Saturday 6 August 2016

MINGGU YG AGAK KALUT

Ya. Minggu yg agak kalut.
.
Apa yg dok kalut tu?
.
Minggu lepas, HAYYANARZ BAKERY telah menerima tempahan kenduri yg agak besar yg terdiri dari bahulu kemboja sebanyak 1500 biji dan bahulu biasa dan ikan emas sebanyak 200 set yg mengandungi 2000 biji.
.
Kekalutan bertambah dengan stok di Pasaraya dan Agrobazaar juga kehabisan....
.
Alamak!!!!
.
Ditambah lagi dengan order online yg masuk bertalu-talu...
.
Relax...relax...rezeki ALLAH...Hajat pelanggan MESTI ditunaikan..InshaaALLAH.
.
OK...perancangan mula dibuat. Mula-mula kena siapkan stok untuk consignment ke Pasaraya dan Agrobazaar dulu, disulami dengan order online...dan mulakan sikit-sikit tempahan kenduri di samping aktiviti harian,...hantar dan ambik anak kat sekolah dan pembelian stok.
.
Aktiviti bermula seawal selepas subuh. Hantar anak ke sekolah dulu. Adik dan Bangcik kat SK Jalan Syed Alwi dan Kakak kat SM Agama (P) Kangar.
.
Selesai hantar, terus ke pembekal telur ayam utk beli stok telur. Telur ayam yg digunakan adalah gred A. Kami tak beli stok telur yg banyak. Setiap hari, kami akan beli stok telur ayam utk kegunaan hari tu saja bagi mengekalkan kualiti bahulu sebab telur yg digunakan adalah telur yg baru dan segar....bukan stok telur yg lama.. :-)
.
Selepas tu, production bermula...
.
Dek tempahan yg banyak minggu ni, production bahulu dibuat sehingga 3 shift..(macam kilang pulak..hihihi..)
.
Shift pagi sehingga tengah hari. Selepas zohor, shift ke-2 bermula hingga asar dan shift ke-3 bermula selepas maghrib....
.
Pulun memulun siapkan tempahan bermula... :-)
.
Alhamdulillah...tempahan berjaya disiapkan.
.
3 kali penghantaran dibuat kepada pelanggan dan yg terakhir pada jam 12 tengah malam sebelum hari kenduri.
.
Terima kasih kepada Puan Pelanggan yg mempercayai HAYYANARZ BAKERY utk siapkan tugasan ni...
.
====================
.
Anda juga ingin mencuba produk-produk HAYYANARZ BAKERY???
.
Usah segan-silu untuk hubungi HAYYANARZ BAKERY.
.
>>whatsapp ke 019.246.3100<<
>>whatsapp ke 019.246.3100<<
>>whatsapp ke 019.246.3100<<
.
Inshaa ALLAH, anda BAKAL berpuas-hati dengan produk HAYYANARZ BAKERY...
.
Jemput LIKE dan SHARE di
.
www.facebook.com/hayyanarzbakery
.
www.hayyanarzbakery.blogspot.com
.
Tahukah ANDA?
.
"Pekena HAYYANARZ BAHULU celop ayaq kopi O kaw, kelia baq hang..."

No comments:

Post a Comment