Monday 29 January 2018

[POS] LAGI...HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA KE KELANTAN...SEDAP KATANYA

"Asslmlkm...
Bahulunya dah sampai...
Sy beli yer...
Apa2 nnti sy mklumkn kemudian...
Mmg sedapppp 👍👍👍"
.
.
Inilah mesej testimoni yg telah diterima drp Puan Pelanggan dr Kelantan.

.
.
Mesej awalnya telah diterima drp Puan Pelanggan awal Okt 2017 yg lalu.
.
.
Beliau ingin sekali merasai Hayyanarz Bahulu Kemboja.
.
.
Sehari sebelum pos, Hayyanarz Bahulu Kemboja disiapkan, dimasukkan ke dalam kotak dan dihantar ke Poslaju Kangar.
.
.

Alhamdulillah, parcel telah diterima oleh Puan Pelanggan keesokkan harinya selepas dihantar ke Poslaju Kangar.
.
.
Terima kasih Puan atas sokongan kpd Hayyanarz Bakery.
.
.
Kami di Hayyanarz Bakery mengucapkan selamat menjamu selera.
.
.
Bagi anda yg berhajat utk merasai dan menjadikan Hayyanarz Bahulu Kemboja sebagai doorgift di majlis anda...usah segan-silu utk tinggalkan pesanan di ruang komen di bawah utk saya hubungi nanti.
.
.
Anda boleh juga klik link WhatsApp  di bawah:
.
.
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
.
.
Utk makluman anda, terdpt 4 pakej Hayyanarz Bahulu Kemboja yg ditawarkan sebagai pilihan.
.
.
HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA

1. Utk makluman puan, HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA dibuat dgn menggunakan acuan no 2.
.
2. Saiz HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA adalah lebar +/- 12cm, tebal +/- 1.5cm dan berat +/- 60g.
.
3. Untuk HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA BIASA, harga COD (tidak termasuk penghantaran) untuk:
.
PAKEJ BAHULU SAHAJA

1. 1~500 biji: sebiji RM1.00
2. 501~1000 biji: sebiji 97sen
3. 1001 ~ 1500 biji: sebiji 95sen ☺
.
PAKEJ BAHULU + KOTAK (12.5cm x 12.5cm x 5cm)
.
1. 1~500 biji: sebiji RM1.80
2. 501~1000 biji: sebiji RM1.77
3. 1001 ~ 1500 biji: sebiji RM1.75 ☺
.
PAKEJ BAHULU + PAPER BAG (13.5cm x 16.5cm x 6cm)
.
1. 1~500 biji: sebiji RM1.60
2. 501~1000 biji: sebiji RM1.57
3. 1001 ~ 1500 biji: sebiji RM1.55 ☺
.
PAKEJ BAHULU + PLASTIC BAG (15.5cm x 21.5cm)
.
1. 1~500 biji: sebiji RM1.40
2. 501~1000 biji: sebiji RM1.37
3. 1001 ~ 1500 biji: sebiji RM1.35 ☺
.
.
Pakej KOTAK, PAPER BAG dan PLASTIC BAG, PERCUMA sticker "Terima kasih daripada (nama)" bagi tempahan 600 biji ke atas..
.
.
Penghantaran boleh dibuat ke seluruh Semenanjung Malaysia...inshaaAllah.
.
.
Kos penghantaran bergantung kpd lokasi di mana majlis anda bakal diadakan.
.
.
Hubungi kami segera...
.
.
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
.
.
.
#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahuluKemboja
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Thursday 25 January 2018

JALAN-JALAN KUALA KANGSAR

Alhamdulillah, penghantaran tempahan Hayyanarz Bahulu kali ni ke Chemor, Perak telah selesai.

Biasalah, bila ada penghantaran tempahan bahulu kepada pelanggan dlm musim cuti sekolah, saya akan bawa sekali famili.

Usai penghantaran tempahan bahulu kpd pelanggan, saya bergerak utk mencari sarapan. Sambil-sambil tu gugel juga, ke mana nak jalan-jalan sebelum pulang ke Perlis.

Minggu lepas, sewaktu hantar tempahan bahulu di Ipoh, dah bawa famili jalan-jalan sekitar Ipoh dan Taiping.

Kali ni, nak pusing-pusing sekitar Kuala Kangsar pula la...tengok-tengok tempat orang.

Usai sarapan di kedai mamak berhampiran lokasi pelanggan tadi, saya tuju ke Kuala Kangsar ikut jalan dalam.

Tumpuan pertama adalah Istana Kenangan, juga dikenali sebagai Istana Lembah @ Istana Tepas.


Lokasinya berhampiran dengan Istana Iskandariah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Istana ni telah dibina pada tahun 1926 dan uniknya dibina tanpa menggunakan paku logam walaupun sebatang.


Cuma sayangnya saya tak dapat masuk utk tengok lebih mendalam ke istana ni kerana sedang dlm baik-pulih.

Selepas sesi bergambar kenangan, saya terus ke Masjid Ubudiah pula, juga berdekatan dengan Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.


Masjid ni dibina pada 1913 selepas DYMM Sultan Idris Murshiduladzam Shah bernazar utk bina sebuah masjid di Bukit Chandan.


Selepas melihat sekitar masjid, jam dah pun menunjukkan 11 pagi.

Terasa teringin nak merasa makanan istimewa Kuala Kangsar pula.

Dari sembang-sembang dgn rakan-rakan, ramai mengsyorkan kpd saya utk merasai laksa Kuala Kangsar.

Godek-godek dlm gugel, keluar Laksa Pak Ngah. Setkan dlm Google maps, saya dan famili terus ke Restoran Laksa Pak Ngah.



Khabarnya, Laksa Pak Ngah dah ada semenjak 1955. Lama betul tu.

Sampai sana, kami order laksa dan saya telah order laksa special.


Apa yg saya boleh lihat, laksa special Pak Ngah ni, laksanya dibuat dari tepung ubi kot sebab tengok dari rupa laksa tu (laksa Kuala Perlis dibuat dari tepung beras).


Kuahnya tak selikat kuah laksa Kuala Perlis dan ditambah telur goreng, fish cake dan fish ball.

Rasanya boleh tahan, ditambah pula dgn perahan limau, marbeles.

Kalau ada sesiapa yg ingin mencuba, boleh gugel laksa Pak Ngah, boleh ke sana utk mencuba.

Makan dah...ke mana lagi ya..???

Baru-baru ni saya ada nonton kat tv yg menyiarkan Victoria Bridge. Rasa nak lihat sendiri Victoria Bridge ni.

Search kat Google Maps, dapat...terus ke sana.


Victoria Bridge ni berada di Kampung Enggor, landasan keretapi yg menghubungkan dua tepian melintasi Sungai Perak.


Mula dibina pd tahun 1897 dan dirasmikan pd tahun 1900 oleh DYMM Sultan Idris Murshidulazam Shah.


Sekarang, Victoria Bridge dah tak digunakan lagi, dah dibina landasan baru oleh KTM bersebelahannya.


Tinggallah jambatan ni sebagai tinggalan sejarah utk ditatap generasi akan datang.

Jam dah pun meniti ke tengah hari, kewajipan solat Jumaat perlu dilaksanakan.

Jadi, saya dan famili bergerak ke Gerik dan singgah solat kat sebuah masjid dlm perjalanan ke Gerik.

Selesai solat, perjalanan pulang ke Perlis diteruskan dan Alhamdulillah sampai rumah sekitar jam 8 malam.

Alhamdulillah, banyak pengalaman yg saya dapat sepanjang perjalanan hantar tempahan bahulu kali ni.

InshaaAllah, ada peluang nanti, saya akan explore lagi mana-mana tempat jika berkesempatan.

Sampai berjumpa lagi.

SINGGAH DI MUZIUM PERAK, TAIPING

Selesai pusing-pusing sekitar Ipoh. Sebelum tu, dah pun selesai hantar tempahan Hayyanarz Bahulu Kemboja di Kg Manjoi Tambahan, Ipoh.

Dalam perjalanan pulang ke Perlis, saya dan famili singgah sebentar di Taiping.

Berhenti sebentar di Pasar Malam Changkat Jering, beli durian yg harganya RM15 sekilo, kami terus ke Muzium Perak yg letaknya bersebelahan Penjara Taiping.



Berkebetulan waktu tu, ada pameran lebah.

Bayaran masuk kami sekeluarga seramai 5 orang sejumlah RM10.



Selain drp pameran lebah, ada ditunjukkan artifek-artifek binatang, pasu-pasu, barangan tembaga dan perak.

Ada juga ditunjukkan peralatan yg digunakan oleh orang asli dan penduduk tempatan.

Selesai pusing-pusing sekitar Muzium Perak, kami bergerak ke Medan Selera yg letaknya belakang balai bomba Taiping utk menjamu selera.

Alhamdulillah, dlm perjalanan ke Medan Selera, saya telah mendapat 2 panggilan telefon dari bakal pelanggan yg bertanyakan Hayyanarz Bahulu.

Dan salah seorangnya dari Pulau Pinang dan seorang lagi akan datang ke Hayyanarz Bakery utk melihat bahulu dulu sebelum membuat tempahan.

Medan selera yg kami singgah ni, banyak gerai-gerai yg menjual yong tau fu.



Sedap yong tau funya.

Petang pun dah lewat, perjalanan pulang ke Perlis perlu disegerakan.

Alhamdulillah, selesai lawatan ke Ipoh dan Taiping dlm sesi penghantaran bahulu kali ni.

Monday 22 January 2018

[HANTAR] HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA KE BAYAN LEPAS, PULAU PINANG

Alhamdulillah.
.
.
Tempahan tlh diterima drp customer dlm 2~3 bulan yg lepas.
.
.
Customer tlh menelefon Hayyanarz Bakery bertanyakan berkenaan Hayyanarz Bahulu Kemboja, dan segala penerangan tlh dibuat menggunakan WhatsApp.
.
.
Akhirnya, customer tlh membuat keputusan dgn menempah sebyk 1,200 bj Hayyanarz Bahulu Kemboja.
.
.
Kira² sebulan sebelum penghantaran dibuat, segala persiapan plastik packaging Hayyanarz Bahulu Kemboja dibuat.
.
.
2~3 hari selepas tu, customer tlh menghubungi kami utk menambah kuantiti lagi 300 bj yg menjadikan sejumlah 1,500 bj Hayyanarz Bahulu Kemboja. Terima kasih puan...😊
.
.
Sehubungan dgn itu, lg 300 pcs plastik packaging disiapkan.
.
.
Lagi seminggu sebelum penghantaran, customer sekali lg hubungi kami dan tlh meminta ditambah lg kuantiti sebyk 60 bj...yg menjadikan tempahan sejumlah 1,560 bj. Kecil tapak tgn, nyiru kami tadahkan. Terima kasih Puan.
.
.
3 hari sebelum penghantaran, sebyk 1,560 bj Hayyanarz Bahulu Kemboja disiapkan...ditambah lagi sebyk 10 bj sebagai compliment dr Hayyanarz Bakery.
.
.
Selama 3 hari beroperasi dr jam 9 pagi...membawa hingga jam 9 malam bg menjamin, penghantaran mengikut jadual.
.

.
Akhirnya..semuanya siap dan dimasukkan 1,560 bj tu ke dlm 21 kotak carton.
.

.
Di hari penghantaran, seawal jam 4 pagi, kesemua 21 kotak carton dinaikkan ke dlm pikap.
.
.

Selesai loading, perjalanan sejauh 173km ditempuh menuju ke lokasi customer di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
.

.
Tujuan penghantaran dibuat awal pagi adalah utk mengelakkan bahulu terkena panas matahari. Target utk sampai ke lokasi customer antara pukul 8~10 pagi.
.
.
Alhamdulillah...kurang lebih jam 9 pagi, kami sampai ke lokasi customer dan tempahan selamat diserahkan kpd customer.
.
.
Seusai semuanya diserahkan, kami pusing2 Pulau Pinang dulu sebelum bertolak pulang ke Perlis.
.

.
Terima kasih Puan atas sokongan kpd Hayyanarz Bakery.
.
.
Kami di Hayyanarz Bakery mengucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga Puan berbahagia hingga ke Jannah.
.
.
Bagi anda yg berhajat utk merasai dan menjadikan Hayyanarz Bahulu Kemboja sebagai doorgift di majlis anda...usah segan-silu utk tinggalkan pesanan di ruang komen di bawah utk saya hubungi nanti.
.
.
Anda boleh juga klik link WhatsApp si bawah:
.
.
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
.
.
Utk makluman anda, terdpt 4 pakej Hayyanarz Bahulu Kemboja yg ditawarkan sebagai pilihan.
.
.
HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA

1. Utk makluman puan, HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA dibuat dgn menggunakan acuan no 2.
.
2. Saiz HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA adalah lebar +/- 12cm, tebal +/- 1.5cm dan berat +/- 60g.
.
3. Untuk HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA BIASA, harga COD (tidak termasuk penghantaran) untuk:
.
PAKEJ BAHULU SAHAJA

1. 1~500 biji: sebiji RM1.00
2. 501~1000 biji: sebiji 97sen
3. 1001 ~ 1500 biji: sebiji 95sen ☺
.
PAKEJ BAHULU + KOTAK (12.5cm x 12.5cm x 5cm)
.
1. 1~500 biji: sebiji RM1.80
2. 501~1000 biji: sebiji RM1.77
3. 1001 ~ 1500 biji: sebiji RM1.75 ☺
.
PAKEJ BAHULU + PAPER BAG (13.5cm x 16.5cm x 6cm)
.
1. 1~500 biji: sebiji RM1.60
2. 501~1000 biji: sebiji RM1.57
3. 1001 ~ 1500 biji: sebiji RM1.55 ☺
.
PAKEJ BAHULU + PLASTIC BAG (15.5cm x 21.5cm)
.
1. 1~500 biji: sebiji RM1.40
2. 501~1000 biji: sebiji RM1.37
3. 1001 ~ 1500 biji: sebiji RM1.35 ☺
.
.
Pakej KOTAK, PAPER BAG dan PLASTIC BAG, PERCUMA sticker "Terima kasih daripada (nama)" bagi tempahan 600 biji ke atas..
.
.
Penghantaran boleh dibuat ke seluruh Semenanjung Malaysia...inshaaAllah.
.
.
Kos penghantaran bergantung kpd lokasi di mana majlis anda bakal diadakan.
.
.
Hubungi kami segera...
.
.
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
.
.
.
#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahuluKemboja

Thursday 18 January 2018

JALAN-JALAN SEKITAR IPOH

Seusai penyerahan tempahan Hayyanarz Bahulu Kemboja kpd pelanggan di Kg Manjoi Tambahan, Ipoh..saya bergerak utk balik ke Perlis.

Tapi....nak balik pun awal lagi, apalagi sarapan dulu la.

Jadi saya hubungi kawan saya di Ipoh ni...dan salah seorang kawan saya napi sudi menunjukkan salah satu lokasi sarapan di Ipoh ni.

Napi telah bawa saya sekeluarga bersarapan di kedai bersebelahan stesen bas Ipoh.



Kedai makan masakan Cina, yg chefnya seorang Cina Muslim.

Sedap masakannya, saya order mee wantan kicap dan sup...sedap supnya.

Walaupun kedainya kecil, tapi menjadi tumpuan ramai pelanggan.

Seusai sarapan, borak-borak dengan Napi, saya dan famili berjalan-jalan sekitar Ipoh.

Antaranya, kami telah melawat Stesen Keretapi Ipoh, antara stesen keretapi terawal di Tanah Melayu.



Alhamdulillah, anak-anak gembira.

Selepas pusing-pusing sekitar Ipoh, kami bergerak balik Perlis.

Monday 15 January 2018

[SERAH] HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA KE JITRA....LAGI

Alhamdulillah
.
Mulanya...pelanggan dari Jitra ni telah membuat pertanyaan di fb group penduduk Jitra...bertanyakan perihal bahulu kemboja, siapa yg membuat, bekal dan jual...
.
Kebetulan...salah seorang pelanggan Hayyanarz Bakery kat Jitra, yg juga salah seorang ahli fb group tu...telah tag Hayyanarz Bakery...dan telah minta pelanggan yg bertanyakan tadi menghubungi Hayyanarz Bakery.
.
Tak lama lepas tu.....pelanggan tersebut telah hantar mesengger kpd kami....bertanyakan bahulu kemboja....dan akhirnya telah memilih pakej Hayyanarz Bahulu Kemboja berkotak.
.
Seperti yg telah dijanjikan...tempahan bahulu kemboja dibuat dan sedia utk diserahkan.
.
Setelah semuanya siap....tempahan telah diserahkan kpd pelanggan yg telah dtg sendiri dr Jitra....dan penyerahan telah dibuat di Arau...


.
Terima kasih En Pelanggan yg menyokong Hayyanarz Bakery...
.
Bagi anda yg berhajat utk merasai dan menjadikan Hayyanarz Bahulu Kemboja sebagai doorgift di majlis anda...usah segan-silu utk tinggalkan pesanan di ruangan komen di bawah utk saya hubungi nanti...

Anda juga boleh klik link whatsApp di bawah di mana mesej anda akan terus masuk ke WhatsApp saya

>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
.
Untuk makluman anda, terdapat 4 pakej Hayyanarz Bahulu Kemboja yg ditawarkan untuk pilihan.

HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA
.
1. Hayyanarz Bahulu Kemboja dibuat dengan menggunakan acuan no. 2.
.
2. Saiz Hayyarnarz Bahulu Kemboja adalah lebar +/- 12cm, tebal +/- 1.5cm dan berat +/- 60g.

HARGA HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA

Harga di bawah adalah harga COD (tidak termasuk kos penghantaran)

1. PAKEJ HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA SAHAJA
.
1.1   1~500 biji: sebiji RM1.00
1.2   501~1000 biji: sebiji 97sen
1.3   1001~1500 biji: sebiji 95sen

2. PAKEJ HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA + KOTAK (12.5cm x 12.5cm x 5cm)
.
2.1   1~500 biji: sebiji RM1.80
2.2   501~1000 biji: sebiji RM1.77
2.3  1001~1500 biji: sebiji RM1.75

3. PAKEJ HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA + BEG KERTAS (13.5cm x 16.5cm x 6cm)
.
3.1  1~500 biji: sebiji RM1.60
3.2  501~1000 biji: sebiji RM1.57
3.3  1001~1500 biji: RM1.55

4. PAKEJ HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA + BEG PLASTIK (15.5cm x 21.5cm)
.
4.1  1~500 biji: sebiji RM1.40
4.2  501~1000 biji: sebiji RM1.37
4.3  1001~1500 biji: sebiji RM1.35

Pakej Kotak, Beg Kertas dan Beg Plastik, PERCUMA sticker "Terima Kasih daripada (nama)" bagi tempahan 600 biji ke atas.

Penghantaran boleh dibuat ke seluruh Semenanjung Malaysia...inshaaAllah. Kos penghantaran bergantung kepada lokasi di mana majlis pelanggan bakal diadakan.
.
#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahuluKemboja
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Thursday 11 January 2018

BIG BAD WOLF 2017

Hari ni dah pun hari ke-3 di KL, sesi penghantaran tempahan bahulu ke Tanah Rata, Cameron Highland di hari pertama, terus bertandang ke KL dan jalan-jalan di Tugu Negara.

Di hari ke-2, hantar Bangcik ke Seminar Tapow A dan di hari ke-3 ni dah nak balik Perlis.

Kebetulan, waktu sedang berlangsung Pesta Buku besar-besaran di MIECC, Seri Kembangan iaitu Big Bad Wolf 2017 yg telah berlangsung dari 8-18 Disember 2017.

Jadi sebelum pulang ke Perlis, saya dan famili ambil keputusan utk singgah sebentar di sini.

Alhamdulillah, seusai solat subuh,saya dan famili telah keluar dan menuju ke Subang Bestari utk bersarapan.

Trafik pagi-pagi ahad ni, Alhamdulillah. Lancar menuju ke Subang Bestari.

Selesai sarapan, terus kami menuju ke Seri Kembangan.

Berpandukan arahan peta dari Google Map, terus kami membelah jalan-jalan di KL ni menuju ke The Mines, Seri Kembangan di mana Big Bad Wolf 2017 berlangsung.

Hampir 45 minit, Alhamdulillah kami sampai MIECC, terus parkirkan kenderaan di ruang parkir basement MIECC.

Tiket masuk ke kawasan parkir dalam RM5.00

Terus saya dan famili ke dewan MIECC di mana Big Bad Wolf berlangsung.



Pagi-pagi ni tak ramai orang yg datang.

Bagi ulat-ulat buku, inilah surga buku, berbagai-bagai genre buku boleh didapati.



Pusing....pusing...pusing...dapatlah beberapa buku yg saya dan anak-anak pilih.



Diskaun yg dapat pun agak banyak, cukup murah dari harga asal.

Hampir 2 jam di sini, akhirnya saya dan famili beransur-ansur utk pulang ke Perlis.



InshaaAllah, next BBW saya dan famili akan datang lagi.

Monday 8 January 2018

[HANTAR] TEMPAHAN HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA KE SUNGAI PETANI

Alhamdulillah.
.
Tempahan telah diterima dari Puan Pelanggan sebanyak 100 biji utk Hayyanarz Bahulu Kemboja dan 10 bekas Hayyanarz Kuih Bakar.
.
Diiringi hujan nan lebat yg melanda Perlis, tempahan disiapkan selepas zohor....dan alhamdulillah..siap seusai asar melabuhkan diri.
.

Di kala hujan yg masih lebat membasahi bumi Perlis, tempahan dimasukkan ke dalam kotak dan dihantar kpd pelanggan keesokan harinya seperti yg dijanjikan.
.
Allhamdulillah..terima kasih Puan Pelanggan atas sokongan kepada Hayyanarz Bakery dan Hayyanarz Bahulu.
.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa pakej Hayyanarz Bahulu Kemboja utk pilihan anda.
.
*HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA*

1. Utk makluman puan, HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA dibuat dgn menggunakan acuan no 2.

2. Saiz HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA adalah lebar +/- 12cm, tebal +/- 1.5cm dan berat +/- 60g.
.

Untuk HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA BIASA, harga COD (tidak termasuk penghantaran) untuk:

PAKEJ BAHULU KEMBOJA SAHAJA

1. 1~500 biji: sebiji RM1.00
2. 501~1000 biji: sebiji 97sen
3. 1001 ~ 1500 biji: sebiji 95sen ☺
.

Untuk HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA BIASA, harga COD (tidak termasuk penghantaran) untuk:

PAKEJ BAHULU KEMBOJA + KOTAK (12.5cm x 12.5cm x 5cm)

1. 1~500 biji: sebiji RM1.80
2. 501~1000 biji: sebiji RM1.77
3. 1001 ~ 1500 biji: sebiji RM1.75 ☺
.

Untuk HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA BIASA, harga COD (tidak termasuk penghantaran) untuk:

PAKEJ BAHULU KEMBOJA + PAPER BAG (13.5cm x 16.5cm x 6cm)

1. 1~500 biji: sebiji RM1.60
2. 501~1000 biji: sebiji RM1.57
3. 1001 ~ 1500 biji: sebiji RM1.55 ☺
.

Untuk HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA BIASA, harga COD (tidak termasuk penghantaran) untuk:

PAKEJ BAHULU KEMBOJA + PLASTIC BAG (15.5cm x 21.5cm)

1. 1~500 biji: sebiji RM1.40
2. 501~1000 biji: sebiji RM1.37
3. 1001 ~ 1500 biji: sebiji RM1.35 ☺
.
Pakej KOTAK, PAPER BAG dan PLASTIC BAG, PERCUMA sticker "Terima kasih daripada (nama)" bagi tempahan 600 biji ke atas..
.
Untuk anda yg berminat utk mengetahui lebih lanjut mengenai Hayyyanarz Bahulu dan produk-produk lain edaran Hayyanarz Bakery...ingin menempah dna merasai Hayyanarz Bahulu...usah segann-silu utk tinggalkan pesanan di ruang komen di bawah utk saya hubungi nanti.
.
Boleh juga KLIK link wasap di bawah:
.
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
.
p/s: Bahulu celop ayaq kopi..kelia baq hang 😉😉😉

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahuluKemboja
#HayyanarzKuihBakar
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Thursday 4 January 2018

SEKITAR TAPOW A

Azan subuh baru saja berkumandang di udara. Membesarkan nama Allah dan memanggil semua umat Islam bangun mengerjakan kewajipan solat.

Indah sungguh pagi ni di KL. Alhamdulillah, hilang sudah letih selepas seharian memandu, selepas hantar tempahan bahulu ke Tanah Rata, Cameron Highland, terus ke KL dan melawat ke Tugu Negara.

Hari ni, Bangcik akan hadir ke Seminar Tapow A yg diadakan di Cheras. Mulanya, terfikir juga macam mana nak ke sana, saya ni bukannya pandai jalan-jalan di KL ni.

Alhamdulillah, pihak Alaf Training telah hantar emel dan telah share location Google Map utk ke sana, di mana seminar diadakan di Menara PGRM, Cheras.

Seusai solat subuh, terus kami bergerak ke Cheras.

Alhamdulillah, keadaan trafik agak bagus dan Google Map banyak membantu dalam menunjukkan arah ke sana.

Seawal jam 8 pagi, kami sampai sana selepas sarapan sarapan di Subang, sarapan kat belakang pikap jer, beli nasi lemak kat tepi jalan.



Ramai yg dah sampai sana, penuh dgn peserta dan ibubapa. Khabarnya peserta edisi KL ni mencecah 2000++ perserta.

Alhamdulillah, pendaftaran berjalan lancar dan Bangcik dimasukkan ke dewan.



Inilah kali pertama Bangcik menghadiri seminar sebesar ni. Bukan apa, nak melatih Bangcik agar boleh berdikari, bergerak sendiri dlm crowd yg besar dan yakin kpd diri sendiri.



Seminar motivasi ni juga utk membentuk siasah diri Bangcik ke arah pelajar cemerlang dan anak yg soleh.

Seminar telah berlangsung dari jam 9 pagi hingga 5 ptg.

Saya sekeluarga telah tinggalkan Bangcik selepas pendaftaran dan akan datang semula petang nanti.



Harap-harap Bangcik dpt menyesuaikan diri dlm crowd yg besar ni.

Lepas ni saya akan ke KLIA pula utk ambil adik yg balik bercuti di Turki.

Sampai jumpa lagi.

Monday 1 January 2018

[HANTAR] TEMPAHAN HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA KE KODIANG, KEDAH

Kodiang....
.
Rasanya..suatu ketika dulu..tak ramai org tahu Kodiang ni..melainkan org Kedah/Perlis ja kot.
.
Tapi...la ni...rasanya Kodiang sudah terkenal...
.
Bila sebut ja Kodiang...situlah keluaqnya watak Mak Cun..😉😉😉😉
.
Mak Cun...watak seorang usahawan berjaya yg dtgnya dari Kodiang...
.
Panjang pulak lalutnya..😂😂😂😂
.
.
Alhamdulillah.
.
Tempahan kali ni...dtgnya dari Pelanggan yg tinggal di Kodiang.
.
Beliau telah menempah sejumlah 250 biji Hayyanarz Bahulu Kemboja pakej biasa.
.
Persiapan dibuat..dari sediakan plastik pek bahulu....hinggalah selesai siapkan bahulu utk penghantaran.


.
Bermula dari jam 9.00 pagi..siap dlm pukul 3.00 ptg...lepas asar..terus dihantar ke lokasi Pelanggan di Kodiang.


.
Alhamdulillah...
.
Selesai penghantaran...terus pekena pasembor Kodiang yg sedap..
.
Terima kasih Puan Pelanggan atas sokongan kpd Hayyanarz Bakery dan Hayyanarz Bahulu Kemboja.
.
Utk makluman anda...terdapat beberapa pakej Hayyanarz Bahulu Kemboja yg ditawarkan..antaranya:
.
*HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA*

1. Utk makluman puan, HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA dibuat dgn menggunakan acuan no 2.

2. Saiz HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA adalah lebar +/- 12cm, tebal +/- 1.5cm dan berat +/- 60g.
.
.
*HARGA HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA*

Untuk HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA BIASA, harga COD (tidak termasuk penghantaran) untuk:

PAKEJ BAHULU SAHAJA

1. 1~500 biji: sebiji RM1.00
2. 501~1000 biji: sebiji 97sen
3. 1001 ~ 1500 biji: sebiji 95sen ☺
.
.
Jika anda berminat utk mengetahui lebih lanjut mengenai Hayyanarz Bahulu Kemboja...
.
Ingin merasai Hayyanarz Bahulu...
.
Atau pun berhajat utk menempah Hayyanarz Bahulu Kemboja utk dijadikan doorgift..
.
Usah segan-silu utk tinggalkan pesanan di ruang komen.
.
Boleh juga KLIK link WhatsApp di bawah:
.
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
>>http://hayyanarzbakery.wasap.my<<
.
InshaaAllah akan saya hubungi anda seberapa segera...😊
.
.
#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang