Thursday 11 January 2018

BIG BAD WOLF 2017

Hari ni dah pun hari ke-3 di KL, sesi penghantaran tempahan bahulu ke Tanah Rata, Cameron Highland di hari pertama, terus bertandang ke KL dan jalan-jalan di Tugu Negara.

Di hari ke-2, hantar Bangcik ke Seminar Tapow A dan di hari ke-3 ni dah nak balik Perlis.

Kebetulan, waktu sedang berlangsung Pesta Buku besar-besaran di MIECC, Seri Kembangan iaitu Big Bad Wolf 2017 yg telah berlangsung dari 8-18 Disember 2017.

Jadi sebelum pulang ke Perlis, saya dan famili ambil keputusan utk singgah sebentar di sini.

Alhamdulillah, seusai solat subuh,saya dan famili telah keluar dan menuju ke Subang Bestari utk bersarapan.

Trafik pagi-pagi ahad ni, Alhamdulillah. Lancar menuju ke Subang Bestari.

Selesai sarapan, terus kami menuju ke Seri Kembangan.

Berpandukan arahan peta dari Google Map, terus kami membelah jalan-jalan di KL ni menuju ke The Mines, Seri Kembangan di mana Big Bad Wolf 2017 berlangsung.

Hampir 45 minit, Alhamdulillah kami sampai MIECC, terus parkirkan kenderaan di ruang parkir basement MIECC.

Tiket masuk ke kawasan parkir dalam RM5.00

Terus saya dan famili ke dewan MIECC di mana Big Bad Wolf berlangsung.



Pagi-pagi ni tak ramai orang yg datang.

Bagi ulat-ulat buku, inilah surga buku, berbagai-bagai genre buku boleh didapati.



Pusing....pusing...pusing...dapatlah beberapa buku yg saya dan anak-anak pilih.



Diskaun yg dapat pun agak banyak, cukup murah dari harga asal.

Hampir 2 jam di sini, akhirnya saya dan famili beransur-ansur utk pulang ke Perlis.



InshaaAllah, next BBW saya dan famili akan datang lagi.

No comments:

Post a Comment