Thursday 4 January 2018

SEKITAR TAPOW A

Azan subuh baru saja berkumandang di udara. Membesarkan nama Allah dan memanggil semua umat Islam bangun mengerjakan kewajipan solat.

Indah sungguh pagi ni di KL. Alhamdulillah, hilang sudah letih selepas seharian memandu, selepas hantar tempahan bahulu ke Tanah Rata, Cameron Highland, terus ke KL dan melawat ke Tugu Negara.

Hari ni, Bangcik akan hadir ke Seminar Tapow A yg diadakan di Cheras. Mulanya, terfikir juga macam mana nak ke sana, saya ni bukannya pandai jalan-jalan di KL ni.

Alhamdulillah, pihak Alaf Training telah hantar emel dan telah share location Google Map utk ke sana, di mana seminar diadakan di Menara PGRM, Cheras.

Seusai solat subuh, terus kami bergerak ke Cheras.

Alhamdulillah, keadaan trafik agak bagus dan Google Map banyak membantu dalam menunjukkan arah ke sana.

Seawal jam 8 pagi, kami sampai sana selepas sarapan sarapan di Subang, sarapan kat belakang pikap jer, beli nasi lemak kat tepi jalan.



Ramai yg dah sampai sana, penuh dgn peserta dan ibubapa. Khabarnya peserta edisi KL ni mencecah 2000++ perserta.

Alhamdulillah, pendaftaran berjalan lancar dan Bangcik dimasukkan ke dewan.



Inilah kali pertama Bangcik menghadiri seminar sebesar ni. Bukan apa, nak melatih Bangcik agar boleh berdikari, bergerak sendiri dlm crowd yg besar dan yakin kpd diri sendiri.



Seminar motivasi ni juga utk membentuk siasah diri Bangcik ke arah pelajar cemerlang dan anak yg soleh.

Seminar telah berlangsung dari jam 9 pagi hingga 5 ptg.

Saya sekeluarga telah tinggalkan Bangcik selepas pendaftaran dan akan datang semula petang nanti.



Harap-harap Bangcik dpt menyesuaikan diri dlm crowd yg besar ni.

Lepas ni saya akan ke KLIA pula utk ambil adik yg balik bercuti di Turki.

Sampai jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment