Thursday 18 January 2018

JALAN-JALAN SEKITAR IPOH

Seusai penyerahan tempahan Hayyanarz Bahulu Kemboja kpd pelanggan di Kg Manjoi Tambahan, Ipoh..saya bergerak utk balik ke Perlis.

Tapi....nak balik pun awal lagi, apalagi sarapan dulu la.

Jadi saya hubungi kawan saya di Ipoh ni...dan salah seorang kawan saya napi sudi menunjukkan salah satu lokasi sarapan di Ipoh ni.

Napi telah bawa saya sekeluarga bersarapan di kedai bersebelahan stesen bas Ipoh.



Kedai makan masakan Cina, yg chefnya seorang Cina Muslim.

Sedap masakannya, saya order mee wantan kicap dan sup...sedap supnya.

Walaupun kedainya kecil, tapi menjadi tumpuan ramai pelanggan.

Seusai sarapan, borak-borak dengan Napi, saya dan famili berjalan-jalan sekitar Ipoh.

Antaranya, kami telah melawat Stesen Keretapi Ipoh, antara stesen keretapi terawal di Tanah Melayu.



Alhamdulillah, anak-anak gembira.

Selepas pusing-pusing sekitar Ipoh, kami bergerak balik Perlis.

No comments:

Post a Comment