Friday 31 March 2017

TAHNIAH KAKAK DINA

Alhamdulillah..
.
Penggal pertama persekolahan dah pun berakhir...dan mula memasuki penggal ke-2 pula.
.
Peperiksaan penggal pertama pun dah dapat dah...
.
Hasil dari keputusan yg dah dapat...boleh dibuat panduan dan rujukan..setakat mana kerajinan dan tumpuan kpd pelajaran...masih leka bermain..? Masih ralik dan kurang tumpuan kpd pelajaran..? Kurang kefahaman dlm mana2 subjek..?

Semuanya harus diteliti dna diperbaiki..., ditingkatkan dalam menghadapi peperiksaan penggal ke-2 pula nanti..

Ok lah...yg lepas..dah pun lepas..dah jadi sejarah dan diambil pengajaran..

Bagi menghargai usaha dan ketekunan Kakak Dina, Bang Cik dan Adik....kita makan2 la sikit no...walaupun tak semewah mana macam org lain...takat kemampuan kita jer la...


Alhamdulillah...sama2 sekeluarga spend quality time bersama2-sama...

Tahniah Kakak Dina yg telah dapat keputusan yg bagus dlm peperiksaan baru2 ni.

Usaha lagi Kakak...PT3 hujung tahun ni pun dah tak lama dah..

Buat Bang Cik dan Adik..teruskan lagi usaha...


Thursday 30 March 2017

HAYYANARZ REMPEYEK BERWAJAH BARU

HAYYANARZ REMPEYEK BERWAJAH BARU
.
.
Alhamdulillah....
.
Kini...HAYYANARZ REMPEYEK...lagi salah satu produk edaran HAYYANARZ BAKERY berwajah baru....dalam menghadapi persaingan di pasaran.
.

.
HAYYANARZ REMPEYEK juga adalah salah satu produk yg mendapat permintaan tinggi....boleh didapati di Agrobazaar Rakyat 1Malaysia, PPK Mata Ayer; Pasaraya Hafifah dan Pasaraya Seri Utama Kuala Perlis...dan bakal memasuki banyak lagi kedai2 dan pasaraya nanti...inshaaAllah.
.

.
Dari pengalaman sebelum ni...Produk Hayyanarz Rempeyek di restock kat kedai2 seminggu sekali dek permintaan yg tinggi...alhamdulillah..
.
Terima kasih kpd semua pelanggan yg sentiasa menyokong Hayyanarz Bakery selama ni..
.
Tanpa anda...siapalah kami..
.
#HayyanarzBakery
#HayyanarzRempeyek

Wednesday 29 March 2017

TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS REZEKI-MU

POS PULA KALI NI...

Seminggu berlalu selepas cuti sekolah selama seminggu.
.
Musim winter wind di Perlis pun dah di penghujung musim…dan sedang beralih ke musim hujan. Boleh dikatakan setiap petang dok hujan..kadang2 lebat…kadang2 tu..rintik2 ja.
.
Begitu juga dengan musim kenduri -kendara…rasanya seminggu dua lepas cuti sekolah ni..tak berapa ada kenduri...
.
Alhamdulillah…dpt berehat sekejap dlm bab pulun-memulun utk siapkan Hayyanarz Bahulu Kemboja.
.
Boleh la consentrate utk consignment ke kedai2 , agrobazaar dan pasaraya pula.
.
Dlm pada itu…saya telah menerima tempahan dari Shah Alam dan Bandar Baru Bangi yg perlu diposkan.
.
Sekembalinya dari Kelantan hari tu..dan selesaikan tempahan kenduri….tempahan pos dan consignment utk kedai2 disiapkan.
.
Antara consignment yg telah disiapkan adalah utk Agrobazaar Rakyat 1Malaysia, PPK Mata Ayer. Agrobazaar ni…seminggu sekali mesti kena restock kat sini.
.


.
Begitu juga dengan Agrobazaar Rakyat 1Malaysia dan Pasaraya AMS Mutiara di Taman Sena, Kangar.
.



.

Agrobazaar Rakyat 1Malaysia, Seriab pula..tak sampai seminggu…habih stok..kira-kira 2~3 hari sekali mesti kena restock….Alhamdulillah dengan rezeki milik Allah.
.
Juga dihantar ke Pasaraya Seri Utama Kuala Perlis...kat sini juga tinggi permintaan dari pelanggan.
.

.
Sesudah persiapan utk consignment ke kedai2..kini tiba giliran utk siapkan bahulu tempahan pos dari pelanggan di Shah Alam dan Bandar Baru Bangi.
.
Pelanggan dari Shah Alam ni adalah salah seorang pelanggan yg selalu repeat order utk kudapan. Tempahan beliau kali ni berupa Hayyanarz Bahulu Ikan Emas -rasa dan Hayyanarz Bahulu Inti.
.


.
Selesai tempahan dari Shah Alam ni…tempahan utk pelanggan di Bandar Baru Pelangi pula.
.
Tempahan pelanggan dari Bandar Baru Bangi ni berupa Hayyanarz Bahulu Kemboja. Disebabkan kuantitinya yg sikit…jadi tak bermasalah utk saya hantar menggunakan perkhidmatan Poslaju.
.


.
Juga..saya telah menerima panggilan telefon dari salah seorang pelanggan yg selalu repeat order dari Kuala Lumpur. Beliau selalu menempah Hayyanarz Bahulu, Rempeyek dan Kuih Bakar tatkala datang oursattion ke Perlis ni..😊
.
Tempahan beliau disiapkan dan dihantar ke hotel di mana beliau menginap.
.
Minggu2 akan datang..ada lagi tempahan yg akan disiapkan antaranya utk diposkan ke Benta, Pahang dan tempahan untuk kenduri dari Beseri, Perlis.
.
Selain tu…tempahan2 terus diterima dari pelanggan yg berhajat utk jadikan Hayyanarz Bahulu sebagai goodies @ doorgift.
.
Terima kasih kpd semua pelanggan yg selalu menyokong Hayyanarz Bakery selama ni. Tanpa anda…siapalah kami.
.
Saya bersyukur kerana dapat menunaikan hajat para pelanggan Hayyanarz Bakery.

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Friday 24 March 2017

SELESAI TEMPAHAN UTK MINGGU NI..

Alhamdulillah.
.
Persiapan utk minggu ni agak "lite"...cuma persiapan tempahan majlis kenduri utk 2 pelanggan saja.
.
Tempahan pertama dtgnya dari salah seorang guru..yg inginkan Hayyanarz Bahulu Cermai yg dipek sebiji-sebiji sebanyak 1,500 biji.
.
Seusai balik dari penghantaran Hayyanarz Bahulu Kemboja ke Kelantan...persiapan terus dibuat utk bahulu cermai ni.
.
Walaupun cara packing sebiji-sebiji ni agak renyah..namun itu adalah hajat dan bajet pelanggan...kami di Hayyanarz Bakery akan buatkan juga...demi kepuasan pelanggan.


.
Selesai persiapan dan penghantaran pakej ni..persiapan utk pelanggan ke-2 pula disiapkan.
.
Tempahan pelanggan ke-2 terdiri dari Hayyanarz Bahulu Ikan Hantaran, Bahulu Ikan Emas yg dipek 4 biji/pek dan Bahulu Ikan Emas biasa.


.




Alhamdulillah...semuanya selesai ikut jadual dan selesai dibuat penghantaran.
.
Utk minggu depan..Hayyanarz Bakery boleh relax sikit..cuma buat persiapan utk consignment ke kedai2 dan pasaraya sekitar Perlis saja...
.
April nanti...akan ada lagi persiapan Bahulu Kemboja..tempahan pelanggan dan penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia ni akan dibuat dari maaa ke masa...😊
.
Bagi anda yg berhajat utk jadikan produk Hayyanarz Bahulu sebagai doorgift dan goodies..tuan-puan boleh hubungi saya utk berbincang tentang pakej2 yg ada..😊
.
Terima kasih kpd semua pelanggan yg menyokong Hayyanarz Bakery selama ni...
.
Kami team Hayyanarz Bakery akan sentiasa berusaha utk memenuhi hajat tuan2 dan puan2 ikut bajet tuan2 dan puan2 pada harga yg berpatutan...inshaaAllah

#HayyanarzBakery
#HayyanarzBahulu
#BahuluCelopAyaqKopiKeliaBaqHang

Tuesday 21 March 2017

GOMO KELATE GOMO

Assalamualaikum,

Lama juga aku tak menulis di blog ni. Bukan apa..selama ni dok menulis kat FB ja...dan dok tulis kat Page Hayyanarz Bakery serta blog Hayyanarz Bakery.

Godek-godek balik...teringat blog ni yg dah lama bersawang..mana kan tidak..last sekali aku tulis kat blog ni..tahun 2014 nun..

Jadi..rasa nak balikkan blog ni macam dulu2...

Terbitan pertama utk 2017 ni...aku nak tulis sikit kisah aku dan famili ke Kelantan baru2 ni...jalan2 makan angin..ambik peluang dari tugasan penghantaran tempahan bahulu daripada pelanggan di Kubang Kerian dan Bachok, Kelantan.

OOooo yaaa...lupa nak khabor..bisness terkini kami sekeluarga sekarang ni adalah dalam bidang kuih-muih tempatan tradisional. Antara produk syarikat kami iaitu Hayyanarz Bakery adalah pelbagai produk bahulu, kuih bakar, rempeyek, maruku dan kuih siput.

Bisness water filter..aku dah tak buat dah..bagi bisness tu kat share-partner company yg dulu...sekarang ni aku concentrate company baru iaitu Hayyanarz Bakery..family bisness..:-)

Minggu lepas..aku ada terima tempahan dari 3 pelanggan yg nakkan bahulu utk kenduri..

Jadi task pertama..setelah mendapat persetujuan dari pelanggan..kotak bahulu ditempah..siap aku bagi percuma sticker nama pengantin yg dilekatkan pada sticker..sebab tempahannya 600 biji..


Kotak dah dapat...proses utk lekatkan sticker pula dibuat...dan kotak disiapkan dulu..nanti senang dan cepat utk masukkan bahulu kemboja ke dalam kotak.


ok...letak tepi dulu bab kotak ni..sebab tempahan dari pelanggan pertama perlu disiapkan dulu...dari Kubang Rotan, Alor Setar. Tempahan beliau adalah bahulu kemboja saja.

Proses pembuatan berjalan selama 2 hari dari jam 9 pagi hingga 9 malam utk 550 biji...disiapkan dan dihantar...


Siap yg ni..proses pembuatan utk pelanggan ke 2 dan ke 3..yg dua-duanya dari Kelantan bermula.

Mula2 sekali..siapkan bahulu kemboja berkotak sebanyak 600 biji.


Siap bahulu kemboja..siapkan pula utk pelanggan ke 3 iaitu bahulu ikan hantaran dan bahulu cermai biasa..



Alhamdulillah...semuanya siap seperti yg telah dirancang...so perjalanan ke Kelantan bermula...

Selepas solat asar...petang jumaat yg lepas, kami sekeluarga bertolak ke Kelantan. Perjalanan agak perlahan sebab beban belakang pikap yg agak banyak...risau jugak..nanti kemek kotak bahulu tu..

Pitstop pertama...R&R Gurun. Berhenti sat saja...habuan utk ke bilik kecil jer...tunaikan hajat..

Perjalanan diteruskan...melalui Baling dan Gerik. malam dah pun menjelma...

Elok sampai Pekan Jeniang..maghrib tiba. Berhenti sat kat Masjid Jeniang..alhamdulillah sempat berjemaah di sana.

Seusai solat maghrib...kami membelah keheningan malam melalui Baling...dan jalan Baling-Gerik yg baru..melayan bengkang-bengkok jalan...naik-turun bukit..dan akhirnya tiba di pekan Gerik hampir jam 10 malam...

Berhenti sat kat Gerik...isi perut dulu kat gerai2 di Stesen bas Gerik.

Aku cuba koey teow kerang goreng...marbeles juga rasanya..boleh rekemen kat kawan2 makalu singgah kat Gerik.

Makan dah...ke bilik kecil dah...anak2 semuanya dah ready..dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...kami teruskan perjalanan..membelah kegelapan malam Lebuhraya Timur Barat..

"Ayah...cikgu kata kalau jumpa gajah lintas jalan..jangan tekan hon..berenti keta..", ujar Adik memecah kesunyian malam..

"Mintak2 la bagi jumpa gajah lintas jalan..", sambung Bang Cik pula..

Haish....kita minta jgn bagi jumpa gajah...depa mintak bagi jumpa gajah pulak...

Hampir jam 12 tengah malam..kami sampai Hentian Puncak Titiwangsa...kami berhenti sat situ utk rehat2..anak2 habis tidur kesemuanya...

Sepanjang dari Baling-Gerik_Titiwangsa ni...banyak juga lori dan bas..laju2 gitu terutamanya bas ekspress.

Aku maintain slow jer...jaga bahulu kat belakang pikap..risau bercamuk pulak..

Tak lama kami sat Titiwangsa ni...aku teruskan perjalanan...akhirnya sampai Jeli dlm pukul 2 pagi..

Kami ambil keputusan utk tidur dahulu dlm pikap hingga subuh. Lagi pun ramai org berhenti kat Jeli ni...kereta banyak...lori pun banyak..

Sambil2 dengar CD ngaji...dan tidur2 ayam...akhirnya subuh menjelang tiba..

Seusai solat subuh...berpandukan map yang dishare oleh pelanggan...aku teruskan perjalanan menuju ke Kubang Kerian..


Kurang lebih jam 8.30 pagi..kami sampai ke Kubang Kerian...terus isteri aku call pelanggan...dan terus ke rumah pelanggan.

Bahulu Ikan Hantaran dan Bahulu Cermai Biasa bertukar tangan...diserahkan kepada pelanggan.

Selesai urusan...kami terus ke Kampung Kemasin, Bachok pula...

sampai di sana...juga berpandukan google map..kami masuk ke dalam Kampung Kemasin...dan bahulu kemboja diserahkan...Alhamdulillah

Mission accomplished..

Time to happy2 geder2 dengan famili... :-)


Tempat pertama yg kami kunjungan...sambil bersarapan adalah kat Pantai Irama. Ini adalah 1st time aku sampai Pantai Irama...sebelum ni pernah sampai Pantai Cahaya Bulan ja...

Apa yg nak dimakan ya..?

Tengok punya tengok...aku makan bihun sup..Bang Cik makan nasi..Kakak dan Ibu makan megi sup..dan adik makan keropok lekor...dan Ais Kacang Menara..katanya..


Sambil makan...layan angin Laut China Selatan sepoi2 bahasa.....

Kurang lebih jam 11 pagi..kami bergerak...tempat tujuan adalah Pasar Siti Khadijah. Dalam perjalanan..aku berhenti sekejap utk dhuha...tunaikan hak Allah kat Masjid Perupok.

Lepas solat...pejam kejap mata...kemudian teuskan perjalanan ke Pasar Siti Khadijah.

Elok2 sampai..masuk waktu zohor..tanpa lengah..selepas dapat tempat parkir yg agak bagus...kami terus ke Masjid Muhammadiah...indah sunggah masjid ni...

Alhamdulillah...hak Allah selesai...sekarang masa utk membeli-belah di Pasar Siti Khadijah...



aku ikut jer...ke mana haluan..Ibu yg pandu kali ni...;-)

Siap..kain sedikit, keropok sedikit, telekung...kami keluar dari Pasar Siti Khadijah...terus ke Wakaf Che Yeh... Alhamdulillah dapat bilik kosong..yg kebetulan tinggal satu jer kat Ombak Boutique Hotel..


Check in...apa2 hal..makan dulu...lapor..

Kat depan hotel tu ada kedai makan..jadi layan dulu makan..selesai makan..masuk bilik..Zzzzzzzz....

Selesai maghrib...kami keluar ke Uptown Wakaf Che Yeh..

Saja jer..lihat2 suasana malam di Wakaf Che Yeh...

dapat mesej dari Yang Arif Epoi..suruh try buah pauh..cari punya cari..akhirnya jumpa juga..


Sedap juga buah pauh ni...lemak2 manis..cicah dengan asam yg dibekalkan tu...

Pusing punya pusing punya pusing...akhirnya kami balik ke hotel..sebelum tu singgah kat satu kedai makan..

Aku...bila berjalan tempat orang ni..cuba mencari makanan yg jarang dijumpai..kali ni aku jumpa...


Tedia...sup belut..sedap...hangpa boleh terai...rekemen..

Habis makan...balik tidur...

Keesokan harinya...selepas check-out..on the way balik Perlis..kami singgah dulu kat masjid Beijing utk dhuha..nak kalut pi mana...kan...


Tak lama kami di situ....selesai tunaikan hak Allah..perjalanan balik diteruskan..

Berhenti kejap kat Bukit Bunga..beli keropok lekor...dan makan kat Restoran milik Mira...student praktikal kat Healthtronics dulu...

Alhamdulillah..terima kasih Mira belanja kami makan..

Selesai makan...kami teruskan perjalanan..singgah jap kat Titiwangsa utk solat zohor..


Selesai solat..terus balik Perlis...

Alhamdulillah...jam 8.30 malam..sampai rumah..



Alhamdulillah...

Mission kali ni...hantar bahulu ke Kelantan selesai disiapkan...

Jumpa lagi..next trip..yg terdekat yg dah confirm..akan hantar ke Klang, Selangor nanti..inshaaAllah


GOMO KELATE GOMO