Sunday, 10 January 2016

Mini Mart Ismail Che Noh

بسم الله الر حمن الر حبم
اللهم  صل على محمد وعلى ال محمد
اسلامعليكم ورحمة الله وبركاته

Cuaca la ni agak terik sikit. Angin timur pun dah mula bertiup kencang. Kat Perlis ni pakat dok panggil Winter Wind Season.
.
Waktu malam sejuk gedi...siang pula panas terik. Pakat paham ke apa yang saya tulis ni... =)
.
Musim ni juga la boleh kita lihat pakat ramai yang dok main layang-layang. Golongan kanak-kanak banyak main layang-layang kecik yang banyak dijual kat tepi jalan sekarang ni.
.
Golongan pertengahan banyak main layang-layang moden yang sekarang ni boleh dilihat pakat dok main kat kawasan kosong tapak Giant Hypermarket yang bakal dibuka nanti.
.
Yang paling best adalah golongan tua dan orang kampung yang banyak main wau..wau jenis lama...main kat bendang..yg ni yang paling best. Malam-malam siap boleh dengar dengung bunyi wau. =)
.
Ok lah. Hari ni saya nak cerita sikit rakan niaga terbaru Hayyanarz Bakery yang membantu memasarkan produk Hayyanarz Bahulu.
.
Rakan niaga yang saya maksudkan tu adalah Mini Mart Ismail Che Noh.
.
Mini Mart Ismail Che Noh ni letaknya di No 1, Medaniaga Bunga Padi, Taman Bunga Padi, Kangar.
.
Mini Mart ni milik penuh 100% bumiputera yang menjadi nadi kebanyakan masyarakat di Taman Bunga Padi dan kawasan sekitar dalam membekalkan barangan keperluan seharian.
.
Tuan kedai iaitu Encik Ismail Che Noh yang amat pemurah dengan senyuman sedia menanti dan melayan pelanggan yang datang dengan amat mesra sekali.
.
Anda yang berkunjung ke Mini Mart Ismail Che Noh ni pasti akan berpuas-hati dengan layanan dan barangan yang dijual dengan harga yang amat berpatutan.
.
Selain pelbagai barangan yang dijual, Hayyanarz Bahulu yang sedap, lembut dan gebu juga boleh didapati di sini.
.
Saya dengan berbesar hati menjemput anda yang berdekatan untuk berbelanja di Mini Mart Ismail Che Noh ni.
.
Sama-sama kita menyokong kedai-kedai bumiputera muslim. 
.
Semoga ekonomi orang Islam akan terus meningkat maju dan utuh di Malaysia ni.
.
Dikesempatan ni, saya menjemput anda yang inginkan merasai keenakan, kesedapan, kelembutan dan kegebuan Hayyanarz Bahulu, boleh dapatkan di Mini Mart Ismail Che Noh.
.
Jika anda bercadang untuk membuat tempahan Hayyanarz Bahulu ni, anda boleh hubungi Puan Suraya Sulaiman dengan cara:
.
>>SMS/WHATSAPP BAHULU KE 017-4620775<<
>>SMS/WHATSPAP BAHULU KE 019-2463100<<
.
Anda boleh juga layari:
.
.
InshaAllah. Anda BAKAL berpuas-hati dengan Hayyanarz Bahulu.
.
Wassalam.