Thursday 29 March 2018

[RAKAN NIAGA] MAMA CENDOL BIHUN SUP UTARA

Anda suka cendol? Juga suka bihun sup utara?
.
.
Cendol yg berlemak manis, dilimpahi santan yang segar, disejukkan dengan ais dan dilimpahi lelehan gula melaka @ gula gerek bak kata orang utara….
.
.
Bihun sup pula…bihunnya dicelur dalam air kunyit yg membangkitkan warna kekuningan, dilimpahi dengan daging tempatan yang segar serta lobak asin dan cabai resepi asli, kuah sup yang power tanpa campuran Pak Aji No Mutu….pergh!!!! Kelia baq hang.
.

.
Mai….saya nak ceritakan sikit pasal bihun sup utara ni.
.
.
Usai penghantaran tempahan doorgift bahulu kemboja di Mantin, saya terus ke KL untuk rehat. Keesokannya pagi saya bertolak balik ke Perlis.
.

.
Seperti yang dirancang, saya singgah di kedai MAMA CENDOL BIHUN SUP UTARA SEMPOI.
.

.
Kedai ni letaknya di antara Tol Gopeng dan Tol Simpang Pulai, di jalan utama no 1 Ipoh-KL.
.
.
Kedainya betul-betul di tepi jalan, mudah untuk singgah, tempat parkir pun mudah.
.
.
Antara menunya yang utama adalah cendol, bihun sup, kueteow sup, nasi sup dan berbagai-bagai lagi.
.
.
Beroperasi dari pagi hingga petang, setiap hari.
.
.
Selain dari menu-menunya yang ternyata sedap (antara kedai yang selalu saya singgah jika balik dari KL ke Perlis), produk HAYYANARZ REMPEYEK juga kedapatan di sini.
.
.
Saya sangat-sangat rekemen mai singgah sini untuk menjamu selera.
.
.
Untuk anda sekitar Ipoh, jemput datang sini untuk merasai menu-menu yang sedap juga boleh juga dapatkan HAYYANARZ REMPEYEK di sini.
.
.
Jemput datang dan singgah ya…
.
#HayyanarzBakery #Rempeyek #Rangup #Sedap

Monday 26 March 2018

[POS] KE JOHOL, NEGERI SEMBILAN PULA HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA...BILA LAGI NK KE TEMPAT ANDA..?

Usai siapkan tempahan ke Seriab, persiapan disambung pula utk tempahan kpd pelanggan dr Johol, Negeri Sembilan.
.
Tempahan telah di'confirm'kan oleh pelanggan pd Oktober 2017 yg lalu.
.
Puan Pelanggan yg dr Johor Bahru ni telah meminta saya poskan tempahan sebanyak 100 biji Hayyanarz Bahulu Kemboja ke kampung beliau di Johol, Negeri Sembilan.
.

Tempahan disiapkan mengikut jadual, dipek je dlm kotak, iaitu sebanyak 3 kotak yg digunakan dan diposkan menggunakan perkhidmatan Poslaju.

.
Alhamdulillah, pelanggan telah terima parcel pd hari ke-3.


.
Utk anda yg berhajat utk jadikan Hayyanarz Bahulu Kemboja sebagai doorgift mahupun kudapan, usah segan-silu utk hubungi saya di link whatsapp di bawah:
.
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
.
InshaaAllah, anda akan berpuas-hati dgn produk2 Hayyanarz Bakery.

#HayyanarzBahulu
#HayyanarzBakery
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Thursday 22 March 2018

[HANTAR] DOORGIFT HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA PAKEJ KOTAK KE MATIN, NEGERI SEMBILAN.

Ini adalah kali ke 2 tempahan doorgift Hayyanarz Bahulu Kemboja pakej kotak diterima daripada pelanggan di Negeri Sembilan.
.
.
Pelanggan dari Mantin, Negeri Sembilan ni telah membuat tempahan sejak beberapa bulan yg lalu, yg mana beliau telah menempah 400 biji doorgift Hayyanarz Bahulu Kemboja pakej kotak.
.
.
Tiba saat dan ketikanya pembuatan bahulu bahulu dan kotak dibuat.
.
.
Alhamdulillah, jumlah 400 biji tu disiapkan dalam 1 hari saja.
.

.
Cuma, 2-3 hari sebelum penghantaran, saya demam sikit. Syukur alhamdulillah, isteri yang bertungkus-lumus siapkan tempahan doorgift bahulu kemboja ni.
.
.

Cuaca malam agak sejuk dek angin timur yang melanda Perlis sekarang ni.
.
.
Bulan di awan nampaknya sudah tinggal separuh kelihatan. Lepas solat isyak semua kotak-kotak yang mengisikan doorgift bahulu kemboja pakej kotak tempahan pelanggan dimuatkan di belakang pikap.
.
.
Alhamdulillah, pikap baru saja dihantar service minggu lepas yang dah clocked 60,000 km.
.
.
Di kala ramai orang mula masuk tidur, saya mulakan perjalanan dengan doa semoga musafir ini mendapat keberkatan dan kerahmatan Allah Taala bagi memenuhi hajat pelanggan.
.
.
Perjalanan agak lancar, namun bila masuk highway kenderaan mula banyak dengan lori-lori dan peminat bolasepak yang baru balik dari menonton perlawanan bolasepak antara Kedah dan Perak di Alor Setar.
.
.
Saya nonton sikit ja tadi kat TV sebelum bertolak.
.
.
Sampai Hentian Sebelah Alor Pongsu, mata rasa tak tertahan. Saya berhenti sekejap untuk lelapkan mata barang seketika. Lagi pun banyak juga lori yang berhenti kat situ.
.
.
Alhamdulillah, terlelap dalam ½ jam. Rasa segar sikit, saya teruskan pemanduan.
.
.
Sebaik saja sampai R&R Sungai Perak, sekali lagi saya berhenti untuk rehatkan badan.
.
.
Alhamdulillah, badan rasanya dah kebah sikit dari demam. Lagi pun tadi dah telan 2 biji paracetamol.
.
.
Selepas basuh muka dan rasa segar, saya teruskan perjalanan musafir ni.
.
.
Kenderaan atas highway masih banyak dengan lori-lori dan bas.
.
.
Akhirnya dalam jam 6 pagi, saya sampai R&R Tapah.
.
.
Sekali lagi saya berhenti untuk tunaikan kewajipan solat Subuh.
.
.
Usai solat subuh, saya sambung lagi  perjalanan. Dari google maps, nampaknya untuk sampai ke Mantin, Negeri Sembilan dalam masa 3 jam lagi. Perjalanan diteruskan.
.
.
Jam 8 pagi, saya sampai Sungai Buloh. Bermulalah episod menghadap jem.
.
.
Iyalahkan. Ramai orang dalam perjalanan ke tempat kerja pagi-pagi ni. Terpaksalah hadapi juga jem ni.
.
.
Ikut ja petunjuk google maps, dari Plus Highway ke Lekas Highway dan akhirnya dalam jam 9.45 pagi saya sampai ke lokasi pelanggan di Mantin, Negeri Sembilan.
.

.
Alhamdulillah, mudah untuk sampai ke lokasi pelanggan dan penyerahan doorgift bahulu kemboja pakej kotak sebanyak 400 biji dibuat beserta extra bahulu sebanyak 10 biji, free gift dari Hayyanarz Bakery..
.
.
Terima kasih diucapkan kepada pelanggan yang menyokong Hayyanarz Bakery.
.
.
Anda juga berhajat kepada doorgift Hayyanarz Bahulu?
.
.
Usah segan-silu untuk hubungi saya din link bawah:
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
.
Inshaa Allah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.
.
#Doorgift #HayyanarzBakery #Bahulu #Sedap #Lembut #Gebu

Monday 19 March 2018

TERIMA KASIH CIKGU

Minggu persekolahan sudah di penghujung tahun utk sesi 2017 yg lalu.. Kebanyakan sekolah mula mengadakan majlis anugerah kecemerlangan bg meraikan anak2 pelajar yg mendapat keputusan peperiksaan yg cemerlang.
.
Tak lupa juga SKJRSA. Utk kesekian kalinya, Hayyanarz Bakery turut meraikan anak2 pelajar serta ibubapa yg hadir ke majlis anugerah ni.
.


Hayyanarz Bakery juga mengucapkan tahniah kpd semua anak2 pelajar dan ibubapa yg mendapat anugerah.
.
Tak lupa ucapan ribuan terima kasih kpd semya guru2 yg bertungkus-lumus mendidik anak2 pelajar sepanjang tahun.
.
Hanya Allah sahaja yg mampu membalas semua jasa2 dan pengorbanan para guru.
.
Semoga kita diberikan rezeki utk bertemu lagi di tahun hadapan.
.
Selamat bercuti hujung tahun kpd semua anak2 pelajar dan guru2.

Thursday 15 March 2018

[TESTIMONI] SAYA BELI TADI, SEDAP

Kelmarin, ada 2 kenduri yg telah disinggahi. Sementelah cuti hujung minggu, ramai juga yg buat kenduri kahwin. Tak macam dulu, kalau kenduri kahwin ni mesti dalam masa cuti persekolahan. Sekarang ni, dah tak kira masa dah, asal cuti, selalunya akan ada kenduri yg dibuat.
.
.
Waktu tu, tak perasan pulak yg mesej ni masuk. Selesai sebuah rumah, lagi satu nk kena pi kenduri, dah dipanggil, kenalah hadir jika tak ada keuzuran.
.
.
Dalam perjalanan nk ke rumah kenduri lg satu, tengok kat telefon,. ada miss call.
.
.
Kemudian, tengok kat sms, ada mesej.


.
.
"Asmlkm mohon  bertanya puan pengusaha kuih bakar ka...Saya beli td sedap. Mak saya suka..", mesej tu tertera di screen handphone.
.
.
Terus saya call no miss call tadi, yg juga sama dgn no sms yg diterima.
.
.
"Assalamualaikum, puan. Puan yg call saya tadi? Saya tengok ada miss call kat phone saya. Kebetulan saya kat tempat kenduri tadi, tak dengar pulak phone berbunyi." Sapa saya selepas mendengar panggilan dijawab.
.
.
"Ya, saya call tadi. Nk tanya pasai kuih bakar." balas suara wanita dihujung speaker tefefon.
.
.
"Boleh saya tahu, kat mana puan beli kuih bakar tu. Memang betul, kuih bakar tu edaran saya." balas saya.
.
.
"Saya beli kat Agrobazaar Taman Sena..", balas puan pelanggan tadi.
.
.
Alhamdulillah, terima kasih puan atas pujian puan yg kata Hayyanarz Kuih Bakar sedap.
.
.
Terima kasih puan atas sokongan yg puan berikan.
.
.
Anda berhajat utk merasai Hayyanarz Kuih Bakar?
.
.
Usah segan-silu utk hubungi saya di link bawah.
.
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
http://hayyanarzbakery.wasap.my
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
.
Inshaa Allah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.
.
.
#HayyanarzBakery #KuihBakar #Sedap #Gebu #CairDiMulut #KuihTradisional

Monday 12 March 2018

SERAHAN HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA PEMBUKA SESI CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah hujung tahun 2017 telah bermula.
.
Permulaan cuti yg disambut dgn cuaca hujan sepanjang hari, angin yg agak kuat dan suhu sekeliling yg agak sejuk.
.
Sesekali bila lihat di luar rumah, pokok meliuk lintuk dipukul angin dgn awan gelap bergerak laju di atas langit sana.
.
Maka bermulalah musim kenduri.
.
Permulaan hujung November 2017 ni, seperti kebiasaan, tempahan Hayyanarz Bahulu agak banyak yg dijadikan doorgift.
.
Tempahan kali ni datangnya dari pelanggan yg juga merupakan seorang pegawai polis.
.
Tuan pelanggan telah datang ke Hayyanarz Bakery utk melihat sendiri Hayyanarz Bahulu dan kemudiannya telah confirm dgn tempahan sejumlah 1,000 bj.
.
Tuan pelanggan telah menempah seawal Julai 2017 dan majlis kendurinya yg diadakan pd hujung November 2017.
.
Ok...confirm dgn tempahan, nanti dekat2 dgn hari kenduri, tempahan akan disiapkan.
.
Selang beberapa minggu, Tuan Pelanggan telah hubungi saya dan telah menambah tempahan dgn menjadikan tempahan Hayyanarz Bahulu Kemboja sejumlah 1,200 bj.
.
Kini, hari yg dinanti-nantikan tiba.
.
Tiga hari sebelum majlis kenduri, bahulu disiapkan sebanyak 1,200 bj.
.

Hujan masih mencurah-curah turun. Kerja2 persiapan diteruskan.
.
Alhamdulillah, tempahan berjaya disiapkan ikut jadual dan dihantar terus ke lokasi pelanggan sehari sebelum majlis.

.
Alhamdulillah, pada hari penghantaran, cuaca amat baik.
.
Seawal jam 8 pagi, saya telah bertolak ke lokasi pelanggan utk penyerahan.
.
Saya dan seluruh staff Hayyanarz Bakery mengucapkan selamat menerima menantu kpd Tuan Pelanggan.
.
Terima kasih Tuan atas sokongan kpd Hayyanarz Bakery.
.
Utk anda yg berhajat utk jadikan Hayyanarz Bahulu sebagai doorgift, usah segan-silu utk hubungi saya di link whatsapp di bawah
.
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
.
InshaaAllah anda akan berpuas-hati dgn produk2 Hayyanarz Bakery.

Thursday 8 March 2018

DOORGIFT BOWLING FRIENDLY MATCH

Ketika posting ni ditulis, pagi ni cuaca amat baik sekali, angin sepoi-sepoi bahasa, tak terlalu panas, tak terlalu sejuk.
.
.
Pagi ni bersarapan, nasi lembut berlaukkan sardin. Sedap juga makan nasi lembut berlaukkan sardin, berulamkan timun cicah air asam sambil nonton Animal Planet, dokumentari Wild City, menceritakan haiwan-haiwan yang terdapat sekitar Singapura.
.
.
Petang nanti, kawan-kawan ada menganjurkan friendly match bowling di Sungai Petani.
.
.
Untuk merai dan sokongan kepada program ni, saya sediakan sedikit doorgift untuk kudapan rakan-rakan.
.

.
Semoga ukhwah antara kita akan sentiasa segar dan berkekalan.
.
.
Selamat menghayun bola bowling kepada semua rakan-rakan.
.
.
Untuk anda yang berhajat untuk menjadikan HAYYANARZ bahulu sebagai doorgift, usah segan-silu untuk hubungi saya di link bawah:
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
http://hayyanarzbakery.wasap.my
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
.
Inshaa Allah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk HAYYANARZ Bakery.

#DoorGift #hayyanarzBakery #HayyanarzBahulu #Sedap #Gebu #Lembut #BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Monday 5 March 2018

[SERAH] LAGI REPEAT ORDER DARI KANGAR....ANDA BILA LAGI..???

Mulanya mesej masuk bertanyakan tentang bahulu perisa. Khabarnya nk tempah utk majlis yg bakal diadakan di Penang.
.
Pelanggan ni dr Kangar dan berhajat kpd bahulu perisa strawberry dan cappucino serta bahulu biasa.
.
Utk info, Hayyanarz Bahulu perisa terdpt dlm beberapa jenis iaitu strawberry, pandan dan cappucino. Semuanya menggunakan perisa, bukan pewarna. Jadi rasanya benar2 rasa spt yg ditawarkan.
.
Mcm pernah kenal pulak nama pelanggan ni, siasat punya siasat...rupanya pelanggan ni jg pernah order sebelum ni. Kira yg ni repeat order  la...
.
Puan pelanggan berhajat yg bahulu2 ni dipek sebiji-sebiji siap2, jadi nanti tak perlulah beliau nk pek semula.
.
Tak menjadi masalah permintaan Puan Pelanggan, bisa kami uruskan.
.
Sehari sebelum penghantaran, tempahan telah disiapkan dan dihantar terus ke lokasi Puan Pelanggan keesokkan harinya.
.

Terima kasih Puan Pelanggan atas sokongan berterusan kpd Hayyanarz Bakery.
.
Utk anda yg juga berhajat kpd Hayyanarz Bahulu, nk merasai kesedapan Hayyanarz Bahulu, nk buat menu kudapan atau jajan...mahupun utk dijadikan doorgift sebarang majlis..usah segan-silu utk hubungi sy dgn klik link WhatsApp di bawah.
.
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
.
InshaaAllah akan sy hubungi anda kembali seberapa segera.
.
Ingat bahulu...ingatlah Hayyanarz Bahulu.

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Thursday 1 March 2018

[POS] REPEAT ORDER, HAYYANARZ MARUKU KE PAKA, TERENGGANU

Sambil-sambil menunggu anak (ketika posting ditulis)  di kawasan parkir Masjid Alwi, di mmana anak saya belajar di SMK Agama Perempuan Al-Alawiyah, Kangar saya ambil peluang menulis artikel ini.
.
.
Seorang demi seorang keluar menuju ke kenderaan ibubapa masing-masing.
.
.
Jam pun dah menginjak ke pukul 3 petang.
.
.
Cuaca hari ni (ketika posting ni ditulis) agak panas dan berangin. Sementelah sekarang ni kat Perlis dalam musim angin timur atau dikenali penduduk tempatan sebagai Winter Wind Season.
.
.
Beberapa minggu lepass, saya telah terima mesej dari salah seorang pelanggan dari Paka, Terengganu.
.
.
Beliau pernah menempah Hayyanarz Maruku dan bahulu dahulu.
.
.
Kali ni, repeat order dari beliau yang inginkana 5 kg Hayyanarz maruku.
.
.
Untuk makluman, Hayyanarz maruku dipek dalam 220g/pek. Jadi untuk tempahan 5kg ni, saya bekalkan sebanyak 23 pek untuk pelanggan.
.
.
Tempahan sebanyak 23 bungkus hayyanjarz maruku ni dimasukkan ke dalam 4 kotak dan diserahkan kepada pihaka Poslaju untuk penghantaran.
.

.
2 hari kemudian, Alhamdulillah, pelanggan telah beritahu yang parcel telah diterima dengan selamatnya.


.
.
Terima kasih Puan Pelanggan atas sokongan kepada hayyanarz Bakery.
.
.
Untuk anda yang berminat dan berhajat kepada Hayyanarz Maruku, usah segan segan-silu untuk hubungi saya di link bawah.
.
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
http://hayyanarzbakery.wasap.my
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
.
Inshaa Allah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk Hayyanarz Bakery.

#HayyanarzBakery #HayyanarzMaruku #Sedap #Rangup