Wednesday 29 March 2017

POS PULA KALI NI...

Seminggu berlalu selepas cuti sekolah selama seminggu.
.
Musim winter wind di Perlis pun dah di penghujung musim…dan sedang beralih ke musim hujan. Boleh dikatakan setiap petang dok hujan..kadang2 lebat…kadang2 tu..rintik2 ja.
.
Begitu juga dengan musim kenduri -kendara…rasanya seminggu dua lepas cuti sekolah ni..tak berapa ada kenduri...
.
Alhamdulillah…dpt berehat sekejap dlm bab pulun-memulun utk siapkan Hayyanarz Bahulu Kemboja.
.
Boleh la consentrate utk consignment ke kedai2 , agrobazaar dan pasaraya pula.
.
Dlm pada itu…saya telah menerima tempahan dari Shah Alam dan Bandar Baru Bangi yg perlu diposkan.
.
Sekembalinya dari Kelantan hari tu..dan selesaikan tempahan kenduri….tempahan pos dan consignment utk kedai2 disiapkan.
.
Antara consignment yg telah disiapkan adalah utk Agrobazaar Rakyat 1Malaysia, PPK Mata Ayer. Agrobazaar ni…seminggu sekali mesti kena restock kat sini.
.


.
Begitu juga dengan Agrobazaar Rakyat 1Malaysia dan Pasaraya AMS Mutiara di Taman Sena, Kangar.
.



.

Agrobazaar Rakyat 1Malaysia, Seriab pula..tak sampai seminggu…habih stok..kira-kira 2~3 hari sekali mesti kena restock….Alhamdulillah dengan rezeki milik Allah.
.
Juga dihantar ke Pasaraya Seri Utama Kuala Perlis...kat sini juga tinggi permintaan dari pelanggan.
.

.
Sesudah persiapan utk consignment ke kedai2..kini tiba giliran utk siapkan bahulu tempahan pos dari pelanggan di Shah Alam dan Bandar Baru Bangi.
.
Pelanggan dari Shah Alam ni adalah salah seorang pelanggan yg selalu repeat order utk kudapan. Tempahan beliau kali ni berupa Hayyanarz Bahulu Ikan Emas -rasa dan Hayyanarz Bahulu Inti.
.


.
Selesai tempahan dari Shah Alam ni…tempahan utk pelanggan di Bandar Baru Pelangi pula.
.
Tempahan pelanggan dari Bandar Baru Bangi ni berupa Hayyanarz Bahulu Kemboja. Disebabkan kuantitinya yg sikit…jadi tak bermasalah utk saya hantar menggunakan perkhidmatan Poslaju.
.


.
Juga..saya telah menerima panggilan telefon dari salah seorang pelanggan yg selalu repeat order dari Kuala Lumpur. Beliau selalu menempah Hayyanarz Bahulu, Rempeyek dan Kuih Bakar tatkala datang oursattion ke Perlis ni..😊
.
Tempahan beliau disiapkan dan dihantar ke hotel di mana beliau menginap.
.
Minggu2 akan datang..ada lagi tempahan yg akan disiapkan antaranya utk diposkan ke Benta, Pahang dan tempahan untuk kenduri dari Beseri, Perlis.
.
Selain tu…tempahan2 terus diterima dari pelanggan yg berhajat utk jadikan Hayyanarz Bahulu sebagai goodies @ doorgift.
.
Terima kasih kpd semua pelanggan yg selalu menyokong Hayyanarz Bakery selama ni. Tanpa anda…siapalah kami.
.
Saya bersyukur kerana dapat menunaikan hajat para pelanggan Hayyanarz Bakery.

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

No comments:

Post a Comment