Thursday 1 February 2018

[HANTAR] LAGI HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA KE IPOH

Hujan agak lebat membasahi bumi Perlis semenjak tengah hari lagi, membawa ke petang.
.
.
.
Proses pembuatan HAYYANARZ bahulu kemboja giat disiapkan semenjak 2 hari lepas tanpa henti, bermula dari jam 9 pagi membawa ke jam 8 malam bagi menyiapkan tempahan pelanggan dari Ipoh sebanyak 1,000 biji.
.
.
.
Dah la hujan, suhu juga agak sejuk. Minta-minta ler malam nanti tak hujan sebab saya akan bertolak ke Ipoh tengah malam nanti untuk penghantaran bahulu.
.
.
Alhamdulillah, dalam jam 10 malam semuanya siap dimasukkan ke dalam kotak sebanyak 18 kotak yang mengisikan 1,000 bioji bahulu kemboja serta 11 biji extra.
.
.

Apa-apa pun, sementara menunggu pukul 12 tengah malam, tidur dulu untuk rehatkan badan sebelum bertolak nanti.
.
.
Kurang lebih jam 12.30 tengah malam, semuanya siap diangkat ke atas pikap.
.
.
Suasana lepas hujan amat sejuk sekali, minta-mintalah jangan dok hujan dalam perjalanan.
.
.
Tujuan penghantaran waktu malam ni adalah untuk elakkan bahulu dari kena panas matahari.
.
.
Lagi pun, inshaaAllah saya boleh sampai ke lokasi pelanggan seawal jam 8 pagi. Jadi bolehlah pelanggan siapkan bahulu tu, nak masukkan ke dalam beg ke, kotak ke atau apa-apa pilihan pelanggan.
.
.
Dengan lafaz, “Bismillah…” saya bertolak ke Ipoh.
.
.
Sepanjang perjalanan, kejap hujan, sekejap tak hujan. Jalan basah sepanjang perjalanan menunjukkan hujan agak lebat.
.
.
Kenderaan tak banyak atas highway, mungkin sebab cuti sekolah dah berakhir.
.
.
Sampai Gurun, terasa mengantuk sikit. Jadi saya singgah sekejap untuk tidur sekejap.
.
.
Alhamdulillah, terlelap sekejap dalam 15 minit. Mata kembali segar. Terus saya sambung perjalanan selepas periksa keadaan kotak-kotak kat belakang pikap.
.
.
Perjalanan agak smooth, tiada terjumpa sebarang kemalangan.
.
.
Kurang lebih jam 4.30 pagi, saya sampai R&R Gunung Semanggol.
.
.
Waktu subuh nampaknya lambat lagi nak masuk, dalam pukul 6 pagi nanti. Jadi saya ambil peluang untuk tidur sekejap sementara tunggu subuh.
.
.
Usai solat subuh, saya teruskan perjalanan ke lokasi pelanggan di Ipoh, mengikut Google Maps yang telah disharekan pelanggan sebelum ni.
.
.
Kurang lebih jam 7.30 pagi, saya sampai ke lokasi pelanggan di Ipoh.
.
.
Rupanya lokasi pelanggan ni, tak jauh dari rumah pelanggan yang saya hantar tempahan bahulu pada 28 Disember 2017 yang lalu.
.
.
Alhamdulillah, kesemua 18 kotak berisi 1,000 biji HAYYANARZ bahulu kemboja bertukar tangan, diangkut ke dalam rumah pelanggan.
.
.
Alhamdulillah, kat Ipoh cuma hujan sikit-sikit sahaja.
.
.
Usai semua siap diangkat, saya pun bergerak pulang ke Perlis.
.
.
Terima kasih kepada pelanggan yang menyokong HAYYANARZ Bakery.
.
.
InshaaAllah, April nanti, saya akan datang lagi ke Ipoh juga untuk penghantaran tempahan bahulu.
.
.
.
Anda juga berhajat untuk jadikan HAYYANARZ bahulu sebagai doorgift majlis anda? Mahu pun untuk merasa HAYYANARZ bahulu?
.
.
Usah segan-silu untuk hubungi saya di link Whatsapp di bawah
.
http://hayyanarzbakery.wasap.my
http://hayyanarzbakery.wasap.my
http://hayyanarzbakery.wasap.my
.
.
.
InshaaAllah, anda bakal berpuas-hati dengan produk-produk HAYYANARZ Bakery.
.
#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahuluKemboja
#Doorgift

No comments:

Post a Comment