nampaknya untuk sampai ke Mantin, Negeri Sembilan dalam masa 3 jam lagi. Perjalanan diteruskan.
.
.
Jam 8 pagi, saya sampai Sungai Buloh. Bermulalah episod menghadap jem.
.
.
Iyalahkan. Ramai orang dalam perjalanan ke tempat kerja pagi-pagi ni. Terpaksalah hadapi juga jem ni.
.
.
Ikut ja petunjuk google maps, dari Plus Highway ke Lekas Highway dan akhirnya dalam jam 9.45 pagi saya sampai ke lokasi pelanggan di Mantin, Negeri Sembilan.
.

.
Alhamdulillah, mudah untuk sampai ke lokasi pelanggan dan penyerahan doorgift bahulu kemboja pakej kotak sebanyak 400 biji dibuat beserta extra bahulu sebanyak 10 biji, free gift dari Hayyanarz Bakery..
.
.
Terima kasih diucapkan kepada pelanggan yang menyokong Hayyanarz Bakery.
.
.
Anda juga berhajat kepada doorgift Hayyanarz Bahulu?
.
.
Usah segan-silu untuk hubungi saya din link bawah:
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
.
Inshaa Allah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.
.
#Doorgift #HayyanarzBakery #Bahulu #Sedap #Lembut #Gebu

No comments:

Post a Comment